,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 21 February 2017

NAJIB MEMBONGKAR SKANDAL BMF


Kabinet setuju tubuh pasukan khas siasat kerugian forex

Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
“Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu kerana ia membabitkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.
Penubuhan pasukan petugas khas itu adalah langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta yang berkaitan – menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan lain daripada agensi yang berkenaan.
“Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini, ” menurut kenyataan itu.
Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara pada 1990an.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
Isu kerugian kontroversi, yang berlaku hampir tiga dekad lalu ‘dihidupkan’ semula selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha untuk menyatukan pembangkang dalam cubaannya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir adalah perdana menteri apabila aktiviti Bank Negara dalam pasaran tukaran mata wang asing tidak menjadi.
Beliau menuduh Najib terpalit dengan rasuah berikutan laporan deposit bernilai berbilion ringgit berada akaun bank peribadi perdana menteri.

Najib menafikan wang itu dari 1MDB dan mendakwa dana berkenaan adalah "derma" dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Najib juga menafikan melakukan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

KENAPA TIDAK TERUS TUBUH  RCI?


Add caption
Banyak persoalan timbul di sebalik keputusan kabinet semalam mahu menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian urusniaga forex pada awal tahun 1990-an yang melibatkan Bank Negara Malaysia.

Kenapa ditubuhkan pasukan pasukan petugas khas dan tidak terus menubuhkan Suruhanjaya Diraja?

Bukankah jika serius ingin mencari kebenaran, Suruhanjaya Diraja adalah langkah yang terbaik?

Untuk pasukan petugas khas forex ini, berapa lama pula ia akan menjalankan kerjanya sebelum mengemukakan cadangan-cadangan tertentu kepada kerajaan?

Selepas cadangan dikemukakan, apa pula tindakan kerajaan selepas itu?

Adakah kerajaan akan bertindak sebagaimana yang dicadangkan atau mendiamkan saja cadangan-cadangan tersebut?

Masih ingatkan kita mengenai pasukan petugas khas yang ditubuhkan berkaitan 1MDB sebelum ini?

Apa jadi akhirnya kepada pasukan petugas khas itu?

Selain yang kita dengar hanya penghantar surat yang berjaya ditahan, pasukan khas itu akhirnya dibubarkan begitu saja tanpa sebarang hasilnya.

Dalam pada itu, kenapa hal berkaitan forex saja yang Najib mahu siasat dan tubuhkan pasukan petugas khas? 

Kenapa tidak dengan BMF sekali?

Lebih telus dan tulus jika penyiasatan turut dijalankan sekali berkaitan 1MDB dan apa jadi, setelah sekian lama masa berlalu, kepada hasil siasatan polis berhubung 1MDB sebagaimana yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC?

Bilakah siasatan polis itu akan berakhir dan keputusannya akan diumumkan?

Menubuhkan pasukan petugas khas, sedangkan sepatutnya Suruhanjaya Diraja, tidak lain adalah satu lagi sandiwara Najib menjelang PRU 14 akan datang. 

Selain ingin menunjukkan kepada rakyat tentang keinginan mencari kebenaran kononnya, menubuhkan pasukan petugas khas juga dapat melengahkan kebenaran sebenar yang ingin dicari itu sambil dapat mengaburi rakyat terhadap isu-isu lain yang lebih besar sementara ketibaan tarikh pilihanraya diadakan.

Sebagai pemimpin yang selalu mendakwa berjiwa rakyat dan mendengar denyut nadi rakyat, Najib seharusnya dapat merasakan bahawa yang benar-benar rakyat ingin ketahui kebenaran ketika ini ialah berkaitan 1MDB serta hal-hal lain yang bersangkutan dengannya.

Sebagaimana pasukan petugas khas 1MDB akhirnya lenyap entah ke mana, pasukan petugas khas forex ini juga tidak akan ke mana-mana akhirnya. 

