,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI

Thursday 21 January 2016

DRAMA EMPAT EPISOD - GENDANG PERANG TELAH DI PALU ANTARA NAJIB DAN TUN M

AHMAD BASHAH MD HANIPAH (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin
AHMAD BASHAH MD HANIPAH (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kedah bercakap dalam sidang akhbar tergempar menolak kepemimpinan Mukhriz Mahathir di Alor Setar, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

EPISOD PERTAMA

Ini cerita pada Sunday, September 6, 2015

(GANTI MB KEDAH) Ahmad Bashah enggan ulas ganti Mukhriz

GEORGETOWN, Ahad – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, hari ini enggan mengulas desas desus yang mengaitkan beliau sebagai pengganti kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu sambil menyifatkannya sebagai cakap-cakap orang.
 
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Jika nak disebut-sebut, macam-macam orang sebut. Itu hanya cakap-cakap orang.

“Apa yang saya tahu, jawatan saya hanya Timbalan Menteri KPDNKK. Saya datang sini pun atas jawatan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pengguna Pulau Pinang 2015 hari ini.

Nama Ahmad Bashah disebut-sebut bakal menggantikan Mukhriz dalam rombakan yang kononnya akan diadakan pada 1 Oktober ini.

Selain Ahmad Bashah, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin juga disebut-sebut untuk menggantikan Mukhriz.

Sejak beberapa hari lalu, timbul pelbagai khabar angin mengatakan Mukhriz akan digugurkan daripada jawatan Menteri Besar, selepas gagal menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan tuduhan skandal RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ayer Hitam, mengangkat sumpah selepas Barisan Nasional kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 lalu.

Sebelum PRU-13, Najib dalam satu kenyataannya berkata, Mukhriz akan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah jika BN diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri pada PRU-13.

Sementara itu, Mukhriz bagaimanapun menyatakan beliau tidak bimbang dengan khabar angin akan dipecat oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai khabar angin. Saya perlu menunggu sehingga keputusan dibuat sebelum boleh memberi komen,” katanya.

Sejak kebelakangan ini Muhkriz antara pemimpin Umno yang dilihat gagal memberi sokongan kepada Najib, ditambah pula dengan tekanan dan kritikan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.

Malah, beberapa hari lalu khabar angin bertiup kencang mengatakan mesyuarat Majlis Tertinggi minggu depan bakal membuat satu keputusan mengejutkan yang antaranya membabitkan kedudukan Mukhriz; Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Preiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Pemimpin lain dalam senarai itu ialah Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris.
 
EPISOD KEDUA

ALOR SETAR 20 Jan. - Seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri ini hari ini menyuarakan pendirian hilang kepercayaan ter­hadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri dan Menteri Besar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, beliau yang mewakili semua pemimpin berkenaan merayu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

Katanya, seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Menteri Besar ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri ini.

“Antaranya, kegagalan beliau (Mukhriz) dalam menyatupadukan pimpinan UMNO dan jentera parti di semua peringkat negeri. Kedua, kita dapati tiada sebarang perancangan strategik parti bagi parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang semakin hari semakin dekat. Tidak ada perancangan dari segi itu bagaimana hendak hadapi PRU.

“Ketiga, beliau juga gagal mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepemimpinan parti di negeri ini. Ini dirasai dan diluahkan di semua peringkat bahagian.

“Sebagai Menteri Besar beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan, itu turut memberi kesan kepada parti. Kami merasakan banyak kelemahan di peringkat parti dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang akhbar tergempar di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan yang diadakan kira-kira pukul 3.30 petang itu dihadiri 14 daripada 15 pemimpin bahagian negeri ini. Hadir sama, ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri serta Ahli Parlimen UMNO negeri ini.

Turut serta dalam sidang akhbar yang berlangsung 15 minit itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas lanjut kata Ahmad Bashah, UMNO Kedah merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas pimpinan tertinggi parti negeri dan Menteri Besar.

“Sebab itu, kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah.

“Itu harapan kami dan keputusan ini dicapai secara bersama oleh semua kepimpinan parti ne­geri. Inilah suara kami dan rayu keprihatinan Perdana Menteri untuk buat segera keputusan demi masa depan rakyat dan parti untuk hadapi pilihan raya. Kami memohon agar Perdana Menteri lakukan sesuatu yang terbaik untuk negeri kita.

