,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 17 July 2016

APABILA PENALTI MELEPASI GAWANG



ISU DIBANGKITKAN

Formula agihan wang tajaan kepada persatuan negeri dan kelab tidak dilakukan secara adil.
Kurang latihan intensiti tinggi menyebabkan pemain mudah mengalami kecederaan sebaik sahaja kembali ke pangkuan pasukan masing-masing daripada tugasan antarabangsa.
Persaraan empat pemain JDT - Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Amirul Hadi daripada skuad kebangsaan bukan atas arahan Tunku Ismail.
Khairy Jamaluddin sedia jadi orang tengah di antara FAM dan Tunku Ismail.



PENALTI YANG GAGAL

Wahai anakku,
Apabila pengadil memberikan sepakan penalti, seluruh penyokong, pemain dan pegawai bersorak keriangan.

Lebih gembira apabila pemain utama yang banyak menghasilkan gol sepanjang lega ditugaskan mengambil penalti tersebut.

Suasana seluruh stadium dan kaca TV tertumpu kepada sepakan.
Dunia jadi senyap sepi.

Tumpuannya hanya satu....... 
Di saat ini pesakit akan lupa sakitnya, 
si miskin akan lupa kepapaannya, 
si kaya akan lupa kekayaannya.
Sepakan dibuat..
.

Bila mana sepakan penalti tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, suasana terus berubah.

Yang tadinya gembira bertukar menjadi kecewa dan sedih. 
Yang tadinya bimbang bertukar menjadi riang.
Pujian bertukar menjadi cercaan dan kutukan. 
Cerita gembira beralih kepada cerita dukacita. 
Yang tadinya kecewa bertukar menjadi gembira.

Hanya dalam beberapa minit sahaja, suasana berubah
.

Nukilan,
Tuan Ibrahim Tuan Man.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan bertemu Pre­siden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Image result for TMJ belasah FAM
Menteri Belia Dan Sukan
Menurutnya, antara isu ber­kenaan adalah corak latihan skuad kebangsaan yang tidak sesuai serta agihan wang tajaan yang tidak adil kepada kelab dan negeri.
Jelasnya, dua perkara itu antara yang diluahkan Tunku Ismail dalam perbualan telefon dengan beliau selama kira-kira 20 minit semalam.

“Berhubung sistem latihan skuad kebangsaan, TMJ menyatakan kurangnya latihan intensiti tinggi melibatkan pemain semasa melaporkan diri untuk negara.

“Ini menyebabkan pemain cedera apabila pulang ke pasukan negeri dan kelab masing-masing.
“Dengan maklumat ini, kita akan suarakan perkara tersebut kepada FAM dan kalau betul, kita perlu buat penambahbaikan dalam latihan skuad kebangsaan. Kalau isu ini tidak ditangani, kita bimbang ia akan menghakis keyakinan pemain lain untuk menyertai pasukan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di padang Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, TMJ juga melahirkan kebimbangan terhadap formula pengagihan wang tajaan yang disifatkannya tidak adil terhadap kelab dan negeri.

“Agihan wang pada masa ini dikatakan tidak memihak kepada kelab dan negeri, sebahagian besar duit tajaan diberi kepada FAM. Apa yang dikehendaki TMJ adalah agihan lebih adil,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya akan mengatur pertemuan de­ngan Presiden FAM dalam masa terdekat dan mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Saya akan bertindak sebagai orang tengah bagi mengatasi perkara ini kerana saya sedar ke­dua-dua pihak mempunyai pe­ranan masing-masing dalam memajukan bola sepak negara,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, TMJ turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan bagi menghalang mana-mana pemain JDT daripada menyertai skuad kebangsaan.

Katanya, berhubung persaraan empat pemain JDT baru-baru ini, TMJ memberitahu ia adalah keputusan mereka sendiri dan berharap jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sedia memanggil pemain muda kelab itu bermain untuk Harimau Malaysia.

Sejak Selasa lalu, seorang demi seorang pemain JDT yang beraksi bersama Harimau Malaysia me­ngumumkan persaraan mereka daripada skuad kebangsaan. Pengumuman itu bermula de­ngan pengunduran Aidil Zafuan Abd. Radzak, disusuli Safiq Rahim dan S. Kunanlan serta Amirul Hadi Zainal.



