,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 18 April 2016

TSUNAMI YANG TERJADI DI ACEH PADA 26 DESEMBER 2004 ADALAH BUATAN DAJJAL



Pada 26 December 2004, telah berlaku satu trajedi yang menggemparkan seluruh dunia. Tragedi tersebut telah mengorbankan lebih dari 500,000 manusia. Angka yang sebenar tidak dapat dipastikan oleh sesiapapun. Tapi bagaimana satu Pengkalan TENTERA AMERIKA di Diago Carsia boleh terselamat?

Tsunami di Aceh bukanlah Gempa dan Gelombang Tsunami yang sesungguhnya. Akan tetapi sebuah Gelombang bomTermonuklir yang sengaja diledakkan di bawah laut 

Tsunami (Acheh) : Antara pembohongan karut kerajaan USA

Where in the world is Diego Garcia..???
kengkawan…. tsunami ygmelanda pada 9.0 pada skala richter membuktikan kemampuannya meranapkan pulau pulau yg berada dilingkungan serangannya… tak dinafikan selain negara asia tenggara, asia barat seperti india, sri lanka dan Maldives juga menerima serangna ganas gelombang laut yg tetiba menyerang tanpa sebarang amaran….

lebih memeranjatkan ada beberapa negara di selatan Afrika Turut menerima undangan gelombang peragut nyawa ini…

Namun begitu… dari emel yg diterima oleh saya baru baru ini, didapati rupa rupanya di bawah kepulauan Maldives terdapat satu gugusan dipanggil Diego Garcia. Apa yg ada disana sehingga menarik minat saya mengajak kengkawan kesana..?? Mari kita jenguk…

Dan mari kita renungkan apa yg terjadi pada mereka yg berada di pulau yg hanya mempunyai ketinggian 4 kaki shj dari paras laut..? tiada berita pun dari mereka samada hidup atau mati.. ataupun mereka telah pun diberitahu..??



 

 



Paste from my email :

Sebuah akhbar tabloid di Malaysia ini dan sebuah akhbar elektronik (internet) telah melaporkan bahawa sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego
Garcia (sebuah pulau di Lautan Hindi) telah musnah sama sekali akibat serangan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu. 


Laporan tersebut tidak memetik daripada sumber mana maklumat ini diperolehi. Menurut laporan satu artikel lain di laman web Global Security (http://www.globalsecurity.org/milita…-imagery-3.htm) ianya menceritakan sebaliknya. 

Walaupun pulau Diego Garcia telah dilanda ombak Tsunami namun ianya tidak
merosakkan pangkalan tentera Amerika di sana dan disertakan gambar-gambar satelit sebelum dan selepas peristiwa Tsunami untuk membuktikan dakwaan tersebut.

Oleh itu kepada mereka yang mempunyai bukti atau sumber dari mana laporan yang menyatakan pangkalan Amerika di Diego Garcia ini telah musnah sama sekali, harap dikemukakan maklumat tersebut.


Untuk ketika ini kita tak akan terjumpa mana2 website yang dapat menunjukan/ membuktikan hilangnya Diego Garcia dari peta dunia. Global Security.org adalah website dibawah kelolaan Pentagon. 

Saya terjumpa forumers (wartawan) di website Independant atau website anti-Bush dari U.S.A yg pernah tinggal di Diego Garcia satu masa dulu menyatakan tidak logik jika Diego Garcia tidak terjejas. Kemudian saya terjumpa lagi statement oleh jurucakap U.S Navy menyatakan tiada kemalangan jiwa atau berlaku apa2 kerosakan pada Diego Garcia. 

Saya rasa jika mereka memberitahu kepada dunia bahawa Diego Garcia juga terjejas, berlaku kerosakan itu dan ini, dunia akan mempercayainya kerana pembohongan ini dikira logik dan masuk akal,akan tetapi apabila mereka berkata tiada kemalangan jiwa dan tiada kerosakan langsung ini telah membuktikan bahawa mereka telah berbohong.

