,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 23 January 2016

EKONOMI MALAYSIA TENAT, Negara Hancur Rakyat Menderita Jika Najib Terus Kekal


Abaikan berita palsu mengenai komen Tun Daim
Abaikan berita palsu mengenai komen Tun Daim

Abaikan berita palsu mengenai komen Tun Daim

Orang ramai telah dikelirukan dengan imej berita Awani palsu yang tersebar di media sosial berkenaan kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai ekonomi negara, namun ia bukan dari akaun rasmi Astro AWANI.

Gabenor Bank Pusat Dedahkan Rahsia Ekonomi Semakin Teruk.....

Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.

Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.

Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.

Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.

Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.

Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapi dijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.

Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.

Sementara dana RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib yang masih dipertikaikan juga tidak dijawab dengan jelas. Gara-gara itu menyebabkan para pelabor boleh beranggapan Malaysia adalah negara penerima dan pemakan rasuah dalam skala besar.

Sudah tentu bagi tanggapan pelabur wang RM2.6 billion itu adalah untuk tujuan rasuah.

Untuk menyelamatkan negara Zeti tidak terhenti setakat itu sahaja. Terbaru beliau terus bersuara untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kali ini meminta agar kerajaan terus memberi keyakinan kepada pelaburan asing. Kali ini beliau merujuk kepada penarafan status sampah (junk status) yang dibuat ke atas Malaysia.

Minggu lalu agensi berita Bloomberg melaporkan berdasarkan data daripada agensi Penarafan Moody's Corp pelabur melibatkan enam negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan ke "status sampah" (junk status) sama seperti Brazil.

Laporan itu telah meletakkan Malaysia dalam sebuah negara yang kritikal dan menakutkan palaboran asing untuk datang melabor ke sini.

Status itu kata Zeti bukan dilakukan oleh agensi penarafsan, tetapi ia perlu dilakukan oleh negara kita sendiri dengan menjelaskan apa yang berlaku. Apa yang dimaksudkan Malaysia perlu menjelaskan tanggapan umum yang telah menarafkan ekonomi kita sama dengan Brazil. Malaysia kena menafikan dan membuktikan bahawa tuduhan itu tidak betul.

Tanggungjawab ini, menjelaskan keadaan negara kita, menurutnya terletak ditangan kita seperti mana yang pernah kita hadapi sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1999.

Kali ini Zeti tidak mengulangi gesaannya supaya kerajaan meyelesaikan isu 1MDB tetapi dengan memberi pandangan untuk mengubah persepsi melemahkan pertumbuhan ekonomi negara seperti mana dilaporkan itu dengan meminta kita sendiri menanganinya.

Semua orang perlu faham apabila Gebenur Bank Negara membuat ulasan seperti itu ia menunjukkan masalah ekonomi Malaysia yang buruk kini dapat diatasi sekiranya Najib Razak berundur dari kerusi perdana menteri. Umum tahu isu 1MDB adalah ilham Najib dan beliaulah yang bertanggungjawab ke atasnya.

Kedegilan Najib untuk terus melangok disitu akan membebankan negara.

Apabila Zeti yang dianggap begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, tiba-tiba beliau bersuara juga jelas menunjukkan ekonomi kita sangat teruk dan beliau sendiri seakan sudah berada dalam dilema berada di Bank Negara.

Hal seperti ini belum pernah berlaku kepada mana-mana Gebenur Bank Negara sebelum ini tetapi terjadi ketika Malaysia dipanggungi oleh Najib.


Syabas Gabenor Diatas Keberanian Demi Untuk Rakyat.


Negara Hancur Jika Najib Kekal - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Rakyat dan ahli Umno digesa supaya terus mempersoalkan mengenai isu dakwaan penyelewegan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara akan menghadapi zaman kehancuran sekiranya Najib terus kekal sebagai ketua kerajaan.

Negara Hancur Jika Najib Kekal - Dr Mahathir


“Kepimpinan Najib tidak membawa manfaat sama sekali kepada negara. Hakikatnya najib tidak layak…kalau dia kekal sebagai perdana menteri, negara ini akan hancur.

"Bercakaplah mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion tanpa kesal kerana kalau tak berani menyebut perkara ini, kita akan jadi mangsa.

“Kata pepatah Inggeris... no risk no gain. Kalau kita balik nak tidur nyenyak sahaja, bila kita celik (buka) mata, negara kita sudah hilang…kita menjadi pengemis dalam negara sendiri,” katanya di sini, Isnin malam.

Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno hadir menyampaikan ucapan dalam majlis yang dihadiri timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi ucapan lebih 45 minit itu, Dr Mahathir mengulangi gesaannya supaya Najib berhenti daripada terus menggunakan Umno sebagai platform untuk terus berkuasa.

