,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 12 September 2015

NAJIB CRISIS - SEKALI LAGI PDRM AKAN JADI "BALACI" JIKA BN KALAH

 
PENJARA - Ramai sedang MENEMPAH laluan ke PENJARA jika NAJIB CRISIS tidak selesai.
 

Kertas Pendakwaan Ke Atas Najib Razak - SIAPA YANG DERAF?

OLAK LEMPIT - Sabtu 28 Zulkaedah 1436, memetik tulisan , beberapa bulan yang lalu, Pejabat Peguam Negara menafikan mereka menderaf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laman Sarawak Report, kata Datuk Tun Abdul Majid Hamzah.

Timbalan peguam cara negara II itu berkata demikian melalui akaun Twitternya malam ini.

"Deraf kertas pendakwaan seperti disiarkan Sarawak Report tidak dikeluarkan Pejabat Peguam Negara," katanya melalui akaun Twitter @TAMajid.

Dalam posting terbaru hari ini Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA
30 Julai 2015
 
1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu. 
2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami. 
3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai. 
4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.  
5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah. 

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA
30 July 2015
 
1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false. 
2. The alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers.

3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance. 
 
4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.  
5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty.
TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI 
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

PADA 12 APRIL, Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.
Beliau mengulas berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibimbanginya boleh menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Dr M

“Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.

“Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.
“Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.

“Kalau BN kalah… banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar,” kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtube semalam, lapor Malaysiakini.
Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut

Pembangkang Akan Penjarakan Najib


dalam keluarannya pada April 13, 2015 menulis,  menurut Zam, PM perlu letak jawatan bagi memastikan BN terus berkuasa pada PRU14 sekaligus mengelak dirinya dari dipenjara. 
najib mahathir
Add caption
Amaran Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mempunyai maksud tersirat.

Berdasarkan tempoh masa yang masa ada, BN masih mempunyai masa untuk melakukan pembetulan dan menarik semula keyakinan rakyat kepada kerajaan, sebelum PRU14, diadakan, sekiranya Najib meletak jawatan yang disandang,
Dalam tulisannya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menjelaskan pandangan bekas Perdana Menteri itu bukan sekadar ingatan untuk Najib malah buat diri Mahathir sendiri.

Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pengekalan BN untuk meneraju negara ini amat penting bagi mengelak pembangkang dari berkuasa. Jika BN tumbang, bukan setakat Najib malah Mahathir sendiri akan menjadi sasaran.

“Tentunya bila PR menang Anwar Ibrahim akan dibebaskan seperti Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi Dr.Mahathir sendiri yang dianggap sebagai authoritarian akan ditangkap dan ditahan lebih dahulu dan disusuli dengan tangkapan ke atas Najib dan lain- lain untuk didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, skandal 1MDB atau lain lain”, dakwa Zam.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, turut mengingatkan Perdana Menteri situasi sebenar pandangan pelbagai lapisan rakyat terhadap kepimpinannya. Katanya, kemunculan Perdana Menteri dalam program Soal Jawab Khas terbitan TV3 minggu lalu, masih tidak menyakinkan penonton.

Bahkan beliau menyifatkan penerampilan itu sekadar memenuhi seruan dari dalam parti terutama dari Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Shahrir Abdul Samad yang mahu Najib memberi jawapan langsung kepada umum mengenai perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.

“Yang tersembunyi ialah kemunculan Najib yang tergesa-gesa tanpa promosi pengumuman lebih awal di buat menerusi media cetak dan lain-lain media seperti yang biasa dilakukan terutama untuk meyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat.

The Powers of Incumbency mestilah digunakan dengan bijaksana atau secara profesional,jika tidak ia lebih mendedahkan keadaan yang panik di sebalik wajah tenang dan berani. Inilah kesan negatif yang telah berlaku, tulisnya di laman blog http://zamkata.blogspot.com.



Ketegasan Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador  sukar untuk di nafikan. Beliau dengan lantang menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah. Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.
“Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?
“Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya
Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam “mesyuarat tergempar” dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.  

Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa. Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.
“Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu ‘bershopping’ sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.
“Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.
Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.
“Saya tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.
“Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya,” katanya.
Sementara itu, Rizal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.
“Nanti saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid (gambar) ini dulu,” katanya.
 

Sementara itu Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador. Katanya, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.

“Bohong, semuanya bohong,” tegasnya ketika dihubungi FMT.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam “mesyuarat tergempar” yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Nak percaya siapa ni? Pegawai Polis ke Pegawai Rosmah...






Kes saya luar biasa kerana arahan datang dari TPM, kata bekas timbalan pengarah Cawangan Khas

"Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador malam ini mendedahkan, bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail mengadakan perundingan dengan unit risikan polis itu berhubung pelbagai perkara yang memberi kesan kepada keselamatan negara".

