,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 16 June 2016

IPIC Saman 1MDB, Kerajaan Malaysia Di London


Sekadar JOKE

Najib - Saya Tidak Curi Duit Rakyat

"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," - Najib


Point utama Najib adalah -  Saya tidak curi duit rakyat !

Cai2 Najib boleh relaks.... ramai yang dah siap sedia nak serang sesiapa saja yang berani ubahsuai atau persenda ayat Najib itu. Contoh-contoh silam Tun Mahathir kononnya nak tunjuk yang Tun dulu pun songlap duit rakyat, dah tersusun untuk di copypaste sebagai jawapan.

So ...... Penulis tak nak komen apapun ! Okeylah kalau itu yang Najib cakap, terimajelah.
........

Satu Sen Pun Najib Tak Guna Duit Rakyat Untuk Selesaikan Isu 1MDB.

akan mirip api karena komodo sering menjulurkan lidahnya seperti ular
Lidah Biawak - Gambar ini tiada kene-mengena dengan artikal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak menggunakan atau langsung tidak menyentuh satu sen pun duit rakyat, semata-mata untuk menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan tersebut jelas menunjukan bahawa PM berpegang teguh pada janjinya, untuk menyelesaikan isu berkenaan syarikat 1MDB dalam tempoh masa enam bulan, seperti yang diberitahunya sebelum ini. Isu berbangkit itu berjaya diselesaikan tanpa menggunakan dana rakyat, tindakan tersebut membuktikan selama ini Najib tidak cakap kosong.

“Saya berjanji kepada rakyat bahawa isu 1MDB akan diselesaikan dalam tempoh masa enam bulan, dan ianya sudah semakin nampak penyelesaiannya.

“Apa yang kita banggakan penyelesaiannya bukan di dalam bentuk MoU (Memorandum Persefahaman), tetapi di dalam bentuk `agreement’ (persetujuan) yang ditandatangani dan yang  lebih mustahak, ianya tidak menggunakan dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan,” katanya.

Jika sebelum ini, berita melaporkan bahawa syarikat 1MDB itu mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion dan menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Namun kini Najib telah menunjukkan sikap yang cukup membanggakan, dengan berjaya menyelesaikan hampir seratus peratus hutang syarikat terbabit.

Menjelang tahun baru 2016, Najib telah mengumumkan bahawa saki baki hutang 1MDB kini hampir selesai. Hutang  sebanyak RM40.4 bilion telah berjaya dilunaskan melalui termeterainya beberapa perjanjian diantara syarikat tersebut.

Antaranya pada 23 November tahun lalu anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy Bhd telah berjaya menjual kesemua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan jumlah RM9.83 bilion.

Bagi menyelesaikan lagi sejumlah hutang 1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah membuat keputusan untuk mengikat perjanjian jual beli saham bersama CGN Group. Dengan jualan seratus peratus pemilikan, dalam kesemua hak aset tenaganya itu.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya menyerahkan Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra) sepenuhnya menjadi hak milik kepada CGN Group.

Bagi proses penyerahan dan transaksi jual beli saham berkenan, ia dijangkakan bakal berakhir pada bulan Februari tahun ini.

Pada 31 Disember lalu, 1MDB sekali lagi temui jalan keluar untuk selesaikan hutangnya. Satu perjanjian jual beli saham telah ditanda tangani bersama konsortium IWH-CREC Sdn. Bhd. Pihak 1MDB telah menjual sebahagian 60 peratus pegangan sahamnya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd, yang berjumlah RM7.41 bilion.

Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn. Bhd.

