,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 18 March 2016

MENGASUH HATI - SEMPATKAH NAJIB TINGGAL DI RUMAH PANJANG BERSAMA ISTERI BARUNYA?


 

" Keep going. Each step may get harder but dont STOP. The view is beautiful at the TOP! "

Speaker Tidak Benar MP Mendapat Penjelasan Isu 1MDB dari Najib


Mohd Najib: Saya Bukan Darah Sembarangan



A Kadir Jasin 


Thursday, June 04, 2015

 
MUTAKHIR, 5 JUN – Ramai memanggil dan menghantar SMS meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan “no show” Mohd Najib di majlis dialog “Nothing2Hide” dengan NGO di PWTC pagi ini.


"Nothing2Hide" - Polis halang Tun Dr Mahathir

Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.



Saya yakin ada alasan yang kuat misalnya beliau terlebih tidur dan bangun lewat kerana semalam terlalu nyenyak tidur sebantal dengan isterinya.

Atau mungkin beliau menderita maladi “hypersomnia” yang serius. [The main symptom of hypersomnia is excessive daytime sleepiness (EDS), or prolonged nighttime sleep, which has occurred for at least three months prior to diagnosis.]
Mohd Najib: Pahlawan Bugis atau "Joker"?

Tidak tahulah saya kalau beliau mengidap maladi yang lebih kronik separti “gila isin” (istilah utara daripada bahasa Inggeris “insane”) dan lebih teruk beliau kawar (kawag) (daripada istilah Inggeris “coward”). Atau beliau seorang “joker” yang mempersendakan khalayak. Untuk selamatkan bos mereka daripada dimalukan di depan khalayak, budak-budak PMO salahkan polis. Adoi, lawak.

PERDANA Menteri Datuk Mohd Najib Abdul Razak berkata beliau dan isteri akan nyenyak tidur sebantal setelah mendapat sokongan rakyat Sarawak.

Serentak itu, beliau  memberi kata dua agar jangan menguji beliau kerana katanya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau bukan darah sembarangan.
Beliau dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching, hari ini.
Sarawak buatkan PM boleh tidur nyenyak
"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya besemangat diplomatik, tapi semangat  kepahlawanan tetap ada dalam diri saya.
"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya," katanya.
Sebelum ini, ketika berucap di majlis pelancaran laporan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Mohd Najib berkata, pantang pahlawan Bugis menyerah kalah.
Keturunan Mohd Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan. Beliau sendiri mendapat gelaran “Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone” pada tahun 2005 yang menjadikan beliau “Pahlawan Gowa”.
Sarawak menjadi negeri terkini, selepas Sabah, Pahang dan Perlis, yang “mengikrarkan” sokongan kepada beliau dalam rangka lawatannya ke seluruh negara bagi melawan cabaran terhadap pemerintahannya.
Tambah Mohd Najib lagi: "Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun  sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang."

Sambil menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohd Najib berkata: "Dia (Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem) hanya minta satu penggal saja - lima tahun lagi pentadbiran - bukannya 22 tahun."
Katanya lagi: “ Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang.  

Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai 'Apai Besai'. Saya nak tanya orang Sarawak... nak lagi saya jadi PM ke tidak?"

"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.”

Isi Hati Mohd Najib

Kalau Mohd Najib kata beliau boleh baca hati orang, kita pun boleh baca hati beliau. Beliau sebenarnya tidur tak nyenyak walaupun tidur sebantal dengan isterinya.
Misalnya, beliau memilih negeri kelahiran beliau sendiri (Pahang) dan disusuli oleh Sabah, Perlis dan Sarawak kerana beliau tahu mudah mendapat audiens yang ramai bagi menyambut beliau serta bertempek sorak dengan beliau di negeri-negeri luar bandar yang miskin.
Ini adalah selaras dengan pergantungan Barisan Nasional kepada kerusi luar bandar. Lawatan ke Sarawak mempunyai erti tambahan kerana negeri itu akan mengadakan pilihan raya dewan undangan tidak lama lagi.
Kemenangan besar BN Sarawak penting untuk kelangsungan pentadbiran Mohd Najib. Tetapi tidak seperti di Semenanjung dan Sabah, BN pusat tidak mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Sarawak kerana BN Sarawak terdiri daripada parti-parti anak negeri. Parti-parti BN pusat tidak diwakili di negeri itu.
Jerayawara (roadshow) ke negeri-negeri miskin ini juga penting kepada Mohd Najib kerana audiens umumnya tidak tahu dan tidak faham isu-isu besar yang menghimpit kepemimpinan beliau seperti 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan hutang negara yang semakin meruncing akibat kelemahan mata wang.
Beliau hanya perlu berpidato berapi-api dan menjanjikan habuan itu dan ini sambil mendabik dada mengatakan yang beliau berdarah raja. Jika benar bagai dikata terimalah ISTERI KEDUA dari Orang Iban agar senang untuk mendampingi mereka jika itu yang membuatkan Sarawak terus berada dalam pelukan BN. Kak Mah perlu merelekannya.
 
