,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 20 February 2017

SPRM SERIUS PERANGI PENYELEWENG DANA AWAM




BALING – February 19, 2017, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menyeleweng peruntukan disalurkan kerajaan kepada rakyat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, mereka terlibat tidak sesekali terlepas daripada siasatan serta tangkapan SPRM.
Menurutnya, negara dan negeri perlu dipastikan ditadbir mengikut proses undang-undang tanpa adanya gejala rasuah dan salah guna kuasa.
“Apa-apa peruntukan yang sepatutnya diterima rakyat bawahan perlu sampai dan kami akan melaksanakan tugas itu. Kita akan pastikan bahawa seluruh peruntukan bagi pembangunan negara dapat dilaksanakan.
“Jika ada aduan dan laporan daripada orang kampung kita akan jalankan siasatan serta tindakan undang-undang,”katanya dalam ucapan majlis perasmian surau An-Najah di Kampung Carok Kapas di sini, hari ini.
Menurutnya, SPRM akan menjalankan tugas sebaik mungkin bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.
“Bila pihak kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini, dengan izin Allah negara kita akan aman dan lebih makmur. Rakyat juga akan menikmati segala bentuk pembangunan yang sepatutnya mereka terima.
“Tolong doakan supaya ALLAH memberikan kekuatan  petunjuk, hidayah kepada kami. Tolong doakan Allah berikan perlindungan kepada SPRM dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas agar negara ini bebas rasuah,”katanya.
Terdahulu, Dzulkifli mengimamkan penduduk dan kakitangan SPRM dalam solat Zohor di Surau An-Najah Kampung Charok Kapas.
Beliau yang berucap di hadapan ratusan penduduk turut mengingatkan wakil rakyat di Baling bahawa tindakan tegas turut menanti mereka sekiranya terbukti terlibat dengan salah guna kuasa.
“Kita datang sini juga untuk beritahu sesuatu kepada wakil rakyat,  “senyum-senyum juga, kawan pun kawan juga”, tetapi jika salah kami akan ambil tindakan,”katanya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Adun Kupang, Datuk Harun Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Zulkiflee Abd Rahman serta kakitangan Pejabat Parlimen Baling. Sumber: Sinar Harian
KES MELETUP DIAMBIL DARI PELBAGAI SUMBER BERITA

1 - TMJ Bercakap Tentang Felda.. Hilang Arah Katanya..

Thursday, July 28, 2016 - Selang beberapa jam perdana menteri memuji kejayaan Felda semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuduh program itu sudah tersasar daripada tujuan asal Felda untuk membasmi kemiskinan, sebaliknya wang peneroka disalah guna bagi kepentingan individu tertentu.

“Pada hari ini, wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu dalam Felda dan juga membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi dalam Felda membuat wang.

“Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin,” katanya dalam wawancara yang diterbitkan di laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai persaingan antara pasukan JDT dan Felda. “Mana saya boleh lawan, ini pasukan Datuk Seri Najib,” katanya sebelum menambah, “gurau”.

Kritikan Tunku Ismail itu dibuat pada hari sama Najib memuji kejayaan Felda dalam menambah baik kehidupan peneroka.

“Mobiliti sosial juga telah membolehkan 50,000 peneroka berpindah ke Lembah Klang dan bilangan yang boleh menjadi lebih tinggi,” katanya di Putrajaya semalam.

Tunku Ismail berkata berlainan dengan Felda dan agensi kerajaan dengan pasukan bola sepak sendiri, JDT tidak menggunakan dana milik rakyat.

“Saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak. Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek di dalam Felda.

“Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin.

“Pada saya, PDRM dan ATM pun tidak patut ada pasukan bolasepak kerana pasukan-pasukan ini juga menggunakan dana kerajaan,” tambahnya.

Beliau menasihati Najib memperbetulkan keadaan ini.