Pakar geologi memberitahu ombak Tsunami yg berlaku di Aceh terjadi apabila air laut yg bergerak dengan kelajuan 700km/jam hingga 800km/jam akan menjadi perlahan apabila makin menghampiri kawasan pantai (sebab kawasan pantai semakin cetek) tetapi akan bertukar sifat pula, iaitu ia akan menjadi ombak yang tinggi. 

Di Aceh diberitakan ombaknya setinggi 2 kali pokok kelapa. Jurucakap U.S Navy memberitahu Diego Garcia dikelilingi oleh lautan yg sangat dalam. Kalau itulah yg menjadi alasanya, maka Diego Garcia yg luasnya hanya sekangkang kera itu sudah pasti dirempuh oleh air laut yang padu itu dgn kelajuan 700km/jam hingga 800km/jam. 

Keluasan Diego Garcia yg luasnya sekangkang kera itu hanyalah tak sampai 20% tanah daratan dan lebih 80% air laut, iaitu lagun lagun (lihat gambar di thread yg pertama), mampu menahan rempuhan air laut yg padu dgn kelajuan seperti sebuah jet?

Jika benar Diego Garcia dikelilingi oleh lautan yang dalam bermakna tebingnya mencuram kebawah kedasar laut. Jadi permukaan daratan itu bolehlah dianggap sebagai puncak bukit. Bagaimana agaknya puncak bukit yg ketinggianya cuma 4 kaki dari sea level mampu menahan rempuhan air laut yg kelajuan seperti jet itu ? sedangkan rempuhanya mencecah sampai kepantai Timur Afrika (lihat peta).

Satu satunya cara untuk membuktikan kesahihan Diego Garcia ini ialah dengan mengadakan satu penerbangan pemantauan oleh pihak NGO dunia, seperti kumpulan Green Peace kerana mereka mempunyai peasawat sendiri, atau oleh pihak media Al-Jazeera. Satu masa dulu pihak Telekom pernah mendapatkan khidmat TUDM untuk membawa pulang maskot streamyx nya iaitu Badak Air. 

Badak Air itu diperolehi dari Bostwana, Afrika. Air Route dari TUDM Subang ke Bostwana sudah pastilah terpaksa overhead Diego Garcia. Ini boleh dilakukan sekiranya Kerajaan Malaysia mahu. Dari sana pemantauan dari udara boleh dibuat keatas Diego Garcia. Masalahnya apakah tulisan ini diterima oleh pihak Kementerian Pertahanan. Kita sebagai rakyat pembayar cukai relakah harga penerbangan yg bakal dilakukan oleh pihak TUDM digunakan hanya semata mata mata atas sifat `Ingin Tahu? 

Relakah tuan tuan ? Walau apa pun keadaannya, masa lah yg akan menentukan kesahihan ini, kerana dalam jangka masa terdekat ini kita tidak akan menemui bukti dari mana2 sumber, kecuali dengan izinNya perkara mustahil boleh terjadi.

Inilah gambar Pulau Diego Garcia yang masih wujud hingga kini.



Sidang Akhbar :
Penjelasan Tentang TSUNAMI Menurut Ustaz Ashaari Muhammad


Oleh: Khatijah Aam - (Untuk Press Release)

Peristiwa sebesar Tsunami tentunya tidak kecil maksudnya sedangkan satu helai daun yang kering itu gugur pun Tuhan ada maksud dan perancangan yang khusus. Inikan pula bencana yang amat dahsyat di zaman ini, masakan boleh dilupakan begitu saja. Sebenarnya ia adalah penentu sejarah masa depan dan sangat berkait rapat dengan sejarah dunia yang silam.

Kalau bolehlah kita tanyakan langsung kepada Tuhan yang mentakdirkan Tsunami itu, yakni melalui Rasul-Nya, barulah kita akan puas dengan jawapannya. Tapi Rasul kita kan sudah wafat? 