TEMERLOH , 16 JULAI 2016 , Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah
Tengku Abdullah
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan persaraan empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada skuad kebangsaan sebagai satu kerugian besar kepada pasukan bola sepak negara.
Titah baginda, menjadi lumrah bagi seseorang pemain akan bersara namun seandainya keputusan itu dibuat atas sebab-sebab tertentu, elok ia dikemukakan kepada FAM.
"Kalau bersara kerana tua, itu kita perlu hormati," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas majlis pengurniaan sumbangan kepada mangsa ribut di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Sementara itu dari KOTA BHARU pula, mana -mana pemain Kelantan yang enggan menyarung jersi skuad kebangsaan akan diwajibkan bersara daripada skuad The Red ­Warriors.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menegaskan, di Kelantan setiap pemain yang dipanggil untuk tugasan antarabangsa wajib mengutamakan skuad negara.

Tegasnya, kete­tapan itu dibuat sebagai soko­ngan kepada Harimau Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Sebagai badan gabungan yang bernaung di bawah FAM, kita perlu memberi sokongan dan itu merupakan salah satu tanggungjawab kepada negara.
“Kalau ada yang berbuat demikian (bersara ketika di prestasi terbaik), saya percaya pasukan lain akan ikut jejak sama. Ini satu kerugian buat negara,” ujarnya selepas menutup Kongres Tahunan Kafa Ke-62 di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Annuar Musa
Anuar Musa
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan pada usia yang muda.

Biarpun terkenal sebagai antara orang paling lantang mengkritik FAM dalam pelbagai isu, namun Annuar menegaskan, beliau hanya mengkritik perkara yang dirasakan tidak betul.

Beliau turut mempertahankan FAM yang didakwa tidak menjaga kebajikan pemain dalam isu kegagalan pasukan negeri atau kelab membayar gaji pemain.
Buktinya, Kafa sendiri telah dihukum oleh FAM ekoran kegagalan melunaskan tunggakan gaji lima pemain mereka, musim lalu.

Menurutnya, FAM amat tegas dengan Kafa tetapi melakukannya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

"FAM sudah membuat keputusan bahawa Kafa perlu membayar tunggakan sebelum 31 Julai ini dan tarikh itu belum sampai.
"Takkan nak gantung Kelantan, sedang tarikh akhir pembayaran belum tiba.
“Saya tidak pernah menyuruh FAM untuk tidak tegas dengan Kafa dalam soal melibatkan hukuman," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan bahawa FAM adalah sebuah organisasi yang tidak pernah mengendahkan hal ehwal kebajikan pemain kerana tidak berbuat apa-apa apabila ada pemain yang tidak menerima gaji daripada pasukan masing-masing.

Persaraan pemain ‘mesej’ kepada FAM?
Legenda bola sepak negara Dali Omar berkata diKUALA LUMPUR pada 15 Julai lalu, "Bukan salah pemain, bukan juga salah jurulatih, tetapi persaraan empat pemain kebangsaan daripada pentas antarabangsa - Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal - seakan-akan ingin me­nyampaikan ‘mesej tersembunyi’ kepada Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM)".

Dali Omar
Dali Omar
Legenda bola sepak negara Dali Omar menganggap pe­ngunduran empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu me­rupakan tamparan hebat kepada badan induk bola sepak negara pada ketika Malaysia sedang membuat persiapan untuk kejohanan Piala AFF hujung tahun ini dan baki kempen kelayakan Piala Asia 2019.

Bekas penyerang Kelantan zaman 70-an itu menyalahkan FAM atas apa yang berlaku kerana sejak awal lagi mereka enggan menerima pandangan daripada orang luar dan bekas pemain dalam usaha memartabatkan bola sepak negara.

“Saya terkejut juga dengan pengunduran mereka. Macam ada sesuatu yang tidak kena, nak kata (pemain) tidak patriotik dan kurang komitmen tidak juga sebab mereka semua pernah mewakili negara sejak usia muda.
“Bukan nak kata apa, saya rasa kehilangan mereka mungkin juga disebabkan FAM. Itulah, dari awal lagi mereka banyak menafikan panda­ngan-pandangan daripada pemain veteran.
“Sebenarnya, kita kena panggil orang-orang lama, panggil bermesyuarat dan fikir bagaimana nak ubah dan perbaiki cara kita. Mungkin ada pandangan yang bernas untuk memperbaiki mutu bola sepak negara, siapa tahu?
“Ini tidak, lepas habis sarung jersi Malaysia, kami seolah-olah dilupakan. Bukan apa, bagi saya kalau FAM dari dahulu lagi membuka pintu untuk veteran mengutarakan pandangan masing-masing mungkin dapat mengelakkan perkara ini daripada berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sejak Selasa lalu, seorang demi seorang pemain JDT yang beraksi bersama skuad Harimau Malaysia mengumumkan persaraan mereka daripada skuad kebangsaan bermula dengan Aidil, disusuli Safiq, Kunanlan dan Amirul Hadi.
Dalam pada itu, seorang lagi legenda bola sepak negara Datuk Santokh Singh berkata, keputusan persaraan keempat-empat tonggak kebangsaan itu telah pun dibuat dan wajar dihormati.

“Tidak apalah, itu keputusan mereka mahu bersara awal atau tidak. Masing-masing ada pendapat. Kita harus hormat. Sudah tiba skuad Harimau Malaysia diisi oleh pemain muda berbakat,” katanya.

BOLA sepak negara boleh diselamatkan sekiranya seluruh barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui proses transformasi.
Kenyataan itu dikeluarkan Tokoh Pembangunan Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor yang menyifatkan FAM kian ketandusan kepimpinan dalam badan induk berkenaan.

Suleiman digelar ‘Bapa Bola Sepak Johor’ berkata, semua pemimpin di dalam FAM perlu meninggalkan sahaja jawatan masing-masing.

“Sekiranya mereka tidak boleh memimpin, jangan jadi pemimpin. Bola sepak ini bukan senang (untuk dipimpin).
“Ini bukan satu benda yang mudah...jadi kita kena serius dan kena (ada) semangat. Kalau anda tidak mempunyai semangat, maaf. Tidak boleh mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pusat Latihan Tertutup Dato’ Suleiman Mohd Noor di Padang Seri Gelam di sini, semalam.
Turut hadir Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Suleiman yang pernah memegang jawatan penting dalam FAM satu ketika dahulu menegaskan, semua kepimpinan dalam FAM perlu berhenti dan memberi peluang kepada individu lain.

Tanpa berselindung, beliau berkata, kemerosotan bola sepak negara pada masa kini berpunca daripada barisan kepimpinan dan pengurusan FAM.
“FAM hendaklah diubah, ia (disebab) pengurusan. Kalau pengurusan itu tidak betul, semua (perkara dalam bola sepak negara) tidak betul. Awak hendak jawatan, tapi tidak bekerja.

“Jawatan dalam persatuan sukan adalah jawatan sukarela, tetapi apabila sudah ambil jawatan itu, ia bukan sukarela lagi (kerana) ia jadi tanggungjawab.
“Maka tanya diri sendiri, hendak atau tidak tanggungjawab. Kalau tidak hendak, tinggalkan dan cari orang lain,” katanya.

Merujuk kekalahan memalukan pasukan negara kepada UAE dalam perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memberitahu, Malaysia sebenarnya memiliki pemain berbakat.

“Kalau saya presiden, saya malu...ini (kekalahan 10-0) bukan kalah, ini (kena) belasah.
“Saya kasihan tengok FAM sekarang...budaknya (pemain) bukan calang-calang. Safiq tidak bagus ke? Kenapa Malaysia boleh ‘terjun’?
“Jawabnya pada pengurusan. Dia (kepimpinan FAM) tidak dapat menjalankan (tanggungjawab) seperti dikehendaki oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Ditanya individu mampu membawa perubahan FAM dan bola sepak negara, Suleiman percaya Tunku Mahkota Johor boleh berbuat sedemikian.
Beliau juga mengakui pernah meminta Tunku Ismail mengambil alih tampuk kepimpinan FAM kerana ketegasan, karisma, visi dan semangat dimiliki dalam melakukan transformasi sukan bola sepak khususnya di Johor.

“Saya sudah bercakap dengan Tunku Mahkota, ‘patik fikir tempat FAM adalah tempat Tunku’. Bagaimanapun, dia seorang yang merendah diri (kerana) baru hendak berkembang dan maju. Dia tidak memberi jawapan.
“Jadi saya percaya kita kena minta pandangan seluruh rakyat Malaysia (berkaitan Tunku Ismail terajui FAM) kerana FAM ini bukan (milik) Johor. 
“Kita dapatkan maklum balas (peminat bola sepak tanah air) berkehendakkan beliau (Tunku Ismail)...dan saya ingat Tunku Mahkota Johor akan ambil alih,” katanya.


AMUKANMelayu - Semuanya sayang nak tinggalkan JAWATAN yang di sandang. Walaupun ianya seorang Mufti....tiada bezanya dengan Yahudi atau Nasrani.