Selepas Najib berjaya membuktikan kehebatannya, dan menunjukkan bahawa beliau tidak cakap kosong. Maka pertikaian dan khabar angin mengenai kegagalan Najib menguruskan syarikat 1MDB lenyap begitu sahaja. Sudah tiada lagi suara sumbang yang berani mempertikaikan isu tersebut.
- TiraGomez/UtaraNews.com

" Ini ( 1MDB ) bukan duit rakyat "


Berita: Themalaysianinsider 8/03/2015



Apa perasaan anda bila baca ayat di atas? Ada tak macam ni, Ooo.. patutlah 1MDB diorang buat macam duit mak bapak diorang punya! Bila rakyat tanya, diorang marah balik. Sebab dalam fikiran diorang, rakyat takde hak nak ambil tahu, sebab itu BUKAN DUIT RAKYAT !

Ayat satu baris pendek itu saja sudah cukup untuk menjelaskan SEGALAnya tentang kemelut 1MDB, tentang kenapa Najib dan 1MDB tidak pernah merasakan keperluan untuk menjawab dengan jelas segala persoalan yang diajukan tentang pengurusan kewangan 1MDB.

Najib turut menyalahkan pengkritik yang menggagalkan penyenaraian IPO 1MDB seterusnya menyebabkan wujudnya ketidaksepadanan yang menyebabkan masalah aliran tunai.

Tak sia-sia juga Najib lantik Zahid gantikan tempat Muhyiddin sebagai TPM. Pantas Zahid pun back up sama!

Dari Malaymailonline -

1MDB didn't use the government's money or allocations. A lot of the deals are between lender and borrower, so in this case, here will definitely be repayments and a payment schedule must be made.

1MDB tidak pakai duit atau peruntukan kerajaan?

Bagi penulis senang je....
Apa saja yang berkaitan dengan kerajaan, maknanya ada kaitan dengan rakyat. 1MDB milik penuh kerajaan, bermakna ia milik penuh rakyat.

Jika 1MDB kantoi hutang, siapa yang kena bayar hutang? Adakah Najib nak kata yang pemberi hutang terpaksa lupakan hutang itu begitu saja? Bukankah kerajaan juga yang akan tanggung?

Kerajaan dapat duit nak gantikan hutang itu dari mana? Kalaupun kerajaan banyak duit, hak siapa duit itu? Kerajaan sekadar pegang amanah dari rakyat untuk uruskan duit itu.

Banyak lagi yang boleh digunakan duit kerajaan itu demi rakyat daripada dibelanja hanguskan atas nama 1MDB!

Itu hujah berkait, bagaimana pula hujah yang direct - RM950 juta standby kredit yang diberikan kepada 1MDB itu apa?

Ini satu lagi lagi artikel yang boleh buat anda geleng kepala dengan Najib dan 1MDB.


Dari Malaysiakini -


IPIC Tamatkan Pelan Menyelamat 1MDB


International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterai syarikat itu dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan. 

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London hari ini, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF telah gagal untuk membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan. 

"IPIC telah melaksanakan semua obligasinya setakat ini mengikut perjanjiannya.
"1MDB dan MOF telah gagal untuk melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah. 

"Hasilnya, 1MDB dan MOF ingkar menurut terma perjanjian itu dan obligasi IPIC dan Aabar di bawah perjanjian itu telah ditamatkan," katanya. 

Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang esok bagi terbitan bon AS$3.5 bilion. Ini menyaksikan 1MDB menghadapi risiko gagal bayar. 

Menjelang berlakunya kegagalan bayaran itu, IPIC berkata, 1MDB dan MOF perlu bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang dibuat ke atas firma milik Abu Dhabi itu.

IPIC heret 1MDB, k'jaan ke Timbang Tara London tuntut AS$6.5b

  
Berbelas tahun sudah, penulis bersama keluarga(dimasa itu ayah dan bonda masih ada) kami berkelah di Pulau Bunting, Yan Kedah. Ayah memang handal dalam ilmu perlautan ini. Ikan, ketam, sotong dan siput pantai banyak sangat. 