Namun janganlah kita tidak tahu, bahawa gelombang kebangkitan Islam di Asia ini, tentulah ada tuannya. Dia adalah mukjizat Rasulullah yang masih berlaku walaupun baginda sudah wafat. Dengan cara digerakkan pejuang-pejuang Islam yang muncul seawal tahun 1401 Hijrah yang lepas. Kini kebangkitan itu telah berjalan sudah 25 tahun di awal kurun, seluruh Asia sudah ikut mendengar seruan kebenaran yang dibuat bagi pihak
Allah dan Rasul itu. 
Sabdanya:
“Di awal setiap 100 tahun akan datang seorang yang
membaharui agama (mujaddid). Dia akan zahirkan
kebenaran dan tidak dapat dihalang oleh musuhnya.”


Mengikut Sunnah Tuhan, apabila seruan telah selesai, maka penentang-penentang akan dihukum. Dalam buku ini dicerita dengan detail, bagaimana proses Tuhan menghancurkan sesuatu kaum, bilamana terbukti mereka
musuh kebenaran. Semasa hayat baginda Rasul Muhammad SAW, musuh-musuhnya dihadapi dengan perang. 


Semua peperangan Rasul mendapat kemenangan kecuali sekali kalah. Tapi nampaknya untuk zaman kita, Nabi junjungan kita itu diberi keringanan oleh Tuhan dengan tidak lagi perlu ke medan perang untuk menghadapi musuh,
tapi Tuhan tolong buatkan. Bukannya seperti yang dibuatkan kepada Nabi-Nabi lain terhadap kaum mereka, tapi yang ini lain dari yang lain. Yakni laut menelan manusia di bumi. Laut menjadi Naga (ular) Besar yang menelan mangsa dan ditarik ke laut. 


Sungguhlah dahsyatnya penangan mukjizat Nabi Muhammad kepada musuh-musuhnya di akhir zaman. Siapakah musuh-musuh itu? Pertama dan utama ialah Amerika. Masakan anda tidak tahu bahawa Amerika hendak sangat berada di Asia untuk gagalkan kebangkitan Islam Hadhari di Malaysia? 

Masakan anda tidak tahu apa yang berlaku kepadanya sesudah Tsunami?

Selain itu ada lagi barisan penentang-penentang kebenaran lainnya yang berbagai kategorinya, yang semuanya ada disenaraikan dalam buku ini.
Apa selepas Tsunami?
 

Tuhan akan iringkan kemusnahan dengan suatu kegembiraan besar buat pencinta-pencinta kebenaran. Bahawa bilamana Amerika sudah terlalu zalim, sedang berada di puncak kezaliman di Iraq, maka Tuhan akan datangkan pembela dan penyelamat. Dia adalah Imam Mahdi.

Kalau anda kurang percaya, bersabarlah untuk hanya beberapa ketika lagi, untuk menyaksikan bagaimana Tuhan menyelesaikan masalah dunia yang siapa pun sudah tidak mampu ini! Bukankah Tuhan sudah pernah berkali-kali melakukannya sebelum ini? 

Atau anda tidak percayakan Tuhan semampu itu?

Sekali lagi saya nasihatkan untuk menyaksikan semua itu anda perlu bersabar untuk sedikit masa lagi. Kejutan yang Tuhan buat pula di Madinah, di musim Haji Akbar tahun ini, dengan suatu banjir besarnya yang tidak munasabah itu, boleh dijadikan alasan untuk anda bersabar untuk menonton skrip Tuhan, bagaimana Dia melakukan ‘turning point’ kepada watak dunia. Bersabarlah!

Imam Mahdi itu sebenarnya ayah manusia, untuk mengembalikan kemuliaan kepada dunia. Janganlah percayakan segala tohmah yang dibuat tentangnya oleh golongan-golongan yang amat bimbangkan kedatangannya.
 

Rasulullah sangat menyebut-nyebutnya dalam banyak Hadis-Hadis baginda. Sebahagiannya ada dalam buku ini. Namun, cerita Imam Mahdi ini sudah bersepah-sepah dibuat oleh penulis-penulis dalam buku mereka yang ada
dijual di kedai-kedai buku. Cubalah dapatkan satu dan ambil tahulah sesuatu yang sepatutnya anda sangat tahu. Kelewatan mendapatkan maklumat akan mengundurkan anda setapak ke belakang. 


