,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 1 February 2017

MENGUTUK SAMPAI HABIS SEMUA TERLONDEH ASALKAN HATI PUAS.


Image result for Lukisan pemimpin Melayu
Kami telah MENYATUKANNYA, jangan kamu musnahkannya

Rasulullah SAW larang kutuk mengutuk sesama Muslim 

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. 

1 - Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya:             “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.” 

2 - Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak) 

3 - Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.” (Hadis Riwayat  Abu Daud) 

4 - Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud) 

5 - Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah) 

6 - Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.” 

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. 

Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. 

Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT. 

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya) 


PAU 2016: ‘Tun Mahathir jadi institusi politik, Najib kecut perut’

on: 


Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada 1 Disember lalu mencipta sejarah tersendiri apabila Presiden Umno Najib Razak ‘ketakutan’ menghadapi pengaruh bekas perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, cara serangan yang dilakukan oleh Najib serta pemimpin bawahannya membayangkan Mahathir, warga emas berumur 92 tahun, seolah-olah telah menjadi ‘institusi politik’ yang hebat dan memiliki aura menukar hala sokongan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Najib (melalui ucapannya) mengejutkan seluruh rakyat Malaysia bahawa seorang warga emas berusia 92 tahun sangat digeruni (Umno). Kegerunan Najib seolah-olah warga emas ini mempunyai pengaruh besar dan boleh menyebabkan Umno hilang kuasa pada PRU14 nanti.
“Serangan demi serangan terhadap warga emas ini mengisi sebahagian dari ucapan dasar Najib sebagai Presiden Umno.
“Persidangan Umno kali ini juga mencipta sejarah baru apabila buat julung kalinya PAS terlepas dari serangan, sebaliknya PAS buat pertama kali menerima pujian dari Presiden Umno.
“Kini musuh baharu Najib ialah Tun Mahathir dan parti-parti Pembangkang yang lain, kecuali PAS. Kata Najib, warga emas ini (Mahathir) adalah antara empat cabaran utama Umno,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Menurut Mahfuz lagi, belum pernah terjadi dalam sejarah, Umno menggeruni seorang warga emas dari Pekan Rabu Alor Setar dengan maki hamun akibat daripada keberanian warga emas itu menolak Najib kerana kebusukan rasuah 1MDB.
“Najib telah memberitahu seluruh dunia bahawa warga emas itu adalah ancaman pada Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang berkuasa.
“Ucapan Najib itu dengan sendiri memperakui Umno sedang mengalami kelumpuhan dan kereputan. Sebaliknya Parti Bersatu yang diasaskan oleh Tun Mahathir kini bersama komponen pembangkang yang lain adalah satu ‘Grand Coalition’ yang mampu mencabar Umno BN dan mengambil alih kuasa selepas PRU14 nanti,” katanya.

Kenapa Umno macam mabuk todi kutuk parti Mahathir?



