,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 1 November 2016

NAJIB MENUAI DARI APA YANG TUN M TANAM DAHULU


 

 

Raja Berperlembagaan, KEKEBALAN Yang Ada Kepada Raja-Raja Dihapuskan Untuk Memberi Laluan Kepada PM Bertindak Sebagai Presiden.



MONDAY, FEBRUARY 16, 2009


PENGHAPUSAN KEKEBALAN RAJA MELAYU DALAM SISTEM

PENGHAPUSAN KEKEBALAN RAJA MELAYU DALAM SISTEM

DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

UCAPAN : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

LOKASI : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

TARIKH : 18 JANUARI, 1993

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.


3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.


4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.


5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.


6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.


7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.


Tuan Yang di-Pertua,


8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.


9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.


10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya - iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.


11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru-baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.


12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.


13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.


14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.


15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.


16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja. Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.


17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.


18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja. Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.


19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.


20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.


21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.


22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara-perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.


23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.


24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja. Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.


25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.


26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.


27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.


28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi-fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.


29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal - satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri - `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.


30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.


31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.


32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.


33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitutional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi England peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.


34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty cannot sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.


35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.


36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi. Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.


37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity`.


38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.


39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.


40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63
(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63
(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “
(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.


41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.


42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.


43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.


44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.


45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu. Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.


46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.


47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.


48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.


49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.


50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.


51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?


52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.


53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.


54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.


55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.


Tuan Yang di-Pertua,


56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik. Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.


57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.


58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.


59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.


60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.


61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.


62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.


63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.


64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.


65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.


Tuan Yang di-Pertua,


66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit-sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.


67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.


68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.


69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.


70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.


Tuan Yang di-Pertua,


71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.


72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.


Tuan Yang di-Pertua,


73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata. Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.


74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.


Tuan Yang di-Pertua,


75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.


76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.


77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.


78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.


79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau immune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang-undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.


Tuan Yang di-Pertua,


80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.


81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja-Raja dan Sistem Beraja.


82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.


Tuan Yang di-Pertua,


83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.


84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?


85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.


86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.


87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.


88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.


89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?


90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.


Tuan Yang di-Pertua,


91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.


92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum - iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.


93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.


94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya. Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan. Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.


95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja. Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.


96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda-tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.


Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.:)
Mahathir dalam satu kenyataan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tindakannya pada tahun 1993, telah meminda Perlembagaan Malaysia yang menyebabkan kuasa Agong lemah sehingga hari ini.
“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata Mahathir.
Tun M Mohon Maaf Di Atas Tindakan Lalu

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, pindaan tersebut tidak meliputi semua undang-undang kerana terdapat Akta Parlimen yang masih perlu mendapat persetujuan dan tandatangan baginda.

“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran berbeza. Pindaan itu tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Sebenarnya terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, sebahagian daripadanya tanpa mendapatkan nasihat perdana menteri,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan, semalam.

Mahathir berkata, hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan darurat tidak terjejas dan keistimewaan itu dikekalkan kerana implikasinya amat serius.

“Fasal (1) Perkara 150, Proklamasi Darurat menyatakan ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

“Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir akan berlaku,” katanya.

Katanya, perkara dan fasal itu menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytihar darurat kekal terletak hanya pada baginda dan tidak boleh dipertikaikan.
“Tiada disebut dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh memasyhurkan ordinan yang mempunyai kuasa sama dengan Akta Parlimen.

“Dengan kuasa ini yang kekal di tangan Yang di-Pertuan Agong tidak terdapat apa-apa keperluan bagi mana-mana undang-undang lain untuk membolehkan kerajaan menggantung undang-undang bagi menangani masalah keselamatan,” tegasnya.

Menurut Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

“Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.

Katanya, di bawah Fasal (3) Perkara 40, baginda boleh bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang bukan daripada jemaah menteri untuk jalankan mana-mana fungsinya, selain menurut budi bicaranya.