“Kami menyerah kepada budi bicara Perdana Menteri dan menyokong apa juga yang dilakukan oleh beliau," katanya.

Tambah beliau, tindakan segera itu perlu diambil demi menjaga parti dan rakyat negeri ini.

Sementara itu Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan berkata, keputusan secara bersama oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen UMNO Kedah tersebut dilakukan tanpa sebarang agenda peribadi.

“Kita berharap Perdana Menteri segera menyelesaikan kemelut parti ini dan apa yang dilakukan semata-mata demi kelangsungan UMNO Kedah dan rakyat," katanya yang kini berada di London kerana urusan kerja.
- See more at: http://www.utusan.com.my

EPISOD KETIGA

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bergegas meninggalkan majlis dihadirinya di Kampung Berjaya, di sini, sebentar tadi sejurus menerima maklumat berhubung sidang media khas diadakan kepimpinan UMNO Kedah, yang menyatakan hilang percaya terhadap kepemimpinan beliau. 

Tindakan Mukhriz itu menyebabkan wartawan yang membuat liputan sempena majlis anjuran Giant Eden Sdn Bhd itu, terpinga-pinga apatah lagi rata-rata mereka memang menunggu untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai pengumuman tergempar ketika sidang akhbar terbabit. Berdasarkan maklumat, Mukhriz dikatakan bergegas ke pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini dan kini satu mesyuarat sedang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu terbabit. 

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam sidang media bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri, menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my

TIMBALAN Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama kepimpinan UMNO Kedah mengadakan sidang media khas di Alor Setar, sebentar tadi. - Foto Shahrizal Md Noor ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bergegas meninggalkan majlis dihadirinya di Kampung Berjaya, di sini, sebentar tadi sejurus menerima maklumat berhubung sidang media khas diadakan kepimpinan UMNO Kedah, yang menyatakan hilang percaya terhadap kepemimpinan beliau. Tindakan Mukhriz itu menyebabkan wartawan yang membuat liputan sempena majlis anjuran Giant Eden Sdn Bhd itu, terpinga-pinga apatah lagi rata-rata mereka memang menunggu untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai pengumuman tergempar ketika sidang akhbar terbabit. Berdasarkan maklumat, Mukhriz dikatakan bergegas ke pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini dan kini satu mesyuarat sedang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu terbabit. Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam sidang media bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri, menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/116333

PANDANGAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG

Pelik!!!!,........ kenapa semua orang nak kalut pasal isu MB Kedah ni pasai apa? Ini dari sudut pandangan undang-undang.

Soalan: Adakah setakat jam 9.41pm 20 Januari 2016, DS Mukhriz masih MB Kedah?

Jawapan : Ya, beliau masih MB Kedah yang sah kerana mengikut Perkara 13 Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Kedah menyatakan bahawa Baginda Sultan Kedah hendaklah melantik sebagai Menteri Besar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang pada pendapatnya akan memperolehi sokongan sebilangan besar ahli dewan. 

Adakah semua yg hadir ke sidang media tadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah?

TIDAK
TERDAPAT 36 kerusi DUN di Kedah. Hanya sokongan minimum 19 orang Adun adalah mencukupi utk sesiapa menjadi Menteri Besar.

Setakat ni, Ketua2 Bahagian berkenaan masih gagal menunjukkan mereka mempunyai sokongan minimum 19 kerusi. Dan yang paling penting, Sultan Kedah mesti di yakinkan yang Mukhriz telah kehilangan simple majority sokongan ahli DUN. Bukan senang2 nak turunkan MB
Kena cerdik dan ikut Prosedur undang2.

KENYATAAN AKHBAR
Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Alor Setar
20 Januari 2016

Kenyataan Media PAS Kedah
BUBAR DUN KEDAH SEBAGAI FORMULA PENYELESAIAN

1. Kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mendakwa kononnya seluruh kepimpinan Umno Kedah telah hilang kepercayaan terhadap Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Menteri Besar; adalah kemuncak dari perpecahan Umno negeri ini yang tidak berupaya lagi disembunyikan.

2. Dakwaan bahawa Dato’ Seri Mukhriz telah “gagal mengurustadbir negeri secara berkesan” sebagai antara sebab Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap beliau; membenarkan dakwaan PAS selama ini terhadap kerajaan negeri pimpinannya. Apapun kegagalan tersebut tidak harus dipertanggungkan ke atas beliau semata-mata, sebaliknya ia adalah kegagalan sepenuhnya kerajaan negeri pimpinan BN. Secara tidak langsung Umno Kedah sendiri mengakui bahawa kerajaan mereka gagal!