    ULASAN l Para pembesar Umno/BN serta peniup trompet mereka sepakat bahawa tidak ada apa yang hendak dibimbangkan daripada pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sebuah parti baru akan ditubuhkan.
    Itulah gambaran yang saya peroleh daripada membaca laporan media arus perdana dan omongan media sosial pro-Umno/BN.
    Anehnya, sambil mendabik dada berkata mereka tidak gentar, mereka bagaikan hilang akal mengutuk cadangan itu dengan menggunakan istilah dan label seperti “menganjingkan”, merugikan rakyat, longgokan sampah, memecahbelahkan Melayu, Dr Mahathir ganti Anwar sebagai ketua pembangkang, pakatan baru tidak selesaikan masalah pembangkang, DAP takut parti baru dan macam-macam lagi.
    Kalau parti baru yang dicadangkan itu akan gagal dan Umno/BN tidak terancam, kenapa macam orang mabuk todi kutuk dan maki hamun?
    Tumpukanlah perhatian dan tenaga tuan-tuan dan puan-puan menyokong dan menguar-uarkan ketulusan dan kemulusan Umno/BN.
    Tak perlulah habiskan masa dan tenaga buat bermacam-macam kutukan dan fitnah terhadap cadangan itu. Atau mereka sebenarnya tahu parti baru dan pakatan yang akan disertainya berkeupayaan melemahkan lagi Umno/BN yang sudah sememangnya lemah sejak pilihan raya umum 2013?
    Kalau mereka tidak takut, mengapakah mereka mengeluarkan senarai palsu kepemimpinan parti itu dan memulakan kempen fitnah ke atas orang yang pada jangkaan mereka akan menerajui parti itu? Pada PRU 2013 Umno belum berpecah-belah. Skandal penyelewengan 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan duit SRC International belum terdedah.
    Dr Mahathir masih menyokong Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkempen dan bantu Umno/BN rampas baik Kedah. Ekonomi belum merudum. Subsidi masih ada dan GST belum dikenakan. Itu pun Umno/BN menang ngam-ngam saja. Hilang majoriti dua pertiga dan kalah undi popular. Najib salahkan tsunami Cina. Tapi Melayu pun ramai tak undi parti dia.
    Sekarang Umno telah berpecah-belah. Pemimpin yang kritik Najib disingkir. Dr Mahathir berhenti jadi ahli. Skandal 1MDB meledak. Hutangnya melambung kepada RM50 bilion. Bukan RM42 bilion lagi seperti Dr Mahathir dakwa. “Derma Arab” RM2.6 bilion masuk akaun peribadi Najib.
    Ekonomi merudum. GST dilaksanakan.
    Budak-budak cerdik berkelulusan cemerlang yang dapat tawaran universiti luar negara tapi tak dapat pinjaman atau biasiswa. Pengangguran melepasi setengah juta. Hampir 200,000 daripadanya ada ijazah dan diploma. Secara teorinya kerajaan sudah muflis.
    Tetapi para pembesar Umno/BN dan peniup trompet mereka berkata, penubuhan parti baru itu kerja sia-sia. Najib terus disanjung dan Umno/BN dijunjung. Jerit tempek mereka mengingatkan saya kepada ayam jantan yang baru belajar berkokok. Suara tidak mersik, irama tidak harmoni dan ekor penuh tahi.
    Kerana terlebih makan dedak dan hempas rumbia, kokoknya sumbang buat orang ketawa.
    'kleptokrasikecam jual coklat gambar Tun M di PAU2016

    SEORANG peniaga mendakwa terima kecaman kerana menjual coklat yang ditampal gambar Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Umno 2016. Siapa lagi yang kecam kalau bukan para pengampu Najib.

    Bagaimana pun, menurut peniaga, Shuhaida Saadon, beliau sebenarnya mahu memperingati sejarah perdana menteri sebelum ini, dan tidak bermaksud untuk berpolitik.

    "Memang kita dapat kecamanlah, kenapa jual (coklat) Dr Mahathir, tapi bagi kami kita sebenarnya memperingati sejarah, di mana kita ada enam perdana menteri dari dulu dan kini, tak ada maksud berpolitik pun," katanya.

    Lagipun, bukan coklat gambar Tun Mahathir sahaja yang dijual, coklat gambar Najib pun ada. Malah coklat gambar Tun Abdullah, Tun Razak, Tun Hussin Onn dan Tengku Abdul Rahman pun ada dijual.


    Tindakan pengampu Najib memang boleh difahami, mana tidaknya Presiden Umno Dato Seri Najib Nazak punyalah berapi kutuk Tun Mahathir sebagai pengkhianat Umno, tiba-tiba peniaga boleh jual coklat gambar Tun Mahathir dalam bangunan tempat mereka berhimpun.

    Tentulah mengaruk semua para pengampu Najib. Kalau boleh mereka nak padam nama Tun Mahathir dari catatan sejarah sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia paling lama berkuasa.