“Pengisytiharan darurat adalah perkara yang ditentukan perlembagaan sebagai atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Apabila Akta MKN pindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada perdana menteri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan, keperluan baginda laksanakan hak untuk memutuskan darurat tidak lagi bermakna.

“Secara dasarnya MKN telah merampas kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perkara ini, sedangkan persetujuan baginda dan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi dahulu.
 
“Apabila kerajaan ketepikan permintaan raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong supaya Akta MKN diperhalusi dan disemak semula, maka jelas pindaan tersebut tidak mematuhi perlembagaan. Oleh itu Akta MKN tidak boleh dimeterai sebagai undang-undang,” jelasnya.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai bidang kuasa untuk menasihati Mahkamah Persekutuan tentang apa-apa soal dan kesan mana-mana peruntukan perlembagaan yang berbangkit atau mungkin berbangkit.

“Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.
“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta MKN yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” ulasnya.

Katanya, pelantikan perdana menteri juga merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang individu yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, namun calon itu tidak semestinya diterima oleh baginda.

“Berdasarkan peruntukan sama di Terengganu, Perlis dan Selangor, calon yang dikemukakan parti menang ditolak dan raja-raja membuat keputusan menerima calon lain. Mereka ini dilantik sebagai menteri besar dan diterima Majlis Mesyuarat Negeri.

“Jelas, baginda mempunyai hak melantik perdana menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan itu, calon tersebut terpaksa berhenti daripada jadi perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon baharu,” ujarnya.

Pelantikan Ketua Audit Negara juga merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan berhubung dengan akaun bagi persekutuan dan negeri-negeri.

“Manakala berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan badan yang dinyatakan melalui perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata lagi, Ketua Audit Negara perlu mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ia boleh dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

“Perdana Menteri, Datuk Sri Najib telah memerintahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Laporan yang sepatutnya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebaliknya dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” jelasnya.

Beliau berkata, tindakan kepimpinan Najib yang menyerahkan laporan PAC dan Ketua Audit Negara kepada Peguam Negara yang kemudiannya diisytiharkan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi bertentangan dengan peruntukan perlembagaan

“Amat jelas kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bukan sahaja mengabaikan peruntukan perlembagaan, tetapi bertindak bertentangan dengannya, dengan memberi laporan tersebut kepada Peguam Negara. Ia kemudian diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi,” katanya.

Decrease Font SizeIncrease Font SizeOctober 27, 2012
Dr Mahathir Mohamad has challenged me to prove that he has made seditious comments against the royalty during the Parliamentary debates leading up to the 1993 constitutional amendments on the monarchs’ immunity.
It would have been better for Mahathir to have agreed to be subpoenaed as a witness in my trial. The court would be a better forum to expose Mahathir.
However, as I have been challenged, I am prepared to pick up the cudgel.
In tabling the Constitutional (Amendment) Bill, 1993 to set up the Special Court to take away the immunity from legal process of the King and the Rulers, Mahathir, uttered the following, among the many other, seditious remarks during a time when he had no Parliamentary immunity from being charged in court for making those remarks:
“Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. [Tepuk]’ [Hansard 18 January, 1993, page 16]
“Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.
“Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.
“Tetapi teguran ini tidak berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas.’ [Hansard, Jan 18, 1993, page 19]…
“Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.
“Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.
“Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.
“Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana in tidak disiarkan oleh akhbar Straits Timestetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis.
“Penulis ini menyatakan, dengan izin ‘All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether.’
“Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?” [Hansard, 18 January, 1993, page 20-22]…
‘Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai’ [Hansard, Jan 18, 1993, page 26]
These are among the passages in Mahathir’s speech as reflected in the Hansard. The passages exude serious and often explosive instances of sedition to which the attorney-general has chosen to give a blind eye.
I challenge Mahathir to come to court voluntarily at my trial and testify and justify what he uttered in Parliament on Jan 18, 1993. I hope he will not run away from this challenge - http://www.kualalumpurpost.
  1. Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Setelah hampir 18 tahun perkara berlalu kini kesannya dapat kita lihat. Penguasan Ahli Politik Kerajaan kini melebihi Kuasa Raja-Raja dan ibarat kebal daripada melakukan sebarang jenayah.
  2. Kini Kuasa Ahli Politik Kerajaan mengatasi kuasa Raja-Raja Melayu selagi mereka bersama PM. Dengan keadaan negara yg semakin huru hara sekarang ni. Kekebalan Raja-Raja Melayu yang dulunya dihapuskan demi menjaga Raja Melayu kononnya kini nampaknya memakan diri nasib Bangsa Melayu. 
  3. Melayu semakin berpecah belah dan nasib Melayu akan bertambah buruk jika ditakdirkan Allah satu hari jika parlimen dipenuhi oleh 80% kaum Pendatang yang minoriti ditengah masyarakat Melayu tapi Majoriti dalam Parti Pembangkang dan menjadi wakil Perlimant dan Melayu yang berfikiran seperti mereka juga memenuhi Parliment.
  4. Siapa lagi yang akan menjaga hak-hak keistimewaaan orang Melayu jika Raja Melayu pun akan dibuang dan YDP Agong tiada hak dan kuasa untuk menghalang kerana tidak perlunya tandatangan YDP Agong untuk mengesahkan satu-satu pindaan perlembagaan jika suara Melayu juga turut berkurangan dalam perliment? 