Wallahuaklam.

ISTERI ORANG IBAN: "Beranikha Najib".




KUCHING, Ahad – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem secara bergurau mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mencari isteri di kalangan orang Iban bagi memudahkan beliau belajar bahasa suku kaum itu.

Sambil memuji Najib yang sering melawat Sarawak, Ketua Menteri berkata:
“Terima kasih, semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi. Satu perkara yang belum lagi ialah beliau belum boleh bercakap bahasa Iban. Beliau boleh bercakap bahasa Malaysia, Inggeris tetapi tidak Iban. Saya nasihatkan beliau, jika beliau mahu cari isteri baharu, pergi dapatkan orang Iban. Saya hanya bergurau, sekadar gurauan.”
Adenan berkata demikian dalam bahasa Sarawak dan Iban ketika berucap pada majlis pelancaran Program Malaysia Inklusif Negara Digital (Minda) di sini, semalam.
Terdahulu, Adenan mengatakan bahawa beliau akan mengabaikan sebahagian teks ucapan yang disediakan untuk beliau, tetapi bimbang ia akan menyingguh perasaan individu yang menulis teks ucapan berkenaan.
Beliau berkata, kunjungan Najib ke Sarawak adalah lebih banyak berbanding perdana menteri lain.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau telah berkunjung ke Bumi Kenyalang sebanyak 46 kali, lebih daripada jumlah kesemua kunjungan lima perdana menteri terdahulu jika digabungkan. Hari ini merupakan kunjungan ke-47 beliau.
“Jadikan kunjungan ke-50 tidak lama lagi. Kenapa? Kerana beliau sayang Sarawak.
“Beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong, sentiasa penuh. Beliau telah memperuntukkan jutaan, bilion dana kepada kita. Terima kasih. Sila tambah lagi,” kata Adenan.

Kalu semuanya berdarah Pahlawan.....banyak-banyaklah makan madu. Untuk memastikan MADU itu asli atau tidak.....cubalah bawa balek rumah, jika ISTERI mengamuk, maka konformlah madu itu yang ASLI.

Selepas Najib Mengaku Berdarah Pahlawan.. Ku Nan Pulak Mengaku Keturunan Pejuang

Oleh Anak Sungai Derhaka


 Selepas Najib Mengaku Berdarah Pahlawan.. Ku Nan Pulak Mengaku Keturunan Pejuang

Jika Presiden UMNO suatu masa lalu mengaku dirinya adalah keturunan Pahlawan Bugis, Hari ini seorang lagi pemimpin UMNO mengaku turut mempunyai darah pahlawan..

Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan, beliau sendiri mendapat gelaran “Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone” pada tahun 2005 yang menjadikan beliau “Pahlawan Gowa”.

Malangnya pengakuan Najib kononnya dirinya berdarah Pahlawan itu dipandang sinis oleh kebanyakkan dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Affifuddin Omar turut mempermainkannya..

Dalam forum di Petaling Jaya Mei tahun lalu, Affifuddin yang masih lagi ahli UMNO menasihatkan Najib agar berhenti bermimpin seolah-olah beliau adalah pahlawan Bugis.

"Kalau ikut sejarah, orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh diam saja, tak bercerita.

"Orang Bugis kalau di laut kuat menyamun saja, tak payahlah bermimpi jadi pahlawan Bugis," katanya yang disambut gelak ketawa peserta forum.

Dan hari ini muncul Ku Nan mengaku bahawa dirinya berdarah Pejuang..

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengakui darah yang mengalir di dalam tubuhnya tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak. Ini kerana beliau dan keturunannya yang berasal dari Acheh merupakan pejuang negara dan juga agama Islam.

“Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air.
“Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itu saya kuat, darah itulah yang mengalir,” katanya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu lagi, isu gelaran Tengku ini bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara ini sejak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

“Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia,” ujar beliau lagi.



Tengku Adnan yang mesra digelar Ku Nan turut menyedari bahawa gelarannya itu menjadi perbualan sesetengah pihak.

“Saya tahu, bila saya cakap lepas ini saya kena, sehinggakan keturunan saya mereka bangkitkan,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan lapor Free Malaysia Today

Orang kata.. anak seorang Imam belum tentu akan menjadi Imam.. Anak Ustazpun belum tentu akan menjadi Ustaz atau mengikut sepenuhnya apa yang disampaikan bapanya.. Inikan pulak cucu-cicit.. Dah semakin jauh dah tu..

Pahlawan konon..  pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air konon... masa Jepun menyerang Malaysia dulu tu kat mana Ku Nan dan keturunannya?

Tak adapun aku terbaca dalam mana-mana buku sejarah kaum kerabat Ku Nan dari UMNO ini yang mempertahankan Tanah Melayu.. yang ada cuma Leftenen Adnan.. bukannya Ku Nan..

Tak habis dengan KEPAHLAWANAN si parang KUNTUT ni timbul pula ISU TPPA. Awat hangpa senang-senang TANDATANGAN perjanjian ini. Cuba tengok sejarah PERJANJIAN dengan KAFIRUN ni. Sejak TERMETERAINYA PERJANJIAN PANGKOR, sejak itulah kita di tipu dan terus di tipu dengan PERANJIAN.

Mengikut Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Malaysia akan kehilangan RM75 billion setelah melaksanakan perjanjian TPPA...ini kata pakar ekonomi....

Apa pula kata Pak menteri dan Pak Najib kita? Adakah semasa hangpa Tandatangan tu TELOQ Hangpa kena picit dengan Obama?


tppa

Adakah perjanjian TPPA Malaysia akan dicampakkan oleh fitnah dan tuduhan jahat yang ingin mahu melihat kejatuhan ekonomi negara dan memporak-perandakan keamanan negara melalui fitnah daripada Yahudi, Zionis, Cina, Komunis, Kafir Amerika, ISIS bla….bla….bla…bala?
Antara skrip yang biasa menjadi santapan dan hidangan rakyat Malaysia melalui laporan dan pendedahan berita arus perdana. Tokoh-tokoh negara kita, ahli ekonomi, tokoh akademik, bekas-bekas menteri, berbagai-bagai NGO termasuk Berita Semasa ada ada juga mendengar ulasan daripada Pakar Ekonomi, Dr Jomo Kwame Sundaram yang turut berkongsi pandangannya disebalik kesan Perjanjian TPPA Malaysia ini.
“Tidak banyak faedah yang Malaysia akan dapat daripada Perjanjian TPPA ini” – Profesor Jomo
Jikalau semalam kita boleh menilai sendiri pengakuan jujur daripada Barack Obama disebalik impak dan kesan perjanjian TPPA Malaysia ini bersama-sama dengan negara-negara lain.
Terbaru Pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Ekonomi, Professor Joseph Stiglitz dari Universiti Columbia dan juga Ketua Ekonomi Institut Roosevelt memberikan peringatan mengenai kesan disebalik perjanjian TPPA Malaysia. Dan laporan berita ini Berita Semasa petik daripada The Malaysian Insider sendiri untuk laporan berita mereka yang bertajuk, “Don’t let TPP jeopardise Malaysia’s future”.
Berita Semasa ada highlightkan untuk anda beberapa intipati dan isi penting apa yang cuba disampaikan kepada dunia umumnya dan rakyat Malaysia amnya disebalik kesan perjanjian TPPA Malaysia ini. Baca dan perhatikan betul-betul di bawah ini :

Add caption
Add caption
    



 

Kesan perjanjian TPPA Malaysia : Peringatan Professor Joseph Stiglitz?

