,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 11 October 2016

MALAYSIAKU - SIAPA LEBIH KURANG AJAQ DIA YANG AKAN MENANG?


POLIS MUDAH LUPA




Himpunan Hulubalang Melayu


Banyak penulis menulis tentang orang Melayu sejak beberapa tahun ini; malangnya,mereka tidak nampak seperti apa yang saya nampak. Mereka lebih menukar topik dalam apa permasalah melibatkan "Orang Lain" supaya mereka nampak seperti Orang Berpelajaran dan KONONnya mereka berfahaman sederhana. Mereka gagal menjadikan Myanmar, Kemboja, Philipin, Selatan Pettani dan Cape Town sebagai contoh dan peringatan untuk jenerasi ke jenerasi Melayu yang lainnya dimana kita telah menjadi Orang Lain dan kita kehilangan jatidiri yang amat ketara.
Ini kerana sesetangah orang Melayu dan Pemimpin Melayu kerapkali berbuat perkara-perkara yang bodoh. Umpanya Himpunan Baju Merah yang dijadualkan akan berlansung pada 16hb September, yang bermaksud untuk memberi amaran kepada orang-orang Cina supaya jangan biadap; dan untuk menunjukkan kekuatan (apapun maksudnya itu) orang Melayu dengan berhimpun dan terpekik di jalanan. Banyak orang tidak suka. Tapi sudah BERIBU KITA di hina dan di herdik di Tanah Air sendiri. Saluran apa yang ada?
Mahkamah? Perundingan? Fb di ceroboh?, Akaun Palsu? Pandangan PDRM siapa yang report dulu dia yang BETUL? Ada lagi.....banyak lagi....
Sampai bila semua ini Orang Islamelayu WAJIB BERSABAR?
Pernah penulis mempertikaikan perkara ini:
Tanah Melayu, Raja Melayu, PM Melayu, DO Melayu, Ketua Jabatan Melayu, KPN Melayu, Tentera Melayu....dan jelas dalam amanah Raja-Raja Melayu mengatakan.
BismillahhirRahmanirRahim,

Sembah durhaka dari Patek yang bersultankan Tuanku.


Patek hanya BERSULTANKAN Tuanku yang TEGAS dan BERANI. Patek bukan KETURUNAN PENDERHAKA Sultan mangkat di Julang...
Patek yakin Tuanku tidak akan mendustai Amanat Tuanku Raja-Raja Melayu yang terdahulu. Patek BERPEGANG teguh dengan Amanat Tuanku Raja-Raja Melayu yang adil ini.......betapa BIADAP Alvin Tan Hina Mangsa Tragedi Kren Runtuh Di Makkah Dengan kata kata kesat
Mereka ini telah mengetepikan WASIAT TUANKU seperti di bawah ini....
Ketiga: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Keempat: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Kelima: Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;
Keenam: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan
Ketujuh: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Ampun Tuanku......ni dah tak boleh di ampun lagi Tuanku......


Mana lagi saluran yang ada untuk kita bersuara? 
Apa di harap padi diseberang, entah berbuah entahkan tidak, entah dimakan pipit melayang.......
Apa di harap padanya orang, entahkan sayang entahkan tidak, entah hati beralih kepada yang lain.....
Untuk kali ini, Perhimpunan Melayu ini, yang sepenuhnya di dokong oleh Anak-anak Muda Melayu yang kononnya nampak BODOH dan samseng dan dikata pula mereka ini dengan perbagai alasan diadakan untuk “menebus kembali maruah Melayu”, yang kononnya telah dicemar oleh himpunan Bersih 4, yang kebanyakannya dihadiri oleh rakyat berbangsa Cina. 
Bagi penulis penganjur (yang berselindung dan bermisteri) himpunan rakyat Malaysia yang dianggarkan seramai 200,00 yang berhimpun dibawah panji Bersih 4 itu hanya melakukannya untuk menyerang kepimpinan Melayu, Ugama Islam, Orang Melayu, Perlembagaan Negara, membawa anasir asing yang bertentangan dengan budaya Melayu Tanah Melayu dan agenda Kristianisasi.
 
Maruah Melayu juga sedang diserang dari perbagai sudut dan KURANG AJAQ kelompok BERSIH ini sudah lagi tiada rasa hormat dan menghormati lihat beberapa peserta Bersih ini yang harus kita akui agak bongok memijak gambar-gambar Perdana Menteri dan TGHH dan sebelum ini Lim Guan Eng dan DAP yang lain terlalu kurang ajaq........melakukan perkara yang sama kepada Pemimpin Melayu.