Ia sekadar satu lagi pembikinan pentas sandiwara sebelum pilihanraya di mana Najib adalah produsernya dan kemudian akan diperbesar-besarkan untuk kepentingan politik menyerang dan melemahkan Tun Mahathir semata-mata.

Yang nyata, Najib masih tercari-cari rentak sebelum mengadakan pilihanraya dan tidak mustahil pencarian itu akan berterusan sehingga penghujung tempoh iaitu Mei 2018.

Jika Najib begitu yakin untuk menang PRU 14, beliau pasti tidak berlengah-lengah lagi untuk bila-bila masa membubarkan Parlimen. (SH 16/02/2017).


BMF: MAHATHIR GAVE INVESTIGATORS A FREE HAND
BEKAS WARTAWAN NST STAR DEDAHKAN TUN ARAHKAN SIASATAN KE AKAR UMBI

By: M Krishnamoorthy (Petikan dari Malaysiakini)


WEDNESDAY, 8 FEBRUARY 2017

How I covered the BMF scandal in the 1980s’ Exposing the Bumiputra Malaysia Finance (BMF) scandal was the most exciting assignment I had while working as a journalist with the New Straits Times (NST) in the mid-eighties.

The report by the three-person panel led by auditor-general Ahmad Noordin was released by the Finance Ministry in January 1985. There was no cover-up or censorship of the auditor-general’s report then. It gave a clear and closer perspective of the BMF loan scandal that embarrassed the government and the bank.

I covered the BMF scandal extensively in 1985 and 1986 because the late auditor-general Ahmad Noordin lived in the same Petaling Jaya neighbourhood as myself, opposite the University Hospital.

Sometimes when I went to his office, if he was busy he would ask me to drop by his house in the evening for tea and goreng pisang (fried bananas). An NST editor and mentor then, PC Shivadas, along with other editors, encouraged me to continue breaking the BMF stories because he knew about my personal contact, friendship and relationship with Ahmad Noordin.

 Another senior editor told me when you have got a reliable source speaking to you, “Milk him well for your exclusive page one stories.” Reporting then was taken professionally and personally by some of us, the reporters, as the NST then competed with The Star for exclusives.


 The competition was good and healthy because ultimately the public and readers benefitted from the breaking news with no holds barred from both newspapers at that time. The Star edged the NST then by nominating Ahmad Noordin as ‘Man of the Year in 1986' and with some leading headline news on the BMF.

Those were the days when the NST and The Star both carried good BMF exclusives, and most of the time Ahmad Noordin was willing to be quoted, unlike government officials today who decline to comment. Their fear is that their ministers do not want them to be seen taking the limelight.

Then, the astute, transparent and forthright auditor-general would spend hours narrating the details of the BMF scandal. He related how the defunct Carrian group and its former chief executive, George Tan, schemed and operated to get the BMF bankers on his side to approve the loans.

“Tan would make a grand entrance at Hong Kong’s plush hotel parties organised by him. Flanked with a bevy of gorgeous women at past midnight when most of the bank officials were drunk, he would clinch the deals,” Ahmad Noordin told me.

Anecdotes of Carrian affairs To me, the auditor-general was a fine gentleman and would relate these stories in an amusing way and reveal the climax laughingly, and I enjoyed his entertaining way of storytelling the anecdotes of Carrian affairs. If the conversations stretched past 8pm, he would ask me politely if I could stay for dinner. He would then call his wife and tell her, “Prepare something good because Krishna is joining us for dinner.” And, the dinner was always excellent with ayam percik and sambal rice.

 Our comradery, between a senior government official and a reporter, was so good and I looked up to him with respect as an elderly father figure. The three-person investigative panel’s report on Jan 7, 1985, disclosed details of the biggest financial scandal in Malaysia’s history (at that time). It took years for the police in Malaysia and in Hong Kong to unravel the web of corruption and financial mismanagement in the state-owned Bank Bumiputra, the country’s biggest bank in the 80s.

Despite the financial setback, then prime minister Dr Mahathir Mohamed gave the three investigators a free hand to get to the bottom of the truth on how BMF officials hoodwinked the bank and the government.

The investigative committee disclosed the bank’s many bad loans to Hong Kong property developers. Ahmad Noordin was the man who went out all the way to dig into details. One of the auditors, Jalil Ibrahim, who was sent to investigate the scandal, was murdered in Hong Kong.

The bank’s Hong Kong subsidiary, Bumiputra Malaysia Finance Ltd., commonly known as BMF, paid US$1 billion between 1979 and 1983 in bad loans to developers such as Carrian which quickly made and quickly lost a fortune in Hong Kong’s turbulent property market, Reuters reported.

George Tan was charged in Hong Kong in 1984 with conspiracy to defraud in connection with the collapse of his financial empire in 1983. In its report, the committee accused six BMF executives of corruption and urged the authorities in Malaysia and in Hong Kong to begin investigations with the aim of charging them in court.

A Hong Kong Attorney-General’s office spokesperson told Reuters, “'When we’ve got the report, we’ll be in a position to consider what action is appropriate.'” The report pointed out that the six executives and some of their relatives received payments directly or indirectly from Tan and companies in his Carrian group.

The 33-page report (with a 350-page appendix) tells of personal loans and payments made by Tan to the people who were lending millions of dollars to Carrian. The committee’s report prompted Malaysian police to investigate a

US$40 million loan by BMF to Carrian Nominee Ltd and consultancy fees paid to BMF employees without Bank Bumiputra’s knowledge.

The committee found that BMF continued to lend to Carrian after it announced in October 1982 that it could not pay its debts. The disclosure that loans were made in 1983 embarrassed Bank Bumiputra’s former executive chairperson, Nawawi Mat Awin, who resigned later that year.

The bank’s new chief, the late Basir Ismail, had frozen all loans through foreign branches and executed a shake-up of the senior staff, the New York Times disclosed. The cabinet’s decision to release the report was welcomed by the opposition and other political groups who feared that the government might try to cover up the scandal. “'The government now has no choice but to prosecute them and bring them to court,” said Chandra Muzaffar, the then-leader of Aliran.


M KRISHNAMOORTHY was a freelance journalist for Al Jazeera, CNN, BBC and several other foreign television networks. Formerly a journalist with The Star and New Straits Times, he has authored five books and teaches journalism. -Mkini

MACAM MANA KEMATIAN SEORANG JURUAUDIT MEMBONGKAR SKANDAL BMF

February 17, 2017
Antara isu tersebut adalah pasal skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang meletop lepas 2 tahun beliau jadi Perdana Menteri. Isu ni mula timbul bila Agensi Perisikan Pusat (CIA) dedahkan dokumen berkaitan skandal ni. Skandal BMF ni jugak dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang juruaudit Malaysia, Jalil Ibrahim.
Klik imej kalau hangpa nak baca dokumen CIA tu.
Jadinya, ramailah pihak yang mendesak Dr Mahathir bagi penjelasan, malah ada yang nak dia disiasat. Oleh tu, kali ni kami SOSCILI akan cuba terangkan sedikit sebanyak pasal kes yang melibatkan BMF ni.

