,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 7 April 2016

BILA TUN DI DURHAKAI - UMNO KINI PEMBELA NAJIB DAN BUKAN LAGI PEMBELA RAKYAT



Tun Mahathir berkata "penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahukan pula beliau dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF). Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada kerajaan,”  katanya


Waktu Tun M umumkan secara rasmi meletakkan jawatan sebagai PM dulu .... takde pulak dilihat ada kes-kes seleweng di peringkat Dalam Negara dan Luar Negara.... takkan takde sesiapa pun boleh korek dan bukti sepanjang pemerintahan Tun M ada penyelewengan.
  
Sampai sekarang takde sapa sekoq pun yang duk makan dedak menyalak macam ungka tu boleh kemukakan bukti sahih yg boleh disabitkan dan boleh dibawa Tun M ke muka pengadilan.....dan ini berlainan dengan Najib yang dia telah "Campur Tangan" semasa siasatan sedang dijalankan, seperti semua orang dah sedia maklum.

Bila mereka kaitkan Tun M dengan pemerintahannya dan takde bukti depa cuba kaitkan keluarga Tun M pulak.. pun takde bukti.... bila takde bukti depa nak aibkan Tun M dengan kesilapan yang depa sendiri buat agar rakyat akan membenci Tun M......

Kini dah takde modal depa cuba nak kaitkan Tun M dengan Akta Hasutan.. sekali lagi depa seperti ungka tersangkut kaki menjerit minta perhatian supaya "Dedahkan Bukti" dikira Tun M menghasut rakyat untuk buat huru hara.... Sedangkan Tun M cuma perjelaskan pada rakyat yang rakyat sendiri dah nampak "KEBOROSAN" PM yang tak sepadan dengan Gajinya dan PERBELANJAAN yang tak tahu dari mana datangnya duit yang BEKECAMBAH tu. Dan Tun M nak rakyat sign deklarasi yang Najib dah tak layak untuk menjadi PM dan akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Dan rakyat ramai yang percaya, Najib telah mendatangkan mudhorat kepada Negara dan rakyat sepanjang dia menjadi PM.. jika setiap niat dan tindakan kerana agama, bangsa dan negara pasti menemui kejayaan.. dan jika niat dan tindakan bersifat dendam dan tamak haloba pasti akan gagal.. kerana kebenaran pasti akan tiba.. dan segala penipuan dan fitnah yg bersifat bathil pasti akan gagal.....

Seriusnya.....rakyat dah jemu dengan SCANDAL Najib. Hampir satu keluarga Najib terlibat dengan "PELBAGAI SCANDAL"

MAK TIRI BINI PAK DIA


Bini Abah
Najib: Isteri saya tidak beli apapun barang kemas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, suatu waktu dulu. 
Pada 2011: Kata Najib, orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan fitnah atau pembohongan. 

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitternya yang dipetik Bernama. 

Laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. Berita itu kemudiannya dipetik oleh para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily. 

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook. Akhbar Australia itu melaporkan bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadisnya' membelanjakan A$60,000. 

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Adakah AKHBAR WESTERN AUSTRALIA ini berbohong?....atau akhbar ini sudah diupah oleh Tun M atau Pakatan Rakyat?

Nazifuddin Najib - ANAK JANTAN ABAH
 
Anak Abah
Stesen Televisyen Thailand NOW26 Mendakwa Nazifuddin Najib Telibat Skim Ponzi. Sagajuta didakwa berkait dengan UFun, sebuah syarikat menjalankan skim Ponzi dan menjual Utoken, mata wang yang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan atas talian.

Nama Nazifuddin timbul selepas satu video yang disiarkan di stesen televisyen Thailand NOW26 mendakwa beliau terlibat dengan UFun dan tidak dapat disentuh kerana hubungannya dengan perdana menteri. Nazifuddin dalam satu kenyataan semalam berkata, sudah bersara daripada jawatan pengarah dan pengerusi Sagajuta pada Mei 2012.
 
“Saya tidak mempunyai penglibatan dengan kumpulan tersebut dan sudah pun memaklumkan polis, Bank Negara dan kedutaan Thailand tentang insiden ini apabila saya dapat tahu tentangnya beberapa tahun lalu,” beliau dipetik berkata dalam laporan media.