3. Senario yang berlaku, sekaligus memadamkan retorik politik yang dilaungkan selama ini iaitu “BN menang, Kedah senang”. Apa yang berlaku, rakyat tidaklah memperolehi banyak kesenangan ekoran kemenangan BN, manakala mereka yang telah diberi mandat oleh rakyat itu pula asyik bercakaran kerana merebut kuasa.

4. Berdasarkan pergolakan yang berlaku dalam parti peneraju kerajaan negeri serta kegagalan mereka dalam pentadbiran negeri, saya berpandangan bahawa sesiapa sahaja yang dilantik sebagai menteri besar tidak akan dapat memulihkan situasi yang meruncing tersebut. Bahkan pelantikan menteri besar baharu dari parti yang sama hanya akan menambahkan lagi masalah terhadap pentadbiran, sekaligus menyusahkan rakyat.

5. Oleh kerana mandat yang diberikan oleh rakyat terhadap BN dahulu adalah kerana penonjolan Dato’ Seri Mukhriz sebagai calon menteri besar, maka adalah lebih wajar mandat itu dipulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan terbaharu. PAS Kedah menyarankan, Dato’ Seri Mukhriz selaku menteri besar yang sah supaya mengadap Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah untuk menasihatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri. Ia adalah formula terbaik untuk menghadapi kemelut yang berlaku.

6. PAS Kedah bersedia sepenuhnya untuk menjadi alternatif kepada sebuah kerajaan BN yang gagal, lemah dan berpecah itu. Saya percaya, kali ini rakyat Kedah lebih bijak dalam membuat keputusan setelah melihat kegagalan nyata BN; sekalipun hampir tiga tahun diberi peluang mentadbir.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
20 Januari 2016.

Kenyataan media.
UMNO KEDAH TIDAK BERADAP.

1.Kenyataan pimpinan Umno Kedah serta Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Umno Kedah yang telah hilang kepercayaan terhadap Dato'Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah suatu yang sangat tidak wajar pada suasana waktu dan ketika.

2.Saya tidak berhajat untuk menafikan hak mereka untuk berbuat demikian.Tetapi adalah tidak beradap dan biadap tindakan mereka itu dibuat diwaktu negeri Kedah sedang meraikan perayaan hari keputeraan yang ke 88 Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang juga Yang DiPertuan Agong.

3.Tindakan mereka telah mengganggu dan merosakan kemeriahan suasana sambutan hari keputeraan Tuanku Sultan dan telah merubah suasana kegembiraan kepada keresahan rakyat tentang pergolakan politik negeri Kedah.Sepatutnya pimpinan Umno Kedah menunggu selesai perayaan besar hari keputeraan sebagai tanda penghormatan Kebawah Duli Tuanku Sultan. Bisok 21 Jan 2016 adalah hari kedua pengurniaan bintang dan pingat pingat kebesaran.Tiba tiba hari ini mereka persembahkan kepada Tuanku Sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan dengan suatu tindakan yang tak beradab.

4.Tindakan Umno negeri yang diketuai oleh Dato'Bashah bersama adun adun Umno Kedah yang tidak beradab dan tidak menghormati sambutan hari keputeraan Kebawah Duli Tuanku Sultan menjadi tiada dikalangan Adun Umno Kedah yang layak untuk menjawat jawatan MB.Terpulang lah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Negeri Kedah,tetapi tidak wajar mencetuskan isu ketidak percayaan kepada MB Kedah selepas Titah Tuanku sempena hari keputeraan menerima lafas taat setia dari Dato'Mukhriz selaku MB mewakili kerajaan dan rakyat Kedah.Tindakan Umno Kedah adalah suatu penghinaan terhadap Tuanku Sultan.

5.Kepada Perdana Menteri Najib saya mengharapkan tidak akan menambahkan lagi masaalah kepada rakyat Kedah setelah lambakan masaalah ketidak ketentuan masa depan negara yang dicetuskan beliau.Yang dituntut oleh rakyat ialah beliau melepaskan jawatan PM.

SELAMATKAN DAN DAMAIKAN KEDAH DARULAMAN.
DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
20 Jan 2016/10 Rabiulakhir 1437H

 EPISOD KE EMPAT

Kedudukan kerusi di DUN Kedah... BN 21, DAP 2, PKR 4, PAS 8, PAN 1. BN dengan 21 kerusi, manakala pembangkang 15 kerusi , perbezaan 6 kerusi.

