,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 8 February 2016

KU NANAN "ANAK RAJA" TERPERASAN DIA PENYELAMAT UMNO


Olak Lempit - Isnin 29 Rabiul Akhir 1437, Pengerusi dan Setiausaha, selalunya SU akan lebih menonjul untuk "MEMPEPULERKAN" Persatuan atau pertubuhan. Sementara Pengerusi akan merangka apa yang terbaik untuk Persatuan. Jika kedua-dua ini berjalan seiring makan "MELETUPLAH" persatuan itu. Tapi jika Pengerusi sering atau terlalu percaya kepada SU, seringkali juga banyak Persatuan yang TERLINGKUP kerana SU terlebih "CAMCA DARI BUBUQ".

Dalam kes parti-parti politik sekarang ni, nampaknya SU seperti tidak dapat di BENDUNG oleh Pengerusi. Ini mungkin kerana Pengerusi terlalu percaya pada SU kerana SU di lantik oleh Pengerusi. Untuk menjaga KEDUDUKAN, pengerusi sering TERLALU PERCAYA kepada SU. Dan SU pula akan berkata, "Aku di lantik kerana aku di percayai Chairman"......dan selalunya SU menjadi ANAK EMAS Pengerusi.

Apa akan terjadi jika SU yang sering membuat kenyataan akhbar dan tindakannya sering membelakangkan Pengerusi? Bagaimana kenyataannya sering bercanggah dengan kehendak Pengerusi? Adakah semua tindakan SU mendapat restu Pengerusi? Pernahkah terfikir yang SU sering "MENJUAL" nama Pengerusi?

SU yang baik adalah SU yang di sukai semua Ahli.....dan Pengerusi yang baik adalah yang sering di sayangi oleh Ahli bawahannya. Bagaimana jika di Pengerusi Cawangan sangat di sayangi oleh Ahli sedang Pengerusi Pusat di benci oleh Ahli bawahan? 

Inilah sebenarnya yang terjadi dalam UMNO. Kata Ku Nanan seperti yang di













OLAK LEMPIT - AHAD 28 Rabiul Akhir 1437

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 1:11 PM
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media mengumumkan pelantikan sembilan lagi Ahli Majlis Tertinggi (MT) di pejabatnya di Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya, Jumaat. -fotoBERNAMA
Tengku Adnan Tengku Mansor

Kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 

"Umno sudah tidak mampu mendengar kenyataan-kenyataan tidak masuk akal yang dikeluarkan segelintir ahlinya".

Tidak tahan lagi dengan keadaan ini, beliau berkata, tujuh pemimpin Umno kini sedang dalam pemerhatian untuk disiasat.

Katanya, ini berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.

"Kita letih dan penat dengan ahli yang keluarkan kenyataan bukan-bukan. Kita siasat dan tengok hasil siasatan. Ada tujuh orang, saya tak nak namakan mereka.
"Mereka tahu siapa diri mereka, parti kita ada Perlembagaan sendiri, jawatankuasa disiplin, ada kod etika, kita tidak mampu nak berhadapan 'kegilaan' ini lagi," katanya yang ditemui pemberita di bangunan Parlimen, Rabu.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, jika mana-mana ahli Umno tidak suka berada dalam parti, mereka boleh mengambil keputusan keluar daripada parti yang dianggap sebagai perosak dalam parti.

"Kalau tidak suka dengan parti, tinggalkan parti. Kita tak nak ada anai-anai.
"Saya tak komen (lanjut) kerana jawatankuasa sedang jalankan tugas," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Nan.

Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, hasil siasatan akan dibentangkan kepada Majlis Presiden untuk mendapat kelulusan sebelum Lembaga Disiplin menjalankan siasatan.