“UFun menggunakan nama saya untuk menipu pembeli supaya menggalakkan mereka untuk menyertai skim Ponzinya.”

Beliau juga berkata, video mengaitkannya dengan syarikat kontroversi itu, yang kini sudah menjadi viral, merupakan satu “serangan fitnah peribadi”, dan mengatakan yang beliau adalah mangsa buli siber.

“Saya tidak akan terjejas dengan cubaan berniat jahat untuk merosakkan imej saya,” beliau dilaporkan berkata.

UFun didakwa menyeleweng lebih 120,000 orang pada jumlah RM4 bilion.


RIZA AZIZ - ANAK TIRI ABAH

WSJ: Dana AS$155 juta 1MDB biayai 'Wolf of Wall Street'




Siasatan di dua negara mempercayai dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).

Wang dari firma pelaburan Malaysia yang bermasalah itu dipindahkan kepada Red Granite pada tahun 2012 melalui laluan berliku membabitkan syarikat luar pesisir, kata WSJ yang memetik mereka yang rapat dengan sisatan dan disokong oleh dokumen yang diteliti oleh akhbar berkenaan.

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite, sebuah syarikat penerbitan filem yang ditubuhkan pada 2010.

Walaupun tidak dikenali, Red Granite berjaya mengumpulkan AS$100 juta untuk pembikinan 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem yang memaparkan kisah seks dan dadah dalam pasaran saham yang dibintangi oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan WSJitu.

Seorang jurucakap Red Granite berkata syarikat itu telah "memberi reaksi kepada semua pertanyaan dan bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan.

Beliau berkata syarikat produksi itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sumber pembiayaannya adalah mencurigakan.

Riza sebelum ini menafikan bahawa Red Granite dibiayai oleh wang yang berasal dari Malaysia.

Dalam wawancaranya bersama akhbar New York Times pada 2014, beliau memberitahu bahawa pelabur utamanya adalah ahli perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

"Al-Husseiny adalah rakyat Amerika yang kemudian menerajui Aabar Investments PJS, yang adalah cabang pelaburan Abu Dhabi yang dikenali sebagai IPIC. Firma milik negara itu mempunyai urusniaga dengan 1MDB. Sebagai contoh, IPIC menjamin beberapa bon dana Malaysia.

"Sehubungan dengan jaminan IPIC, 1MDB dalam laporan korporat 2012 berkata syarikat berkenaan menghantar AS$1.4 bilion kepada Aabar sebagai cagaran," kata WSJ.


Menurut penyelidik, wang itu tidak dihantar ke Aabar tetapi kepada sebuah syarikat lain yang mempunyai nama yang hampir sama yang ditubuhkan oleh Al-Husseiny di Kepulauan British Virgin iaitu Aabar Investments PJS Ltd".

"Para penyiasat percaya wang AS$155 juta itu kemudian mengalir ke Red Granite Capital, sebuah firma yang ditubuhkan oleh (Riza) Aziz untuk membiayai syarikat filem itu."

WSJ berkata dokumen menunjukkan tiga pemindahan ke Red Granite Capital pada tahun 2012 - AS$60 juta, AS$45 juta dan AS$50 juta.



TUN M TERUS MENGHENTAM KEHIDUPAN MEWAH DIPAMERKAN NAJIB

Dr M bidas perkahwinan mewah anak Najib, persoal rombongan ke Kazakhstan

nooryana-wedding
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikannya terhadap sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri yang berlangsung baru-baru ini.

Dr Mahathir membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib dengan mengadakan perkahwinan mewah yang dianggap sebagai "perkahwinan abad ini".

"Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya 5 orang?

"Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.

“Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan tahun ini," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 1,000 orang ramai yang hadir pads forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keperluan Najib yang membawa kira-kira 300 orang bersama dalam rombongan majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.

"Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.

“Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?

"Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin," katanya.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan Daniyar Kessibayev pada 19 Mac lalu di Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis yang diadakan di beberapa lokasi mendapat perhatian ramai kerana diadakan secara besar-besaran dan mewah, malah gambar juga semasa majlis tersebut juga tersebar meluas walaupun tetamu yang hadir dilarang mengambil gambar.