“Saya tahu terdapat pelbagai sekatan terhadap ahli supaya mereka tidak suarakan mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion. Ini usaha untuk membisukan ahli.

“Perhimpunan Agung Umno kini menjadi alat kepada pemimpin dengan menetapkan topik yang ingin dibahaskan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Selain itu Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau masih menyayangi dan menghargai sumbangan Umno.

“Kita tak bermusuh dengan Umno, tapi tak bersetuju dengan pemimpin yang ada sekarang…itu sahaja,” katanya.

-sumber, msta
Nota Editor : Artikel ini telah disunting kembali hasil perkongsian dari Facebook Dr. Waqiyuddin, seorang pelabur, perancang kewangan, serta punyai kepakaran tinggi dalam analisa kewangan.
Menjawab soalan rakan yang bertanya, “Adakah sebelum berakhirnya tahun 2015 ini, akan berlakunya tragedi besar dimana Malaysia akan bankrap?”
Jawab saya ringkas, “Tidak, belum lagi buat masa ini”

Ulasan Penuh Berkenaan Ekonomi Negara:

bank-negara-malaysia-pic-2 



Tahun Rizab Antarabangsa Bank Negara
28 Jun 2013 RM432.8 Billion (bersamaan dgn USD 130.1 Billion)
15 Jun 2015 RM390.2 bilion (bersamaan dengan USD 105.3 bilion)
14 Ogos 2015 RM356.4 Billion (bersamaan dgn USD 94.5 Billion).   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ringkasan di dalam gambar di atas, boleh disimpulkan ekonomi Malaysia (Real Gross Domestic Product Growth) masih lagi berkembang pada kadar 4.9%. Rujukan dari Bank Negara Malaysia.

2. Data juga menunjukkan Rizab Antarabangsa Bank Negara, tidak termasuk aset lain seperti kertas kerajaan Malaysia, deposit dengan institusi kewangan, pinjaman & pendahuluan serta aset lain adalah sebanyak RM356.4 Billion (bersamaan dengan USD 94.5 Billion) pada 14 Ogos 2015. Memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri untuk jangka masa pendek.

Walaubagaimanapun, rizab antarabangsa ini telah berkurang berdasarkan data pada tarikh 28 Jun 2013. RM432.8 Billion (bersamaan dgn USD 130.1 Billion) pasa 28 Jun 2013. Memadai utk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek. Rujukan boleh dilihat disini.
Juga berkurang pada 14 Ogos 2015. Yakni RM356.4 Billion (bersamaan dgn USD 94.5 Billion). Memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kalo hutang luar negeri jangka pendek.
Rujukan dari laman The Malaysian Insider.

3. Komponen rizab antarabangsa Bank Negara adalah terdiri daripada;
  • Rizab mata wang asing
  • Rizab dana monetari antarabangsa (International Monetary Fund)
  • Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (Special Drawning Rights)
  • Emas
  • Lain-lain aset rizab

Punca Kenapa Ekonomi Malaysia Kini Dalam Keadaan Mudarat

Walaubagaimanapun, sentimen terhadap ekonomi negara Malaysia banyak diburukkan oleh;
  • Ura-ura palsu yang memudaratkan terhadap ekonomi negara yang tidak berasaskan data ekonomi yang jelas.
  • Masalah dalam pengurusan 1MDB. Oleh kerana Dato’ Seri Najib Razak sendiri merupakan Pengerusi kepada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), ia menjadi kesan kepada Kerajaan Malaysia seluruhnya sehingga nama Malaysia naik sebagai salah sebuah negara yang korupsinya antara yang terteruk di dunia. Secara tidak langsung, nama Malaysia telah terkesan buruk!
  • Jawapan menteri ‘cerdik pandai’ apabila menjawab soalan-soalan berkenaan hal ehwal ekonomi dan masalah rakyat. Ini memberi pengaruh negatif akan kepimpinan & pengurusan negara.
  • Gejala panik oleh rakyat yang masih terpinga-pinga dengan situasi ekonomi negara.