Ramai mengatakan himpunan Baju Merah ini adalah keanak-anakan, samseng dan hanya akan membuat bangsa Melayu menjadi bahan ketawa. Dan ada yang menyarankan kepada puak Baju Merah ini, jika mereka benar-benar ikhlas untuk menebus kembali maruah Melayu, maka lebih baiklah mereka membatasi diri mereka kepada tuntuan yang spesifik. 

Dengan cara itu, mereka boleh mengharapkan sokongan bukan sahaja dari komuniti Melayu, tetapi juga rakyat Malaysia yang lain, kerana telah berkeputusan untuk mengadakan satu demonstrasi yang aman untuk mendesak akan tuntutan-tuntutan mereka yang sah. Ini adalah cakap Orang Pandai. Tapi kenapa berlaku perkelahian atau pergaduhan kaum?


Ugama, Kekurangan makanan, Dengki, Sakit hati, sempadan negara dan "KURANG AJAQ" adalah penyebabnya.

Beza Perhimpunan Bersih VS Himpunan Baju Merah


FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU

Beza Perhimpunan Bersih VS Himpunan Baju Merah?
Perhimpunan Bersih dan SAMSENGnya


  1. Tema baju adalah berwarna kuning
  2. Mahu pilihanraya yang bersih, rasuah dibanteras, kerajaan yang telus, demokrasi dipelihara dan ekonomi Malaysia diselamatkan
  3. Majoriti peserta adalah kaum Cina.
  4. Menunjukkan SIFAT MENGHINA(Pijak gambar, Imej Orang meninggal, Bawa Penyapu, membawa simbol LGBT, dan kristianisasi)
  5. Disokong oleh Pakatan Rakyat majority PKR dan DAP
  6. VENDELISAM - Sampah dan Kekotoran dan merosakkan HARTA AWAM sepanjang penganjuran(merosakan papan tanda, musnahkan kereta POLIS dan menyerang PDRM dan Bandaraya)
  7. Sering mengganggu kehidupan seharian Orang lain

Himpunan Baju Merah dan HULUBALANGnya



  1. Tema baju adalah berwarna merah
  2. Hormati hak melayu dan agam Islam di Malaysia, mahu ISA dikembalikan
  3. Majoriti peserta adalah bangsa Melayu.
  4. Sukar untuk melihat bangsa lain dalam perhimpunan ini.
  5. Berhimpun di tempat yang di benarkan oleh BANDARAYA.
  6. VENDELISAM - Hampir tiada kecuali MENGHALANG Baju Kuning berarak
  7. Pertembungan dengan Baju Kuning di Jalan Raya menjadikan Penglang Trafik dan mengganggu kehidupan seharian orang lain.

BERSIH 4 Cina 90%, Bersih 1 Melayu 80%.. Mengapa? 


Himpunan Tipah TERTIPU
Himpunan BERSIH 4 kali ini memperlihatkan sebahagian besar perserta terdiri daripada kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan aman sebelumnya yang menyaksikan kehadiran lebih ramai kumpulan Melayu.
Kekurangan kehadiran peserta Melayu dalam BERSIH 4 hari ini adalah kesan keatas SIFAT KURANG AJAQ DAP kepada PAS dan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga mendorong ramai ahli PAS meninggalkan BERSIH seterusnya.
Dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, PAS telah menggerakkan puluhan ribu ahli akar umbi di seluruh negara. BERSIH 4 menyaksikan hanya 10 peratus daripada peserta adalah Melayu dan 90 peratus Cina memenuhi jalan raya di ibu kota hari ini.
"BERSIH 1 - Melayu 80 peratus dan Cina 20 peratus, BERSIH 2 - Melayu 60 peratus dan Cina 40 peratus, BERSIH 3 - Melayu 50 peratus dan 50 peratus Cina. Apa yang berlaku? "
Terdahulu, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga enggan mengulas isu ketidakseimbangan kaum itu, sebaliknya berkata apa yang penting adalah kehadiran ramai rakyat Malaysia sebgai peserta.
Kekurangan peserta Melayu pada himpunan BERSIH juga menjadi tumpuan dalam blog pro-Umno yang menerbitkan artikel berbagai tajuk dan Cina  Dominasi Himpunan Bersih 4. adalah sangat mendapat perhatian pembaca.