ABDUL_HAMID_BADOR_POLIS CAWANGAN KHAS NAJIB 1MDB

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mengakui beliau dan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail ada bertemu di rumahnya 2 hari sebelum pendakwa raya itu dipecat daripada jawatannya pada 28 Julai lalu.
Sambil mengakui beliau dan Gani ada bertemu di rumahnya 2 hari sebelum pendakwa raya itu dipecat daripada jawatannya, Hamid mempersoalkan adakah itu menjadi sebab kepada pertukaran beliau dari Cawangan Khas ke “tempat simpanan sejuk beku” di sebuah unit keselamatan baru di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Hamid berkata, soalannya itu ditujukan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini memaklumkan beliau mengenai pertukarannya itu. Hamid bertanya adakah pertukarannya itu kerana keceluparannya dalam membangkitkan betapa perlahannya proses siasatan terhadap firma pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 
    .
“Saya merasakan diri saya dihina seolah-olah seperti najis mughallazah dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM (Polis Diraja Malaysia) itu lagi.

“Adakah ‘pertukaran’ ini dibuat kerana saya berada bersama Gani di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempo lembab proses siasatan ke atas kes 1MDB?” soalnya tanpa menyatakan dengan jelas perkara yang dibincangkan dengan Gani.

“Sebelum ini Gani sering meminta pandangan cawangan khas dalam banyak isu atau kes tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara,” katanya.

Beliau mengakui mengadakan pertemuan selama hampir sejam setengah dengan Gani di rumah bekas peguam negara itu 2 hari sebelum penyingkiran beliau pada 28 Julai lalu.
Gani sebelum ini menganggotai pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan. Hamid berkata jika pertukarannya adalah satu “hukuman” kerana bertemu dengan Gani, ia sangat “kejam”. Menyalahkan Zahid, yang juga menteri dalam negeri serta penyelia kepada pasukan polis, Hamid bertanya: 

“Tidakkah beliau sedar saya ini seorang ‘career officer’ dalam PDRM dan bukannya macai politik?”
“Saya ingin jawapan dari Zahid sendiri atas alasan apakah saya ditendang keluar dari PDRM.
“Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang ‘pertukaran’ tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan jika keputusan mengenai pertukaran itu dibuat pada mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut dihadiri Zahid.

“Ramai yang menuduh saya sebagai ‘sore loser’ sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang ‘normal’ di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi khusus.
“Betul. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa,” katanya.

Beliau berkata, kesnya amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang timbalan perdana menteri. Hamid berkata, sebagai menteri dalam negeri, Zahid sepatutnya membela beliau.

Katanya, sehingga kini, beliau masih belum ditetapkan tugas yang sebenar walaupun sudah melapor diri pada 1 September lalu. Beliau dipindahkan keluar dari Cawangan Khas pertengahan Ogos lalu ke bahagian jenayah merentas sempadan yang baru ditubuhkan yang akan melapor terus kepada perdana menteri. – TMI



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5vG_ZfljK1Pnk6LA5RPfl5DTUPD48tovcQgkdLT8c0-Of944m96y8AF7MpiPhgGCMalNiOe0ygwvAh3m-qCZo_FFmjefs87KY81UzGapH9j6utLvPSNn9vDJDSB9NCrzzq3708Qfr-0c/s1600/rahim+nor.jpg

Pada 25 Aug 2015 04:30 AM PDT Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor menyifatkan pertukaran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador sebagai "amat membimbangkan".

Rahim berkata, kebimbangan itu bertambah kuat apabila bekas ketua Cawangan Khas, Datuk Seri Akhil Bulat turut digantikan pada Julai lalu, seminggu sebelum kontraknya tamat.

"Orang nombor 1 sudah tiada lagi di sana dan kini nombor 2 dipindahkan.

"Orang yang waras akan berfikir adalah lebih baik untuk tidak menukar 2 individu tersebut serentak," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Laporan sama menyebut Hamid pernah bekerja di bawah penyeliaan Rahim sewaktu bekas KPN itu menjadi pengarah Cawangan Khas.

Rahim berkata, Hamid seorang pegawai perisik yang sangat tekun dalam melaksanakan tugasnya.

"Dia sangat bijak dan berdedikasi. Beliau seorang pegawai perisikan 100%. Ia ada di dalam darahnya.

"Sebagai bos, saya tidak pernah meragui beliau dan keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaannya.

"Beliau amat dedikasi dengan unit Cawangan Khas. Beliau akan melakukan apa saja untuk melindungi integriti, imej dan maruah Cawangan Khas," katanya.

Rahim yang terkenal dengan ketegasannya itu turut memuji keberanian anak buahnya itu bersuara sewaktu masih berkhidmat dalam kerajaan.

"Hakikatnya beliau berani mengeluarkan kenyataan semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan, itu menunjukkan warna sebenarnya. Beliau berani kerana benar," kata Rahim.

Hamid, yang memulakan kerjayanya dengan unit risikan polis, Cawangan Khas, baru-baru ini ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai timbalan pengarah di bahagian jenayah rentas sempadan, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau pada mulanya berang dengan pertukaran mendadak itu dan mempunyai sehingga 17 September untuk buat keputusan sama ada menerima atau tidak jawatan berkenaan.

Pertukarannya dibuat selepas tindakan turut diambil terhadap agensi penguatkuasa lain yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hamid berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai "isu semasa" dan berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya.

Hamid berkata beliau masih dibayar gaji oleh kerajaan dan sedia maklum mungkin ada akibatnya kerana bercakap secara terbuka, tetapi menambah kesetiaannya adalah kepada negara dan agama. – 25 Ogos, 2015.


AMUKANMelayu - Duk teringat.....macamana HUKUMNYA 1MDB  menaja Orang Kampung pi Mekah.....