Persoalan politik-
1. Apakah mungkin jika Mukhriz digugurkan dari jawatan MB Kedah, beliau akan keluar UMNO?
2. Apakah mungkin akan ada Exco atau Adun yang memihak kepada Mukhriz akan turut sama keluar parti jika Mukhriz digugurkan sebagai MB?
3. Untuk Mukhriz hilang sokongan majoriti DUN memerlukan 19 suara. Do they have the numbers?
4. Apakah Mukhriz Mahathir akan patuh arahan Presiden UMNO sekiranya diarahkan Presiden UMNO untuk melepaskan jawatan sebagai MB Kedah?
5. Apakah mungkin jika Mukhriz kekal MB, akan ada Adun yang akan mengosongkan kerusi mereka? Atau Exco yang hilang kepercayaan kepada MB meletak jawatan Exco?

AMUKANMelayu - BASHAH dan Mat Lebai Sudin terperangkap dalam GAME Cash Is King......

ALOR SETAR 20 Jan. - Seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri ini hari ini menyuarakan pendirian hilang kepercayaan ter­hadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri dan Menteri Besar.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, beliau yang mewakili semua pemimpin berkenaan merayu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.
Ka
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-kedah-tolak-mukhriz-1.181833#sthash.BBSvRFCf.dpuf
ALOR SETAR 20 Jan. - Seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri ini hari ini menyuarakan pendirian hilang kepercayaan ter­hadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri dan Menteri Besar.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, beliau yang mewakili semua pemimpin berkenaan merayu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.
Katanya, seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Menteri Besar ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri ini.
“Antaranya, kegagalan beliau (Mukhriz) dalam menyatupadukan pimpinan UMNO dan jentera parti di semua peringkat negeri. Kedua, kita dapati tiada sebarang perancangan strategik parti bagi parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang semakin hari semakin dekat. Tidak ada perancangan dari segi itu bagaimana hendak hadapi PRU.
“Ketiga, beliau juga gagal mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepemimpinan parti di negeri ini. Ini dirasai dan diluahkan di semua peringkat bahagian.
“Sebagai Menteri Besar beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan, itu turut memberi kesan kepada parti. Kami merasakan banyak kelemahan di peringkat parti dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang akhbar tergempar di sini hari ini.
Sidang akhbar berkenaan yang diadakan kira-kira pukul 3.30 petang itu dihadiri 14 daripada 15 pemimpin bahagian negeri ini. Hadir sama, ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri serta Ahli Parlimen UMNO negeri ini.
Turut serta dalam sidang akhbar yang berlangsung 15 minit itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Mengulas lanjut kata Ahmad Bashah, UMNO Kedah merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas pimpinan tertinggi parti negeri dan Menteri Besar.
“Sebab itu, kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah.
“Itu harapan kami dan keputusan ini dicapai secara bersama oleh semua kepimpinan parti ne­geri. Inilah suara kami dan rayu keprihatinan Perdana Menteri untuk buat segera keputusan demi masa depan rakyat dan parti untuk hadapi pilihan raya. Kami memohon agar Perdana Menteri lakukan sesuatu yang terbaik untuk negeri kita.
“Kami menyerah kepada budi bicara Perdana Menteri dan menyokong apa juga yang dilakukan oleh beliau," katanya.
Tambah beliau, tindakan segera itu perlu diambil demi menjaga parti dan rakyat negeri ini.
Sementara itu Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan berkata, keputusan secara bersama oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen UMNO Kedah tersebut dilakukan tanpa sebarang agenda peribadi.
“Kita berharap Perdana Menteri segera menyelesaikan kemelut parti ini dan apa yang dilakukan semata-mata demi kelangsungan UMNO Kedah dan rakyat," katanya yang kini berada di London kerana urusan kerja
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-kedah-tolak-mukhriz-1.181833#sthash.BBSvRFCf.dpuf

UMNO Kedah tolak Mukhriz

Hilang kepercayaan kepada MB, Rayu PM campur tangan selesai kemelut parti

 4  0 Google +0
AHMAD BASHAH MD HANIPAH (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin AHMAD BASHAH MD HANIPAH (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kedah bercakap dalam sidang akhbar tergempar menolak kepemimpinan Mukhriz Mahathir di Alor Setar, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN