,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 4 May 2016

ANAKKU - MAAFKAN AYAH




Pengorbanan

Maafkan Ayah anakku. Ayah bukanlah Bapa yang terbaik untuk kamu contohi. Tapi Ayah berusaha untuk menjadi lebih baik dari itu. 

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

sementara itu, hadis Rasulullah SAWyang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Freddy Aguilar

Anak

 

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

 

 

Anak adalah anugerah Allah kepada ibu bapa

anak-adalah-anugerah
Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan dengan tindakan kejam seperti membuang, membunuh, menjual serta mendera bayi tanpa berperikemanusiaan.

Ini bukanlah satu kisah yang dongeng tetapi ia merupakan satu kisah realiti yang mana dikatakan hampir setiap hari kes sebegini berlaku dinegara kita malah ianya seperti kemuncak yang tiada pasang surutnya apabila setiap hari kes-kes seperti ini terpampang didada akhbar mahupun televisyen.

Peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Islam mutakhir ini ibarat kembali pada zaman Jahiliah terdahulu yang mana mereka sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka kerana tidak sanggup menanggung malu.

Jadi, tidak ada bezanya sama sekali antara perbuatan menanam bayi dengan membuang, membunuh dan mendera bayi dengan niat jahat kerana perbuatan sebegini dilarang Allah. Persoalannya, mengapakah masalah seperti ini sering berlaku dikalangan umat islam pada hari ini?

Hal ini berpunca daripada kalangan ibu bapa yang merasa khuatir tidak dapat menyara kehidupan mereka, lantas memilih jalan terkutuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagaimana yang kita tahu, urusan rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar manusia merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat mereka. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
http://hasnulhadiahmad.com/wp-content/uploads/2013/07/Didik-Anak-Cara-Islam.jpg

 
Selain itu, tidak terlepas dalam kalangan masyarakat kita ada yang mempercayai musibah atau bencana yang berlaku datangnya daripada sial, badi atau nasib malang contohnya, mengaitkan musibah yang berlaku seperti perniagaan merosot, bankrap atau ditimpa bencana daripada sial yang dibawa oleh anak.

Akibat terlalu taksub dengan kepercayaan seperti itu, mereka sanggup membunuh, mencederakan serta menyisihkan anak yang tidak berdosa itu. Mereka seperti ini ialah manusia yang tidak tahu untuk mensyukuri dan menghargai anugerah Allah yang cukup bernilai itu. Sekiranya masyarakat Islam pada hari ini memahami dan berpegang teguh dengan konsep qada’ dan qadar Allah, pastinya mereka tidak akan merasa kecewa, sebaliknya bersangka baik dengan Allah dan bersedia mengharungi dugaan itu dengan penuh redha.
Setiap anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya bukan untuk dihina, dikeji dan diperlakukan tanpa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Hadis tersebut menjelaskan bahawa bayi yang dilahirkan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa dan kesalahan. Jadi, salah sekali bagi mereka yang beranggapan dan berpendapat bahawa anak kecil yang baru dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarga.

Islam tidak pernah mengatakan ada dosa yang dibawa oleh bayi sejak lahir sekalipun anak itu adalah anak luar nikah. Akan tetapi, dalam Islam dosa itu mula mencemari kesucian hati seseorang apabila dia meninggalkan perintah Allah dan melanggar segala larangan-Nya.

Oleh itu, lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau menambahkan satu bebanan yang tidak tertanggung. Sebaliknya, kelahiran anak yang diharap dapat menyambung warisan kekeluargaan dan sebagai satu ujian Allah kepada pasangan suami isteri atau ibu bapa. 

Sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-Anfal: ayat 28) : “Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala  yang besar”.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kehadiran anak adalah adalah penawar kepada ibu bapanya terutamanya pabila usia emas kelak. Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab seksa neraka. Segalanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa terhadap anak-anak termasuk didikan agama dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan Allah kepada mereka dengan sebaiknya. 

Jika umat Islam menyedari kedudukan ini sudah pasti ibu bapa tidak akan mengkhianati amanah Allah itu. Mereka akan mendidik anak-anak mereka mengikut acuan dan panduan Islam supaya keislaman anaknya itu tidak dirosakkan.

Sebagai kesimpulan, sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya didunia mahupun akhirat. Oleh itu, jagalah anak selayaknya agar mereka boleh berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak dan terus menyayangi, disamping sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak didalam keluarga. Berilah perhatian agar mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta Negara.