Kesannya Berpunca Dari Permasalahan Dalam 1MDB


Masalah 1 Malaysia Development Berhad yang boleh membawa kesan kepada ekonomi negara adalah antaranya;
  • Hutang-hutang 1MDB adalah dilindungi oleh kerajaan.
  • Pembayaran hutang 1MDB yang ada diantaranya adalah dalam bentuk nilai mata wang USD. Jika dahulu kadar meminjam pada USD1 = RM3.10. Sekarang pembayaran hutang adalah pada kadar USD1 = RM4.20. Dan punyai potensi besar mencecah RM4.50 dan RM5 (tahun hadapan).
  • Banyak aset negara yang separa matang telah disuntik ke dalam 1MDB untuk dikembangkan dalam tempoh 20 tahun. Namun oleh kerana masalah pengurusan aliran yang teruk dan hutang yang tidak setimpal, aset-aset tersebut mungkin ada di antaranya yang terpaksa dijual kepada entiti luar untuk mengimbangi masalah ‘balance sheet’ 1MDB. Dan aset-aset itu kebanyakannya adalah milik kerajaan Malaysia yang dibeli dengan harga yang sangat murah.

Malaysia Akan Lalui Situasi Pembaikan Ekonomi

Yang pasti, Malaysia akan melalui situasi pembaikan ekonomi (economy correction) atau kelembapan ekonomi yang bakal dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Yang pasti ia bukan deflasi tetapi hanya kemelesetan. Selepas tamat tempoh ini, Malaysia berpotensi kembali meningkat maju seperti selepas zaman kemelesetan ekonomi 1997-1998.

Kenapa Saya Katakan Bukan Deflasi

ringgit2_reuters_250815
  • Malaysia tidak pernah mencetak wang secara tiba-tiba dalam kuantiti banyak seperti yang berlaku pada Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Bank-bank Malaysia mengamalkan langkah-langkah meminjam secara berhemah, tidak seperti Amerika Syarikat ketika zaman ‘sub-prime mortgage’ sehingga orang yang tiada keupayaan berhutang pun boleh mendapat pinjaman.
  • Banyak lagi pembangunan & infastruktur yang bakal naik, yang berpotensi memacu ekonomi negara selain populasi negara yang bertambah dengan sihat. 50% populasi Malaysia didominasi oleh orang muda yang usianya 35 tahun ke bawah. Ya, Malaysia tidak didominasi oleh populasi umur peringkat persaraan seperti Jepun atau negara-negara lain.
  • Jika deflasi berlaku, situasi bank run boleh berlaku & bank mengehadkan pengeluaran wang kepada beberapa ribu sehari. Jadi, abaikan mesej palsu yang menyatakan wang perlu dikeluarkan dari bank dan perlu disimpan bawah bantal.
  • Perlu diingat, kemelesetan ekonomi tidak bermaksud semua orang akan rugi, tetapi lebih kepada pemindahan kekayaan. Akan ada satu pihak yang rugi dan sebelah pihak lagi akan menerima keuntungan dari situasi tersebut.


Najib Akui Negara Akan Bankrap, Rakyat Perlu Bersedia

Masih Ingatkah Kata Najib Kenapa GST perlu dilaksanakan.

Najib akui dibawah pentadbirannya negara akan muflis.


Setelah sejumlah RM7.2Billion dibayarnya kepada perunding sejak lima tahun yang lalu, akhirnya Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan itu akui di bawah pentadbirannya negara akan bangkrap.


Malangnya kerana kebebalannya dalam mentadbir ekonomi negara, beliau memaksa rakyat menanggung akibat dari kebodohannya itu.


Dalam amarannya yang kelihatan amat terdesak untuk melaksanakan GST kepada seluruh rakyat Malaysia, Najib memberi kata dua kepada kita.. samada terima GST atau negara akan muflis..

Atau dalam lain ayat.. jika tidak dilaksanakan GST negara akan muflis atau bangkrap!!.. Bangkrap di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewanga
n

Najib: Saya tak kata negara bankrap tanpa GST


Ahmad Fadli KC        


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.

gerakan egm 261013 najib 3Menurutnya, kenyataannya pada akhir November lalu disalah petik dalam laporan akhbar.
Katanya, beliau menerima kesilapan tersebut sebagai salah satu dari risiko kerjayanya sebagai ahli politik.

Jelasnya, beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.

"Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece.
"Saya tak kata tanpa GST negara bankrap," katanya pada majlis penghargaan bersama pesara kanan kerajaan di Putrajaya tengah hari tadi.

Laporan The Star bertajuk 'Najib: It's either GST or facing bancruptcy' pada 25 November memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu melaksanakan GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.

Pada hari yang sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu sidang Dewan Rakyat pula menjelaskan kedudukan kewangan negara masih stabil.

Menurutnya, hutang negara berada pada kadar 53.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar sehingga akhir September jumlah RM529.6 bilion itu disifatkan Ahmad sebagai masih terkawal.

Kenyataan bercanggah kedua-dua pemimpin tersebut menjadi sasaran MP Pakatan Rakyat yang mendesak perdana menteri menjelaskan kedudukan kewangan negara.