Malah dalam tinjauan Merdeka Center juga mendapati bahawa 70 peratus daripada kira-kira 600 responden Melayu telah menentang Bersih 4. (MK) 


Jika sebelum ini, NGO BERSIH berbangga kerana tiada sebarang halangan atau gerakan yang mengganggu perhimpunan yang dianjurkan oleh mereka, namun dalam penganjuran himpunan haram BERSIH 5 kali ini, mereka terpaksa berhadapan dengan saingan yang tidak di jangka, iaitu gerakan Baju Merah.

Jika dilihat kepada pengumuman yang dibuat oleh Maria Chin Abdullah semasa mengumumkan penganjuran BERSIH 5 pada 19 November ini, secara jelas dia menyatakan himpunan ini bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat semasa Pilihan Raya Umum yang ke 13 lalu.


Maria Chin - Pemimpin BERSIH yang di sayangi ramai Orang Melayu


Malah, dia secara terbuka mengumumkan akan menggerakkan konvoi himpunan BERSIH 5 di beberapa lokasi di seluruh negara bagi menarik lebih ramai peserta untuk menjayakan himpunan berkenaan. Hal ini telah menarik perhatian pihak Polis DiRaja Malaysia yang menegaskan, Maria perlu mendapat permit dan keizinan dari pihaknya terlebih dahulu sebelum melakukan perhimpunan.

Namun, seperti biasa, BERSIH tidak pernah akur kepada perintah dari pihak berkuasa dan mula melancarkan konvoi mereka bermula di Lumut, minggu lalu. Bagi Gerakan Baju Merah, pengumuman yang dibuat Maria ini telah memberikan mereka semangat untuk menjadi benteng penghalang utama buat BERSIH dari menjayakan konvoi mereka.

Akibatnya, pada konvoi pertama BERSIH di Lumut, mereka telah dihalang secara terbuka oleh Gerakan Baju Merah ini. Walaupun tiada sebarang aksi panas dirakamkan, namun ianya telah berjaya membuka mata penganjur BERSIH untuk menilai amaran yang telah diberikan oleh Gerakan Baju Merah sebelum ini.

Menyangkakan, insiden di Lumut mungkin secara kebetulan, mereka bertindak menganjurkan lagi konvoi di Johor Bharu. Sekali lagi, konvoi ini mendapat tentangan Gerakan Baju Merah cuma kali ini mereka dilindungi oleh pihak PDRM dari didekati oleh Baju Merah. Hal yang sama turut berlaku di Alor Setar di mana konvoi ini dihalau keluar oleh Baju Merah.

Namun, insiden yang berlaku di Sabak Bernam menampakkan, pertembungan antara Gerakan Baju Merah dan BERSIH ini sudah memasuki aras baru. Dilaporkan seorang peserta BERSIH di terajang oleh peserta Baju Merah disebabkan provokasi melampau peserta berkenaan yang membunyikan ekzosnya terlalu kuat di hadapan para peserta Baju Merah.

Di beritakan, pihak polis sudah memisahkan dua kelompok ini pada jarak 100 meter untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Namun, apa yang dirancang, tidak mungkin berlaku seperti mana yang dirancang. Insiden ini jelas menunjukkan, perseteruan antara dua kumpulan ini mungkin akan berubah menjadi pergaduhan yang tidak terkawal.

Apakah punca semua ini berlaku? 
Menurut beberapa pemerhati, antara punca kenapa ianya berlaku adalah, 

1 - Kegagalan pihak berkuasa menangani rancangan himpunan BERSIH ini lebih awal hanya disebabkan Akta Perhimpunan Aman 2012. 
2 - Jika diamati apa yang dirancang oleh BERSIH, mereka dari awal-awal lagi mahu menjatuhkan kerajaan, sesuatu yang cukup bahaya untuk dibiarkan.
3 - Pengikut Gerakan Baju Merah mempertikaikan kenapa pihak berkuasa langsung tidak bertindak menahan Maria Chin selaku penganjur dan membiarkan BERSIH melakukan perhimpunan mereka sambil siap diiringi oleh pihak polis. 
4 - Adakah rancangan mereka mahu menjatuhkan kerajaan turut dilindungi oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 sehingga melayakkan mereka dilindungi oleh polis?

Pada Hakikatnya,
1 - Menurut seorang peserta Baju Merah mereka sebenarnya langsung tidak berminat untuk berhimpun jika BERSIH tidak memulakannya. 

2 - BERSIHlah penyebab mereka bangkit untuk berhimpun bagi menjalankan tanggungjawab untuk melindungi kerajaan. 
3 - Apa yang disesalkan, sehingga insiden di Sabak Bernam berlaku, pihak berkuasa masih membiarkan himpunan dan konvoi BERSIH terus berjalan.