    Lucu aku lihat gelagat para pengampu Najib ni, dengan coklat pun mereka rasa takut dan sanggup nak kecam orang. Kecamlah macam mana pun, sejarah telah berlaku tak boleh dipadam.

    Tun Mahathir adalah bekas perdana menteri Malaysia, manakala Najib adalah perdana menteri yang telah memalukan Malaysia ke seluruh dunia dengan pemerintahan 'kleptokrasi' (pemerintahan perompak).
    Tun M Mudah Lupa 

    Khairunnisa KasnoonAstro Awani 


    Pepatah 'Melayu Mudah Lupa' yang pernah dilaungkan 
    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu,
    dibidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan
    ucapan dasar Pemuda UMNO.

    Dengan terbuka dan lantang, Khairy menentang tindakan Tun Mahathir
    yang berpaling tadah dan belot kepada parti.

    Ketika membidas pepatah berkenaan, Khairy bagaimanpun menyatakan,
    di dalam sebuah puisi bahawa pemuda tidak akan lupa jasa yang pernah
    disumbangkan bekas Presiden UMNO itu.



    "Melayu Mudah Lupa, Melayu mudah lupa.
    Wahai Tun, kami di dewan ini juga ingin berpuisi
    Bahawasanya Melayu di dalam dewan ini bukan sepertimana yang disebut
    oleh
    Tun.

    Bahawasanya Melayu di dalam dewan ini tak mudah lupa,
    Melayu dalam dewan ini hormat pengorbanan Tun.
    Melayu dalam dewan ini ingat sumbangan Tun.
    Juga ingat solidariti parti mempertahankan Tun.
    Tetapi Melayu di dalam dewan ini juga ingat hipokrasi Tun.
    Juga ingat diktatorship Tun.
    Juga ingat kepincangan Tun.
    Juga ingat penyelewengan di zaman Tun.
    Juga ingat semua pemimpin yang dihina oleh Tun.

    Dan yang akan kami paling ingat,
    Yang Melayu dalam dewan ini akan sentiasa beringat,
    Adalah pengkhianatan Tun kepada perjuangan parti ini.
    Keghairahan Tun tubuh parti untuk melawan kami,
    Kesanggupan Tun menghina parti Keramat ini.
    Kerakusan Tun membunuh parti UMNO ini.

    Jasa Tun akan sentiasa kami kenang,
    Tetapi pengkhianatan Tun, pembelotan Tun, akan bermati-matian kami tentang."

    Pada masa sama, Khairy berpesan, agar tidak memandang rendah kepada
    parti serpihan yang ditubuhkan Tun Mahathir untuk melawan UMNO.
    Katanya, sebagai orang yang pernah berada dalam UMNO, pastinya kelemahan
    UMNO menjadi kekuatan buat mereka.

    "Ahli-ahli mereka ramai terdiri daripada orang yang satu ketika dahulu bersama
    kita dalam UMNO. Malah kita sudah dengar cerita bahawa ada arahan dari
    pimpinan Parti Pribumi untuk ahli UMNO yang sudah berpaling tadah dan mahu
    berhijrah kepada Parti Pribumi untuk sorokkan dahulu pertukaran,
    sembunyikan dahulu pembelotan dan senyapkan dahulu pengkhianatan
    dan hanya muncul untuk mengejutkan UMNO dengan serangan hendap
    ketika semboyan kempen sudah berbunyi apabila sudah terlewat untuk kita
    bertindak dan jentera pilihan raya dilumpuhkan oleh sabotaj dalaman," ujarnya.




    PAU 2016: Bukan Medan Bincang Kejayaan Dan Kelemahan Parti, Sebaliknya Menjadi ruang Membelasah Tun M dan Partinya.


    Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini, perlu menjadi medan paling serius untuk membincangkan kejayaan dan kelemahan parti dalam menjaga rakyat. 