Kritikan ini bukan kali pertama, Dr Mahathir sebelum ini juga menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan. Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa sejak kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari dan dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho. Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi: 
"Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."

Terbaru, majalah Indonesia, Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times. ~SUMBER
Malaysiakini.

Norashman Najib - ANAK BUCUK ABAH

Anak Najib Dilapor Buat Kecoh Di Zouk Singapura.



The night took a disappointing turn for patrons of Zouk Singapore when Fadi of Egyptian trance duo Aly & Fila was reportedly forced to end his set early to make way for the son of Malaysian Prime Minister Najib Razak.



The incident, which happened on Saturday night, started when Norashman Najib allegedly requested for Fadi's set to be cut short so that he could play instead, despite not being in the performers' bill that night.



Fadi, who is a respected figure among the trance community and a regular fixture at Zouk Singapore, announced that he "won't play for Zouk anymore" before playing his last track and stepping off the deck. 

Lapor Says.com

Insiden dilaporkan berlaku pada malam sabtu yang lepas. Dj jemputan yang sedang membuat persembahan terpaksa hentikan persembahan lebih awal disebabkan desakan oleh anak Najib supaya dia pula boleh membuat persembahan seterusnya walaupun anak Najib tidak dijadualkan untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Itulah intipati laporan Says. 

Kumpulan DJ tersebut dikenali dengan nama Fadi The Egyptian (Aly & Fila) dan memetik sumber Says.com, peminat2 kelab malam tersebut dikatakan tidak berpuas ahti dengan apa yang terjadi ke atas kumpulan Fadi yang terpaksa hentikan 'permainan setnya (dj-ing)' lebih awal untuk memberikan laluan kepada anak Najib. Tindakan itu turut menjejaskan imej Zouk Singapore di kalangan peminat-peminatnya apabila peminat2 Zouk mengecohkan insiden pada malam tersebut di laman sosial.

Satu video yang memetik statement Fadi tentang insiden tersebut turut viral di laman facebook di kalangan netizen Singaporeans menerusi ID Derrick Low.

Lihat sini (pengguna fb tidak publickan video berkenaan untuk perkongsian di laman blog)


"It seems that Zouk here wants someone else to play. Not only because of that, because apparently he's the son of a prime minister.

Thank you so much, enjoy my last track. I'll see you somewhere in the future. Not in Zouk anymore, because I won't play in Zouk any f***ing more. They've insulted me, but I love you guys.
"

Dialihbahasa ;

"Nampaknya Zouk mahukan orang lain buat persembahan. Mentang-mentangla dia anak perdana menteri. Terima kasih sesungguhnya kepada anda semua dan saya benar-benar terhibur dengan track terakhir ini. Kita jumpa lagi di lain masa di tempat lain. Tidak di Zouk lagi sebab saya tidak akan bermain di Zouk  f*** ini lagi. Mereka memperlekehkan saya tetapi saya sayang anda semua".

Zouk Singapore turut membuat kenyataan bagi mengulas insiden berkenaan dengan mengatakan apa yang berlaku hanyalah satu salah faham.

Baca ;



Walaubagaimanapun penafian berkenaan enggan diterima oleh peminat2 kelab malam Zouk Singapore.

Memetik sumber screenshot dari Says.com ;
 








** Klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih jelas.

Tidak hanya Zouk Singapore menerima tempias negatif kerana dikritik peminat2 apabila menghentikan persembahan Fadi lebih awal bahkan Najib, perdana menteri Malaysia turut menjadi sasaran kritikan netizen Singapore atas insiden di Zouk tersebut hanya semata-semata anaknya berbuat hal di kelab malam di luar negara..

Anak PM Dato Seri Najib Mengamuk Di Tweeter Kerana Ayahnya DiKritik

Di Tweeter anak Najib mengamuk telah menjadi viral dilaman sosial.. pihak kami hanya sharekan apa yang blog-blog lain publish untuk tatapan anda. Amukan anak Najib ini berpunca daripada penyokong-penyokong pembangkang yang mengkritik Dato Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Hawaii main golf bersama Presiden Amerika iaitu Obama.
Dalam tweet beliau berbunyi begini :




"yang suka maki Najib tu cuba kau imagine tu bapak kau then someone maki bapak kau macam dia maki Najib kau tak marah ?Open minded la weh.."



Berikutan daripada itu anak Dato Seri Najib telah dihentam oleh pengguna-penguna laman facebook yang lain dan cuba anda lihat apa reaksi mereka selepas anak Dato Seri Najib meluahkan kemarahannya di Twitter, yela bila orang mengutuk ayah sendiri mesti la marah dan berbulukan? Zazzzzz tengok sendiri komen-komen tersebut

sumber;kakishare


Nazri Aziz - HULUBALANG ABAH

Bersabar orang tua, tunggu PRU, kata Nazri kepada Dr M

Tahun Melawat Malaysia
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bersabar dan menunggu pilihan raya umum akan datang.

"Nasihat saya kepada orang tua ini ialah bersabar, tahun 2018 akan datang, awak akan ada masa awak untuk berlawan dengan kami. Awak mahu tumbangkan kami, tidak ada masalah.

"Tetapi untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan cara tidak demokratik, ini sesuatu yang kita tidak boleh terima," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian ketika mengulas usaha bekas perdana menteri itu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

Walaupun mengakui sumbangan Dr Mahathir kepada negara, Nazri berkata cubaan untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik adalah tidak baik tanpa mengira kedudukan seseorang itu.

"Ini adalah sebuah negara demokrasi, kerajaan ini telah dipilih secara demokratik," katanya.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Nazri menyifatkan Mahathir sebagai seorang ahli politik ‘low class’ atau kelas rendah kerana mengambil langkah menghalalkan cara asalkan niatnya tercapai.

“Dia kini sudah sampai ke tahap ahli politik yang 'low class'. Sungguh sedih. Tetapi nak buat macam mana. Dia buat diri dia macam itu,” katanya.

 

Orang Sarawak madah.......

Kamek udah lejuk ndengar hal Najib tok. Sik abis abis cerita hal duitnya nok sik pandei abis ya...Laki bini sama jak...mun duit ya dah banyak gilak...coba mun datang Sarawak ya di berik barang dikit ke kamek orang tok...duitkan raja..ya ndak?...Mun orang dah madah kitak duak ya kuat belanja diluar negara...ngakon ajak...mun sik ada..sik orang berani madah sik tentu pasal...lagik pon mun kitak sik ngakon...banyak lagik cerita di padah sidak ya...

Sigik lagik...kitak ya selalu gilak datang Sarawak apa hal?...Kitak pikir kitak ya pemos di Sarawak tok?...kamek orang tok...sik perlu dengan orang kedak kitak ya...nyuruh kamek orang tok terpalit sama jak...walo pon ari dah dekat no pilihanraya...kamek orang tauk sapa nok dipilih jadi merintah menua kamek tok...sik iboh kitak gago datang sitok...mencemar menoa kamek ajak!...

Kamek orang disitok udah nyaman kedirik...mun orang bagus kamek sambut dengan bait...tapi mun orang yang udah pemos macam kitak ya...malu kamek...

Mahathir Letak Jawatan Di Proton, UTP, LADA Dan TIDA




Mahathir dipecat dari jawatan penasihat Petronas 


Jawatan Tun M sebagai Penasihat Petronas ditamatkan 

Jemaah Menteri sebulat suara menamatkan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, penamatan itu ekoran tindakan Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini. 

Justeru, Jemaah Menteri berpendapat Dr Mahathir tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada. “Kabinet (Jemaah Menteri) hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

 “Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Sebelum ini, Dr Mahathir menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO). Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.
Mahathir dipecat dari jawatan penasihat Petronas Jawatan Tun M sebagai Penasihat Petronas ditamatkan PETALING JAYA: Jemaah Menteri sebulat suara menamatkan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, penamatan itu ekoran tindakan Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini. Justeru, Jemaah Menteri berpendapat Dr Mahathir tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada. “Kabinet (Jemaah Menteri) hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas. “Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu. Sebelum ini, Dr Mahathir menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO). Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ


Sehubungan dengan itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan semua  jawatan di empat badan berkaitan kerajaan iaitu Proton Holdings Berhad (Proton), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Sebelum itu dalam blognya Tun M mengatakan.......


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini diumumkan telah ditamatkan khidmatnya sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mendakwa telah bertahun melepaskan jawatan tersebut.

Namun, menurutnya, Petronas menolak peletakan jawatannya dan elaun yang telah dikembalikan.

“Mereka (Petronas) masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya. Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat apa-apa,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.

Jumaat lalu, Kabinet bersetuju menamatkan pelantikan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas dan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan beliau tidak lagi menyokong kerajaan, Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahukan pula beliau dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).
“Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada kerajaan,” katanya. - Sumber: Sinar Harian


Perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 30 Mac itu disusuli selepas pemecatannya sebagai penasihat di Petronas pada 11 Mac lalu. Proton dipengerusikan Mahathir sejak diasaskan pada 7 Mei 1983.

Surat perletakan jawatan sebagai pengerusi diserahkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar semalam.
Perletakan jawatan sebagai Canselor UTP dimaklumkan kepada Rektor, Datuk Abdul Rahim Hashim, dan berkuatkuasa 30 Mac.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Negara telah diumumkan mengenai perletakan jawatan ini. Sebelum ini, beberapa pimpinan UMNO mendesak pemecatan bekas Perdana Menteri itu lantaran kelantangannya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Ketidakpuasan hati Mahathir terhadap Najib didorong skandal berkaitan 1MDB dan derma politik, RM2.6 bilio

Proton gagal kerana Khazanah


 | April 4, 2016

Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.
proton 
PETALING JAYA: Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kemelut Perusahaan Otomobil Nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri ketika itu,  Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya. Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

“Khazanah Nasional, melalui Datuk Mohammed Azlan Hashim, menterbalikkan keputusan Tengku Mahaleel (Ketua Pegawai Eksekutif) menamatkan EON sebagai pengedar Proton apabila EON enggan menyumbang kepada dana penyelidikan dan pembangunan yang dipohon selepas kerajaan menghentikan geran R&D kepada Proton.

“Langkah itu mengakibatkan terwujudnya rangkaian jualan dengan 400 wakil penjual di Malaysia. Keputusan membinasakan ini telah melemahkan rangkaian jualan yang kukuh dan permulaan siri malapetaka,” tulisnya.

Malah, Armin berkata Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga tidak mempunyai wawasan yang jelas dan pelan jangka panjang untuk memacu syarikat nasional itu. Armin berkata demikian menjawab dakwaan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca kegagalan Proton.

Untuk rekod, Dr Mahathir merupakan Penasihat kepada Proton sejak 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Selanjutnya dalam muatnaik Armin, DRB-Hicom telah diminta mengambil alih Proton atas alasan politik. DRB-Hicom kemudian menyahsenarai Proton dan memodalkan aset-aset perusahaan kereta nasional itu.

“Masalah sebenar Proton bermula apabila Khazanah Nasional mahu mengawal Proton dengan menyingkirkan Pengarah Urusan Proton, Tengku Mahaleel,” dakwa Armin, dan menambah Khazanah ‘memperkosa’ Proton sehingga semua rizab tunai dan aset kehabisan.

“Tun Mahathir dipanggil semula sebagai Pengerusi Eksekutif Proton untuk menyelamatkan apa yang masih berbaki di syarikat itu.
“Jika ada yang patut dipersalahkan kerana kegagalan Proton, ia adalah Khazanah, bukan Tun Mahathir,” ujarnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri masih berpegang kepada jawatannya kerana takut dikenakan tindakan undang-undang. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Jun 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menyerang Datuk Seri Najib Razak, mengatakan perdana menteri itu mungkin enggan meletak jawatan kerana beliau takut dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle, bekas perdana menteri itu, pada satu majlis diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya berkata, selagi Najib kekal berkuasa, negara akan merosot dan tidak stabil.

“Tentang nasihat, saya dah nasihat. Tentang ugut pun, saya dah ugut. Tapi dia kata dia tak akan berhenti.