Apa yang dibimbangi kini adalah, andai BERSIH dan Gerakan Baju Merah kekal bertembung sehingga 19 November nanti, ditambah tiada sebarang halangan keras dari pihak PDRM, besar kemungkinan, ada dikalangan peserta kedua-dua belah pihak mungkin bakal hilang pertimbangan dan bertindak sendiri dan sekaligus mencetuskan pergaduhan besar.

Sambil menegaskan, Gerakan Baju Merah hanya bertindak sebagai penghalang kepada himpunan BERSIH dan sentiasa mematuhi undang-undang, beliau turut kesal dengan sikap pihak berkuasa yang adakalanya dilihat melindungi peserta konvoi BERSIH sedangkan mereka secara terang-terangan memperlekehkan undang-undang dan mahu menjatuhkan kerajaan.



Atas sebab inilah, Gerakan Baju Merah melihat, BERSIH seperti kebal kepada undang-undang dan himpunan haram serta konvoi mereka dilindungi. Beliau menggesa agar pihak berkuasa menyekat sebarang penganjuran konvoi atau himpunan BERSIH dan menangkap individu yang menganjurkan semua himpunan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mungkin ada benar dakwaan beliau. Mudah untuk difahami, pihak berkuasa hanya menjalankan tugas dan meleraikan sebarang ketegangan yang mungkin dan telah berlaku. Namun, jika pertembungan idealogi ini tidak dikawal dengan lebih awal, apa yang dibimbangi oleh pemerhati dan wakil Gerakan Baju Merah ini, mungkin ada asasnya.    


Jamal lapor polis dakwa maklumat Rafizi 'BERSIH diserapi IS'

Pemimpin gerakan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dengan memfailkan laporan polis mendakwa mempunyai maklumat yang mengaitkan BERSIH dengan kumpulan pengganas IS.
Lebih mengejutkan, menurut Jamal yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, maklumat itu datangnya daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Walau bagaimanapun, Rafizi, dalam satu kenyataan media, menafikan dakwaan Jamal dan menyifatkan beliau sebagai "badut paling besar dalam Umno".
Bercakap pada pemberita di luar ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas memfailkan laporannya, Jamal pada mulanya enggan menjawab ketika ditanya bagaimana dirinya mempercayai maklumat itu sedangkan majoriti ahli jawatankuasa pemandu BERSIH adalah bukan Islam.
Diasak mengenai jumlah ahli jawatankuasa pemandu yang didakwa diserapi oleh IS, Jamal berkata tidak perlu baginya untuk memberikan butiran.
"Biar polis yang buat kenyataan. Dan sesetengah maklumat ini saya dapat daripada (Setiausaha Agung PKR) Rafizi," katanya.
Minggu lalu, BERSIH menafikan dakwaan itu dan berkata pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Jamal dan mereka yang membuat tuntutan tersebut.
Sementara itu, Rafizi mendakwa kepimpinan Umno sekarang “pening kepala bagaimana nak matikan badut yang makin tidak lucu ini”.
Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal. Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal.
“Jamal mengarut, sebab itu jawabnya juga mesti mengarut. Melayan Jamal adalah membuang masa, saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal. Sekarang Jamal sudah rasa di selebriti, kan dah sudah kita,” katanya.