    Inilah masa paling sesuai untuk perwakilan menyuarakan mesej dari rakyat yang berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa manakala pemimpin pula mendengar untuk diambil tindakan sebaik mungkin. 

    "Inilah waktunya UMNO berhadap dengan pemimpin dan pemimpin mendengar denyut nadi rakyat, jika  tidak sampaikan di situ, mesej tak akan sampai, menteri sibuk dengan Kabinet, sibuk dengan kerja negara dan pemimpin sangat sibuk kadang-kadang boleh lupa dengan tugas sebenar yang sangat penting iaitu menjaga rakyat.

    Era presiden parti iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka yang dilantik sebagai jurucakap perlu bercakap berterus terang berkaitan kehendak rakyat kepada pemimpin tanpa menghina mana-mana pemimpin atau pihak lawan. 

    "Beritahu mereka (pemimpin) perkara sebenar apa yang rakyat rasa, apa yang kita di bawah rasa seperti himpitan kepada perbelanjaan yang agak tinggi...rakyat mampu atau tidak, kerana kita mahu pemimpin mengubah keadaan supaya rasa tidak senang itu, menjadi senang, dan segala kesempitan dan kesusahan dapat di ringankan. 

    Perhimpunan Agung UMNO tahunan ini sepatutnya menggunakan ruang yang ada ini akan menjadi wadah untuk berkongsi pelbagai kejayaan dan perancangan terdahulu hasil perjuangan parti dan inisiatif kerajaan dalam mengangkat kehidupan rakyat di seluruh negara untuk hari ini dan merancang untuk hari muka.

    Perhimpunan kali ini sepatutnya turut menumpukan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 termasuk usaha mengukuhkan perpaduan parti dan strategi menarik sokongan pengundi kepada UMNO dan Barisan Nasional. 

    Seperti UMNO akan menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada calon pilihan raya tersebut adalah muka baharu dengan imej baharu, bersih dan disenangi rakyat. Resolusi-rasulusi perlu merangkumi pengukuhan solidariti, akur kepada keputusan pimpinan dan setia kepada perjuangan parti, cakna rakyat serta melaksanakan rejuvenasi atau pengislahan UMNO. 

    Yang lain ialah memperkukuh jentera parti khususnya di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM), mendekati golongan muda dan membawa agenda pembangunan lestari dalam menerokai sumber asli tanpa menggadai nilai-nilai Islam. Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung selama 4 hari, dari 29 Nov sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dihadiri lebih 3,200 perwakilan.



    Stupid punya Menteri.....


    Buanglah Menteri Yang Dianggap Sebagai Bahan Jenaka - TMJ
    31 JAN: Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati kerajaan supaya menyingkirkan beberapa menteri yang seringkali dijadikan bahan jenaka.

    Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat kerana Malaysia memerlukan menteri yang bijak berkhidmat untuk rakyat dan bukan menteri yang lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat.

    "Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk Kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.

    "Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat.", katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers.

    Namun, Baginda turut berkata sikapnya yang gemar berterus terang turut menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah pihak yang berusaha untuk menutup mulutnya.

    Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan tetapi ia adalah dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.
    TMJ


    Saya berjanji akan terus bersuara untuk rakyat dan bukannya mencetuskan ketegangan tetapi bekerja bersama-sama memperbaiki bahagian tertentu yang masih lemah kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor,” ujarnya.

    Baginda juga menegaskan tegurannya tidak mempunyai sentimen politik tapi hanyalah teguran seorang putera raja yang sayangkan rakyat.

    Saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak perlukan sebarang undi. Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan, adalah untuk kesejahteraan mereka,” ujarnya lagi.

    AMUKANMELAYU - Orang datang KOSONG kini mempunyai HARTA melimpah-ruah. Kita Tuan Tanah Kedahong.....kini sudah tak punya apa-apa. Apa yang kita PERJUANGKAN selama ini?