,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 1 August 2016

ADAKAH KES DERMA 2.6B AKAN DI KLASIFIKASIKAN SEBAGAI JENAYAH PERDAGANGAN?



Undang-Undang Jenayah

Undang-Undang Jenayah Di Malaysia

Laws
Anda mungkin fikir yang anda tahu apa itu jenayah? – bunuh, rogol, mencuri dan sebagainya. Namun terdapat banyak tingkah laku atau perbuatan lain yang juga boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah- daripada merompak, memandu dengan laju sehingga ke pencemaran alam sekitar.

Mengambil kira semua tingkah laku ini, adakah boleh untuk kita memberikan takrifan khusus bagi jenayah?

Takrifan Jenayah

Adalah suatu yang amat sukar untuk mentakrifkan sesuatu undang-undang yang khusus seperti undang-undang jenayah. Kebanyakkan buku-buku undang-undang akan terus ke bahagian undang-undang itu sendiri tanpa memberi sebarang takrifan khas dengan andaian orang ramai akan faham maksud perkataan itu sendiri.

Akan tetapi maksud umum bagi perkataan jenayah contohnya, adalah agak berbeza dan sempit dari maknanya mengikut undang-undang.

Contohnya: Maksud umum bagi kesalahan jenayah rogol adalah perlakuan seks secara paksa terhadap pasangan perogol itu. Akan  tetapi dari sudut undang-undang adakalanya perlakuan seks secara consensus (rela) akan ditakrifkan sebagai rogol apabila salah seorang pelakunya adalah kanak-kanak di bawah umur.
Selain dari itu perubahan atau pindaan pada undang-undang juga turut mengubah keadaan semulajadi yang mana sesuatu perbuatan itu yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai bukan jenayah bertukar menjadi jenayah dan begitu juga sebaliknya.
Di UK misalnya, homoseks adalah merupakan suatu kesalahan jenayah sehingga 27hb Julai 1967 apabila pindaan pada Sexual Offences Act 1967 membenarkan perbuatan sedemikian.

Takrifan Rasmi Jenayah Undang-Undang (R.White dan F.Haines, Crime and Criminology -2nd edn., Oxford: OUP, 2000), 4 -5:

Jenayah adalah sesuatu yang kerajaan kenalpasti sebagai jenayah iaitu apabila ia ditulis dalam undang-undang jenayah dan pelaku akan menghadapi hukuman spesifik

Ciri-Ciri Jenayah

Peru diingatkan terlebih dahulu bahawa sesuatu perbuatan itu menjadi kesalahan jenayah melalui keputusan kehakiman dan badan perundangan. Namun terdapat ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan perbuatan jenayah itu yang mana perbuatan itu bukan hanya menggangu hak persendirian tetapi lebih daripada itu dan mempunyai kesan bahaya yang khusus terhadap masyarakat/AWAM.
Selain dari itu, kesalahan MORAL turut dititikberatkan dan boleh jatuh sebagai kesalahan jenayah juga.

Kesalahan Awam

Jenayah adalah jenayah kerana ia tediri daripada perbuatan salah secara terus dan darjah ancaman yang serius terhadap keselamatan ataupun kesejahteraan masyarakat. Berbahaya sekali membiarkan perbuatan jenayah itu diperbetulkan hanya dengan memberikan pampas an kepada pihak yang tercedera – Sir Carleton Allen
Antara perkara yang disentuh jenayah adalah suatu perbuatan SALAH SECARA TERUS dan mengancam keselamatan dan KESEJAHTERAAN MASYARAKAT. Adalah merbahaya untuk membetulkan perbuatan jenayah dengan HANYA MEMBERIKAN PAMPASAN KEPADA PIHAK YANG TERCEDERA.
Hakiki jenayah awam boleh dibuktikan melalui perbandingan antara tuntutan sivil dan jenayah. Dalam suatu tuntutan sivil – kontrak misalnya. Terdapat pemecahan kontrak yang mana satu pihak menuntut gantirugi akibat pemecahan kontrak dari satu pihak lagi.
Ia diselesaikan dengan HANYA MEMBERIKAN PAMPASAN KEPADA PIHAK YANG TERCEDERA.