32 NGO mahu IGP siasat, tangkap, dakwa pemimpin baju merah

PROVOKASI - ‘Cina Babi’ adalah papan tanda yang di pasang oleh DAP untuk mendapatkan undi Cina 
  • Seramai 32 pertubuhan masyarakat madani hari ini tampil menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya segera menyiasat, menangkap dan mendakwa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus dan pengikut-pengikutnya.
  • Menurut mereka, ini adalah atas kesalahan ugutan jenayah dan keganasan terhadap peserta-peserta konvoi BERSIH 5 pada 1 Oktober lalu.
    Mereka berkata penunjuk perasaan baju merah bukan sahaja mengekori konvoi BERSIH 5 di Lumut tetapi turut merampas bendera, menendang kereta, dan menumbuk cermin sisi kenderaan.
    Di Teluk Intan, NGO berkenaan berkata konvoi BERSIH juga dihalang oleh protes baju merah yang diketuai oleh Jamal, yang cuba merampas bendera yang dibawa oleh tiga peserta BERSIH dan menumbuk seorang lelaki. 
    “Beberapa peserta BERSIH juga telah tercedera dalam kekecohan yang berlaku selepas itu.
    "Kami mengecam perbuatan samseng dan ganas yang dilakukan oleh Jamal dan
    penyokongnya.
    “Mereka berlagak seperti samseng yang tidak memperdulikan undang-undang dan seakan-akan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka,” kata mereka.
    Antara pertubuhan itu termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN), Majlis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Proham dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
    Merujuk kepada dua kejadian di Perak itu, kumpulan masyarakat madani berkata gerakan baju merah  itu berlagak seperti samseng dan polis pula seakan-akan tidak dapat berbuat apa-apa.
    “Kami terkejut kerana Jamal masih boleh bergerak bebas di negara ini setelah melakukan tindakan ganas yang disaksikan oleh ramai orang dan video rakaman juga diviralkan di media sosial.
    “Ke mana perginya Ketua Polis Negara yang begitu ghairah menghantar tweet arahan kepada pegawainya untuk melakukan tangkapan apabila rakyat umum sekadar membuat komen terhadap isu kepentingan awam secara aman dalam media sosial?” soal mereka.
    Menurut mereka, jika tiada dakwaan jenayah dikenakan terhadap Jamal dan penyokong-
    penyokongnya, sudah tentu akan menjadi satu tanda tanya sama ada tindakan mereka itu mendapat sokongan politik dari pihak berkuasa tertentu.
    “Kegagalan Ketua Polis Negara untuk menangkap dan mendakwa Jamal dan pengikut-pengikutnya yang melakukan ugutan dan keganasan, malangnya akan menunjukkan
    bahawa Malaysia sekarang diperintah oleh samseng dan bukannya lagi oleh undang-undang,” kata mereka.
    NGO itu berkata walaupun Jamal dan penyokongnya berhak berhak untuk berpegang kepada pendapat mereka dan bebas untuk menyuarakan bantahan terhadap konvoi BERSIH dan hak untuk tidak bersetuju, mereka bagaimanapun perlu berbuat demikian dengan cara yang aman tanpa perlu menggunakan keganasan.
    “Jamal jelas telah melanggar undang-undang dengan menyerang orang lain secara fizikal dan dia
    sepatutnya telah ditangkap sekarang,” kata mereka.
    Dalam perkembangan yang sama, NGO berkenaan turut memuji polis kerana berjaya mengekalkan keamanan di negeri lain yang dilalui oleh konvoi itu.


KESIMPULAN
Perhimpunan Bersih 4. adalah testimoni memperlihatkan gelagat sebahagian orang Cina yang menolak etika keMalaysiaan dengan berhimpun dan memperlihatkan watak-watak jelik yang menyinggung hati ORANG MELAYU. Memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah amalan orang bertamadun. Membawa penyapu dilihat sebagai lambang yang amat menghina dan menghidupkan ingatan kepada Peristiwa 13 Mei 1969.
Gelagat ini amat menyinggung banyak pihak kerana boleh menyemarakkan semula api perkauman yang tidak mudah untuk dipadamkan. Di Singapura, ini tidak mungkin dibenarkan terjadi. Kerana Kerajaan Singapura akan merehatkan mereka beberapa bulan di dalam penjara walaupun Pemerintahnya sebangsa dengan mereka.
Di Malaysia Bersih 4. diharamkan tapi penganjurnya tetap melanggar undang-undang dan kehormanian hidup BERKONGSI negara. Ketidakhadiran pemimpin Orang Melayu adalah suatu kemujuran kerana ini menjadi ukuran mengenai kekuatan golongan KEBANGSAAN MELAYU masih ada dan memerhatikan Pergerakaan Politik semasa untuk mereka BANGKIT bila POLITIK sudah tidak dapat mengawal EMOSI Orang Melayu dengan perangai KURANG AJAQ pendatang Cina. 