Ruginya! Kepada mangsa Tsunami, kenalilah Tuhan. Anda akan jatuh cinta sepenuh hati kepada-Nyadan anda pasti akana dapatkan semula kebahagiaan dan kasih sayang yang hilang itu. kerana Tuhan itu lebih utama dari segala yang hilang. Cuba lihat apa yang sudah berlaku dalam sejarah. Suatu waktu di sisi Kaabah yang mulia, seorang wanita begitu asyik bertawaf kepada Allah
dengan sungguh khusyuk sekali. Dicelah-celah barisan lelaki-lelaki soleh yang juga bertawaf, si wanita kelihatan begitu bertenaga sekali. 

Hinggalah akhirnya semua orang lelaki sudah keletihan dan berehat, namun
si wanita dapat meneruskan juga tawafnya tanpa letih-letih.
 

Tertarik dengan perilakunya itu seseorang telah menyapanya dan bertanya, “Apa rahsianya puan, hingga tidak letih-letih bertawaf kepada Allah?” Menjawablah wanita itu, “Suatu hari di dalam hidupku, terjadi suatu bencana yang telah merampas dariku suami tercinta dan anak-anak jantung hatiku. Aku kehilangan seluruh manusia kesayangan dan tinggal sebatang kara di bumi. Hampir-hampir aku ingin ikut mati bersama mereka kalau tidaklah Tuhanku telah berkata kepada hatiku begini:
“Hamba-Ku demi cinta-Ku, Aku ambil semuanya dari-Mu supaya engkau dapat tumpukan cinta hanya pada-Ku. Kerana datang ke dunia bukan untuk menyintai dunia begitu sekali, tapi untuk Aku, Tuhanmu. Supaya di hari
kepulangan nanti kamu selamat dari Neraka-Ku.”


Sambungnya lagi, “Mendapatkan Tuhan aku menemukan cinta yang begitu agung. Lalu aku tinggalkan tanah tempat dilahirkan, berjalan ke sisi Kaabah ini. Aku sedang mengalami satu kebahagiaan bersama Tuhan. Tidak letih dan tidak lapar rasanya, dengan cinta ini. Aku cukup dengan Tuhanku. Sedangkan kematian keluargaku itu pun membuatkan mereka semua sedang berbahagia di sisi Tuhan. Kalau begitu apa lagi yang perlu
kukesalkan!”


Demikianlah hati wanita itu dibentuk oleh bencana Tuhan. Dia kemudian meneruskan tawafnya. Mangsa Tsunami sekelian, kenangi jugalah perihal ibu
agama kita Siti Hajar di detik dia ditinggalkan sendirian oleh Nabi Ibrahim di padang pasir tandus bersama si bayi Nabi Ismail, atas perintah Allah,
“Moga-moga Tuhanku tidak sia-siakanku.” 


Itulah kata-kata agungnya. Lalu Tuhan melayan tetamu padang pasir-Nya itu dengan layanan emas sekali, bahawa untuk merekalah air zam-zam dikeluarkan, yang dunia boleh menumpang meminumnya hingga ke hari ini.
Lalu marilah kita bersangka baik dengan Tuhan. Bahawa Dia tidak sedikit pun menzalimi kita kerana Tsunami ini. Bahkan itulah perhatian dan kasih sayang-Nya sebenarnya! Kenalilah Dia, anda akan faham betapa Baiknya Dia dan begitu agung cinta-Nya!

*Petikan :  http://www.rufaqa.com/

Satu lagi pembohongan dari US,aku dapat dari http://groups.yahoo.com/group/falak-net/message/3517 sorry dah takda gambar…..


KEPULAUAN DIEGO GARCIA SELEPAS TSUNAMI

Kepada netters semua, lihatlah pada maklumat yang saya sampaikan ini.

