,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 25 May 2016

JUAL ASET NEGARA - MALAYSIA AKAN MUFLIS


Malaysia World Bank

Malaysia Perlukan (RM13.7 Bilion Akibat Perbelanjaan Boros + RM27 Bilion Pendapatan GST). Jika Tidak Malaysia Akan Bankrap.


Siapa sangka, Berita Semasa pun tidak sangka sebuah negara yang dipanggil Malaysia yang dilimpahkan nikmat dan hasil mahsul berupa petroleum, getah, kelapa sawit, balak yang bermutu tinggi, emas, padi, bijih timah, industri elektronik dan kepakaran tenaga sumber manusia yang ramai jika diuruskan dengan baik. Akhirnya….
Akhirnya terpaksa juga berdepan dengan risiko muflis. Malaysia mahu muflis? Benarkah? Siapa cakap?

Berita Terkini Rosmah Mansor. Tun Mahathir Kritik Rosmah, Hidup Mewah dan Lagak Macam Perdana Menteri Malaysia!


Berita Terkini Rosmah Mansor. Tun Mahathir Kritik Rosmah, Hidup Mewah dan Lagak Macam Perdana Menteri Malaysia! : Sebelum ini, bukannya kita tidak pernah ada selain isteri Perdana Menteri sekarang Rosmah Mansor.

Kita pernah ada Allahyarham Toh Puan Endon Mahmood Ambak, Tun Jeanne binti Abdullah, Tun Siti Hasmah, Tun Rahah, Tun Suhailah dan juga Tun Sharifah Rodziah. Tetapi mereka-mereka ini tidak pernah sekalipun mencetuskan kontroversi demi kontroversi yang sehingga memberikan masalah kepada suami mereka dalam kedudukan politik.

Rosmah Mansor shopping

BACA BERITA ROSMAH : Rosmah Mansor Nasihat & Beri Peringatan. Ada Isu & Aduan? Hantar Kepada Pegawai Rosmah Mansor di Jabatan Perdana Menteri (JPM)!

Hari ini, Rosmah Mansor dilihat menjadi liabiliti besar kepada kedudukan politik Barisan Nasional dan UMNO, Najib Razak, sang suami yang berjaya dimilikinya 28 tahun yang lalu. Ada sahaja orang bercakap mengenai prilaku Rosmah Mansor. Kelibatnya seringkali menjadi perhatian lensa kamera. Tidak pernah isteri Perdana Menteri mendapat tumpuan sebegini rupa.

Lepas satu-satu isu timbul melibatkan isteri Perdana Menteri ini, Rosmah Mansor. Terbaru, Tun Dr Mahathir menyelar sikap Rosmah Mansor yang dilihat :
  • kerapkali berbelanja besar dan mengamalkan cara hidup yang mewah
  • lagaknya seperti Perdana Menteri Malaysia
Sebelum ini, sejak menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri Rosmah Mansor sehingga menjadi isteri Perdana Menteri banyak kali isu semasa berbangkit melibatkan figura yang bernama Rosmah Mansor ini. Antaranya ialah :

Isu Semasa Melibatkan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri?

  1. Penggunaan nama First Lady of Malaysia (FLOM) aka wanita pertama yang merujuk untuk dirinya sebagai isteri Perdana Menteri
  2. Perbelanjaan besar bajet kerajaan Malaysia melibatkan program PERMATA
  3. Melancong menggunakan aset kerajaan
  4. Berbelanja mewah di luar negara
  5. Isu Dandan rambut RM1,200
  6. Ada pejabat sendiri di Jabatan Perdana Menteri
  7. Jam Tangan (RM350,000 – RM500,000, Shopping Mutiara (RM487,687)
P/S : Anda ada nasihat yang ingin dilonatarkan kepada isteri Perdana Menteri ini, Rosmah Mansor? - Berita Semasa

Kerajaan Jual Aset Negara & Gadai Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam. Kerajaan Dapat Duit RM5.6 Bilion. Kewangan Negara Parah?