Wang kerajaan mesti digunakan untuk kebaikan rakyat dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat.”lapor FMT
2 - Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) PETALING JAYA: Siasatan kes penyelewengan dana awam projek infrstruktur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bernilai RM3.3 bilion tidak melibatkan ahli politik di peringkat negeri itu atau kerajaan Pusat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, setakat ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa.
"Setakat ini, ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik samada di peringkat Negeri Sabah atau kerajaan persekutuan. Oleh: MSTAR
- Seleweng Dana KBS Seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pengarah syarikat merupakan suspek terbaru ditahan berhubung siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, dua suspek lelaki berusia 41 dan 31 tahun itu ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai di bawah kementeriannya. Pegawai berusia 41 tahun itu sebelum ini berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kira-kira sebulan lalu.

Jumaat lepas, SPRM menahan sembilan orang, termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian yang dikatakan menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama-sama lapan individu itu ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.    - Bernama

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung seorang pegawainya yang dihadapkan ke mahkamah kerana terbabit dalam kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta. 

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata walaupun isu terbabit dibincangkan dalam Kabinet pada pagi tadi, namun keputusannya akan diberitahu kemudian. Katanya, kenyataan selanjutnya akan diberitahu oleh Ali dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Pada 24 Mac lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang pegawai kementerian itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta. 

4 - Majlis Amanah Rakyat (MARA)PUTRAJAYA: 31hb Mac 2016, Lima ahli perniagaan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini berhubung penyelewengan dana dan pemalsuan dokumen sokongan bagi mendapatkan pembiayaan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), bernilai RM2.5 juta.

Berita Harian Online hari ini melaporkan, perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret. Mereka berusia antara 38 hingga 48 tahun, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 9 malam tadi, di sekitar Lembah Klang.
Difahamkan, modus operandi digunakan adalah memalsukan dokumen sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain. Sumber berkata, pembiayaan yang dimohon bernilai antara RM200,000 hingga RM350,000 membabitkan sembilan syarikat. – FMT

5 - YapeimMalaysiakini semalam melaporkan Yapeim, menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan enam pihak lagi disaman RM20 juta oleh dua pengasas PEMANGKIN Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazli Hashim.
Plaintif mendakwa Yapeim menggunakan dana PEMANGKIN untuk menaja program Jamil ke Eropah, Amerika Syarikat dan program-program Yapeim di Ausralia.
Defendan lain yang dinamakan adalah anggota lembaga pemegang amanah PEMANGKIN Shahlan Ismail, Mohd Yusof Abd Rahman, Mokhtar Abd Razak, ketua pengarah Yapeim yang juga ketua pegawai eksekutif Abibullah Samsudin, pengarah undang-undang Yapeim Sharina Ramli dan bekas setiausaha syarikat itu Normala Embi.
Plaintif mendakwa Yapein dan defendan-defendan bertindak bersama untuk menjadikan PEMANGKIN tidak aktif, digulung secara rahsia tanpa memaklumkan atau dibincangkan dengan pengasas-pengasasnya.
Mereka juga mendakwa terhadap usaha menutup kelemahan, salah laku dan salah tadbir oleh sesetengah defendan seperti laporan media berkaitan PEMANGKIN.
Sementara itu, Abdullah juga mengingatkan bahawa PEMANGKIN lebih dahulu menyaman Mohd Yusoff dan Ahmad Fazil pada 29 November tahun lalu dan perintah injunksi bagi membekukan kesemua akaun bank mereka telah diperoleh.
Ia, katanya, bagi melindungi dan memelihara harta, aset-aset serta kepentingan Jakim.
Abdullah juga berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu telah memberikan kebenaran memulakan prosiding mengkomitkan ke penjara terhadap Mohd Yusoff dan Ahmad Fazil atas keingkaran terhadap perintah menyatakan aset mereka dan pemangkin.
Tahun lalu NGO yang diasaskan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), mendakwa Jamil menggunakan dana PEMANGKIN untuk bermain golf dan membeli-belah.
Jamil menyaman pengarahnya Akmal Nasir, tetapi ini kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi. – Malaysiakini.


Jamil Khir Jawab Tuduhan Salah Guna Wang Anak Yatim


Friday, November 13, 2015 - Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan tuduhan beliau menggunakan wang anak yatim dan orang miskin untuk bersuka ria di Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media lewat petang Jumaat berkata, dakwaan oleh Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir, itu adalah kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

“Dakwaan kononnya program saya di AS bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang menggelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya,” katanya.