Kepulauan Diego Garcia
latitud: 7°20′ Selatan, longitud: 72°25′ Timur


Kepulauan atoll, Diego Garcia sebenarnya tidak dimusnahkan oleh tsunami pada 26 Disember 2004 lalu. Imej yang diambil oleh satelit IKONOS yang beresolusi 1 meter bagi setiap piksel imej membuktikan bahawa kepulauan ini terselamat dari bencana berkenaan. Tidak menghairankan kenapa kepulauan ini dipilih sebagai tempat selamat yang strategik bagi dijadikan pangkalan tentera Amerika dan British semenjak “perang dingin” dengan Soviet Union dahulu memandangkan ia terletak di atas tembok terumbu karang (coral reef barrier) yang menjadi pengadang kepada gelombang tsunami. 

Demikian kebijaksanaan tentera penakluk (Amerika dan British) memilih lokasi yang sangat bersesuaian dalam merencanakan segala usaha mereka untuk menjajahi “negara musuh” mereka.

Adalah tidak benar khabar-khabar angin yang mengatakan pangkalan udara yang memberikan kemudahan logistik dan tunjang kepada kekuatan udara Amerika Syarikat bagi menyerang Iraq dan Afghanistan ini telah dimusnahkan oleh tsunami. 

Di bawah adalah imej yang diambil oleh satelit IKONOS pada 1 Januari 2005. Silla lihat di http://www.spaceimaging.com. itu cerita 12 tahunsudah dan kini pulau ini juga adalah tempat kerja DURJANA-DURJANA DAJJAL menyebunyikan MH 370 dan mungkin semua anak kapal dan penumpang telah mati dibunuh.


Pangkalan udara yang menempatkan pesawat pengebom Stealth B-2 Spirit yang kalis radar dan juga pesawat pengebom jarak jauh B-52 Stratofortress dan  pesawat pengintipan B-1B Lancer masih beroperasi sampai kini..

Satelit QUICKBIRD dengan resolusi yang jauh lebih baik iaitu 0.61 resolusi piksel imej juga turut merakamkan imej yang sama bagi menyangkal khabar-khabar angin berkenaan. Boleh dicapai di http://www.globalsecurity.org
Ini adalah lambang “Dajjal Mata Satu” yang menjadi simbol Global Security satelit Quickbird selain terdapat pada matawang US Dollar 1. 

Tidak menghairankan kenapa lambang ini dipilih dan kenapa umat Islam telah diperingatkan betapa di zaman ini tindak tanduk umat Islam sentiasa diawasi sepertimana apa yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW semenjak 1425 tahun yang lalu.

Tetapi apa yang boleh dilakukan oleh umat Islam? Tiada apa, cukup sekadar berpeluk tubuh. Tinggal sedikit hari di mana Iran bahkan Arab Saudi mungkin akan diserang nanti!

















Tragedi tersebut ialah “tsunami” atau digelar “ombak besar” telah berlaku di Lautan Hindi berhampiran pantai barat Aceh dan tersebar ke kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia.
Gempa bumi yang kononnya sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan telah mengakibatkan “tsunami”. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter.
Ramai yang menyalahkan “takdir” dan “gempa bumi” sebagai punca berlakunya tsunami 2004. Tetapi tahukah anda bahawa tsunami yang berlaku pada 26 December 2004 itu adalah buatan manusia?


Seorang wartawan bebas dari Australia yang bernama Joe Vialls telah membuat suatu pendedahan yang menggemparkan dunia.



Menurut Joe Vialls, bahawa tsunami yang berlaku pada 26 December 2004 itu adalah buatan manusia.

Berikut adalah fakta dan penjelasan yang diberikan oleh Joe Vialls:

Fakta 1: Penggunaan bom  “American 9 megaton W-53 thermonuclear warhead” 

Gambar dibawah menunjukkan bom yang digunakan untuk meletupkan dasar laut Sumatra dan akhirnya mengakibatkan Tsunami pada 26 December 2004.



Bom “American 9 megaton W-53 thermonuclear warhead” adalah bom yang dipercayai telah digunakan untuk meletupkan dasar laut di Sumatra berhampiran Aceh. Bom ini adalah milik Pentogan di Amerika tetapi telah diseludup oleh orang tertentu.

