,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 2 April 2016

Jab. Keadilan Amerika Ke Malaysia Siasat 1MDB

Bangunan Jabatan Keadilan Amerika


Jabatan Keadilan Amerika ke Malaysia siasat 1MDB

Pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan berada di negara ini untuk berjumpa dengan beberapa individu dalam siasatan mereka ke atas 1MDB, lapor Reuters yang memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan.
Ini susulan selepas laporan Sarawak Report mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memohon perintah ekstradisi ke atas seorang individu yang ditahan di Abu Dhabi berkaitan dengan penyiasatan ke atas 1MDB.
Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk mendapatkan pengesahan.

Skandal 1MDB kini disiasat oleh pihak berkuasa di Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.
Adalah tidak jelas tempoh pegawai Amerika itu berada di Kuala Lumpur atau jika mereka telah meninggalkan negara ini, kata Reuters yang memetik sumber yang tidak mahu dikenal pasti kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan media.

Sekumpulan peguam yang mewakili Deutsche Bank juga berada di ibu negara kota bagi menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Jabatan Keadilan Amerika, kata salah satu sumber kepada agensi berita itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB - sebuah firma pelaburan milik penuh kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2009.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa mendedahkan AS$1 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank Najib manakala sekurang-kurangnya AS$15 juta dibelanjakan untuk membeli barangan mewah dan percutian.

Deustche Bank pada 2014 telah meminjamkan 1MDB sebanyak AS$975 juta. Pinjaman itu telah dilunaskan pada tahun lalu.

IGP: Amerika tak boleh soal warga M'sia sendirian


Pegawai-pegawai daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) tidak boleh menyoal individu-individu di Malaysia tanpa kehadiran polis negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini ketika diminta mengulas laporan agensi berita antarabangsa Reuters berhubung perkara itu.

Khalid juga mendedahkan bahawa Bukit Aman belum menerima pemberitahuan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan keadilan AS.
“Seperti saya sebut sebelum ini, mereka mesti maklumkan kepada kita jika ingin soal-siasat sesiapa di negara ini. Ini prosedurnya.

“Setakat ini kita belum dimaklumkan apa-apa berkaitan soal jawab berkaitan siasatan 1MDB mereka,” tambahnya.

Memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan, Reuters melaporkan pegawai Jabatan Keadilan AS berada di negara ini untuk berjumpa dengan beberapa individu dalam siasatan mereka ke atas 1MDB.

Ini susulan laporan Sarawak Report bahawa jabatan itu memohon perintah ekstradisi ke atas seorang individu yang ditahan di Abu Dhabi berkaitan dengan penyiasatan ke atas 1MDB.

Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan pengesahan.

Dakwaan skandal 1MDB kini disiasat oleh pihak berkuasa di enam negara luar, iaitu Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.

    1MDB: Lembaga Kewangan Singapura sahkan soal bank


    Peguam: Tiada arahan failkan saman ke atas WSJ, ABC


    Amerika minta Deutsche, JPMorgan butiran urusan 1MDB


    Nazir akui tak sepatutnya bantu agih AS$7 juta Najib


     Akhirnya WSJ akui dana dari Saudi, kata SU Najib


The Wall Street Journal (WSJ) buat kali pertama mengakui bahawa sebahagian dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah sumbangan daripada Arab Saudi.

najib wsjSetiausaha akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, pengakuan itu membuktikan dakwaan WSJ selama ini adalah berdasarkan maklumat salah yang diberikan kumpulan anti-Najib khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hari ini, buat kali pertama, Wall Street Journal telah terpaksa mengakui bahawa sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang didermakan kepada Perdana Menteri datang dari Arab Saudi.

“Selama hampir setahun, WSJ menafikan bahawa dana itu datang dari Arab Saudi, dan menyerang semua pihak yang mencadangkan sebaliknya.

“Laporan WSJ bukan berdasarkan fakta sebenar apabila menafikan keputusan Peguam Negara yang membuat keputusan selepas siasatan menyeluruh termasuk menemubual keluarga Diraja Arab Saudi.

“Bagaimanapun, hari ini adalah satu langkah awal ke arah WSJ mengakui bahawa mereka telah salah selama ini dan mereka salah kerana mengeluarkan laporan berasaskan sumber-sumber yang diada-adakan dan mungkin tidak pernah wujud,” katanya menerusi kenyataan media, Khamis malam.

wsj, ipic n 1mdb 
WSJ katanya, mungkin malu dengan laporan tidak tepat apabila mendakwa dana RM2.6 bilion itu berasal dari pelbagai syarikat berkaitan 1MDB sehinggakan perlu menunggu sehingga setahun untuk akhirnya mengakui kebenaran.

Dakwaan WSJ itu dibuat selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ‘membersihkan’ nama Najib daripada sebarang pertuduhan jenayah selepas mengkaji semula siasatan menyeluruh dan meneliti semua bukti, termasuk pemindahan secara elektronik serta temu bual keluarga kerabat Diraja yang mengesahkan bahawa dana itu adalah sumbangan dari keluarga kerajaan Arab Saudi.

Pengesahan pihak berkuasa yang sah di Malaysia, tidak juga Menteri Luar Arab Saudi, mahupun organisasi media berkredibel seperti BBC dan Daily Telegraph sebelum ini kata Tengku Sariffuddin, mencukupi untuk membuatkan WSJ menghentikan serangan atau penafian bahawa dana terbabit datangnya dari Arab Saudi.

WSJ dalam laporan terbaharunya bagaimanapun mendedahkan sepucuk surat yang didakwa daripada Putera Saud Abdul Aziz Majid yang mengaku memberikan ASD$375 juta kepada Najib untuk dibelanjakan mengikut pertimbangan beliau.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.

Pun begitu, WSJ hari ini menerbitkan laporan terbaru dalam siri mengenai 1MDB dengan mendakwa bahawa Perdana Menteri membayar perbelanjaan peribadi daripada akaun peribadi yang sebelum ini didakwa dimasukkan dana ratusan juta dolar oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media AS itu adalah yang pertama mendedahkan bahawa AS$680 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya 2013, tetapi penyiasat tempatan telah mengisytiharkan wang tersebut adalah hadiah dari kerajaan Arab dengan sebahagian besarnya telah dikembalikan.

Pejabat Perdana Menteri semalam berkata, perkara itu disahkan oleh dokumen bocor yang diterbitkan dalam laporan Four Corners, program berita Australia.
Kenyataan 1MDB juga hari ini turut menolak dakwaan WSJ itu dan berkata akhbar itu mengulangi tuduhan lama yang tidak berasas, sambil menambah bahawa dana yang sebelum ini dimasukkan ke dalam akaun Najib telah dibuktikan menerusi pelbagai sumber siasatan sebagai berasal dari Timur Tengah.



AMUKANMelayu - Semua agensi pakat duk nak selamatkan Najib, kini rakyat sudah rasa tidak selamat. Siapakah yang akan melindungi rakyat?