Berdasarkan laporan Bank Dunia, kerajaan Malaysia telah menjual aset negara dan juga mengadaikan pinjaman perumahan kakitangan awam melalui pensekuritian sebanyak RM5.6 bilion bagi mencapai sasaran defisit. Rakyat dah pesan lama sudah kepada kerajaan, jangan boros, jangan membazir, jangan salahguna wang rakyat supaya Malaysia tidak dihimpit dengan hutang yang tinggi seperti yang dialami sekarang. 
Nah….setakat laporan Bank Dunia (World Bank) setakat Disember 2013 berdasarkan penyata Kementerian kewangan sendiri yang diterbitkan Perbendaharaan Negara, menunjukkan :

Laporan Bank Dunia : Malaysia Dapat RM5.6 Bilion

  1. Belanja mengurus kerajaan Malaysia telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion (7.1%)
  2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 setakat ini lebih teruk daripada yang dijangkakan berdasarkan unjuran pembentangan Bajet 2013
Disebabkan bajet defisit (belanja yang mengatasi peruntukkan bajet) terus dibentangkan selama 16 tahun berturut-turut dan pertumbuhan ekonomi yang tidak serancak seperti yang dijangkakan menyebabkan pendapatan negara kita berkurangan yang tidak mencapai angka yang dihajatkan, dalam pada masa yang perbelanjaan kerajaan terus bertambah. Akhirnya defisit negara bertambah.
Jadi apa penyelesaian yang kerajaan telah lakukan. Bank Dunia kata, kerajaan Malaysia telah menjual dan mengadai lebih banyak aset negara.
Ya, Berita Semasa akui dan memang betul ada kerajaan jual aset atau kadang-kadang kerajaan akan bangunkan aset. Memang betul, kadang-kadang kerajaan juga kerap mengadaikan pinjaman yang diberikan kepada rakyat. Itu perkara biasa.
Malaysia Jual Aset

Tetapi laporan Bank Dunia kali ini agak mencemaskan apabila perkara ini dibuat secara terdesak dan mendadak apabila perbelanjaan yang dibuat kerajaan terlalu tinggi di mana pendapatan yang diperolehi kerajaan tidak dapat menampungnya.
Bank Dunia juga kata, kalau tidak kerana penjualan aset dan penggadaian ini iaitu sejumlah RM5.6 bilion kerajaan tidak akan mencapai sasaran pengurangan defisit dan akan terus membengkak. Kerajaan setiap kali ada masalah kewangan dia akan jual aset negara atau menggadaikan portfolio pinjaman kepada pelabur. pelabur mana, Berita semasa tidak tahu. Sehingga menjadi amalan….

Masalah Kewangan : Kerajaan Jual Aset Negara

Jadi…apa bezanya situasi sekarang, rakyat Malaysia yang terdesak dengan masalah kewangan mula menjual atau pajak emas semata-mata mahu mendapatkan secara berulang-ulang bagi mendapatkan tunai dengan apa yang kerajaan lakukan sekarang?

Cuma diperingkat kerajaan, kerajaan tidak jual atau pajak emas, tetapi kerajaan gadai aset-ast yang dia ada:
  1. Kalau tanah, kerajaan jual
  2. Pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan yang mana kerajaan ada aset, dalam keadaan terdesak securitization of mortgages kerajaan ambil pinjaman-pinjaman seeprti ini dijual kepada pelabur.
  3. Maknanya, ada rumah kakitangan awam mereka sekarang ini sebenarnya tidak berhutang dengan kerajaan, tetapi sebenarnya mereka ini berhutang dengan pelabur yang entah dari mana yang telah pun membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian pinjaman perumahan.

Bank Dunia tampil kritik secara terbuka buat pertama kalinya apabila melihatkan situasi pengurusan kewangan negara ketika ini.
Nah…itu sebab kita mendengar banyak berita kenaikan secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Kerajaan naik harga minyak, naik harga gula, naik tarif elektrik, naik tol dan naik lain-lain lagi, memperkenalkan cukai GST, kerajaan gadai dan jual aset negara secara berturut-turut membuktikan kedudukan keadaan negara Malaysia sekarang ini parah.

Untuk "menidakkan" perkara ini, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertemu dengan kira-kira 30 pelajar Malaysia di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari beberapa universiti di Washington DC, Virginia, Maryland dan Indiana pada Khamis lalu.

Semasa pertemuan itu, Reezal turut meminta mereka menetapkan sasaran dan misi masing-masing dalam memacu Malaysia mencapai status negara maju.