Zuriat Bawa Rahmat Bukan Malapetaka

Oleh: Mohd Shahrizal Bin Nasir
         Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

1. Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Anak tersebut tidak membawa sebarang dosa yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat dicorakkan oleh orang tuanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2. Menerusi hadis tersebut, jelas menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan adalah suci daripada sebarang dosa dan kesalahan. Oleh itu, adalah satu tanggapan yang salah bagi mereka yang berpendapat bahawa anak kecil yang baru dilahirkan, kadang kala membawa sial atau malapetaka kepada keluarganya. Para ulama berpendapat bahawa seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Justeru, secara logiknya, bagaimana mungkin si anak kecil boleh menanggung dan membawa sial atau malapetaka kepada orang lain, sedangkan ia suci dan bersih pada waktu kelahirannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah al-Najm, ayat 38).

3. Pemahaman karut tentang sial yang dibawa oleh anak ini merupakan antara pemahaman golongan Arab Jahiliah, sebelum kedatangan Islam. Golongan ini berpendapat bahawa anak perempuan yang lahir dalam sesebuah keluarga, akan mendatangkan keaiban dan malapetaka terhadap keluarga tersebut. Justeru, mereka akan menanam bayi perempuan tersebut hidup-hidup. Hal ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”. (Surah al-Nahl, ayat 58-59).

4. Selain itu, terdapat juga kalangan ibu bapa yang merasa khuatir tidak dapat menyara kehidupan anak mereka, lantas membunuh anak yang tidak berdosa itu. Allah SWT menjelaskan bahawa urusan rezeki adalah dalam ketetapan-Nya. Maka tidak wajar ada manusia yang merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan untuk membesarkan zuriat mereka. Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Surah al-Isra’, ayat 31).

5. Berdasarkan dalil-dalil ini, maka tidak benar sama sekali pendapat sesetengah daripada masyarakat kita tentang sial atau malapetaka yang dibawa oleh bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya, kita perlu faham bahawa kelahiran zuriat merupakan satu rahmat bagi sesebuah keluarga. Zuriat merupakan satu amanah daripada Allah SWT. Bagi yang berjaya memikul amanah tersebut, maka amat besar ganjaran yang akan dinikmatinya kelak. Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28).

6. Sebenarnya, masih terdapat banyak amalan karut berkaitan kelahiran bayi yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Kepercayaan tersebut yang sebenarnya boleh membawa kepada rosaknya akidah, perlu ditinggalkan. Contohnya, adat “kirim perut” yang dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang sial atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. Selain itu, selepas kelahiran terdapat pula adat yang dipanggil “turun tanah”. Ia sebagai meraikan anak yang baharu pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Tidak kurang juga bayi yang dipakaikan tangkal kuning atau hitam pada pinggangnya bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Semuanya ini merupakan amalan yang tidak disyariatkan dalam Islam. Malah wajar ditinggalkan kerana ia boleh membawa kepada syirik. Ingatlah bahawa dosa syirik adalah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT.

7. Sebenarnya, kepercayaan karut seperti ini berlaku kerana rapuhnya iman seseorang terhadap ketentuan Allah SWT. Mereka hanya memandai-mandai membuat kesimpulan sendiri terhadap ketentuan hidup mereka. Masalah bankrap dalam perniagaan, ditimpa malapetaka dan bencana, menerima berita sedih kerana kematian dan sebagainya merupakan satu ketetapan Allah SWT dan bukan disebabkan zuriat yang tidak berdosa. Sekiranya setiap umat Islam faham dengan konsep qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT, maka mereka tidak akan sesekali merasa kecewa, sebaliknya terus bersangka baik dengan Allah SWT dan bersedia mengharungi dugaan tersebut dengan redha dan tawakkal. Sesungguhnya kekuasaan Allah SWT dalam menentukan sesuatu perkara adalah bersifat mutlak. Firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: ‘Jadilah’. Lalu jadilah ia.” (Surah al-Baqarah, ayat 117).

8. Sesungguhnya, anak merupakan anugerah Allah SWT yang cukup berharga kepada ibu bapa serta amanah untuk dipelihara dengan sempurna, termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat. Berapa ramai dalam kalangan kita yang masih belum dikurniakan anak. Justeru, bagi yang telah memperolehi nikmat memiliki zuriat sendiri, maka peliharalah zuriat tersebut dengan sebaiknya, dan hindari diri daripada mensia-siakan zuriat tersebut dengan kepercayaan karut yang menyesatkan.


9. Dugaan tidak dikurniakan anak merupakan antara dugaan besar yang ditanggung oleh pasangan yang sudah berkahwin. Hal ini turut dirasai oleh Nabi Zakaria AS yang hanya dikurniakan zuriat tatkala usianya telah lewat. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala dia menyeru Tuhannya: ‘Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepada-MU).’” (Surah al-Anbiya’, ayat 89).