    Inilah kesan daripada apa yang di lakukan seperti yang tertulis di atas.
  5. Masalahnya yang menjatuhkan Isntitusi DiRaja adalah kenalan, orang kanan, Orang Melayu, Menteri Melayu, wakil Perliment Melayu dibawahan institusi tersebut dengan menggunakan kuasa monarki diatas perkara-perkara yang melibatkan kepentingan peribadi. Rakyat ditekan supaya mengikut ARAHAN dan KUASA mereka. Jika ada yang menentang, mereka akan disingkir dari kumpulan mereka dan di inaya semahunya.
  6. Dan jika mengikut kemahuan mereka, mereka akan berusaha untuk melaksanakan apa jua kaedah tanpa mengira ekonomi semasa dan penyelewengan, asalkan mereka terus berkuasa dengan apa cara sekali pun, sehingga rakyat dan Ahli Politik dipaksa, rasuah(Dedak), di tekanan sehingga mengikut arahan.  Lihat ini.....jika dahulu AGUNG yang akan di jemput atau Lawatan ke luar Negara. 

    Kini Agung seperti tidak ujud lagi di Malaysia ini. Penulis bikan cemburu, tapi bagaimana Anak Tiri pun boleh "MENIKMATI" keistimewaan Bapa Tiri yang menjadi PM. Ianya tidak pernah berlaku dimana-mana Negara kecuali Negara yang mengamalkan "Pemerintahan KUKU BESI".

    Keluarga PM hadir atas jemputan pemimpin China 
    01 November 2016 3:35 PM
Keluarga PM
NAJIB Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Duta Besar Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya (kiri) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semalam bagi memulakan lawatan rasmi selama enam hari ke China. Lawatan ini merupakan jemputan Perdana Menteri China, Li Keqiang dan merupakan yang ketiga oleh Najib sejak 2009. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa ahli keluarganya ketika lawatan rasmi ke China tidak perlu dijadikan isu besar kerana dilakukan atas jemputan pemimpin negara kuasa besar itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, sebelum Perdana Menteri jarang membawa keluarga walaupun beliau kerap mengadakan lawatan rasmi setiap tahun demi memikul amanah negara namun dalam isu lawatan ke China ini memiliki kisah istimewa.

Menurutnya, mereka yang arif dengan budaya China pasti tahu bahawa ia merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar China menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.
“Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut ‘apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut’.

“Jadi tidak timbul isu Perdana Menteri menggunakan kemudahan kerajaan mengangkut seluruh ahli keluarga kerana kunjungan itu bukan atas tujuan peribadi sebaliknya jemputan rasmi antara dua pemimpin utama negara,” katanya.

Jelas Rizal lagi, malahan Kerajaan China amat menghargai pertalian China dan Malaysia moden bermula daripada bapa Najib, Tun Abdul Razak yang mengilhamkan hubungan diplomatik pertama dengan negara besar itu pada 1974.

“Sepatutnya pihak yang galak menyebarkan cerita palsu tanpa bersandarkan kepada kebenaran melihat impak yang lebih besar daripada lawatan PM ke China itu dan bukan hanya membuat tohmahan murahan.
“Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ia bakal membawa pulangan puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk negara,” katanya.

Beliau sebaliknya membidas sikap sembrono itu dengan meminta pihak terbabit membongkar pendedahan DC Leaks yang mendakwa hartawan Amerika Syarikat, George Soros memberikan dana untuk membiayai gerakan Bersih bertujuan menjatuhkan kerajaan.

“Kalau betul sayangkan Malaysia, pergi bongkar dan dedahkan fakta tentang ada rakyat negara ini bersekongkol dengan dalang luar (Soros) untuk meruntuhkan kedaulatan negara.

“Jangan hanya tahu nak sebar fitnah dan menjahanamkan imej pemimpin negara yang dipilih secara sah oleh rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Hutang 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang kerajaan persekutuan, kata menteri kewangan.
"Oleh itu, hutang syarikat 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak menyumbang kepada jumlah hutang kerajaan persekutuan," kata Datuk Seri Najib Razak.

Jika ianya tidak melibatkan kerajaan Kenapa Nak Di Letakkan Di Bawah Undang-Undang Rahsia Kerajaan?


Beliau yang juga perdana menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen terhadap soalan lisan Teresa Kok (DAP-Seputeh).
Anggota parlimen pembangkang itu mahu tahu jumlah hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 30 September 2015 dan 30 September 2016.
Beliau juga mahu tahu jumlah hutang yang disumbangkan oleh syarikat dan projek berkaitan 1MDB.
Dalam jawapannya, Najib berkata jumlah hutang kerajaan persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 52 peratus daripada KDNK.
Daripada jumlah berkenaan, katanya lagi, sebanyak 95.9 peratus (RM628.98 bilion) adalah hutang domestik, sementara 4.1 peratus (RM26.9 bilion) lagi merupakan pinjaman luar pesisir.
"Jika dibandingkan pada Jun 2015, hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM627.5 bilion atau 54.2 peratus daripada KDNK.
"Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,” katanya.
Sementara itu, berkaitan data berkaitan hutang bagi September 2016 melalui laporan ekonomi suku ketiga tahun ini, Najib berkata ia akan diterbitkan pada November (bulan depan).
Tidak salah bagi seseorang anggota parlimen bertanya soalan di Dewan Rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Menurut beliau sesiapa saja boleh bertanya soalan di parlimen.


Johari ditanya mengenai status seseorang bekas anggota kabinet - seperti Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah - bertanya tentang isu 1MDB di parlimen.
"Tak ada salah bertanya soalan. Di parlimen semua orang boleh mengemukakan soalan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Ahmad Husni yang sebelum ini dilantik sebagai menteri kewangan kedua dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini ekoran perbahasannya di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB.
Dalam ucapannya membahaskan belanjawan 2017 Ahmad Husni yang juga anggota parlimen Tambun bertanya keperluan syarikat pelaburan milik negara 1MDB ditubuhkan.
Turut berucap menyentuh 1MDB semasa perbahasan di parlimen ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie adalah bekas naib presiden Umno dan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sebelum digantung keahliannya oleh Umno.
Ahmad Husni - bersama Muhyiddin dan Mohd Shafie - kemudian menjadi sasaran serangan penyokong UMNO.
Speaker Dewan Rakyat kemudian berkata ada kemungkinan mereka melanggar sumpah menyimpan rahsia kerana bercakap mengenai hal berkaitan kabinet.
Apakah seseorang anggota parlimen yang sebelum ini dilindungi kekebalan tertentu terhadap ucapan yang mereka lafazkan di Dewan Rakyat sudah tiada lagi?.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee enggan membuat sebarang ketetapan bagi menghalang polis menyoal siasat Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan.
Menurut Lim Guan Eng (DAP - Bagan) Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar "melanggar kemuliaan parlimen" dengan menyiasat bekas menteri kewangan kedua itu.