Dalam pada itu kata Anis, pelajar juga turut berpuas hati dengan penerangan Reezal mengenai isu 1MDB, mata wang serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semasa pertemuan tersebut.

"Reezal memberitahu isu 1MDB itu sengaja digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan. Selain itu isu Ringgit dijelaskan sebagai satu mata wang terbaik di mana ia mampu bangun dengan lebih cepat berbanding negara-negara lain.

"Dalam isu GST pula, Reezal memberitahu, ia satu keperluan kepada negara lebih-lebih lagi apabila kejatuhan mendadak harga minyak dunia baru-baru ini. Impaknya juga disifatkan masih lagi terkawal," jelasnya.

Sebelum ini, pelajar Malaysia di AS lega pengukuhan Ringgit berbanding dolar AS sejak awal April memberi harapan besar tanda pemulihan ekonomi negara.


Ia sekali gus bukti ekonomi negara kekal kukuh walaupun masih ada kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi China dan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Mahu Malaysia Bangkrap? 

 

GST Muflis Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan Malaysia akan bankrap akhirnya jika anda, anda semua sebagai rakyat malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
  • Jika Malaysia masih tidak melaksanakan GST
  • Kerajaan akan terpaksa pinjam duit lebih banyak dari luar
  • Yang mana akhirnya, Malaysia akan diisytihar bankrap apabila tidak mampu membayar lagi hutang tersebut
  • Sebegitu mudah untuk bankrap hanya kerana tidak melaksanakan GST?
Cuma Berita Semasa agak sedikit pelik dan hairan. Adakah GST satu-merupakan satu-satunya sumber pendapatan negara?
  1. Pertamanya, mana pergi kekayaan pendapatan negara selama ini? Yang keduanya :
  2. Adakah pendapatan tambahan RM27 bilion mampu menyelamatkan negara daripada bankrap, sedangkan realitinya hari ini perbelanjaan tahunan kerajaan mencecah ratusan bilion ringgit setahun, seperti yang dapat dilihat dalam pembentangan bajet setiap tahun? (KLIK SINI)
  3. Hakikatnya, GST lebih memantapkan ekonomi & mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan kerana cukai GST ini akan dinikmati kerajaan secara terus-menerus jika dibandingkan dengan pendapatan minyak & kelapa sawit negara.
Yang boleh buat Malaysia bangkrap bukannya sumber pendapatan negara tetapi apa dia? RASUAH. Ya…Rasuah.
  • Individu A yang berpendapatan lumayan seperti RM20,000 sebulan tidak pernah cukup jika beliau tidak pandai menguruskan kewangannya dan sering boros berbelanja
  • Individu B yang berpendapatan serdahana tetapi seringkali menganalisa dan semak perbelanjaan supaya tidak melebihi kemampuan sebenarnya beliau. Walaupun pendapatan beliau masih kecil , tetapi Alhamdulillah individu B masih mampu menampung kehidupan keluarganya setiap bulan.
Contohnya…..negara Greece. Greece jatuh bukan sebeb tiak melaksanakan GST. Greece turut melaksanakan sistem cukai seakan GST yang dikenali dengan cukai nilai tambah (VAT) pada kadar antara 4.5 peratus dan 23 %. Tetapi Greece tumbang disebabkan :
  1. Tipu angka ekonomi
  2. Salah urus tadbir kewangan negara
  3. Rasuah yang bermaharajalela di Greece (Wang rakyat Greece telah diselewang atau masuk dalam poket kroni, pemimpin politik. Kos pembangunan infrastruktur naik 3,4 malah 6 kali ganda daripada kos asal. Di Greece juga sama se[erti di ___________, ada dipanggil “duit kopi” bagi mendapatkan projek kerajaan.)

Najib: Saya tak kata negara bankrap tanpa GST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan. Menurutnya, kenyataannya pada akhir November lalu disalah petik dalam laporan akhbar. Katanya, beliau menerima kesilapan tersebut sebagai salah satu dari risiko kerjayanya sebagai ahli politik.

Jelasnya, beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.

"Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece.
"Saya tak kata tanpa GST negara bankrap," katanya pada majlis penghargaan bersama pesara kanan kerajaan di Putrajaya tengah hari tadi.