Sangat malang kepada Penubuhan parti-parti baharu yang memihak kepada Kaum Pendatang dan ianya bukanlah jawapan terhadap kemajuan dan pembangunan Malaysia sebaliknya parti ini sanggup menjadi lembu-laga DAP untuk memerintah Malaysia dengan membina "MENJADI PROKSI DAP".
Dalam tinjauan penulis, Bersih 4.0 membuka mata kelompok Orang Melayu yang masih ada semangat KEBANGSAAN di negara ini mengenai belang orang Cina DAP mengenai masa depan dan melemahkan MCA dan Gerakan kerana pendekatan sederhana yang diambil bersama dengan UMNO. Jika Pas, UMNO, PKR dan BERSATU mengambil jalan kerjasama, ia adalah sesuatu yang paling diGERUNI dan ditakuti oleh DAP. Sebab itu, DAP amat mendukung kelompok yang kecewa dalam Pas supaya mereka boleh menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Orang Melayu yang berfikiran KEBANGSAAN amat sedar tentang strategi DAP dan kumpulan kecewa ini. Malangnya, orang Melayu kononnya dari kelompok gerakan Islam dan profesional mengambil pendekatan membenci UMNO kerana sifat PEMIMPIN UMNO itu sendiri dan mereka ini sanggup SEPENTAS dengan Cina hanya kerana hilangnya sifat JATIDIRI pada Orang Melayu itu sendiri.
Strategi dan cara DAP ini amat berbahaya kepada masa depan Malaysia seperti perhimpunan Bersih 4 dan menyebabkan pandangan majoriti orang Melayu terhadap orang Cina terus dalam kecurigaan. Hakikatnya, kecurigaan mudah terjadi tetapi membina persefahaman payah sekali. Orang Cina yang matang dan rasional harus memahami ini supaya generasi mudanya menginsafi bahawa muafakat dan kerjasama adalah jalan keluar daripada kemelut.
Jangan biarkan emosi menguasai diri dan retorik yang membakar semangat terjelma. Kebijaksanaan membangun negara amat dituntut kerana Malaysia kini masih sebuah negara yang aman dan terus membangun dengan sumbangan semua pihak.

Ramai turut mempersoalkan ketelusan penganjur Bersih yang sebelum ini menyatakan perhimpunan itu tidak bermotifkan politik.

Banyak pemerhati politik termasuk penulis mempersoalkan kehadiran orang Cina yang lebih ramai berbanding kaum lain sekaligus mendominasi peserta perhimpunan Bersih 4
Persoalan itu dibangkitkan oleh banyak blog berkenaan susulan hampir 80 peratus daripada lebih 50,000 peserta perhimpunan itu terdiri daripada kaum Cina.
1 - Apakah benar Bersih 4.0 bertujuan menuntut sebuah pilihan raya bersih seperti mana asal penubuhan pertubuhan haram tersebut? 
2 - Atau ia menjadi medan kepada kaum tertentu untuk menunjukkan kekuatan mereka atau melunaskan agenda pembangkang bagi meracuni fikiran rakyat?
3 - Mengapa bersungguh-sungguh sebahagian besar yang menyertai perhimpunan adalah penyokong-penyokong DAP khususnya yang datang dari Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang?.
4 - Tidak keterlaluan jika ada tanggapan bahawa orang Cina mula mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku dalam parti politik Melayu khususnya melibatkan Pas.
5 - Siapakah Pengerusi Bersih?, Kenapa Maria Chin dalam ucapannya menyerang Perdana Menteri, semahunya sedangkan katanya BERSIH adalah sebuah badan bebas NGO yang tidak memihak kepada Parti Politik?
Ia tidak menjadi salah jika Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali turut menyampaikan ucapan politik yang menggesa seluruh rakyat bangkit menyingkirkan Najib manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mendakwa perhimpunan itu bertujuan menyelamatkan negara daripada krisis politik dan ekonomi.
Himpunan Bersih dan kumpulan Baju Merah telah mengganggu ketenteraman awam. Hak untuk bersuara dan menyampaikan pandangan harus mempertimbangkan kesan buruk yang bakal diterima kepada orang lain dan Negara. Dari apa yang di perhatikan memang tidak dapat menolak adanya PENGARUH ASING keatas perhimpunan BERSIH.
“Penulis ingin tegaskan, tidak akan menyokong himpunan di tengah pusat bandar,” 
Demonstrasi di pusat bandar akan menjejaskan ekonomi selain turut memberi imej buruk kepada negara.
“Ia menyebabkan keadaan sesak dan menjejaskan perniagaan selain menakutkan para pelancong yang yang berada di sini.
“Kita dicabar dengan keadaan ekonomi yang tidak baik, oleh itu kita kena pastikan negara aman dan kedatangan pelancong serta pelabur tidak dihalang dengan aktiviti seperti ini,”.


AMUKANMelayu - Jika mahu berdemonstrasi, buatlah dalam stadium. Apa MESEJ yang hendak sampaikan?, jadi tak perlu pergi ke tengah bandar untuk sampaikan mesej, yang pada HAKIKATNYA ada UDANG BESAR DI SEBALIK BATU”