Tidak semestinya apabila negara jiran kita turut serta dalam perjanjian TPPA ini seperti Brunei, Vietnam ia adalah bagus dan merupakan idea yang sangat baik kepada Malaysia. Adakah negara jiran kita turut serta, kita terus mengatakan perjnajian TPPA ada bagus? Ermmm…..
This is our land. Apa-apa yang berlaku, buruk baiknya kita semua yang menanggungnya satu generasi ke generasi yang lain. Kita sudah 58 tahun merdeka dan berdirinya negara kita Malaysia adalah kerjasama daripada semua pihak, baik :
  • orang kaya dan orang miskin
  • ahli perniagaan, kakitangan swasta, kakitangan awam di malaysia
  • Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan, Orang Asli
  • yang tinggal di bandar yang tinggal di kampung
Semakan Berita Semasa terhadap laporan yang dikeluarkan sendiri oleh Agensi Perisikan CIA melalui CIA World Factbook GDP Malaysia (Purchasing Power Parity) kita lebih USD746 Billion atau lebih RM3.2 Trillion !
Semua ini kita boleh capai Selain dari industri asas ada juga industri lain dalam negara kita (elektronik, metal fabrication, machine tooling, plastik, machine manufacturing dsbnya) yang setanding dengan negara maju.
Semua ini kita boleh capai tanpa TPPA ka, FTA ka, Partnership Agreement ka atau segala benda perjanjian yang membenarkan campurtangan orang luar ke negara kita.
P/S : Sejarah dunia telah membuktikan, Amerika Syarikat akan buat apa sahaja untuk buat apa sahaja untuk memastikan survival mereka bersama-sama dengan sekutu kuat, Israel terus bertahan kuat.
Jangan sekali-kali fikir puak-puak Amerika ini tiba-tiba sudah bertaubat dan sekarang ingin membantu negara kita menjadi kaya pula. Berita Semasa harap sangat kerajaan usah bermain politik disebalik isu TPPA ini. Lainlah kalu dah dapat BINI BARU......tapi beranikah BERBINI BARU atau inilah kali TERAKHIR Najib melawat SARAWAK........

ISTERI ORANG IBAN: "Jangan jolok sarang tebuan",

Gadis Iban cantik menawan
Dan akhirnya Tun M yang menangis mengenangkan untung nasib Melayu di bumi sendiri. Berapakah harga airmata ini? Nasihat saya pada Pak Jokowi dan Pak Najib, jangan menyesal selepas kita pencen. Allah hanya memberi peluang sebesar ini hanya kepada beberapa orang sahaja di dunia ini. Amat malanglah jika semasa di pucuk Kuasa tidak menggunakannnya.

Jika Pak Suharto dan Pak Mahathir menggunakan PELUANG ini membina JAMBATAN UGAMA dan BANGSA antara Malaysia dan Indonesia di masa itu, kini kita dah boleh bersenang lenang dengan kekayaan negara yang di kongsi bersama rakyat dan kita hidup berkasih sayang dalam ibadat.....kini air mata itu akan tersimpan dalam kenangan yang amat indah jika semuanya menjadi milik kita.....apa yang nak di tangisi lagi....

Pak Joko dan Pak Najib kalu di tanya dari Orang yang paling bawah.....kedua-duanya adalah "Nakhoda" yang kehilangan panduan. Yang ada di sekeliling mereka adalah Raja Mandaliar yang ingin menaiki TAHTA di saat-saat Najib nak beristeri baru dan bolehkah Najib tinggal dirumah Panjang?

'Kita Semua Akan Pergi, Akhirnya' - Tun Mahathir



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata semasa ditemu bual dalam rancangan bual bicara 'Satu Jam Lebih Dekat' terbitan TV ONE Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indonesia, Suharto, sewaktu memegang tampuk kepimpinan negara suatu masa dahulu.

"Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.

"Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang," kata Dr Mahathir sambil menahan sebak.

Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku kepada bekas perdana menteri itu dalam mana-mana temu bual bersama media, baik media tempatan mahupun antarabangsa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sempat menyatakan bahawa setiap manusia juga harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal dalam dunia ini.

"Kita semua akan pergi, akhirnya.

"Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah," kata Dr Mahathir sambil tersenyum.

Temu bual selama satu jam itu ditayangkan empat hari lalu di TV ONE dan kemudiannya dimuat naik ke laman Youtube.


AMUKANMelayu - Apabila kita di hujung nyawa, dikatakan kita amat-amat rasa dahaga dan segala bayangan perbuatan kita yang lalu akan melintas dalam benak fikiran kita.....jika berdosa, sempatkah bertaubat dan jika kerja yang tak selesai bolehkah di tinggalkan AMANAT dan adakah orang akan menunaikan amanat kita? Semua penyesalan akan terus bersarang di dada sehingga NYAWA terpisah dari badan......bersyuhadah lah.....kerana itulah sebaik-baik do'a.