BMF bagi pinjaman yang sangat besar pada syarikat Hong Kong

Bumiputra Malaysia Finance (BMF) adalah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). BMF ditubuhkan pada 1974 dan mula beroperasi kat Hong Kong pada 1977. Pada tahun 1980, BBMB dapat RM 50 juta sebulan dari PETRONAS hasil dari perjanjian untuk meningkatkan simpanan bank tu. Mungkin kerana tu jugaklah, bank ni jadi bank kedua terbesar di Asia Tenggara ketika itu.
Sekarang Bank Bumiputra dah takde tapi diganti dengan CIMB (lepas lalui banyak proses). Imej dari UM Memory.
Macam biasa matlamat asal bank ni adalah untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu, supaya para peniaga Melayu dapat buat pinjaman dan simpanan kat bank ni tanpa risau dan ragu-ragu. Tapi skandal dan masalah mula timbul bila BMF yang kat Hong Kong tu buat hal.
BMF didapati dah bagi pinjaman mudah dengan nilai yang sangat besar kepada beberapa syarikat di Hong Kong. Antara syarikat tu adalah Carrian Group dan dua syarikat berkaitan iaitu Eda Group dan Kevin Hsu Group. Carrian Group ni sebenarnya diasaskan oleh seorang jurutera awam Singapura bernama George Tan.
George Tan jugak dikatakan ada hubungan yang baik dengan beberapa orang ternama Hong Kong dan Malaysia. Imej dari emaze.com
Pada awal tahun 1980, Carrian Group terlibat dalam banyak bidang perniagaan termasuklah perkapalan, hartanah, kewangan, katering, insuran, dan macam-macam lagilah. Syarikat ni jugak berjaya luaskan perniagaan diorang kat Malaysia, Taiwan, Jepun, New Zealand, Australia dan sebagainya.
Tapi apa yang megejutkan adalah bila George Tan beli menara Gammon House (sekarang Menara Bank of America) dengan nilai HK$1 bilion pada Januari 1980. Tapi dia jual balik bangunan tu dengan harga HK$1.6 billion pada Oktober. Disebabkan perkara tu, George Tan jadi ‘budak ajaib’ dalam dunia korporat Hong Kong secara sekelip mata je.
Tapi masalah mula muncul bila pasaran hartanah Hong Kong merosot dan jatuh mendadak pada 1982. Perkara ni terjadi bila ada perbincangan antara pihak British (masih menjajah Hong Kong masa tu) dan pihak China tentang masa depan negara itu. Perkara ni dah buatkan Carrian Group hadapi masalah kewangan.
Hal ni sekaligus dah buatkan BMF rugi bila peminjam tak dapat bayar balik pinjaman mereka. Perkara ni jadi lebih serius bila BMF jadi sumber utama kewangan Carrian Group ketika itu. Akhirnya pada 1983, Bursa Saham Hong Kong menggantung saham Carrian Group.

Terbongkarnya skandal BMF

Bila perkara ni jadi, pihak Bank Negara hantar pasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982 untuk menyiasat perkara sebenar. Dalam tahun yang sama, pihak BBMB jugak hantar juruaudit dalaman diorang ke Hong Kong untuk menyiasat.
Hasil dari siasatan mendapati yang Carrian Group dapat sumber dana dari beberapa buah bank, tapi sumber kewangan terbesarnya datang dari BBMB melalui BMF. BMF dikatakan dah belanjakan dana sebanyak RM 2.5 bilion untuk dijadikan pinjaman kepada Carrian Group dan dua syarikat berkaitannya (Eda Group & Kevin Hsu Group).
BMF dipercayai dah bagi dana tersebut dari 3 Julai 1979 sampai 3 October 1983. Pihak Bank Negara (BNM) mendapati adanya kecacatan serius dalam urus tadbir BMF. Gabenor BNM jugak mengaku yang BMF dah lakukan perkara yang luar dari kebiasaan sebuah bank lakukan.
Pada Julai 1983, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri akhirnya bersuara mengenai isu ini. Dr Mahathir mengakui yang tindakan BMF bagi pinjaman tu adalah langkah yang tak bijak. Beliau jugak kata yang kerajaan akan lakukan tindakan kalau siasatan buktikan adanya penyelewengan dalam pengurusan.
Dr Mahathir di interview. Imej dari Skandal BMF: Pedih dan Memalukan.
Beberapa bulan kemudian, Dr Mahathir dalam satu sidang media bagitau yang 5 orang atasan dan pegawai BMF dah terima ‘consultancy fee’ sebanyak HK$ 3.3 juta. Beliau sifatkan perkara tu sebagai pengkhianat.
“Ketika seorang pemberita mengemukakan nama-nama bekas Pengerusi Eksekutif Bank Bumiputra, Tan Sri Kamarul Ariffin; Pengerusi BMF, Encik Lorraine Esme Osman; Pengarah Bank Bumiputra dan BMF,  Datuk Hashim Shamsuddin; Pengurus Besar Kanan BBMB (juga Pengarah BMF), Dr Rais Saniman dan Pengurus Besar BMF, En. Ibrahim Jaafar sebagai mereka yang turut terlibat,
Datuk Seri Dr Mahathir hanya menjawab: ‘Saya tak mahu cakap ya atau tidak’.” – Utusan Malaysia, 12 Oktober 1983.
Bagaimanapun, diorang tak didakwa atas kesalahan dapat ”consultancy fee’ tu, sebabnya walaupun benda tu tak bermoral, tapi ia masih tak menyalahi undang-undang dan diorang tak boleh didakwa. Oleh itu, kerajaan tak boleh buat apa-apa melainkan diorang sedar sendiri dan berenti.
Keratan akhbar Utusan Malaysia. Imej dari Utusan Malaysia & sumber dari Perpustakaan Negara.
Juruaudit Bank Bumiputra ditemui mati dibunuh