Laporan The Star bertajuk 'Najib: It's either GST or facing bancruptcy' pada 25 November memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu melaksanakan GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.

Pada hari yang sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu sidang Dewan Rakyat pula menjelaskan kedudukan kewangan negara masih stabil.

Menurutnya, hutang negara berada pada kadar 53.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar sehingga akhir September jumlah RM529.6 bilion itu disifatkan Ahmad sebagai masih terkawal.

Kenyataan bercanggah kedua-dua pemimpin tersebut menjadi sasaran MP Pakatan Rakyat yang mendesak perdana menteri menjelaskan kedudukan kewangan negara. Para MP berkenaan juga menuntut Najib menjelaskan dan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan yang selesa.

Negara Malaysia Muflis & Bankrap 2019?

Itulah pandangan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan negara Malaysia bakal menanggung hutang sejumlah RM1 trillion untuk 9 tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, negara Malaysia boleh diistiharkan muflis dan bangkrap. Jadinya, kata Datuk Seri Idris Jala rakyat Malaysia perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.
Ulasan Pakar Ekonomi dan Ketua Audit Negara mengenai isu negara Malaysia akan bankrap & muflis :



  1. Pagi tadi, Dato’ Salleh Majid (Bekas Pengerusi Bursa Malaysia) sempat mengulas isu penarikan subsidi kerajaan ini yang mana beliau mengatakan implikasinya,  ia mampu mengakibatkan kenaikan kos hidup dan kadar inflasi akan terus meningkat tinggi
  2. Manakala Ketua Audit Negara (Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang) mengatakan belanjawan defisit yang ada pada hari ini adalah disebabkan ketirisan dan kebocoran wang berbillion ringgit setiap tahun. Sedangkan kita tidak pernah dengar sehingga kini sebarang tindakan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang “BERTANGGUNGJAWAB”

Alasan Kerajaan Malaysia memotong subsidi :


  1. Malaysia perlu melakukan pengurangan subsidi termasuk petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan untuk mengelakkan risiko menjadi negara seperti Greece.
  2. Hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan
  3. Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun
  4. Rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia
  5. Budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana kerap dinikmati mereka yang tidak berhak
  6. Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport minyak seawal tahun depan sekiranya ia meneruskan kadar penggunaan petroleum seperti sekarang
  7. Malaysia merupakan antara negara yang paling bersubsidi di dunia
  8. Malaysia jimat RM103 bilion jika subsidi dikurangkan
Setahu saya apabila kita perlu mengimport minyak ada 2 sebab. Antaranya :
a) rizab minyak dah habis
b) tahap pengeluaran minyak jauh lebih rendah daripada tahap pengunaan minyak.
Di Malaysia ini kita mengamalkan polisi pengeluaran bercatu (National Depletion Policy) yang menghadkan pengeluaran pada tahap 600-700k barrel9tong) sehari. Tujuannya ialah supaya takat pengeluaran dapat dikekalkan pada jangkamasa selama 15-20 tahun. Amerika Syarikat juga adalah pengeluar minyak yang besar dan pengimport yang besar juga. Pada tahun 2009, secara purata US mengeluarkan 5.268 M barrels/day dan net import tidak kurang pada 10.5 M barrels/day. (source: U.S. Crude Oil Production Poised for Biggest Jump Since 1970, Platts ,Friday, November 27, 2009).

Maknanya sekarang ini, daripada alasan yang diberikan Malaysia telah menggunakan lebih banyak minyak daripada jumlah minyak yang kita keluarkan. Sama  seperti”bajet defisit” kita sekarang. Iaitu berbelanja /menggunakan dengan lebih daripada kemampuan.