Adek penulis Fauziah namanya, merebus ketam. Maklumlah ketam segar, masih hidup.... baru di jaring ayah tadi. Tiba-tiba terdengar dia menangis. Katanya kesian kat ketam tu masa di rebus masih bergerak dan "MERAGAS" tepi periuk untuk mencari jalan keluar. Kata ibuku...lain kali rebus air sampai mendidih baru taruhkan ketam kedalamnya. Ini seperti menyiksa ketam tersebut dengan air yang perlahan-lahan panas dan ketam juga perlahan-lahan mati kerana keperluan manusia.

Pada pendapat penulis, kini kita seperti ketam yang direbus dalam api yang perlahan dan dalam sedar tapi kita buat tak kesah. Disebabkan salah tadbir urus 1MDB, rakyatnya nampaknya sekali lagi tertekan dari segi ekonomi sebab kali ini, berita dari London, Pak Arab dah mengamuk!


International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

IPIC takes 1MDB, MOF to international arbitration over US$6.5b claim

Published


 The International Petroleum Investment Company (IPIC) and its subsidiary Aabar Investments PJS (Aabar) have submitted a Request for Arbitration (RFA) to the London Court of International Arbitration over its US$6.5 billion claim against 1MDB and the Ministry of Finance Incorporated (MoF).

"The RFA concerns the failure by 1MDB and MoF to perform their contractual obligations under the binding term sheet (BTS) as described in IPIC GMTN Limited's announcement of June 10, 2015 (RNS Number 7064P)," read the disclosure sent by IPIC to the London Stock Exchange today.

The BTS referred to was the agreement signed between IPIC and 1MDB, whereby the Abu Dhabi-based firm will take over liabilities of the government investment arm for two of its bond issues in return for cash payments and asset transfers.

IPIC, however, has claimed that 1MDB and the MOF have failed to live up to their end of the bargain after the assets never materialised and monies meant for Aabar was somehow diverted to another company with nearly the same name but based in the British Virgin Islands instead of Dubai.

This has led to IPIC backing out of the white knight deal to assume 1MDB's debts, specifically to pay off several recently due interest payments which 1MDB had then defaulted on. As it is also guarantor of the bonds, IPIC paid the interests but is claiming the amount from both 1MDB and MoF.

1MDB, however, claims that allegations of missing funds notwithstanding, it has lived up to its end of the deal and transferred monies to firms it believed were IPIC-linked and expected the Abu-Dhabi firm to abide by its obligations under the BTS.

IPIC stated that the failure of 1MDB and MoF to perform their obligations, cure their defaults or put forward acceptable proposals has left IPIC in the position where it must pursue its claims in arbitration which it says amounts to US$6.5 billion.

"The claim will be determined by an arbitral tribunal that will comprise three arbitrators in accordance with the BTS and the LCIA Rules," said IPIC in the disclosure.
 In an immediate response, 1MDB said that it took note of the RFA to the London Court of International Arbitration.

"1MDB and its legal counsel will review the request for arbitration once it has been served with a copy," the sovereign fund said in a statement.
1MDB also reiterates its stand that notwithstanding the dispute with IPIC, it has a strong liquidity position and is able to honour its current debt obligations.

MoF Tak Campur Tangan Pertikaian 1MDB-IPIC

Selasa, 10 Mei 2016 @ 9:46 PM
Oleh Ahmad Fiesal Othman dan Mahanum Abdul Aziz bhbiz@bh.com.my

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berucap pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. -Foto Asyraf Hamzah

Macamana Timbalan Menteri Kewangan ni kata depa tak campoq tangan, sedangkan apa yang penulis faham yang kena saman tu Menteri kewangan dengan 1MDB? Haruuu.....pening penulis dengan kenyataan-kenyataan yang tak bertanggung jawab ni.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) buat masa ini tidak akan campur tangan dalam pertikaian antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) mengenai keingkaran terhadap bon bernilai AS$1.75 billion. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata pertikaian mengenai keingkaran terhadap bon 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat) perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak terlebih dulu sebelum MOF campur tangan. 