Beliau menjelaskan,/kunjungan pada 21 hingga 29 Mei 2014 itu bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi-agensi di bawah seliaan YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di AS dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game.

“Melalui strategi penganjuran bersama secara “Strategi Lautan Biru” khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh AS dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

“Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi kenegaraan dan keusahawanan; simposium perdana perkahwinan kekeluargaan, pengurusan dan isu-isu semasa negara.

“Selain, kursus pra perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; kelas pengajian untuk isteri-isteri dan kakitangan wanita kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, program dan pertemuan itu melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, AS.

“Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis.

“Ia termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama Duta dan kakitangan kedutaan” jelasnya.

Katanya lagi, sudah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawabnya.

Ujarnya, segala perjalanan dan kegiatan rasmi beliau ditanggung oleh agensi berkenaan serta telah mengikuti polisi dan tatacara kewangan agensi yang berkaitan.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

“Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya,” tegasnya.

Sehubungan itu, Jamil Khir menuntut Akmal Nasir dan portal berita The Malaysian Insider menarik semula segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

“Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Persoalannya sekarang ialah ika benar lawatan Jamil Khir ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai menteri, mengapakah perbelanjaan tersebut dibiayai YaPEIM?

Jamil Khir jawab dakwaan seleweng wang zakat

     31 Dis 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar. 
    Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
    "Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.
    Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.
    Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil  Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.
    Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.
    "Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
    Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.
    Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
    "Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.
    Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar.- Bernama
    6 RM1.1 juta ditemukan dalam rumah penolong jurutera JKR

    Wang tunai berjumlah kira-kira RM 1.1 juta ditemukan di dalam
    ALOR SETAR 19 Jan. – Penahanan seorang penolong jurutera Ja­ba­tan Kerja Raya (JKR) yang dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan salah guna kuasa semalam membawa kepada penemuan wang tunai kira-kira RM1.1 juta tersorok di dalam rumah suspek hari ini.
    Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad, pihaknya yang menggeledah rumah tersebut pa­da pukul 3 petang menemukan wang berkenaan disembunyikan pada bahagian dalam din­ding papan yang diubah suai di bilik tidur utama rumah suspek.
    “Kita menggeledah rumah sus­pek hasil soal siasat ke atas saksi yang kemudian membawa kepada penemuan wang tunai sebanyak RM1.1 juta yang disim­pan suspek berusia 56 tahun itu dalam bekas plastik dan tin coklat sebelum disembunyikan dalam dinding yang diubah suai di bilik utama rumahnya.

    “Berdasarkan siasatan, kita mempercayai penyelewengan yang dilakukan suspek mungkin mencecah sehingga RM3 juta. Siasatan akan diteruskan ke atas suspek setelah kita mendapat tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.
    Mohd. Fauzi menambah, wang berkenaan dipercayai ha­sil pembayaran rasuah daripada kontraktor kroni kepada suspek secara tunai dan dilakukan sama ada di rumah, pejabat atau kenderaannya.
    7 - KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN. PUTRAJAYA 15 Jan 2017. – Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dan anak lelakinya hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tahanan reman selama 11 hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

    Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahim membenarkan lelaki berusia 59 tahun dan anaknya yang berumur 34 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas reman ke atas mereka tamat hari ini.
    Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk (belakang) dan anak lelakinya yang direman 11 har
    Ketua Setiausaha itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM200,000, manakala anaknya RM25,000.
    Rabu lalu, mahkamah telah membebaskan seorang lagi anak lelaki Ketua Setiausaha tersebut yang berusia 29 tahun dengan jaminan RM10,000 selepas siasatan ke atasnya selesai.
    Ketiga-tiga individu itu disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
    Pada 4 Januari lalu, Ketua Setiausaha bersama-sama anak lelakinya yang berumur 29 tahun ditahan di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya, Selangor, manakala anaknya yang berumur 34 tahun itu ditahan ketika diambil keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.
    Hasil pemeriksaan selama 12 jam di rumah Ketua Setiausaha berkenaan pada hari tersebut, SPRM merampas wang tunai lebih RM3 juta daripada akaun, mata wang asing serta jongkong emas.
    Turut dirampas adalah 150 barangan terdiri daripada tas tangan pelbagai jenama seperti Prada, Louis Vuitton dan Chanel selain jam tangan berjenama Swarovski.
    SPRM kemudiannya merampas lagi wang tunai berjumlah lebih RM550,000.
    Difahamkan, wang tersebut disembunyikan oleh salah seorang anak suspek di dalam rumahnya di USJ, sekali gus menjadikan keseluruhan aset yang dirampas dalam kes berkenaan mencecah RM6.5 juta.
    Dalam laporan sebelum ini mendedahkan dua anak lelaki Ketua Setiausaha tersebut merupakan pengarah urusan di dua syarikat berbeza.
    8 - BAPA ADUN TERLIBAT KUTIPAN DUIT KOPI BUKTI AMALAN RASUAH BERLELUASA ZAMAN DAP @dzainalabidin

    on Saturday, September 3, 2016 



    " UMNO Pulau Pinang mengalu-ngalukan tindakan segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan berlakunya kutipan "duit kopi" daripada pemohon-pemohon perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang diagihkan Kerajaan Negeri oleh bapa kepada seorang ADUN DAP berikutan tersebar video mengenainya di media sosial.
    " UMNO Pulau Pinang menggesa DAP untuk tidak bersikap "double standard" bila didedahkan berlakunya perlakuan rasuah yang melibatkan anggota parti DAP dan juga ahli keluarga terdekat pemimpin atau wakil rakyat DAP.
    " Sehubungan itu UMNO Pulau Pinang turut menggesa SPRM untuk menyiasat secara menyeluruh dakwaan-dakwaan lain yang melibatkan pemberian wang kopi untuk mendapatkan tawaran rumah daripada Kerajaan Negeri.

    Kenyataan Media
    Datuk Seri Zainal Abidin Osman
    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri PulauPinang
    Jumaat 2 September 2016
    9 - Pegawai TLDM direman berkaitan rasuah
       Bernama      12 Mac 2015,
      Seorang lagi pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut berpangkat Leftenan Komander ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
      Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan suspek yang berumur 39 tahun itu direman sehingga Isnin depan selepas menerima permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
      Difahamkan, lelaki berkenaan adalah suami kepada seorang daripada pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander yang ditahan reman Selasa lepas.
      Selasa lepas, 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota TLDM di Lumut, ditahan reman sehingga 16 Mac, mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
      Lima penjawat awam itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Seksyen 17(a) akta SPRM kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.
      Sembilan orang awam, termasuk seorang wanita, pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta SPRM kerana disyaki memberi suapan.
      Menurut jurucakap SPRM, antara sebab pihaknya menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali antara satu sama lain itu ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka. - Bernama.
      SPRM sahkan tahan 16 individu termasuk 6 anggota TLDM Oleh Abdul Halim Yusoff KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan 16 individu bagi membantu siasatan dalam kes yang membabitkan pembekalan barangan dan peralatan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini. 
      Pengarah Bahagian Siasatan, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, berkata daripada jumlah berkenaan, enam adalah anggota TLDM manakala bakinya adalah orang awam yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan dan orang tengah. Pegawai dan anggota TLDM terdiri daripada pegawai yang berpangkat Pegawai Pemerintah, Leftenan Komander, Leftenan Tentera Laut dan Laskar Kanan. 
      "Semua mereka ditahan pada 9 dan 11 Mac 2015 di Kuala Lumpur, Manjung, Ipoh dan Lumut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
      Semua 16 individu terbabit telah dibebaskan selepas ditahan reman antara tujuh hingga 10 hari. Mohd Jamidan berkata, setakat ini SPRM sudah membekukan wang dalam simpanan sebanyak RM23 juta. Nilai itu termasuklah saham lebih RM5 juta. Wang tunai lebih RM200,000 juga dirampas. Lebih 240 akaun bank turut dibekukan. 
      Selain itu sebanyak 13 kereta, antaranya Lamborghini, BMW, Mercedes-Benz dan Audi juga disita. Dalam operasi itu, SPRM turut merampas sejumlah jam tangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Patek Philippe, Tag Heuer dan Frederique Constant. Siasatan kes ini masih dijalankan, kata Mohd Jamidan. - berita harian.
      10 - LGE, ISTERI  SIASAT  SPRM ATAS DAKWAAN RASUAH
      lge-betty-rasuah

      GEORGE TOWN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew akan dipanggil untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis esok.

      Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pasangan suami isteri itu dijangka memberi keterangan di pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

      Isu pembelian banglo itu menjadi kontroversi apabila Lim didakwa membelinya di bawah nilai pasaran.

      Ahli Parlimen Umno Datuk Shabudin Yahaya mendakwa banglo itu yang berkeluasan 10,161 kaki persegi dibeli oleh Lim pada 25 Oktober tahun lalu pada harga RM2.8 juta, sedangkan nilai pasarannya antara RM6 juta hingga RM6.5 juta.

      Lim, bagaimanapun menafikan sebarang unsur rasuah dan menuduh pesaingnya mereka-reka dakwaan itu.

      Penjual banglo itu yang juga seorang ahli perniagaan Phang Li Khoon, turut menafikan hubungan dengan kerajaan negeri dalam suatu akuan bersumpah (SD).

      Skandal banglo yang dibeli di bawah harga pasaran itu juga dikaitkan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis, yang didakwa Lim dilakukan melalui proses tender terbuka.
      11 - Segera siasat kes rasuah 2 pegawai tertinggi polis
      R.Sri Sanjeevan
      R.Sri Sanjeevan
      SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyegerakan siasatan ke atas dua kes salah laku rasuah didakwa melibatkan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

      Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa sehingga kini, dua pegawai berjawatan tinggi itu masih bertugas seperti biasa sedangkan kertas siasatan ke atas mereka telah dibuka sejak lebih dua minggu lalu.

      "Sehingga kini SPRM tidak menghubungi saya tentang perkembangan siasatan itu walaupun banyak bukti telah saya berikan kepada mereka.

      "Saya harap SPRM segera bertindak dan memanggil dua pegawai polis berjawatan tinggi itu supaya memberi keterangan salah laku rasuah dan penyelewengan kuasa mereka," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

      Pada 22 Mei lalu, MyWatch mendakwa anak lelaki seorang pegawai kanan polis memiliki aset melebihi RM2 juta.

      Menurut Sanjeevan, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

      Antara aset lelaki itu yang diragui sumbernya ialah dua kereta mewah jenis Audi A5 dan Jaguar XF yang dibeli secara tunai, selain turut mempunyai enam akaun peribadi yang kesemuanya berjumlah melebihi RM500,000.

      Selain itu, MyWatch juga mendakwa seorang pegawai kanan polis di sebuah pusat peranginan didakwa campur tangan dalam dua kes jenayah dengan bertujuan melindungi beberapa sindiket Cina.

      Ini termasuklah menerima suapan sebanyak RM15,000 untuk melindungi pemilik sebuah pusat hiburan di sebuah pusat peranginan di negara ini.

      Mengulas lanjut, Sanjeevan turut mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang masih membiarkan pegawai terbabit bertugas seperti biasa.

      "Apa guna Unit Tatatertib di bawah urusetia KPN, Tan Sri Khalid kalau pegawai yang disiasat itu masih bertugas seperti biasa.

      "Sepatutnya KPN kena memandang serius kes ini termasuk menggantung tugas atau memberi mereka cuti sehingga siasatan selesai," katanya.