Tetapi………rizab minyak dah nak habis ker? Daripada segi sejarah, penerokaan Petronas tidak pernah putus. Sentiasa terus melakukan kerja-kerja penerokaan di seantero dunia melalui syarikat multinasional, Petronas:



  1. Di Kelantan contohnya, 1 blok  minyak telah berjaya diteroka bersama-sama dengan Thailand. Blok ini adalah(Carigali-PTTPI Operating Company).
  2. Di Kerteh, penerokaan oleh Petronas di Blok Tangga Barat Platform baru sahaja sail out dari Pasir Gudang & Lumut.
  3. Platform pertama di Kerteh Tapis A masih lagi mengeluarkan produk yang paling mahal & berharga di dunia dari tahun 70 an sampaila sekarang ini.
  4. Manakala Paltform pertama PETRONAS West Lutong di Miri still lagi mempunyai pengeluaran sejak dari PETRONAS ditubuhkan.
  5. Ini baru di perairan Malaysia belum lagi penerokaan Petronas di luar seperti Sudan, Vietnam, Qatar, UAE, Myanmar yang terkenal dengan perolehan petroleum yang tinggi.
  6. Kalau betul telaga minyak di Malaysia dah nak habis PETRONAS tidak akan baharui kontrak dengan EXXONMOBIL untuk tujuan penerokaan selama tempoh 50 tahun. PETRONAS juga tidak akan berani ambil alih TCOT (TERENGGANU CRUED OIL TERMINAL) dari EXXONMOBIL, LCOT (LABUAN) dari SHELL, BAYAN, D-18, D-35, Blok PM-9 (PULAI & TINGGI).
  7. Di Sarawak MURPHY Oil sudah pun meneroka lebih dari 10 blok untuk dibangunkan.
Adakah ini menggambarkan yang telaga minyak kat Malaysia semakin berkurangan?? Kita bersyukur sebab sumber minyak kita ni masih banyak. Persoalan di sini adakah kita berjaya menguruskan khazanah  “emas hitam” yang telah miliki selama ini dengan sebaiknya?

Okey…melihatkan cadangan menghapuskan subsidi dengan alasan kerajaan terpaksa “berhutang”, membuatkan saya tiba-tiba teringat semula kes-kes seperti di bawah seperti juga yang ditekankan oleh Ketua audit Negara berdasarkan penyelewengan yang pernah menggemparkan negara, antaranya:
  1. Perwaja – RM 10 bilion+++
  2. Pos Malaysia – RM 227 Juta.
  3. Sime Darby – RM 1.5 bilion.
  4. MAS – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan)
  5. Proton – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan).
  6. Landasan keretapi berkembar – RM 4 bilion (kos yang meningkat).
  7. Jambatan Bengkok – RM 500 juta (pampasan pembatalan pembinaan).
  8. Kehilangan Blok minyak kepada Brunei – RM 360 bilion
  9. Tenaga Nasional Berhad – RM 1 bilion (sebelum dipulihkan)
  10. Tanggungan yang membebankan ke atas Penjana Tenaga Bebas (IPP). Pada masa ini, terdapat sembilan IPP bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen. TNB sekarang terpaksa membayar lebih RM4 bilion setahun kepada IPP tanpa mengira sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya atau tidak.
  11. Kehilangan pendapatan dari perjanjian air dengan Singapura – RM 500 juta
  12. Dan lain-lain
Kesilapan di atas, adakah disebabkan oleh rakyat Malaysia yang memerah keringat membanting padi, menyapu sampah, guru-guru, penoreh getah dan lain-lain ker? Penyelewengan dan kesilapan seperti di atas ini adalah dalam tempoh 20 tahun (1995 – 2015).

Sekiranya kerajaan Malaysia yang ada sekarang dapat mengelak dari berlaku pembaziran di atas maka negara Malaysia bukan sahaja mampu menjelaskan hutang tetapi mempunyai lebihan berjumlah hampir RM 500 bilion dalam tempoh 20 tahun. Fikirkanlah………

Syarikat Penarafan Antarabangsa : Malaysia Masih Dinilai Negatif

 

Hutang Malaysia 2014

Rakyat Malaysia boleh perhatikan sekarang ini, kerajaan Malaysia begitu berkerja keras dan bersungguh untuk meningkatkan terus pendapatan kantung kerajaan termausklah juga mendapatkan sejumlah USD4.5 bilion (RM13.7 bilion) bagi menampung kembali perbelanjaan boros kerajaan selama ini bagi meletakkan hutang negara ke paras yang lebih stabil selepas ini.

Sehingga ke hari ini, firma penarafan antarabangsa Fitch Ratings masih dengan penilaian negatif terhadap Malaysia kerajaan telah membentangkan Bajet 2014. Apa sebabnya? Dan bagaiaman untuk mengatasi masalah ketidakcukupan pendapatan setiap Malaysia berbelanja? Apa pandangan anda?