Beliau berkata, disebabkan 1MDB dimiliki oleh MOF, pastinya pihak kerajaan dan MOF ingin mengambil tahu mengenai kenapa perkara itu berlaku dan jika terdapat apa-apa tindakan perlu diambil, ia akan diambil. "Ini adalah isu antara IPIC dan 1MDB, maka biarkan mereka menyelesaikannya terlebih dulu dan kita tidak mahu campur tangan pada peringkat ini kerana ini adalah pertikaian antara dua entiti korporat," katanya pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. 

1MDB semalam mengumumkan bahawa ia sudah memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keingkaran terhadap Nota Langat bernilai AS$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022. Ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd untuk memulakan proses pembabitan dengan pemegang bon berkenaan berikutan keingkaran Nota Langat itu, selain turut melantik DF King Ltd, untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon. 

Johari berkata, pembabitan dengan pemegang bon terbabit perlu kerana situasi yang berlaku itu memerlukan penjelasan. Beliau berkata, dalam kes 1MDB, semua perkara terbabit perlu dilakukan kerana 1MDB perlu mewujudkan siapa pemegang bon berkenaan. "Mereka juga perlu tahu risiko yang membabitkan pemegang bon, dan mereka perlu menjelaskan mengapa terdapat pertikaian. "1MDB harus berkomunikasi dengan pemegang bon kerana jika tidak, mereka (pemegang bon) tidak faham dan mereka tidak semena-mena akan panik," katanya. - Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my


AMUKANMelayu - Anak kelahiran Pekan, Pahang yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 amat TABAH, walaupun berdepan dengan pelbagai isu politik, Najib masih lagi tabah dan tenang mentadbir negara. Demi memelihara Kedaulatan Negara dengan ini di do'akan semoga Allah sentiasa memberi Kesihatan dan Kebijaksanaan kepada PM dalam menjaga Ugama, Bangsa dan Tanah Air tercinta ini....


Selasa, 10 Mei 2016 @ 9:46 PM MoF tak campur tangan pertikaian 1MDB-IPIC Oleh Ahmad Fiesal Othman dan Mahanum Abdul Aziz bhbiz@bh.com.my TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berucap pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. -Foto Asyraf Hamzah KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) buat masa ini tidak akan campur tangan dalam pertikaian antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) mengenai keingkaran terhadap bon bernilai AS$1.75 billion. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata pertikaian mengenai keingkaran terhadap bon 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat) perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak terlebih dulu sebelum MOF campur tangan. Beliau berkata, disebabkan 1MDB dimiliki oleh MOF, pastinya pihak kerajaan dan MOF ingin mengambil tahu mengenai kenapa perkara itu berlaku dan jika terdapat apa-apa tindakan perlu diambil, ia akan diambil. "Ini adalah isu antara IPIC dan 1MDB, maka biarkan mereka menyelesaikannya terlebih dulu dan kita tidak mahu campur tangan pada peringkat ini kerana ini adalah pertikaian antara dua entiti korporat," katanya pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. 1MDB semalam mengumumkan bahawa ia sudah memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keingkaran terhadap Nota Langat bernilai AS$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022. Ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd untuk memulakan proses pembabitan dengan pemegang bon berkenaan berikutan keingkaran Nota Langat itu, selain turut melantik DF King Ltd, untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon. Johari berkata, pembabitan dengan pemegang bon terbabit perlu kerana situasi yang berlaku itu memerlukan penjelasan. Beliau berkata, dalam kes 1MDB, semua perkara terbabit perlu dilakukan kerana 1MDB perlu mewujudkan siapa pemegang bon berkenaan. "Mereka juga perlu tahu risiko yang membabitkan pemegang bon, dan mereka perlu menjelaskan mengapa terdapat pertikaian. "1MDB harus berkomunikasi dengan pemegang bon kerana jika tidak, mereka (pemegang bon) tidak faham dan mereka tidak semena-mena akan panik," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152310