10. Dalam sebuah hadis, dirakamkan betapa hibanya hati Rasulullah SAW dengan perginya anak lelaki Baginda yang bernama Ibrahim menemui Tuhannya. Rasa sedih seorang bapa ini menunjukkan betapa besar nikmat Allah SWT yang telah mengurniakan Baginda seorang cahaya mata lelaki, namun nikmat itu hanya datang seketika. Rasulullah SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya, sambil bersabda: “Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih, kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan oleh Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi SAW) teramatlah sedih.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

11.  Kepada para ibu bapa, bersyukurlah dengan kurniaan zuriat yang sekiranya berjaya dididik dengan didikan Islam, ia akan menjadi ‘saham’ berguna ketika di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amalan mereka. Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakan.” (Surah al-Tur, ayat 21).

12. Hindarkanlah diri daripada kepercayaan dan amalan karut, kerana semuanya ini mampu merencatkan proses pembentukan keperibadian seorang anak yang soleh dan solehah. Berdoalah kepada Allah SWT dengan doa-doa yang baik agar akan lahir dalam kalangan kita zuriat yang soleh dan solehah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS tatkala dikurniakan dua orang putera yang soleh iaitu Nabi Ismail AS dan Nabi Ishaq AS. Doa Nabi Ibrahim AS telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an: “Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku pada hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.” (Surah Ibrahim, ayat 39).


Image result for bapa berkawan dengan anak
Ayah......
Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 

  Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

         "Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya". Ungkapan ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah  yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.

           Jika kita lihat pada hari ini, banyak kes jenayah yang melibatkan golongan remaja seperti merempit, meragut, dan merompak. Bukan itu sahaja, ramai remaja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, gengsterisme pergaulan bebas, menagih dadah, dan yang paling meneydihkan ialah buang bayi. Kes-kes ini semakin membimbangkan saban hari. Namun begitu, jalan penyelesaiannya masih belum dapat ditemui.

            Dari manakah datangnya semua ini? Siapa yang mengajar mereka? Sudah semestinya bkan ibu bapa tetapi mereka belajar daripada rakan-rakan mereka yang mempengaruhi mereka dan sesetengahnya pula belajar daripada internet yang menyalurkan unsur-unsur negatif. Jadi, apa kaitannya dengan ibu bapa? Kaitannya ialah ibu bapa kurang mengawasi anak-anak mereka. Ibu bapa tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka bergaul dan apa yang dilakukan oleh para remaja ini semasa melayari internet.

          Ramai ibu bapa yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memerhatikan setiap gerak geri anak. Ada pula yang berpendapat bahawa anak mereka sudah besar dan matang, jadi, mereka tidak perlu diawasi dan dijaga seperti budak kecil. Tanggapan ini salah sama sekali dan perkara inilah yang membuat anak-anak memilih jalan yang salah dalam hidup mereka. 


Bagi ibu bapa yang sibuk pula, penting sangatkah pekerjaan itu sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri, amanah daripada Tuhan dan lebih berharga dari wang ringgit? Adakah mereka lebih sanggup melihat anak mereka meringkuk dalam penjara/

         Untuk mengelakkan anak-anak ini terjerumus ke lembah hitam, ajaran dan didikan yang secukupnya perlu diberi kepada mereka. Siapa yang akan mengajar dan mendidik? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pengasuh atau guru-guru untuk mendidik mereka kerana didikan daripada guru dan pengasuh amat jauh bezanya dengan didikan daripada ibu bapa. 


Hal ini disebabkan oleh ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Tambahan pula, anak-anak telah meluangkan masa selama sembilan bulan di dalam rahim ibu mereka dan bukan di dalam rahim pengasuh mahu pun guru-guru mereka. Jadi, anak-anak dapat menerima ajaran dengan lebih baik dan sempurna.

         Ibu bapa adalah insan yang telah  diamanahkan untuk mencorak peribadi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa harus menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Jangan pula menyalahkan amanah itu kepada orang lain dan jangan sesekali lari daripada tanggungjawab tersebut. Jangan dipersia-siakan anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan.


Membentuk Dunia Kanak-kanak


Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.

  Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
  Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:


"wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

  Ketika Anak Dalam Kandungan

Dalam Kandungan




Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

  1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
  2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
  3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
  4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
  5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.
 
Setelah Anak Dilahirkan


Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.

  Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:



" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"(Riwayat Abu Daud dan Termizi)
 

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
 

"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
  Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)


Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
  Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun. 


Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
  Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
  1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
  2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
  3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
  4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.
  5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
  6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain
  7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
  8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.


Credit: 
http://islam-hidupku.blogspot.com


Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-

1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.

2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.

3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.

.




► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)

Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-

Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.

Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.

Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.

Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.

► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)


Add caption
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-

1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.

Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).

► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)

Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.

Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.

Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.

Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.

Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.

 




Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.

"Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran: 38).

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.



AMUKANMelayu - Maafkan Ayah,..................