Najib Razak Harus Berundur Sebelum Bubur Menjadi Basi

#UndurlahNajib!!!!!!!.............
 
 
Berikut adalah pendapat yang di-utarakan seorang rakan yang pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri Najib Razak baru dilantik sebagai Perdana Menteri.  Rakan ini bagaimanapun terpaksa memilih antara baik dan buruk dan telah meninggalkan jawatan bergaji tinggi itu demi prinsip dan harga diri.

Apabila penasihat asing dan pengampu tegar menjadi pilihan, yang benar berjuang demi negara terpaksa berundur sebelum mara dilandasan yang lain.

Baca penelitian beliau dan saranan kenapa Najib Razak harus berundur sebelum nasi yang kini telah menjadi bubur, basi sepenuhnya.

Peluang Umno dan Barisan Nasional nyata semakin hari semakin tipis.  

Kita akan mulakan sekali lagi

Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman meletak jawatan setelah berlaku rusuhan kaum. Dasar2 beliau yg bersifat status quo tidak disenangi majoriti org Melayu. Tun Razak meninggal dalam jawatan, Tun Hussein melepaskan jawatan akibat masalah kesihatan, Tun Abdullah kerana pencapaian pilihanraya yang terburuk dlm sejarah politik umno/bn (pada ketika itu). Tun Mahathir pula melepaskan jawatan secara sukarela. Bagi DSNTR alasan beliau perlu melepaskan jawatan ada beberapa yg bersifat "major"; A. Pencapaian PRU 13 yg terburuk dlm sejarah mengekalkan kegagalan memperoleh 2/3, undi popular kurang 51 % buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya negara dan kemenangan jumlah kerusi parlimen 133 kerusi yang tersedikit berbanding yg pru2 lepas diambilkira nisbah keseluruhan kerusi pada satu2 masa. Alasan yg kerusi melayu yg dimenangi meningkat seumpama alasan ibarat melepas betuk ditangga B. Kehilangan kebolehpercayaan oleh majoriti rakyat. Kredibiliti dan integriti beliau telah rosak sebagai pengerusi bn, presiden umno dan perdana menteri C. Jika beliau kekal sebagai PM parti umno dan bn serta. kerajaan akan menggunakan sepanjang masa sehingga PRU 14 untuk mempertahankan imej beliau bukan utk meningkatkan sokongan dikalangan pengundi sedia ada atau pengundi baru sekadar mengekalkan serta memulih sokongan sedia ada D. Dalam politik tanggapan dan pendapat amat penting. Jika diukur Kedua2 faktor ini maka imej beliau di kalangan pengundi secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnys telah hancur luluh E. Malaysia akan menjadi bahan lelucon dunia malahan institusi kita akan diperlekehkan kerana bagaimana pihak menyiasat iaitu agensi2 berkenaan hendak menyiasat tanpa fear and favour seorang yg secara teknikalnya boss yg melantik mereka dan masih bertanggungjawab kepada individu berkenaan F. Bagi menghadapi cabaran semasa luar atau dalam Malaysia memerlukan pemimpin yg unencumbered utk memberi keyakinan kpd majoriti rakyat dan masyarakat antarabangsa. Berikan malaysia dan rakyatnya ruang dan peluang utk terus bergerak ke hadapan bukan regresif ke belakang G. Jika benar beliau sayangkan negara, parti, bangsa dan agamanya korbankanlah perasaan dan step aside dari kepimpinan negara dan parti demi rakyat Malaysia. Berilah peluang kepada malaysians utk dikhidmati secara yang terbaik. Be part of the solution not part of the problem.



AMUKANMelayu - Singapura di "LANGGAR TODAK" maka ramailah RAKYAT 
yang mati bila RAJA perintahan BERKUBUKAN BETIS. Budak kecil yang pintar
memberi cadangan menggunakan KUBU BATANG PISANG. Maka banyaklah 
TODAK yang terperangkap dan mati. Akhirnya Budak Pintar di bunuh. Kini SEJARAH tetap berulang. Orang Tua Pintar di HALANG DARI MENGADAP SULTAN kerana Juak-juak BIMBANG takut tidak dapat lagi MEMATUK DEDAK yang bertimbun yang diambil dari MULUT rakyat.