Kata Lim seseorang anggota parlimen memiliki kekebalan atas ucapan yang dibuatnya di parlimen.
Justeru kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang speaker mesti membuat ketetapan menghalang polis menyiasat Ahmad Husni.
Ronald bagaimanapun berkata siasatan dijalankan kerana ada tiga laporan polis dibuat mengenai isu berkenaan dan beliau tidak akan mencampurinya.
"Jika ada laporan polis, polis bertanggungjawab untuk menyiasat.
"Kekebalan parlimen tidak bersifat mutlak, ia tertakluk kepada Akta Hasutan," katanya.
Di sebalik gesaan Lim dan bapanya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) untuk speaker melindungi hak anggota parlimen Ronald tetap dengan keputusannya tidak membuat sebarang ketetapan.
Ahmad Husni dijadual memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman tengah hari ini berhubung ucapan perbahasannya yang menyentuh 1MDB di Dewan Rakyat minggu lalu.
Pihak polis menangguhkan soal siasat mereka dengan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sehingga satu tarikh yang dijangka pada minggu hadapan.
Ahmad Husni sepatutnya merekodkan keterangannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 petang hari ini.


Beliau tiba pada pukul 2.15 petang dan meninggalkan Bukit Aman 15 minit kemudian.
Bekas menteri itu dilihat turut memegang salinan peraturan tetap Dewan Rakyat dan beberapa dokumen lain.
Turut hadir beberapa anggota parlimen Pakatan Harapan dan bekas anggota BERSATU Datuk Khairuddin Abu Hassan yang berada di sana untuk memberikan sokongan moral kepada Ahmad Husni.
Antara yang hadir ialah Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Tian Chua (Batu), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, tiga bekas menteri akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Belanjawan 2017.
Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Husni, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan dengan mendedahkan perbincangan kabinet.
Ketiga-tiga mereka menyentuh mengenai 1MDB semasa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut laporan Bernama, dua NGO Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab Sahabat Najib (N87) Kuala Lumpur telah membuat laporan polis terhadap mereka. Inilah sebenarnya "BENTENG TERAKHIR" PM. Mereka ini adalah Orang Yang Hanya tahu membuat REPORT dan kembali ketempat asal menanti HABUAN.

Lihatlah, apakah sumbangan mereka ini kepada Orang Melayu, Ugama dan Negara. Mereka ini hanya tukang "Mengadu-domba" yang jelas mencari keuntungan keatas KESUSAHAN orang lain.