Namun dalam suatu kes jenayah, adakah perbuatan rogol misalnya boleh diselesaikan dengan hanya memberikan pampas an kepada si mangsa dan perlaku jenayah kemudiannya di bebaskan?

Kesalahan Moral

Terdapat debat mengenai hal ini terutamanya di UK samada beberapa perbuatan tidak bermoral patut di klasifikasikan sebagai jenayah.

Di Malaysia, terdapat beberapa peruntukan undang-undang jenayah yang membabitkan soal moral seperti seks luar tabii dan homoseksual.  

Kewajaran perbuatan tidak bermoral diletakkan di bawah ketegori jenayah ada dinyatakan oleh Lord Devlin yang menyatakan bahawa moral awam merupakan BAHAGIAN YANG AMAT PENTING bagi ikatan yang memelihara perhubungan masyarakat dan masyarakat tersebut mungkin menggunakan jenayah sebagai perlindung.
Kesimpulannya bebeza dengan pertelingkahan sivil yang hanya melibatkan individu tertentu, kes-kes jenayah adalah melibatkan kepentingan awam dan pampas an bukanlah penyelesaian bagi sesuatu kesalahan jenayah.
Klasifikasi jenayah mungkin bertindihan dengan moral, namun bagi tujuan undang-undang kita cuma mendefinasikan sesuatu perbuatan itu sebagai jenayah apabila ia telah di masukkan di dalam sesuatu peruntukan undang-undang/statut.

Rujukan:

  • R.White dan F.Haines, Crime and Criminology -2nd edn., Oxford:  OUP, 2000);
  • Williams, 8 CLP (126 – 127);
  • Jonathan Herring – Criminal Law, Text Cases And Materials (2nd)
  • Smith & Hogan – Undang-Undang Jenayah, Prinsip Umum.

Melihat kepada situasi Derma dari Arab ini rasanya semua dah boleh tutup cerita. Tapi kenapa ianya tetap bergema di seluruh negara? Sehingga ada Road Show mengenai perkara ini? Penulis menjadi kurang mengerti. Mungkin kerana cara Team Najib tidak pandai mengendalikan perkara ini.

Mereka membiarkan begitu lama ianya bermain didalam masyarakat yang lebih percaya kepada penulis "JALANAN" dari sumber-sumber yang sah dan kini sudah menjadi tidak sah lagi. 

Adakah derma ini menjadi salah kerana ianya masuk ke AKUAN Najib dan ianya menjadi betul jika ianya masuk kepada AKAUN DAP atau Lim Guan Eng atau AKAUN Tun M? 

Soalnya sekarang, adakah salah menerima DERMA dari "Orang Kaya?"

Lihat ini....... 

Paul Allen, telah menderma sebanyak USD $2 bilion  setakat ini, memberi dana kepada penyelidikan saintifik bernilai tinggi melalui Allen Institute for Brain Science.

Pengasas bersama Microsoft ini, Paul Allen menyertai Giving Pledge pada tahun 2010. Usaha kebajikan beliau kebanyakannya tertumpu di kawasan Barat Laut Pasifik, iaitu tempat beliau tinggal dan bekerja, terutamanya dalam bidang penyelidikan sains.

Institut kajian beliau mengkaji penyebab-penyebab genetik yang mengakibatkan gangguan dan penyakit otak, serta fungsi dan kerosakan dalam otak yang yang memberi kesan kepada pesakit. Setakat ini, Allen telah menderma sebanyak USD $ 2 bilion kepada badan amal, menurut kajian firma Wealth-X, termasuk derma sebanyak USD $100 juta setahun lalu untuk memerangi virus wabak Ebola di Afrika Barat.

Manoj Bhargava, telah berjanji untuk menderma 90% daripada kekayaannya, dengan memberi tumpuan kerja-kerja amal dengan tujuan untuk mengurangkan penderitaan manusia.

ikrar02-manoj
YouTube | Hot New Trailers
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minuman tenaga 5-Hour Energy telah berikrar untuk memberi lebih daripada 90% hartanya untuk tujuan amal. Banyak usaha filantropi beliau bertujuan untuk meringankan penderitaan manusia. 

Yayasannya telah menerima lebih 400 projek setakat ini, seperti memperbaiki sekolah-sekolah dan hospital, dan memajukan pendidikan kerjaya wanita di luar bandar India.

Satu lagi tumpuan yayasan beliau: alam sekitar. Yayasan itu sedang cuba untuk mengurangkan pelepasan bahan api fosil ke udara sebanyak 50% dan membersihkan bahan kimia berbahaya daripada arang batu.

Sara Blakely mendedikasikan hidupnya untuk membantu wanita.

Pengasas Spanx, Sara Blakely menyertai Giving Pledge dengan tujuan untuk “menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik… one woman at a time.” Usaha beliau bermula dengan program yang dikenali sebagai Leg-UP, iaitu satu program yang memberi peluang kepada usahawan wanita untuk menampilkan produk mereka secara percuma dalam katalog Spanx.

Blakely juga telah membantu para wanita membiayai pendidikan kolej, membiayai program keusahawanan di sekolah-sekolah perempuan, dan menyumbang USD $1 juta kepada Oprah’s Leadership Academy untuk kanak-kanak perempuan di Afrika Selatan.

Warren Buffett berikrar untuk menderma lebih daripada 99% kekayaan beliau dan telah menderma lebih daripada USD $21.5 bilion.

CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett adalah tidak asing kepada dunia filantropi, telah menubuhkan Giving Pledge dengan Bill dan Melinda Gates dan berikrar untuk menderma lebih daripada 99% kekayaannya sendiri untuk tujuan kebajikan – ketika hidup atau selepas kematiannya. 

Beliau telah menderma sekurang-kurangnya USD $21.5 bilion, menurut Wealth-X.

“Setakat ini,” dia menulis dalam surat ikrarnya, “kira-kira 20% saham saya (dalam stok Berkshire Hathaway) telah diagih-agihkan” kepada pelbagai badan amal. Derma beliau pada musim panas tahun ini berjumlah USD $2.8 bilion – tahun kedua berturut-turut dia memberikan jumlah sebanyak ini kepada badan amal. Buffett akan terus mengagih-agihkan 4% lagi saham beliau setiap tahun.

Patrice dan Precious Motsepe membantu mereka yang terpinggir dan kurang bernasib baik di Afrika Selatan.

ikrar05-motsepe
motsepefoundation.org
Patrice Motsepe, pengasas syarikat perlombongan African Rainbow Minerals dan juga merupakan satu-satunya bilionair berkulit hitam di Afrika Selatan, bersama-sama isterinya Precious, berusaha untuk menghapuskan ketidaksamaan di Afrika Selatan dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk menjadi lebih berdikari dan mampu menyara diri sendiri.

Pada tahun 1999, Motsepes menubuhkan Yayasan Motsepe dan meletakkan sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru, menyokong pendidikan dan memperbaiki kehidupan kanak-kanak, penganggur, orang kurang upaya dan lain-lain.

Richard Branson meluangkan 80% daripada masanya untuk Virgin Unite, badan amal Virgin Group.

Pengasas Virgin Group Richard Branson bisnes dalam pelbagai bidang – muzik, telekomunikasi, penerbangan udara dan percutian angkasa lepas – dan sejak sedekad lalu mula bergiat dalam dunia filantropi.

Pada tahun ini Virgin Unite meraikan ulangtahun yang ke-10 dan meraikan usaha mereka yang menggunakan laluan keusahawanan untuk menangani isu-isu penting seperti mengurangkan pelepasan karbon, perlindungan alam sekitar, dan penyelesaian konflik. Branson dan isterinya Joan menyertai Giving Pledge pada tahun 2013.

Bill dan Melinda Gates telah menderma $ 27 bilion dan menumpukan usaha untuk membasmi penyakit yang boleh dicegah.

Juga penubuh Giving Pledge, pengasas Microsoft, Bill Gates dan isterinya Melinda melalui yayasan mereka, membiayai inisiatif dan program di seluruh dunia yang menyokong pembangunan pertanian, bantuan kecemasan, kemiskinan bandar, kesihatan global dan pendidikan. 

Mereka menjuarai carta penderma wang paling banyak, iaitu sebanyak USD $27 bilion, menurut Wealth-X.

Pasangan Gates menumpukan perhatian mereka terhadap penyakit yang serius tetapi boleh dicegah, contohnya melalui vaksin. Yayasan itu menghantar vaksin untuk penyakit seperti polio dan batuk kering kepada negara-negara yang tidak mampu menyediakan vaksin percuma kepada rakyat mereka.

Azim Premji membiayai latihan perguruan dan program-program komputer untuk reformasi sekolah-sekolah awam di India.

Pengerusi syarikat IT dan perundingan India, Wipro berusaha untuk mengubah sistem pendidikan awam India melalui Azim Premji Foundation. Dia menderma USD $8 bilion setakat ini, menurut Wealth -X.

Antara inisiatif kebajikan beliau termasuklah program Computer Aided Learning, yang ditawarkan dalam 18 bahasa, dan Azim Premji University, sebuah universiti bukan keuntungan yang melatih guru-guru.

Premji menyertai Giving Pledge pada tahun 2013; sebelum itu, beliau menderma 8.7% daripada saham Wipro beliau (bernilai kira-kira $2 bilion) untuk menubuhkan yayasan beliau.

Mark Zuckerberg dan isterinya Priscilla berjuang melawan Ebola dan memperbaiki sekolah-sekolah awam di kawasan San Francisco Bay.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg membuat berbilion-bilion dolar melalui rangkaian sosial terbesar dunia, Facebook, dan beliau merupakan antara orang terawal yang menyertai Giving Pledge pada tahun 2010. Sehingga hari ini beliau telah menderma sebanyak USD $1.6 bilion.

Pada tahun lalu, Zuckerberg dan isterinya Priscilla, menderma $25 juta kepada Yayasan CDC  untuk menentang Ebola, dan menggalakkan follower Facebook mereka melakukan perkara yang sama.

Pasangan Zuckerberg juga menderma USD $75 juta untuk Silicon Valley Community Foundation untuk menyokong San Francisco General Hospital. Mereka juga menyokong pembentukan pendidikan awam yang lebih baik, dan telah menderma lebih daripada USD $100 juta setiap seorang untuk meningkatkan sistem sekolah awam di sekolah-sekolah di Newark, New Jersey.

Ini adalah sebahagian dari mereka yang menderma dalam skala yang amat besar. Ini yang tertulis.....bagaimana pula dengan Melionair Islam yang  bersedekah secara tersembunyi?
 
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ 
 

Terjemahan

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Zahid Dan Penderma RM2.6 billion...

"Saya ingat kalau Tok Arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu,"...

Itu antara kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang persoalkan mengenai derma RM2.6 billion yang masuk ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Bunyinya macam ada lojik. Siapa yang senang-senang nak bagi duit berguni-guni itu. Namun bukankah selalu juga kita baca kisah hidup orang-orang super kaya di serata dunia yang derma berbillion wangnya untuk tujuan ikut seleranya. 

Ragam manusia juga berbeza. Ada orang pergi dapat dan ada orang pergi tak dapat. Ini fakta hidup. Jadi siapa 'individu' yang begitu murah hati bagi RM2.6 billion kepada Perdana Menteri Malaysia?

Identiti penderma masih rahsia. Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah tahu dan begitu juga Bank Negara. SPRM pun sudah hantar pegawainya ke Timur Tengah jumpa penderma itu. Ada diantara pimpinan utama UMNO sudah tahu siapa gerangannya. Salah seorang ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Zahid Hamidi. 

Beliau sudah tengok dokumen mengenainya dan temui wakil penderma itu.
Dari segi faktanya batang tubuh penderma itu menang wujud. Ia bukan orang bunian yang cipta untuk selindung diri dalam isu yang hangat diperbualkan ini. 

BATU PAHAT: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan secara peribadi sudah bertemu wakil keluarga dari Asia Barat, yang menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zahir berkata dalam pertemuan itu, wakil keluarga terbabit menjelaskan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima dana berkenaan, sebaliknya, keluarga berkenaan memaklumkan turut memberikan dana kepada negara lain.

"Saya berjumpa dengan Ketua Pegawai Pelaburan daripada penderma, serta pemegang amanah keluarga berkenaan, tidak perlu saya sebut nama, tetapi saya bertanya kenapa dana ini didermakan kepada Malaysia.

"Pihak ini memaklumkan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima derma ini, tetapi juga negara Islam lain," kata Zahid ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sri Gading di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.


RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib bukan derma
Arab Saudi Akui Dana RM 2.6 Bilion Dari Mereka, Bukan Wang 1MDB 


Laporan The New York Times (NYT). yang terkenal dengan “kempen anti-Najib”, hari ini yang menyatakan hari ini mengesahkan dana RM 2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukanlah dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana kegiatan rasuah membabitkan kewangan kerajaan Malaysia. 

Menurut NYT, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan dia tidak fikir wang tersebut datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik.  sebaliknya ia disalurkan untuk ‘pelaburan di Malaysia’. Bahkan, beliau turut menafikan bahawa wang RM2.6 bilion bukan disumbangkan Kerajaan Arab Saudi atau satu sumbangan derma politik, lapor The New York Times.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia),” katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan, semalam.

Manakala satu sumber lagi yang dipetik oleh NYT menyatakan salah seorang wang tersebut datang dari akaun peribadi Putera Saudi tetapi bukan derma.

“One member of the royal family and one associate of the family, speaking on the condition of anonymity, said that the money had come from a Saudi prince and confirmed that it was not a donation. The associate questioned the reported sum but said the funds were part of a business deal.
Dalam politik antarabangsa kita tahu banyak negara dan agensi luar negara seperti badan perisikan Amerika Syarikat (CIA) yang membiayai kempen politik di negara lain atas pelbagai sebab dan alasan. Malah adalah rahsia umum bahawa CIA membelanjakan berbilion US dan kadang kala mengatur rampasan kuasa menukar kerajaan tertentu untuk menjaga kepenting politik US.

RM2.6 B - Kerajaan Arab Saudi Tidak Tahu Menahu


Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berkata;

 "I really have no background on this issue. I'm not saying just to brush you off but we really have no background on this issue. This is an internal issue with Malaysia and I am sure, you guys will work it out"

Maksudnya? Salman sebagai ahli kabinet kerajaan Arab Saudi berkata yang dia/mereka tidak tahu apa2 mengenai isu derma ini ! Beliau bukan tak nak jawab tapi memang dia tidak tahu apa2 ! Isu derma ini adalah satu isu dalaman Malaysia, dia tak nak masuk campur dan berharap rakyat Malaysia mampu selesaikannya.

SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertemu dengan seorang individu dari Timur Tengah berkaitan 'derma politik' RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata satu sumber. 
 
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sumber yang biasa dengan penyiasatan itu, berkata hanya terdapat seorang penderma tunggal. 

"Kami hanya bertemu satu orang. Bila, di mana, dan yang, bagaimanapun, tidak boleh didedahkan," katanya kepada Malaysiakini

Ini nampak bercanggah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa lebih daripada seorang yang telah menyumbang jumlah derma yang besar itu. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 3 Ogos dan 5 Ogos, SPRM berkata ia telah mendapat maklumat dari "penderma" itu dan disahkan, berdasarkan dokumen yang diperolehi, bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan dan wang itu bukan dari 1MDB. 

Minggu lalu, Pengarah Siasatan SPRM, Mohd Azam Baki memberitahu media bahawa penyiasat telah bertemu dengan "penderma" tersebut.
Bagaimanapun, dalam satu temubual eksklusif dengan TV3, New Straits Times dan Utusan Malaysia awal minggu ini, Najib berkata beliau menerima sejumlah wang daripada " penderma-penderma ". 

Arab Saudi Sahkan Derma Kepada Najib Razak

bbc
Add caption
AIDCNews- 27/1/16 –Kerajaan Arab Saudi mengesahkan dana politik diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM 2.6 Bilion (USD $681m bagi membantu mengekalkan pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-13, lapor BBC News.

Derma itu diberikan oleh bekas Raja Arab Saudi, allahyarham Raja Abdullah.
Bagaimana pun, sumber terdekat dengan kerabat diraja Arab Saudi memberitahu BBC News bahawa derma kepada Najib itu bukan perkara luar biasa kerana derma yang sama pernah diberikan kepada negara-negara Islam lain di Timur Tengah.

“Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan pernah mendapat manfaat lebih AS$100 juta derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
“Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia. Ia adalah sama dengan bagaimana Arab Saudi beroperasi di beberapa buah negara,” kata sumber kepada agensi berita luar negara itu.

najib

Almarhum Raja Abdullah telah mangkat pada 23 Januari 2015 ketika berusia 90 tahun. Untuk rekod, Najib sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga diraja Arab Saudi.
 
Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib akan melakukan kunjungan ke Arab Saudi hampir setiap tahun bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara itu selain untuk mengerjakan umrah dan ziarah.

Kerajaan Arab Saudi tak derma untuk cetus huru-hara

Zikri Kamarulzaman
Arab Saudi tidak pernah menderma bagi mencetuskan huru-hara dan kecelaruan politik dalam mana-mana negara, kata anggota keluarga dirajanya.

"Arab Saudi tidak pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," kata Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. Beliau ditemui semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini, sempena lawatan beliau ke negara ini dalam usaha mengeratkan kerjasama dalam sektor pelancongan antara kedua-dua negara.

Putera Sultan, yang kini menjawat kerusi Menteri Pelancongan Arab Saudi, berkata demikian sebagai menjawap soalan pemberian derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Mengulas lanjut, Putera Sultan menambah, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik, dan tidak bercadang untuk melakukannya.

"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.

"Ini isu dalaman Malaysia, dan saya pasti anda akan selesaikannya."
Bagaimanapun, beliau sedar bahawa Arab Saudi merupakan antara penyumbang derma ekonomi terbesar dunia, selepas Amerka Syarikat (AS) dan kerajaannya selalu menyokong dari segi kewangan dalam pembangunan negara-negara Islam lain.

Pada majlis yang sama, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz turut mencelah dengan berkata, adalah tidak menjadi kesalahan untuk menerima derma politik di Malaysia.

"Walau semasa pilihanraya kita tahu pihak Amerika menyumbang kepada pembangkang menerusi Institut Republikan, menerusi Institut Demokratik. Sesuatu yang normal bagi kami," dakwa Nazri.

Pada majlis itu, kedua-dua menteri pelancongan itu memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menambah baik secara bersama industri tersebut antara Malaysia dan Arab Saudi.

Najib telah mendakwa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau sebelum pilihan raya umum 2013 adalah derma politik daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pendedahan oleh Australian Broadcasting Corporation mengenai skandal itu turut melaporkan bahawa lebih AS$1 bilion telah masuk ke akaun Najib antara tahun 2011 hingga 2013.

Ia turut menyertakan surat dari putera Arab Saudi memperincikan hadiah AS$375 juta kepada Najib.

Derma RM2.6 bilion memang dari Arab Saudi, kata Adel Al Jubeir


Adel Al JubeirAdel Al JubeirMenteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istambul pada Khamis.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lalu, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.

1MDB. Wartawan Dedah Surat RAHSIA Putera Arab Saudi Kepada PM Najib

https://assets.documentcloud.org/documents/2777406/pages/375m-pledge-letter-to-Najib-Razak-from-HRH-p1-normal.gif
Surat RAHSIA Putera Arab Saudi Kepada PM Najib

1MDB. Wartawan Dedah Surat RAHSIA Putera Arab Saudi Kepada PM Najib Yang Buat Ramai TERPANA !!! | Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta (atau RM1.5 Billion) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.
Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.

Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.
1

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia. Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).
 

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka. KREDIT MALAYSIAKINI.

UPDATE. LAGI PENDEDAHAN OLEH WARTAWAN ABC DARI AUSTRALIA.

Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:

1 - Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  2 - Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  3 - Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan
  4 - Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan
  5 - Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  6 - Penginapan Hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  7 - Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  8 - Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  9 - Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  10 - Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan

Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka. KREDIT MALAYSIAKINI.



AMUKANMelayu - Terlebih dahulu penulis nak jelaskan yang penulis bukan pemakan DEDAK. Derma RM 2.6 B itu sebenarnya sudah tiada KES keatasnya kecuali rasa cemburu dan iri hati  keatas PM Najib.