"Sepanjang tempoh itu kita akan gantung keahlian dan sebarang jawatan yang disandang," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sama ada individu-individu yang disiasat itu memegang jawatan dalam Umno atau tidak. Mengenai tindakan Umno membatalkan mesyuarat ahli Majlis Tertinggi (MT) pada Jumaat, beliau berkata ia perkara biasa walaupun terdapat anggapan ia mempunyai kaitan dengan gerakan untuk menyingkirkan orang nombor dua dalam parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"MT batal perkara biasa, kalau tiada benda nak dibincangkan, kita batalkan," katanya.

Kata penulis pula, KEGAGALAN SUA DAN PRESIDEN - RAKYAT KINI MEMILIH PEMIMPIN DAN MENOLAK PARTI. Sehinggakan PKR, PAS, Amanah dan DAP yang di anggap musuhpun menyokong MB Kedah. inilah apa yang dikatakan di hormati kawan dan lawan. 

PKR Kedah membuat keputusan untuk menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar, mengatakan perubahan kepimpinan pada ketika keadaan ekonomi tidak menentu, tidak memihak kepada rakyat.
Keputusan ini dicapai selepas PKR negeri mengadakan mesyuarat biro politik pagi ini di Alor Star bagi membincangkan kemelut menteri besar, tidak berapa lama sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dijadualkan bertemu Jemaah Diraja Kedah.
"PKR membuat keputusan rakyat harus didahulukan dan kemelut ini dimulakan Datuk Seri Najib Razak secara tidak bertanggungjawab demi kepentingan politiknya.
"Kami menentang menteri besar ditukar pada waktu ini kerana ia bukanlah untuk kebaikan rakyat Kedah dengan keadaan ekonomi yang sedang kita lalui," kata Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail dalam mesej pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Kedah itu ditanya mengenai pendirian PKR berhubung kemelut menteri besar melibatkan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Krisis menteri besar Kedah sudah berlarutan sejak lebih seminggu lalu, sejak Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media pada 20 Januari menggesa Mukhriz disingkirkan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan partinya menyokong pentadbiran Mukhriz di Kedah.
Katanya, PKR menghormati proses Perlembagaan dalam menentukan calon menteri besar yang dapat kepercayaan majoriti Adun dan sebarang keputusan untuk menyingkirkan penyandang jawatan menteri besar bagi mana-mana negeri mestilah diasaskan dengan alasan yang munasabah.
"Dalam kes negeri Kedah tidak ada sebarang alasan munasabah yang dikemukakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz selaku menteri besar selain daripada politik persaingan dalaman Umno.
"Atas alasan tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran yang sedia ada," kata Dr Wan Azizah yang juga merupakan ketua pembangkang. Sementara Sikap Ku Nan seperti jeneral perang kepada raja yang lemah seperti apa yang di tulis oleh pada  December 12, 2015. Dan 
Jurucakap Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman pula berkata
Siapa dia (Ku Nan) - apabila beliau beri amaran kepada Timbalan Presiden - menyatakan jangan melebihi batasan?
ku-nanPM_2

"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor nampaknya begitu seronok dengan kuasa yang ada padanya", kata Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). 

Jurucakap gerakan itu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Tengku Adnan telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan ahli UMNO marah.

“Setiausaha Agung UMNO muncul dengan pelbagai keputusan yang menyebabkan ahli UMNO marah. Jelas sekali perlembagaan UMNO dipilih untuk satu pihak sahaja,” katanya sewaktu ditemui pemberita di PWTC pada Sabtu.

Sebelum ini, Tengku Adnan memberi amaran agar Tan Sri Muhyiddin berhati-hati sewaktu mengeluarkan kenyataan di Kelab Sultan Sulaiman.
Ujar Kamarul lagi, keputusan Tengku Adnan itu begitu berkuasa seperti jeneral perang kepada raja yang lemah.

“Siapa dia (Ku Nan) – apabila beliau beri amaran kepada Timbalan Presiden – menyatakan jangan melebihi batasan?” katanya. Dalam kes Dato Hamidah seperti yang di tulis Taboola From FMT................Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

"Umno Sudah Hantar Surat Pecat Kepada Hamidah" kata Ku Nanan.