Beberapa bulan sebelum pendedahan Dr Mahathir tentang 5 orang atasan BMF tu, sebenarnya ada tragedi buruk yang jadi kepada salah seorang juruaudit BBMB. Jalil Ibrahim yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat BMF ditemui mati dibunuh. Mayatnya ditemui di sebuah kebun pisang, kat New Territory, Hong Kong pada 19 Julai 1983.
Mayatnya ditemui dalam keadaan takde dompet dan kad pengenalan diri, cuma apa yang dijumpai adalah duit syiling Malaysia dalam poketnya. Sebelum itu, Jalil dah serahkan laporan auditnya sepanjang berada di Hong Kong kepada pegawai-pegawai atasannya yang berada di KL.
Allaharyam Jalil Ibrahim. Imej dari tv14.
“Jalil ketika itu semakin bimbang dan risau tentang cara wang yang dipinjamkan kepada Carrian dan dia mahu menghentikannya.” – Philip Bowring, wartawan kewangan.
Mengikut siasatan, bila Carrian Group dalam keadaan tenat, syarikat tu ada mintak pinjaman tambahan $4 juta dari BMF. Tapi Jalil tolak permintaan pinjaman tu sebab permohonan tu masih belum dapat kelulusan dari bank induk (BBMB di Kuala Lumpur). Ni kerana Jalil adalah orang yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa juga jenis pinjaman, disebabkan BMF tengah dalam proses diaudit ketika itu.
Hasil siasatan polis Hong Kong, dorang berjaya menangkap seorang ahli perniagaan Malaysia yang berniaga di Hong Kong bernama Mak Foon Than. Tapi bila ditangkap, Mak kata yang dia tak bunuh Jalil, tapi dia cuma orang yang masukkan mayat Jalil dalam beg dan buang mayatnya tu kat kebun. Dia kata pembunuh sebenarnya adalah seorang lelaki Korea bernama ‘Mr Shin’.
Mak Foon Than. Imej dari Youtube.
Dia jugak kaitkan pembunuhan ni dengan George Tan pengasas Carrian Group. Bermula dari situlah, kes ni jadi perhatian dunia. Tapi ada benda pelik yang jadi masa kat mahkamah. Dokumen keterangan Mak, tak sampai ke Mahkamah dan hilang begitu je sampai sekarang.
“Kenyataan 24 halaman yang dibuat oleh Mak yang mana dia memberi keterangan ke atas George Tan dan saya rasa beberapa orang lain di Malaysia hilang secara misteri dan sehingga hari ini tiada sesiapa yang tahu apa yang berlaku padanya.” – Winsome Lane, wartawan mahkamah.
Jadinya, peguambela terus kaitkan pembunuhan tu dengan ‘Mr Shin’ yang Mak kata sebelum tu. Akhirnya, pihak polis Hong Kong dengan kerjasama kerajaan Korea Selatan berjaya jumpa ‘Mr Shin’ tu dan rakam kenyataannya. Hasilnya, orang Korea tu berjaya buktikan yang dia takde kat Hong Kong pada masa Jalil dibunuh.
Jenazah Jalil diusung keluar lepas saja tiba di Lapangan Terbang Subang. Imej dari Skandal BMF: Pedih dan Memalukan.
Mahkamah akhirnya membuat keputusan yang Mak Foon Than bersalah dan dia dijatuhkan hukuman mati. Hukuman itu kemudiannya ditukar kepada penjara seumur hidup. Bagaimanapun, kes pembunuhan Jalil sehingga sekarang masih menjadi kontroversi kerana ia pernah dikaitkan dengan skandal Carrian Group dan BMF. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin

Petronas ambil alih hutang BMF

Disebabkan BMF dah bagi pinjaman yang sangat besar kepada syarikat-syarikat Hong Kong tu, dan syarikat-syarikat tu pulak tak dapat bayar bila diorang sendiri nak bankrup. Maka BMF dan BBMB lah yang menanggung kerugian. Jadinya pada Julai 1983, Permodalan Nasional Berhad (pemegang 70% saham BBMB) dah menyuntik RM 600 juta kepada syarikat itu.
Lepas tu, ramai pihak cuba mendesak kerajaan supaya tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat skandal ni. Bagaimanapun, cadangan ni ditolak kerajaan dengan alasan BMF ditubuhkan kat Hong Kong dan berada luar dari perundangan Malaysia. Jadinya RCI tak boleh dilaksanakan.
Tapi kerajaan tubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan untuk siasat skandal ni. Mereka yang dilantik adalah:
  1. Tan Sri Ahmad Noordin (Ketua Audit Negara)
  2. Ramli Ibrahim (akauntan kanan dr Syarikat Peat Marwick & Mitchell)
  3. Chui Man Sor (Peguam dari Syarikat Chooi)
Bagaimanapun, laporan siasatan ni tak didedahkan kepada umum pada mulanya. Tapi lepas didesak, kerajaan setuju keluarkan 2000 salinan laporan, yang setiap satunya dijual dengan harga RM 250 (yang banyak beli salinan ni sebenarnya BBMB sendiri). Pada Mac 1986, kerajaan akhirnya keluarkan laporan Kertas Putih berkenaan skandal ni.
Imej dari library.perdana.org
Kertas Putih tu menyatakan kerugian kewangan BMF & BBMB, tapi tak nyatakan sebarang salah tadbir urus atau sebarang unsur rasuah. Polis jugak tak jalankan sebarang tindakan walaupun terbukti ada unsur jenayah.
“Menurut peguam Negara, Abu Talib Othman, hasil Jawatankuasa Siasatan tak boleh dijadikan asas untuk tindakan undang-undang kerana hanya siasatan polis yang boleh diambil kira. Beliau juga kata yang beliau tidak dapat menahan atau mendakwa sesiapa kerana pesalah BMF tak boleh didakwa di Malaysia bagi kesalahan yang dilakukan di luar negara.” – Dipetik dari thesis Employee Fraud in Malaysia: A Case Study, juga tersiar di Star pada 30/11/1984.
Pada akhir tahun 1983, semua pinjaman bermasalah BMF dah diserahkan kepada BBMB yang berjumlah RM 2.225 bilion. Kerajaan gunakan Petronas untuk ambil alih hutang BBMB pada September 1984. Petronas beli saham BBMB yang bernilai RM 933 juta termasuk jugak pinjaman bermasalah BMF sebanyak RM 1.255 bilion. Akhirnya, Petronas jugak yang jadi mangsa.
Apa jadi kepada mereka yang terlibat?
Skandal BMF ni dah jadi liputan media antarabangsa bila ia dikaitkan dengan sebuah syarikat ternama Hong Kong, Carrian Group. Kes ni bertambah hangat bila kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga dikaitkan dengan skandal ni.
Jadi siasatan dilakukan di Malaysia, Hong Kong dan United Kingdom. Mereka yang terlibat tu mula disiasat dan dibicarakan:
George Tan (Pengerusi & pengasas Carrian Group)
Syarikatnya Carrian Group jatuh bankrup pada 1983. Dia didakwa atas kesalahan menipu kewangan dan dibicarakan dua kali pada 1986 dan 1992. Akhirnya dia mengaku bersalah pada 1996 dan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.
Dia keluar dari penjara pada 1999. Perbicaraan kes ni antara yang terlama di Hong Kong dan menelan kos jutaan dolar Hong Kong.
George Tan (yang tak pakai kot) ditahan polis Hong Kong. Imej dari South China Morning Post.
Lorrain Esme Osman (Pengerusi BMF)
Lorrain melarikan diri ke London pada 1983 untuk elak dari diekstradisi ke Hong Kong atas tuduhan rasuah. Pada Disember 1985, polis berjaya menahannya. Dia dipenjara selama 7 tahun di England sebelum dia diekstardisi ke Hong Kong untuk jalani hukuman penjara 2 bulan.
Beliau seterusnya hidup dalam buangan di London dan meninggal dunia pada 2011. Sehingga akhir hanyatnya, Lorraine masih mempertahankan dirinya tidak bersalah.
Lorrain dalam perjalanan ke mahkamah pada 1992. Imej dari South China Morning Post.
Datuk Hashim Shamsuddin (Pengarah BBMB dan BMF)
Masa Lorrain ditangkap kat London, Hashim jugak ditangkap sama. Dia akhirnya mengaku terlibat dalam aktiviti penipuan BMF melibatkan HK$ 1.05 bilion. Dia juga mengaku dah terima rasuah sebanyak HK$ 15 juta.
Dia dihukum penjara 4 tahun setengah di Hong Kong pada 1987. Tapi lepas tu Mahkamah Rayuan, tambah lagi hukuman 10 tahun penjara kepadanya.
Datuk Hashim Shamsuddin (tengah). Imej dari Utusan Malaysia & sumber dari Perpustakaan Negara.
Dr Rais Saniman (Pengarah BMF)
Dr Rais melarikan diri ke Perancis untuk elakkan diri dari diekstradisi ke Hong Kong. Pada 1987, dia ditahan pihak berkuasa Perancis. Setelah melalui banyak proses undang-undang, akhirnya dia diekstradisi ke Hong Kong pada 1994. Di Hong Kong dia didakwa atas kesalahan 2 kes rasuah dan dia mengaku bersalah. Dia dihukum penjara 5 tahun.
Bagaimanapun, Kamarul Ariffin (Pengerusi BBMB) dan Ibrahim Jaafar tidak didakwa. Kamarul akhirnya hanya meletak jawatan dan dia jugak mendakwa yang dia tak tahu sama sekali pasal pinjaman yang besar itu. Dia jugak menafikan ada terima apa-apa ‘consultancy fee’.
Ibrahim pulak tak dibicarakan walaupun dia mengaku terima rasuah. Ini kerana dia jadi ‘crown witness’ dalam kes Carrian Group dan ditawarkan kekebalan dari pendakwaan jenayah oleh pihak berkuasa Hong Kong. Lepas tu, dia masih dibenarkan mengekalkan jawatannya dalam BMF/BBMB. Rasuah yang dia mengaku terima tu tak pernah dikembalikan.
Kes skandal Carrian Group adalah kes jenayah paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong iaitu mengambil masa 17 tahun dengan kos bernilai HK$ 210 juta.

Takde bukti nak kaitkan Dr Mahathir dengan skandal ni

Disebabkan tembelang skandal ni pecah masa zaman Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, jadinya adalah pihak yang seolah-olah menyalahkan atau mengaitkannya dalam skandal ni. Bila difikirkan balik, rasanya Dr Mahathir masa tu pun rasa agak tercabar jugaklah, ye lah kan, baru je pegang jawatan PM 2 tahun, ada pulak isu yang tak manis macam ni.
Berdasarkan cerita dari Datuk Kadir Jasin (bekas Ketua Pengarang NST), skandal ni bermula sejak zaman Tun Hussain Onn sebagai Perdana Menteri dan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan ketika itu. Sebelum dilantik jadi Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh adalah pengerusi BBMB.
Dr Mahathir & Tengku Razaleigh, dua lagenda politik Malaysia. Imej dari bigdogdotcom.
Disebabkan skandal tu jugaklah Tengku Razaleigh dah dipindahkan dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Jawatan Menteri Kewangan seterusnya diambil alih oleh Tun Daim Zainuddin.
Seorang wartawan bebas dan juga bekas wartawan The Star, M Krishnamoorthy juga kata yang Dr Mahathir sebenarnya nakkan siasatan penuh dalam skandal BMF ini. Bekas Pengerusi BMF, Lorrain Esme Osman jugak kata yang dia takde bukti untuk kaitkan Dr Mahathir dalam kes ni.
Jadinya dari sini jelas menunjukkan yang Dr Mahathir tak terlibat dalam skandal BMF. Cuma mungkin sebab masa tu yang tak berapa baik, bila kes ni terbongkar masa Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri.
Klik imej untuk baca cerita dari Lorrain sendiri. Imej dari Malaysian Bar.
Isu ni muncul sebab nak alih perhatian dari 1MDB?

Skandal BMF ni dah lebih 33 tahun berlalu, tapi secara tiba-tiba isu ni dibangkitkan kembali. Agak pelik sebenarnya, isu ni timbul bila Dr Mahathir dah keluar UMNO dan jadi orang paling lantang mengkritik pentadbiran PM Najib Razak. Persoalan ni jugak dibangkitkan oleh Peguam Haniff Khatri Abdullah.
“Taktik ini dapat dilihat dengan percubaan untuk salah kait isu skandal BMF dengan Dr Mahathir semata-mata. (Ia) kerana skandal itu didedahkan pada era kepimpinan Dr Mahathir walaupun asal-usul skandal itu bermula sebelum zaman kepimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.” – Haniff Khatri Abdullah, dipetik dari Malaysiakini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir jugak nafikan yang dia terlibat dalam skandal ni berdasarkan dokumen CIA yang didedahkan.
“Laporan CIA sendiri mengakui Perdana Menteri tidak terlibat, secara peribadi atau secara langsung dengan isu BMF. Ini boleh didapati pada muka surat 4 laporan itu di bawah tajuk ‘Menilai Kesan Politik’, yang menyatakan: ‘Sehingga kini hubungan langsung antara (Dr) Mahathir dan rasuah di BMF tidak dapat dipastikan…’” – Tun Dr Mahathir Mohammad, dipetik dari chedet.cc.
Jadi kesimpulannya, isu berkaitan skandal BMF ni bukanlah isu mudah difahami oleh kita semua. Mungkin kalau Hong Kong masa tu tak hadapi kemerosotan ekonomi, keadaan BMF selepas tu mungkin juga akan berbeza. Tapi akhirnya, sejarah telah mencatatkan segala galanya dan kita sebagai generasi sekarang akan terus belajar dan ambil iktibar darinya.
[Artikel ini banyak merujuk buku – Skandal BMF: Pedih dan Memalukan (tulisan Zakry Abadi) dan thesis – Employee Fraud in Malaysia: A Case Study (Yik Koon Teh)]


AMUKANMELAYU - Bila benag dan "LENCUN" macamana nak di tegakkan?