      Lapan Kes Rasuah Berprofil Tinggi Ditutup

      Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 
      PUTRAJAYA: Sebanyak lapan kes rasuah berprofil tinggi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, tidak akan dibawa ke mahkamah termasuk yang melibatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
      Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata kesemua kes tersebut telahpun selesai disiasat dan telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya, bagaimanapun ia diputuskan tiada pendakwaan akan dibuat.
      "Keputusan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya dan ia telah dirujuk kepada Panel Penilaian Operasi, kita jelaskan sebab-sebab kenapa kes-kes ini tidak boleh dituduh di mahkamah dan panel seramai tujuh orang ini berpuas hati dengan penerangan itu, sama ada daripada pihak SPRM sendiri ataupun daripada pihak bahagian perundangan dan pendakwaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
      Mohd Shukri bagaimanapun berkata, ia tidak bermakna kes-kes tersebut bebas daripada kegiatan rasuah, kerana kekurangan saksi dan bukti juga boleh menyebabkan SPRM gagal membina sebuah kes yang kukuh.
      Kes-kes lain yang turut ditutup termasuklah melibatkan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Pulau Pinang Tan Beng Huat, anggota DUN Batu Tiga, Selangor Rodziah Ismail serta dua anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang didakwa cuba merasuah calon Bebas DUN Penanti, Pulau Pinang Aminah Abdullah.
      Mohd Shukri berkata: "Bukti yang ada mesti mencapai 90 peratus baru pihak pendakwaan boleh membuat keputusan untuk mendakwa.
      "Bukan semua kes-kes yang tidak dituduh ini tak berlaku rasuah, tapi sesetengahnya tak mencapai tahap yang ditetapkan dan banyak kelemahan-kelemahan wujud jadi Timbalan Pendakwaraya membuat keputusan bahawa tak boleh dituduh di mahkamah," katanya.
      Mohd Shukri justeru merayu orang ramai dan saksi-saksi yang terlibat agar tampil dan memberikan keterangan yang betul supaya SPRM dapat membina kes yang kukuh.
      Beliau berkata siasatan kes-kes tersebut juga boleh dibuka semula sekiranya ada saksi baru yang tampil memberikan keterangan.
      Ditanya mengenai kes-kes berprofil tinggi yang lain termasuk yang melibatkan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Mohd Shukri berkata siasatan telahpun selesai dan telahpun dimajukan kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada ia akan dibawa ke mahkamah.
      Mohd Ali sebelum ini disiasat mengenai dakwaan mengamalkan politik wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun lalu, manakala Abdul Khalid pula disiasat mengenai penyalahgunaan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.
      Bagaimanapun dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid masih belum ditentukan sama ada akan didakwa atau tidak, walaupun kertas siasatan telah dimajukan kepada pihak pendakwaan.
      Manakala siasatan bagi Sivakumar dibuat atas dakwaan salahguna kuasa apabila menggantung dan melarang Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN, Murugiah disiasat atas tuduhan rasuah dalam pemilihan PPP dan kes rasuah Mohammad Fairus dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di negeri itu.
      Manakala bagi Tan, beliau didakwa menyalahguna peruntukan untuk pembelian barangan elektrik dan Rodziah didakwa menyeleweng peruntukan kerajaan negeri. - BERNAMA
      BAHRI RASA BERDOSA KES LIBATKAN WANG BESAR GAGAL DI BAWA KE MAHKAMAH
      PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain bersara awal kerana kekecewaan berhubung kes siasatan SRC International (SRC).
      Dalam satu kenyataan rasmi petang ini, SPRM menyatakan Bahri memohon persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri 6 bulan lalu.
      “SPRM sudah menghubungi beliau dan Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.
      “Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang 6 bulan sebelum tarikh persaraan,” katanya.
      Bagaimanapun, awal hari ini, Bahri semasa dihubungi FMT mengakui punca utama beliau memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah.
      Bahri memberi kenyataannya menerusi aplikasi Whatsapp kepada FMT.
      Bahri berkata, beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.
      BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.
      Bahri memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
      Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
      Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan. – Sumber: Free Malaysia Today
      Laporan Malaysiakini:  Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin, mengesahkan beliau memilih meninggalkan agensi penguat kuasa itu lebih awal kerana kecewa.
      Bercakap kepada Malaysiakini, Bahri menjelaskan, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.
      Lebih daripada itu Bahri yang pernah bersumpah dengan nama Allah apabila pegawainya ditahan polis berkata, beliau tidak lagi wajar berkhidmat dengan “undang-undang sarang labah-labah”.
      Ditanya apakah maksud kenyataan itu, Bahri menjelaskan, undang-undang labah-labah hanya memerangkap pesalah kecil, manakala pelaku yang lebih besar terlepas daripada tindakan.
      “Terlalu banyak wang yag hilang. Saya tak patut berkhidmat dalam undang-undang sarang labah-labah,” katanya.

      AMUKANMELAYU - Suka duka SPRM.....sejauh mana "AMANAH" mereka kepada SPB YANG DI PERTUAN AGUNG....