 


 
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu telah menghantar surat pemecatan kepada bekas Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

"Dah hantar surat, dia macam (Datuk) Saifuddin (Abdullah) juga, bila kita dah hantar surat tapi kata tak terima surat," katanya yang merujuk Saifuddin yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang keluar dari parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya dah hantar surat dan dia bukan perwakilan," katanya pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Menara Dato' Onn di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai surat pemecatan yang belum diterima Hamidah seperti yang didakwanya.

Tengku Adnan bagaimanapun tidak mengulas lanjut bila surat pemecatan itu dihantar kepada Hamidah. Pada Rabu, Hamidah yang membuat dakwaan itu berkata, selagi belum mendapat surat pemecatan berkenaan, beliau masih lagi anggota parti.

"Saya tidak dapat lagi surat rasmi pemecatan sehingga hari ini. Selagi tak ada surat hitam putih, saya menganggap masih lagi ahli Umno.

"Saya akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno nanti kalau masih lagi jadi ahli. Bagaimanapun, saya akan cuba dapatkan penjelasan berhubung status saya," katanya.

Minggu lalu, Umno memutuskan Hamidah dipecat dari parti kerana pelanggaran disiplin.

Pemecatan Hamidah berikutan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng itu menggesa presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan perdana menteri.
Pada Wednesday, October 28, 2015 kata 
KU NANAN dia  SUDAH PENAT LAYAN KERENAH MEREKA. Penggantungan makin hampir buat 'Umno 7' yang masih misteri.


Tujuh pemimpin misteri Umno yang dipantau untuk tindakan disiplin mungkin digantung jawatan dan keanggotaan dalam parti itu.

Setiausaha agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.

Bercakap kepada pemberita di luar parlimen hari ini, anggota parlimen Putrajaya berkata mereka sudah penat melayan anggota yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sesuai kepada orang umum

Menjawab soalan, beliau berkata hanya sebahagian daripada tujuh anggota Umno itu mempunyai kedudukan.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan tidak memberikan jawapan putus.

Sebaliknya, kata beliau, perkara itu akan diteliti.

Tengku Adnan pada 5 Oktober lalu mendedahkan pemantauan parti itu terhadap tujuh pemimpinnya yang berpotensi dituduh melanggar disiplin. Beliau tidak menyenaraikan nama tujuh individu itu. 

Tengku Adnan bagaimanapun memberitahu perkara itu ketika ditanya kenapa tiada tindakan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara terbuka menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Kenyataan Tengku Adnan itu mencetuskan tanda tanya berhubung identiti pihak.

Beberapa pemimpin Umno dilihat lantang terhadap pentadbiran Najib Razak mungkin mengisi senarai itu.

Mereka mungkin Mahathir, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut disebut-sebut, di samping bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz. -MK  

Sementara itu ada pihak yang mahu Ketepi Ku Nan untuk lemahkan Najib seperti yang di petik dari MALAYSIAKINI.





Setiausaha Agung  Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya ada pihak tertentu dalam parti itu mahu menyingkirkannya daripada jawatan berkenaan dalam usaha melemahkan Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap di Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur hari ini, Tengku Adnan berkata, ahli parti perlu memberikan ketaatan kepada pemimpin.

"Anda mesti taat kepada pemimpin, tapi saya nampak sebaliknya, ada bermacam percaturan.

"Inilah kerja Umno, kita mesti ketepikan sikap begitu.

"Saya tahu ada orang Umno yang meminta presiden saya (Najib) supaya saya digugurkan daripada jawatan setiausaha agung," katanya.

Tengku Adnan menambah, ahli parti terbabit sudah dipengaruhi pembangkang kerana mereka tahu, tanpa beliau menjawat tugas berkenaan, kedudukan Najib berapa Presiden Umno akan lemah-

Dalam pada itu walau pun cerita ini sudah lama tapi ianya amat tepat sekali,

"Ku Nan Hanya Setiausaha Agung, Hormatlah Timbalan Presiden" kata Shafie

Ianya diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 2:18 PM