Para MP berkenaan juga menuntut Najib menjelaskan dan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan yang selesa

Rakyat Perlu Yakin Pengurusan Ekonomi Negara Seiring Agensi Penarafan - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu lebih berfikiran positif dan yakin dengan pengurusan ekonomi negara seiring dengan tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur dan institusi penarafan antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan agensi penarafan seperti Standard & Poor's, Fitch Ratings dan Moody's Investors Service masing-masing menyatakan untuk mengekalkan penafaran atau menjadikan penarafan lebih positif.

"Tiada ke arah 'downgradekan' Malaysia...malah mereka memberikan pujian kepada pengurusan ekonomi Malaysia," katanya dalam temu bual bersempena Perhimpunan Agung Umno 2015, yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan malam tadi.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Najib berkata tahap keyakinan institusi kewangan dan agensi penarafan terkemuka dunia itu perlu diuar-uar kepada rakyat.

Katanya banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan namun tahap penghargaan yang ditunjukkan oleh rakyat mungkin tidak setimpal dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan.

Ini disebabkan rakyat dikelirukan oleh komen-komen negatif menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, katanya.

Najib yang juga Presiden Umno, berkata komen-komen terbabit memberi gambaran seolah-olah agensi penarafan berkenaan akan menurunkan taraf atau memberi penarafan negatif terhadap ekonomi negara ini.
Untuk rekod, Standard & Poor's meletakkan penarafan kredit Malaysia pada A- manakala Moody's memberikan penarafan A3 untuk hutang kerajaan Malaysia dan Fitch Ratings pula A-.-Bernama

"Wahai Najib Razak" : 

Luahan Terbuka Seorang Rakyat Malaysia kepada Perdana Menteri 

Gambar hiasan

Satu luahan terbuka seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Ruzaimi Hussain menjadi viral di media sosial Facebook setelah dia berkongsi luahan tersebut di Facebook miliknya.

Menurut Ruzaimi, apa yang ditulis olehnya adalah dari pengalamannya sendiri yang beliau sifatkan mungkin tidak pernah dirasai oleh pemimpin-pemimpin atasan negara.

"Saya bukanlah wakil rakyat mahupun berpendidikan amat tinggi cuma apa yang saya taipkan hanyala pengalaman hidup sendiri yang mungkin x pernah dirasai oleh pemimpin atasan kita", tulis beliau di Facebooknya di dalam posting berasingan.


Luahan terbuka oleh Mohd Ruzaimi Hussain

Wahai Najib Razak.. kau x pernah rasa mcm mane tengok beg duit ade cuma rm5 .. ko x pernah rasa pergi ATM tgk dlm akaun ade rm20 dan hanya dapat kluarkan rm10.

Ko x pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama sminggu.. kau x pernah rasa nak tuang minyak tgk dlm poket cme ade rm5 tp hanya tuang rm3.

Kau x pernah rasa makan nasi kat tepi jalan masa tgh rehat kerje sambil kenderaan lalu lalang dan bnyak debu jalanan..

kau x pernah rasa bila xde duit nak beli baju baru hanya dapat beli baju bundle 3helai rm10.

Kau x pernah rasa bila ada modal skit mniaga tepi jalan lalu diberi saman oleh majlis daerah atau perbandaran..

kau x pernah rasa bila malam terpaksa tutup smua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik.. lau x pernah rasa satu hari hanya bole guna 2 baldi air tuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air..

kau x pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal2 tapi teringat dalam beg duit ade rm30..

kau x pernah rasa walaupun demam tp x beli panadol kat 7eleven sbb duit x cukup..

kau x pernah rasa walaupun hujan terpaksa start motor pergi kerje walaupun baju hujan xde demi x dipotong gaji bulanan..

kau x pernah rasa bila dapat gaji rm900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama tapi bila hari ke2 dah bermasam muka sbb banyak benda nak dibayar..

kau x pernah rasa bila tapak kasut tercabut kau akan pergi kedai rm2 tuk beli gam dan tampal balik kasut tu yang mana hnya bole tahan slama 3 hari..

kau x pernah rasa bila ibu bapak kita nak kan sesuatu terpaksa kita sebagai anak simpan dlm hati saja dan mengambil masa yang agak lama tuk tunaikan impian ibu bapa kita tu..

kau x pernah rasa ini semua... sebab bila kau bangun dari tido semuanya dah tersedia.. -inilah apa yang aku rasa sebagai rakyat malaysia pada hari ini.

- Siakapkeli.my




 AMUKANMelayu - Kepentingan KUASA dan POLITIK telah menghilangkan rasa "SIMPATI" kepada Rakyat.......