,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI

Friday 8 April 2016

1MDB - Saya Lebih Kaya Dari Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Tuan Sadiq Sigaraga

 saya lebih kaya dari Abdul Wahab dan Abdul Wahib dan Tuan Sadiq Sigaraga

Tun M bangkit dakwaan 'curi duit' lagi

"Saya lebih kaya dari Abdul Wahab dan Abdul Wahib dan Tuan Sadiq Sigaraga" 

Dailog ini akan terus di perkatakan sehingga berpuluh tahun lagi. Kekayaan dalam bentuk wang ringgit kini menghantui seluruh umat manusia. Kerana wang, manusia sanggup mati dan segala maruah juga turut tergadai. Apalah yang ada dengan Ugama Bangsa dan Tanah Air jika maruah pun telah menjadi taruhannya.

Tun Dr Mahahtir Mohamad sekali lagi membangkitkan mengenai dakwaan mencuri terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ini nak bagi duit, konon nak bagi sokongan, bila duit tak cukup nak bagi berjuta-juta, apa kita nak buat?
"Curi la, curi duit," kata bekas presiden Umno itu, yang mengundang tepukan gemuruh hadirin.

Satu video ucapan yang disampaikannya di Tawau, Sabah petang ini telah dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle. Bekas perdana menteri itu yang disiasat polis berhubung kenyataannya berkaitan Najib pada himpunan BERISH 4, dilihat tidak kisah jika beliau ditangkap.

"Kalau kena tangkap, saya nak cakap terang-terang di sini, kena tangkap, tangkaplah, tapi saya nak cakap Najib curi duit," katanya.

Dr Mahathir berkata perkara itu dengan merujuk dakwaan bahawa dana dari 1MDB berjaya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Najib dan penyokongnya menyifatkan dana RM2.6 bilion adalah sumbangan politik dari sumber Timur Tengah. Perdana menteri juga menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. - Malaysiakini

Tawar diri letak jawatan
Lembaga Pengarah 1MDB mahu permudah siasatan

Oleh - SITI ROHAIZAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 7 April - Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang merupakan pemegang saham sepenuhnya 1MDB.

Lembaga Pengarah 1MDB dalam kenyataannya berkata, walaupun penawaran tersebut merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil, mereka percaya bahawa langkah itu yang betul dalam situa­si sekarang bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Lembaga Pengarah juga telah berjaya membawa 1MDB melalui suatu tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa laporan PAC boleh menjadi titik pengakhiran dakwaan-dakwaan palsu ke atas syarikat.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil laporan PAC tersebut, Lembaga Pengarah secara kolektif pagi ini telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang merupakan pemegang saham sepenuhnya 1MDB,” katanya di sini hari ini.

PAC hari ini dalam laporannya mengakui firma pelaburan strategik kerajaan, 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus yang dijelaskan dengan terperinci dalam laporan akhirnya.

Tambah kenyataan itu, Lembaga Pengarah melihat laporan PAC itu sebagai sebuah dokumen yang menyeluruh serta muktamad dan telah menyatakan fakta-fakta dengan jelas dan telah menyangkal pelbagai dakwaan berkenaan syarikat.

Katanya, laporan PAC itu telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh 1MDB.

“Apabila ditinjau kembali, kami dapat memahami bagaimana Jabatan Audit Negara dan PAC boleh mengenal pasti kekurangan-kekurangan ini. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk difahami bahawa keputusan-keputusan yang dibuat ketika itu adalah dalam konteks transaksi yang spesifik pada masa tersebut.

“Tambahan pula, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang kompleks dan mempunyai peranan yang pelbagai dalam menjalankan projek-projek strategik berskala besar, mewujudkan kerjasama de­ngan entiti-entiti kerajaan asing dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, Lembaga Pengarah telah melakukan yang terbaik untuk menguruskan syarikat dengan cara yang tidak akan mengakibatkan beban kewangan kepada kerajaan.

“Umum sedia maklum bahawa 1MDB hanya mempunyai ekuiti tunai sebanyak RM1 juta, yang memerlukan syarikat membuat pergantungan besar kepada pinjaman untuk membiayai pelaburannya.

“Malah, sebaik sahaja aliran tunai dikenal pasti tidak padan pada November 2014, Lembaga Pengarah bertindak segera untuk melantik seorang pakar penstrukturan semula profesional untuk mengetuai 1MDB.

“Ini membawa kepada pelaksa­naan kajian strategik dan seterusnya membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan serta telah menyelesaikan beban hutang 1MDB.

“Syarikat telah membayar dan akan terus membayar kesemua hutang jangka pendek dan kesemua hutang bank dengan hasil yang diperoleh daripada penjualan syarikat tenaga, Edra Global Energy Bhd. (Edra). Malah ketika ini mempunyai lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion yang akan diperuntukkan bagi membayar kadar faedah dan keperluan kewangan infrastruktur,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, Lembaga Pengarah percaya telah menjalankan peranan dan tanggungjawab sebaik-baiknya, termasuk pelaksanaan pelbagai langkah tadbir urus korporat seperti mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk syarikat dan menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko Lembaga Pengarah.

“Lembaga Pengarah juga telah memastikan kerjasama penuh diberikan kepada semua pihak berkuasa yang sah yang menjalankan siasatan ke atas syarikat. Malah, semua dokumen sokongan yang ada telah pun dikemukakan dengan sewajarnya.

“Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes ‘RM42 bilion hilang’, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Selain itu, laporan juga mengesahkan 1MDB tidak memindahkan RM2.6 bilion kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang telah didakwa,” katanya.

Najib kenapa hukum bekas CEO 1MDB

Zikri Kamarulzaman

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi.

"Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

"(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu.
"Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini," kata Mahathir.

Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu.
Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan.

"Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya.
Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum tertutup mengenai gerakan 'Selamatkan Malaysia' di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjayakan Pelan Rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selama enam bulan, tercapai hari ini hasil penjualan 60 peratus kepentingan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn. Bhd. (IWH-CREC).
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, berdasarkan pengumuman Pelan Rasionalisasi 1MDB pada Jun 2015 dan janji oleh Najib selepas itu, tiga transaksi telah dilakukan oleh syarikat pelaburan strategik kerajaan tersebut membabitkan nilai sehingga RM40 bilion.
Jelas beliau, selain jualan 60 peratus kepentingan Bandar Malaysia kepada IWH-CREC dengan bayaran RM7.41 bilion, dua transaksi lain ialah pertukaran hutang kepada aset bersama International Petroleum Investment Company (IPIC) bernilai RM16 bilion dan jualan Edra Global Energy Bhd. (Edra), kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) bernilai RM17 bilion termasuk beban hutang.
“Pada hari terakhir tahun 2015 dan hari terakhir tempoh enam bulan pemulihan 1MDB yang dijanjikan Perdana Menteri, kita hari ini berjaya menyelesaikannya. Di bawah pelan pemulihan ini, terdapat tiga komponen untuk meraih pulangan melalui transaksi dengan IPIC, penjualan kepentingan Edra dan Bandar Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memeterai Perjanjian Jual Beli Saham antara 1MDB dan IWH-CREC yang disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani; Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin; Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holdings (IWH), Tan Sri Lim Kang Hoo; Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dan Pengarah Urusan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. (CREC), Cai Zemin.
Bandar Malaysia seluas 194 hektar terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur yang ketika ini merupakan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Tambah Arul, transaksi penjualan kepentingan Bandar Malaysia itu dijangka dimuktamadkan pada akhir Jun 2016. Bagaimanapun kata beliau lagi, 1MDB dan IWH-CREC masih tertakluk kepada pematuhan untuk membina semula lapan fasiliti ketenteraan dan polis di pelbagai lokasi sebagai gantian terhadap pembangunan Bandar Malaysia.
“Kita telah memilih rakan kerjasama yang baik (IWH-CREC). IWH sendiri mempunyai pengalaman dalam membangunkan Iskandar Malaysia di Johor sementara CREC mempunyai teknologi dan status yang baik di peringkat antarabangsa.
“Paling penting ketika membuat pembidaan, IWH-CREC bersetuju untuk mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk memberi peluang kepada syarikat tempatan dan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) untuk terlibat sama dalam pembangunan Bandar Malaysia serta meneruskan hasrat pembinaan rumah mampu milik di dalam projek ini,” katanya.
Dalam pada itu, Arul berkata, kenyataan bahawa Bandar Malaysia kini dimiliki firma asing adalah tidak betul kerana berdasarkan peratusan pemilikan CREC di dalam konsortium IWH-CREC hanya 40 peratus, sekali gus menjadikan pemilikan efektif syarikat China itu dalam Bandar Malaysia hanya 24 peratus, manakala 76 peratus lagi masih dimiliki entiti tempatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/pelan-rasionalisasi-1mdb-berjaya-1.175011#sthash.jEEQfpYu.dpuf
Pelan Rasionalisasi 1MDB berjaya
Oleh - Fadzil Zainol 

RM42 bilion tidak hilang, dakwaan Mahathir 
tidak betul – Najib

 2  0 Google +0
KUALA LUMPUR 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan RM42 bilion tidak hilang daripada syarikat itu seperti didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, di samping menunjukkan bahawa dakwaan dibuat oleh Dr. Mahathir itu adalah tidak betul, laporan itu telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam struktur modal dan pengurusan 1MDB.
“Kami akan teliti dan bertindak ke atas syor-syor dalam laporan itu.
“Kami akan memastikan pengajaran diambil daripadanya, dan tindakan akan diambil jika terdapat sebarang bukti kesalahan telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan itu, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Najib berkata, kini sudah jelas bahawa dakwaan dilemparkan Dr. Mahathir terhadap 1MDB didorong oleh kepentingan periba­di, “bukan kepentingan negara, dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan”.
Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Kabinet pada Mac 2015 untuk meminta Ketua Audit Negara menjalankan siasatan bebas ke atas akaun kewangan 1MDB susulan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap 1MDB, seperti dakwaan Dr. Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang.
“Untuk memastikan ketelusan proses ini, kami juga telah mengarahkan supaya dapatan-dapatan itu dihantar untuk semakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang - sebuah badan dwipartisan yang turut dianggotai anggota Parlimen pembangkang,” katanya.
Najib berkata, selepas melalui proses yang lengkap dan menyeluruh, PAC hari ini mengeluarkan laporan mengandungi dapatan-dapatannya di Parlimen.
“Laporan ini mewakili konsensus oleh anggota PAC, dan dapatan-dapatannya adalah berdasarkan fakta dan beratus-ratus jam menyemak dan menyiasat.
“Saya ingin mengucapkan te­rima kasih kepada Jabatan Audit Negara dan PAC kerana mengeluarkan laporan yang komprehensif, konklusif dan muktamad.
“Selepas membacanya, saya mendapati laporan PAC menunjukkan bahawa RM42 bilion tidak hilang daripada 1MDB, seperti didakwa oleh Tun Mahathir,” katanya.
Najib berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap “pelan ekonomi dan memperkukuhkan ekonomi – yang terus menunjukkan daya tahan dalam berdepan cabaran-cabaran global”. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rm42-bilion-tidak-hilang-dakwaan-mahathir-8232-tidak-betul-8211-najib-1.219277#sthash.isqGiFNF.dpuf
RM42 bilion tidak hilang, dakwaan Mahathir 
tidak betul – Najib

KUALA LUMPUR 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan RM42 bilion tidak hilang daripada syarikat itu seperti didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, di samping menunjukkan bahawa dakwaan dibuat oleh Dr. Mahathir itu adalah tidak betul, laporan itu telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam struktur modal dan pengurusan 1MDB.

“Kami akan teliti dan bertindak ke atas syor-syor dalam laporan itu.

“Kami akan memastikan pengajaran diambil daripadanya, dan tindakan akan diambil jika terdapat sebarang bukti kesalahan telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan itu, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata, kini sudah jelas bahawa dakwaan dilemparkan Dr. Mahathir terhadap 1MDB didorong oleh kepentingan periba­di, “bukan kepentingan negara, dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan”.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Kabinet pada Mac 2015 untuk meminta Ketua Audit Negara menjalankan siasatan bebas ke atas akaun kewangan 1MDB susulan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap 1MDB, seperti dakwaan Dr. Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang.

“Untuk memastikan ketelusan proses ini, kami juga telah mengarahkan supaya dapatan-dapatan itu dihantar untuk semakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang - sebuah badan dwipartisan yang turut dianggotai anggota Parlimen pembangkang,” katanya.

Najib berkata, selepas melalui proses yang lengkap dan menyeluruh, PAC hari ini mengeluarkan laporan mengandungi dapatan-dapatannya di Parlimen.

“Laporan ini mewakili konsensus oleh anggota PAC, dan dapatan-dapatannya adalah berdasarkan fakta dan beratus-ratus jam menyemak dan menyiasat.

“Saya ingin mengucapkan te­rima kasih kepada Jabatan Audit Negara dan PAC kerana mengeluarkan laporan yang komprehensif, konklusif dan muktamad.

“Selepas membacanya, saya mendapati laporan PAC menunjukkan bahawa RM42 bilion tidak hilang daripada 1MDB, seperti didakwa oleh Tun Mahathir,” katanya.

Najib berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap “pelan ekonomi dan memperkukuhkan ekonomi – yang terus menunjukkan daya tahan dalam berdepan cabaran-cabaran global”
. – BERNAMA

PM tidak terlibat isu 1MDB – Seng Giaw

Tan Seng Giau menjawab soalan media selepas keluar daripada sidang
Tan Seng Giau menjawab soalan media selepas keluar daripada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. Gambar MOHD NOOR MAT AMINPemberita TEAM PARLIMEN UTUSAN MALAYSIA

Tan Seng Giau menjawab soalan media selepas keluar daripada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. Gambar MOHD NOOR MAT AMINPemberita TEAM PARLIMEN UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 7 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan pengurusan oleh syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berdasarkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw berkata, ti­dak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat berkenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh Lembaga Pengurusan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong memberitahu, nama Najib hanya timbul semasa melihat kepada senarai Lembaga Penasihat 1MDB sahaja dan selain daripada itu tiada kaitan.

“Kita tidak boleh kata Perdana Menteri terlibat apabila syarikat ini diuruskan oleh pihak pengurusan, pihak eksekutif. Kami kaji semua ini dan nama Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung.

“Lebih baik kita lihat kepada pihak yang terlibat secara terus, itu langkah yang lebih baik. Kita sepatutnya mengikut peraturan undang-undang bahawa seseorang itu tidak salah selagi tidak didapati bersalah.

“Saya berpendapat Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan yang perlu disiasat dalam isu ini. Bagaimana kita mahu ambil tindakan terhadap pihak yang tidak buat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari.

Mengulas lanjut, Seng Giaw menjelaskan, siasatan PAC terhadap pihak Lembaga Pengurusan 1MDB mendapati wujud kelemahan yang amat besar.

Misalnya, kata Seng Giaw, pihak Lembaga Pengurusan membuat keputusan tetapi tidak semestinya diikuti oleh pengurusan syarikat.

“Pengurusan buat keputusan sendiri. Ini kelemahan besar, tambahan pula pihak pengurusan tidak ikut cara yang berhemat dalam uruskan semua ini dan sebab itu kita berhadapan dengan masalah.

“Saya harap kita dapat siasat siapa yang lakukan ke­salahan ini, terutamanya pihak pengurusan. Siapa? Di mana? Siapa benar-benar terlibat dalam kesalahan ini,” jelas beliau.

Mr. Nazir Razak
1MDB tidak lagi 
berisiko – Nazir

KUALA LUMPUR 27 Mac – Risiko kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin dikurangkan melalui pelan rasionalisasi yang telah dilaksanakan syarikat pelaburan negara itu.
 Nazir Razak

Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak (gambar) berkata, walaupun risiko tersebut tidak sepenuhnya dihapuskan, namun beberapa tindakan seperti menjual loji kuasa mereka dan pembangunan projek Bandar Malaysia mampu mengurangkan bebanan hutang.

“Isu 1MDB ini saya pecahkan kepada tiga komponen iaitu dahulu, kini dan masa hadapan. Pada masa ini, 1MDB merupakan risiko kepada sistem kewangan dan ekonomi di Malaysia.

“Namun, risiko ini saya rasa semakin dikurangkan, walaupun tidak sama sekali terhapus, tetapi sekurang-kurangnya telah banyak dilakukan.

“Walaupun ada kekurangannya, tidaklah sebesar mana. Jadi ia tidak lagi berisiko disebabkan mereka telah melakukan sesuatu,” katanya semasa menyampaikan ceramah dalam `StarLIVE Power Talk Business Series’ di sini semalam.

Seperti dipetik menerusi akhbar The Star, Nazir berkata, dalam konteks masa hadapan pula, permasalahan yang berlaku dalam 1MDB seharusnya menjadi pengajaran dan mereka yang bertanggungjawab perlu memastikan agar ia tidak berulang lagi.

“Masa hadapan adalah memastikan bahawa 1MDB tidak akan berlaku lagi. Kita perlu melihat masa lalu dan memahami apa yang berlaku supaya kita belajar dan mengambil pelajaran, supaya tiada siapa yang berani untuk melakukannya sekali lagi.

“Mengenai apa jua salah laku yang berlaku, itu merupakan tugas Ketua Audit Negara, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan ia masih dalam proses siasatan.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil iktibar dari masa lalu supaya orang tidak fikir bahawa sesiapa sahaja boleh melakukan apa sahaja dan terlepas begitu sahaja walaupun telah melakukan bahaya moral. Tindakan ini boleh memberi keburukan kepada negara,” katanya

Pendikar Amin
Laporan Ketua Audit Negara masih dokumen OSA

KUALA LUMPUR 7 April – Laporan rasmi daripada Ketua Audit Negara berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dibahaskan di Dewan Rakyat kerana diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Pandikar Amin Mulia

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, laporan berkenaan hanya dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kepada Dewan Rakyat, namun tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Saya diberitahu oleh Ketua Audit Negara bahawa laporan itu adalah laporan khas dibuat untuk PAC dalam soal penyiasatan hal 1MDB dan menurut beliau, dokumen itu diklasifikasi sebagai dokumen rahsia dan sehingga setakat ini dokumen itu belum lagi boleh ‘dibuka’.

“Oleh itu, saya tidak dibenarkan mendedahkan perkara-perkara yang masih rahsia dan tidak boleh dibentangkan di dalam Dewan Rakyat. Kalau saya benarkan, saya melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 di bawah Akta 88,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) berhubung perbahasan berkenaan laporan PAC terhadap 1MDB yang dikeluarkan di Dewan Rakyat hari ini.

PAC hari ini membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB di Dewan Rakyat.

Ayahanda Tun, Berilah Peluang Kepada PM Najib memerintah Malaysia dengan caranya, ini kerana ia adalah pemimpin yang bijak!

Mungkin tak ramai yang sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi, Dato Seri Najib Tun Razak sebenarnya seorang pemimpin yang sangat bijak! Kerana beliaulah ekonomi negara ini dapat berkembang dengan pesatnya! Korang semua kena bersyukur kerana dikurniakan Perdana Menteri yang bijak seperti Najib ini.

Tentu coretan ini akan membuatkan penyokong-penyokong pembangkang dari Penyokong Tun M panas telinga. Korang yang menyokong pembangkang tu tak payahlah asyik dok nak membangkang je. Kalau Najib memerintah dengan cara yang bijak takkan korang nak bangkang jugak?! Bak kata penyokong-penyokong kerajaan, bila ditanya,

Soalan: Siapa buat jalanraya?!!
Penyokong: UMNO!!
 
Soalan: Siapa buat sekolah?!!
Penyokong: UMNO!!
 
Soalan: Siapa bagi eletrik?!!
Penyokong: UMNO!!
 
Soalan: Siapa bagi bekalan air?!!
Penyokong: UMNO!!
Soalan: Siapa pembela Melayu?!!
Penyokong: UMNO!! 
Soalan: Siapa pembela Najib?!!
Penyokong: UMNO!!
 
Ini bukan cakap kosong tentang kebijaksanaan Najib di dalam memerintah negara ini! Kalau tak percaya di bawah ini bukti kukuh bahawa Najib bijak mengurus ekonomi negara Malaysia! Lihat laporan berita yang disiarkan oleh Berita Harian. Media rasmi milik kerajaan sendiri takkanlah diorang ni nak tipu kot! Berita Harian adalah akhbar paling telus di Malaysia ini!

Lihatlah semua rakyat, betapa bijak Perdana Menteri kita mentadbir ekonomi negara, sehinggakan ekonomi negara sentiasa berkembang. Lihatlah dari suku tahun pertama, kedua dan ketiga, ekonomi negara tidak pernah menurun. Malah sentiasa berkembang! Betapa seharusnya kita bersyukur dengan berita ini! Negara kita semakin hebat dan maju ke hadapan! Hidup Najib! Malaysia boleh! Kami semua rakyat Malaysia sentiasa menyokong mu dari belakang! Hidup UMNO! UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia!

Tapi sayang sekali, di dalam kita semua rakyat Malaysia mengecap kebahagiaan dengan kemajuan ekonomi yang terus berkembang dari masa ke semasa. Ada pihak yang cuba memfitnah kejayaan Perdana Menteri yang kita hormati dan sayangi ini!

Mereka mengada-adakan cerita kononnya harga petrol, gas, gula naik harga! Mereka cuba memfitnah kononnya kerajaan menaikkan harga barang untuk menyusahkan rakyat! Lihat berita-berita bohong yang disebarkan oleh akhbar fitnah di bawah ini! Hati-hati dengan propaganda pembangkang! Mereka mahu kita berpecah belah! Sila klik untuk membesarkan image

Percayalah rakyat sekalian, Tidak mungkin negara kita yang dilaporkan di akhbar-akhbar sebagai mengalami perkembangan ekonomi yang pesat akan menaikkan harga barang untuk menyusahkan rakyatnya. Kalau ekonomi kita naik tetapi barang naik harga, tidak gunalah ekonomi kita naik. Namun apa yang sebenarnya yang berlaku, Pembangkang memutar belitkan fakta kerajaan! Sebenarnya gaji tuan-tuan terutama pekerja kerajaan yang naik! Ini bukti kerajaan prihatin kepada rakyat! Kerajaan sengaja menaikkan gaji rakyat semoga rakyat lebih bahagia!

Jangan percaya fitnah kononnya kerajaan naikkan harga barang! Itu semua pembohongan yang nyata! Sebenarnya gaji yang naik seiring dengan ekonomi yang berkembang!

AMUKANMelayu - "Dulu kini dan selamanya", Lihatlah betapa hebatnya Najib mengurus Negara! Hidup Najib! Hidup UMNO! Hidup BN!"