NGO buat laporan terhadap Muhyiddin kerana bocor rahsia kerajaan

 | October 28, 2016
Presidennya berkata, tindakan Muhyiddin itu merupakan satu pelanggaran terhadap OSA dan dikhuatiri penjawat awam lain berasa mereka dibenarkan melakukan perkara yang sama.
Azwanddin Hamz2ah2
JARINGAN MEMECAHBELAHKAN MELAYU
KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendesak agar beliau disiasat kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.
Menurut beliau, Muhyiddin beberapa kali bercakap mengenai perkara berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggap rahsia kerajaan.
“OSA terpakai kepada semua kakitangan kerajaan, walaupun yang sudah meletak jawatan atau bersara, kerana semasa bertugas bersumpah melindungi sebarang kebocoran maklumat sulit.
“Tetapi Muhyiddin, pada majlis di Kijal, Terengganu, dan semasa ucapan Bajet 2017 di Parlimen, membocorkan maklumat sulit berkaitan 1MDB.”
Beliau berkata tindakan Muhyiddin itu merupakan satu pelanggaran yang jelas terhadap OSA dan boleh memberi kesan buruk kerana penjawat awam lain akan berasa mereka dibenarkan melakukan perkara yang sama.
“Akta itu dikuatkuasakan bagi memastikan semua rahsia kerajaan dilindungi.
“Jika kita tidak melihat kesalahan Muhyiddin secara serius, ia akan memberi kesan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi dengan adanya Facebook dan platform media sosial yang lain, di mana maklumat mudah disebarkan.
“Itulah sebabnya kami membuat laporan ini, menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap beliau (Muhyiddin). Dan kami akan terus mendesak bagi susulan,” kata Azwanddin.
Laporan itu dibuat berikutan amaran yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini kepada Muhyiddin dan bekas menteri kewangan ke-2 Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mendedahkan maklumat mereka diperolehi semasa menjadi ahli Kabinet.
Tindakan itu adalah satu pelanggaran sumpah kerahsiaan yang mereka ikrarkan.
Justeru, Pandikar memberi amaran serta boleh membukanya terhadap penyiasatan di bawah OSA, atau Akta Hasutan.
Speaker juga memetik ucapan Muhyiddin ketika membahaskan Bajet 2017, di mana ketika beliau bersama kerajaan, Kabinet mahu meluluskan RM3 bilion pinjaman kepada 1MDB, yang kemudiannya ditukar kepada kredit tersedia sebanyak RM950 juta selepas beliau menyatakan pendapat tentangnya.
“Bagi saya, apa yang saya dengar, dan baca (kenyataan Muhyiddin itu) adalah keputusan Kabinet tidak dilaksanakan. Itu adalah maklumat rahsia.
“Kami tidak boleh memberitahu semua rahsia ini kepada sesiapa. Malah anda tidak boleh memberitahunya kepada isteri,” kata Pandikar.
Kerajaan ada pada hari ini, kata Tan Sri Annuar Musa, bukanlah yang hanya ingin menutup mulut pengkritik dan hanya mahu mendengar khabar yang baik-baik saja.
Kata ketua penerangan Umno itu beliau sendiri suka melihat kerajaan dikritik asalkan kena pada tempatnya.
Justeru kata Annuar Umno berpendapat setakat ini tidak berbangkit isu parti itu mahu memecat Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat.
"Selagi beliau berucap pada tempatnya, gunakan haknya sebagai ahli parlimen dan asalkan niatnya baik.


"Saya suka lihat kerajaan dikritik, tak mengapa. Kita bukannya kerajaan yang nak tutup mulut orang dan kena cakap yang baik-baik saja," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Annuar bercakap kepada media selepas menghadiri program bersama ahli akar umbi Umno Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.
Semasa membahaskan belanjawan 2017 di parlimen baru-baru ini Ahmad Husni menyentuh kewajaran kerajaan menubuhkan syarikat pelaburan 1MDB yang kini didakwa sedang menanggung hutang yang besar.
Beliau turut bertanya mengapa tindakan tidak diambil ke atas beberapa pihak yang terlibat dalam pengurusan 1MDB.
Bagaimanapun Annuar berkata soalan yang dibangkitkan Ahmad Husni itu sudah dijawab anggota parlimen Tambunitu sendiri ketika beliau masih lagi berkhidmat sebagai menteri kewangan kedua.
Ahmad Husni meletak jawatan daripada kerajaan dan parti pada 27 Jun lalu, iaitu pada hari sama Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya.
Tempat Ahmad Husni kini diisi anggota parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.
Semalam seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjangkakan Umno bakal memecat Ahmad Husni kerana membangkitkan isu 1MDB.
Bekas ketua penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman berkata langkah itu akan diambik kerana parti berkenaan mahu mengelakkan ada lagi pemimpin lain bertanya tentang 1MDB.
Kata Annuar beliau sendiri ada menghubungi Ahmad Husni bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung ucapannya di Dewan Rakyat itu.
"Saya keliru apabila beliau tanya kenapa 1MDB ditubuhkan. Sedangkan beliau sendiri yang jawab soalan itu tahun lalu.
"Beliau telah beri penjelasan kepada saya tetapi tidak sama dengan ucapan beliau di parlimen. Mungkin cara beliau berkomunikasi tidak cukup efektif," katanya.


AMUKANMelayu - Apa lagi yang tinggal untuk Anak Cucu dari Pusaka Nenek Moyang ini?