“Sebab dia tak akan berhenti, saya ingat, pasal dia takut. Kalau dia berhenti, ‘maybe’ kena ‘criminal charge’,” katanya.
Ini, katanya, berkaitan hutang RM42 bilion yang ditanggung dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mana pergi duit itu? Dia kena terangkan. Dia cakap memanglah, melabur sana, melabur sini, tetapi tiada bukti selain daripada membeli tanah dengan harga yang murah dan membeli kilang elektrik dengan harga yang terlalu tinggi.
“Jadi, banyak sangat kesalahan Najib ini dan saya percaya selagi dia menjadi perdana menteri, negara kita akan merosot dan menjadi sebuah negara bermasalah dan tidak lagi stabil, tidak lagi menjadi tempat kita selesa hidup dengan sempurna,” katanya.

Dr Mahathir berkata, itu satu daripada sebabnya mengapa beliau mengisytiharkan beberapa bulan lalu yang Najib perlu meletak jawatan tetapi katanya, ramai yang masih tidak memahami isu di sekitar 1MDB.

“Susah nak fikir RM1 bilion, satu juta (ringgit) pun kebanyakan orang Melayu tak kenal. Ini RM42 bilion, susah kita nak fikir. Sebab itu mereka ambil jalan mudah, (dan berkata) takpalah, apa sangat kesalahannya,” katanya.
Kenyataan Dr Mahathir tersebut mengulang apa yang pernah dikatakannya pada wawancara dengan The New York Times (NYT) minggu lalu apabila beliau dipetik berkata, tindakan Najib ibarat beliau seorang penjenayah.

Beliau ditanya akhbar harian Amerika Syarikat itu berhubung kritikannya terhadap 1MDB, dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. – Read more The Malaysian Insider

KERAJAAN HANYA ADA MENTERI YANG MENJADI PEMAKAN DEDAK

Menteri Lebih Penting Membela Najib Dari Membela Nasib Rakyat

Anina-Saadudin,-najib,-umno
Agenda utama Menteri dalam kabinet pada masa kini adalah hanya membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya memperjuangan nasib rakyat jelata.
Dakwaan itu dibuat bekas ahli UMNO Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin apabila kesemua menteri yang dilantik didapati menghabiskan masa mempertahankan Najib, tanpa sebarang fakta yang kukuh.

Malah apa yang lebih menyedihkan ialah apabila mereka turut bertindak menghina individu yang mengkritik Najib, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pemimpin yang merosakkan UMNO adalah penyangak bangsa. Mereka lebih hina daripada penjenayah biasa kerana merosakkan sebuah negara. Mereka adalah pemimpin yang terkutuk.

“Persoalannya, adakah mereka memberikan fakta pembelaan? Tidak, mereka hanya membela Najib dengan menghina pengkritik Najib. Apabila Tun (Mahathir) kata Najib mencuri (duit rakyat), tiada seorang menteri yang memberi bukti Najib tidak mencuri, sebaliknya mereka mencerca Tun,” katanya dalam kenyataan media kepada FMT.

Anina turut mengingatkan menteri bahawa tugas mereka adalah memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat yang memilih mereka. Katanya, jika gagal berbuat demikian, elok melepaskan jawatan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas sebagai jurucakap Perdana Menteri.

“Tiada seorang pun menteri yang berjaya memberi statement bijak atau mengumumkan strategi bagaimana Malaysia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu mahasiswa yang bakal tamat pengajian di universiti dalam negara mahupun luar negara.

“Strategi yang ada adalah bagaimana untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman pengajian samada PTPTN mahupun Mara,” katanya.

BETOI BAK HANG.....

Apa nak jadi dgn Malaysia ni... diurus dan di tadbir oleh mereka yg tamak haloba dan hilang sifat amanah.. Rakyat memilih mereka utk menjalankan amanah yg diberi... malang nya mereka meletak kan amanah di baw h tapak kaki.....


Malang sungguh nasib mu Malaysia.... !





AMUKANMelayu - Jika dulu UMNO "Dulu kini dan selamanya" PEMBELA RAKYAT, kini UMNO menjadi PEMBELA NAJIB........itu sebabnya Tun M meninggalkan UMNO?