Bom ini adalah yang paling sesuai untuk menahan tekanan air laut yang dianggarkan sebanyak 10,000 paun untuk setiap inci di dasar laut “Sumatran Trench”. Bom ini cuma 5 ton sahaja beratnya dan mudah untuk dimuatkan didalam mana-mana kapal secara rahsia.



Fakta 2: Corak gegaran yang berlaku adalah sama dengan corak gegaran yang berlaku di Nevada setelah berlakunya letupan bom nuclear di bawah tanah.

Pada 26 December 2004, telah tercipta suatu gelombang besar dari dasar laut di “Sumatran Trench” iaitu sekitar 155 batu dari daerah Aceh.

Gelombang besar itu bergerak pada kelajuan 18,000 batu sejam dan telah sampai ke Banda Aceh dalam masa 32 saat dan telah mengakibatkan gegaran bumi selama 13 saat, (Ciri-ciri Ini adalah sama seperti yang berlaku di Nevada setelah berlakunya letupan bom nuclear di bawah tanah.)

Selepas berlakunya gegaran, tidak ada apa-apa berlaku selama 22 minit. Tidak ada kecederaan, harta benda tidak musnah. Kemudian secara tiba-tiba muncullah “Tsunami” yang dahsyat yang akhirnya memusnahkan setiap yang di berada dilaluannya.



Fakta 3: Bacaan skala Richter dari NOAA sentiasa berubah (Mula-mula mereka kata 6.4 skala Richter, kemudian berubah jadi 8.0, kemudian 8.5, kemudian 8.9, kemudian 9.0, kemudian jadi 9.1, dan akhirnya menjadi 9.3 skala Richter.

Pejabat Geophysical Jakarta telah mengumumkan bahawa telah berlaku gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter. TETAPI maklumat ini telah ditutup dan diubah menjadi 8.00, kemudian 8.5, kemudian 8.9, kemudian 9.0, kemudian 9.1, dan akhirnya menjadi 9.3 skala Richter oleh NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration).


Fakta 4: Kerajaan India tahu bahawa ini bukanlah gempa bumi yang semulajadi.

India tidak pernah menghadapi masaalah “tsunami” sepanjang sejarah India.  Pada 29 December 2004, Pengarang akhbar The India Daily telah melaporkan:
"Was this a showdown by a country to show the region what havoc can be created?"…
"Given the level of devastation and given the fact India is a regional power in South Asia, [the] Indian Navy has an obligation to investigate and tell the world what they found."

Target utama “Mereka” ialah 2 lokasi Reactor Nuclear di India iaitu Kalpakkam dan Koodankulam berhampiran Chennai, India. Sekiranya kedua-dua Reaktor Nuclear ini meletup maka akan membawa bencana kepada seluruh penduduk di India. Maka India perlu melutut memohon bantuan kewangan dari IMF.
Tetapi “tsunami” yang melanda di India tidak mampu untuk melaksanakan hajat “mereka”.


Fakta 5: Video yang dirakam oleh penduduk Aceh jelas menunjukkan bahawa tidak ada harta benda musnah selepas gegaran bumi. 

Jika anda melihat video yang dirakam oleh penduduk Aceh sewaktu kejadian gegaran bumi pada 26 Disember 2004, Anda akan mendapati bahawa tidak ada berlaku sebarang kerosakan pada bangunan disitu. Penduduk disitu juga kelihatan berjalan dan duduk seperti biasa tanpa ada sebarang rasa takut.
  
Fakta 6: Siapakah yang “UNTUNG” akibat dari tsunami 2004?

Untuk mendapatkan jawapan untuk soalan tersebut, kita perlu berfikir beberapa perkara:

1) Siapakah yang sanggup membunuh manusia seramai 500,000 orang hanya untuk terus berkuasa?
2) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Iraq? 
3) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Afghanistan? 
4) Siapakah yang telah membunuh ramai manusia di Palestine?

Fikirkanlah………

 
Sekadar renungan. 

Wallahuaklam.