,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 11 September 2015

NAJIB CRISIS - CASH IS KING


Image result for kerbau dicucuk hidungnya
Bila "BALAQ" ni di cucuk hidung?









Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Julai, 2015.Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Julai, 2015.
Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu. Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.
Menurut Gani, semalam pasukan petugas khas  sekali lagi menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan memperoleh dokumen.

"Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini. Semalam, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ketiga-tiga syarikat ini memindahkan sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada akaun peribadi Najib di Ambank.
Gani berkata,  pasukan petugas khas, dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Gani, siasatan pasukan petugas khas akan fokus kepada setiap aspek yang dibangkitkan.
"Saya yakin keanggotaan pelbagai agensi akan membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih profesional dan terperinci.
“Saya juga berharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan pasukan petugas khas ini menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai," katanya. – 4 Julai, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-sahkan-serbu-syarikat-didakwa-salur-wang-ke-akaun-najib#sthash.m32NJ8wr.dpuf
OLAK LEPIT - Jumaat 27 Zulkaedah 1436H, hari bacaan IPU(Indek Pencemaran Udara) amat teruk melanda Banting, Bandaraya Jawa yang menjadi kesukaan penulis. Semua siaran radio heboh menceritakan yang JEREBU adalah tidak baik untuk kegiatan luar dan Indonesia pula berkali-kali mohon maaf dari Malaysia dan Singapura kerana asap itu berpunca dari kebakaran hutan di Sumatera Selatan. Tapi semua itu hanya bersifat sementara. Turun hujan nanti hilanglah semua asap dan jerebu tu.

Tapi apa yang merunsingkan semua orang kini adalah Kes 1MDB yang tak pernah selesai. Kini ianya merebak menjadikan ia lebih besar sehingga menjadi perhatian dunia dan Indek Rasuah kita berada di tahap paling TERCOROT. Kini kes IMDB seperti sudah hilang dan kini timbul pula JENAYAH UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN MALAYSIA. 

Ini yang penulis katakan NAJIB CRISIS

Untuk mengelakan supaya jangan di dakwa, perkara pertama yang mesti di lakukan adalah menghilangkan bahan bukti, dan selepas itu pecat peguan Negara. Tak semena-mene Najib bagi tahu rakyat, mantan Peguam Negara, Gani Patail dipecat atas alasan kesihatan .... kawan tu tinggal sebulan sahaja lagi untuk bersara...Kena pecat mengejut gitu sahaja. Sedangkan dia duk pi pejabat dalam sihat walafiat lagi. Malah hari dia dipecat pun masih duk sihat.

Sampai hati PMO buat lagu tu kat Peguam Negara. Tak ada majlis meraikan Perpisahan, potong kek atau di beri surat KEPUJIAN sebagaimana lazimnya 'Jasa Mu Dikenang....Gani Patail dimalukan dengan pemakluman khidmatnya ditamatkan ketika beliau datang ke pejabatnya untuk bertugas seperti biasa.... 


Setiausaha Negara Ali Hamsah siap menunggu diluar pintu pejabat dan melarangnya dari masuk. Ungkapan popular oleh Donald Trump dan Tony Fernandes dalam siri teevee 'The Apprentice Worldwide' suatu ketika dulu seolah-olah dilakonkan semula secara live oleh Ali Hamsah :


  "You are fired!" katanya kepada Gani Patail yang terpinga-pinga sebab dia sendiri pun tidak tahu kenapa!

Tapi hari ini, mantan Peguam Negara, Gani Patail harus tahu kenapa beliau kena pecat.


Boss operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pegawai-pegawainya juga harus tahu kenapa mereka disoalsiasat, pejabat dan rumah mereka kena geledah malah ada yg kena tukar seketika....


PASUKAN PENYIASAT TIDAK SAH

rahman dahlan najib 1mdb


Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah “tidak sah”.

“Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

“Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.

“Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat,” katanya dalam wawancara dengan The Star Online.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengatakan pemecatan Gani Patail adalah kerana  Gani terlibat dengan pasukan petugas yang menyiasat wang RM2.6 billion yang dimasukan ke akaun peribadi Najib.


Rahman kata, "tidah sah!". Ini kerana Badan Penyiasat itu sendiri tidak sah.


Dari sinilah bermulanya semua episod seram pada Bank Negara, SPRM dan Peguam Negara. Tapi tidak pada PDRM. Di masa ini juga dikatakan MAKLUMAT siasatan di katakan BOCOR......maka BERPECAHLAH 4 sekawan badan penyiasatan yang memangnya menjadi tugas mereka menyiasat apa-apa yang BERCANGGAH dengan undang-undang Negara.

7 pegawai tinggi SPRM kena soal siasat, kena geledah dan kena tukar ?? Apa pelik sangat cerita ni??. Episod-episod yang menyeramkan menjadi tandatanya....


- Bagaimana Bukit Aman boleh terbakar? 
- Kenapa Pegawai SPRM di tukarkan ke PMO?
- Benarkah Peguam Negara tidak sihat dan di berhentikan?
- Kalu boleh menyanggah pendapat Presiden, kenapa Muhyiddin dan Shafie di pecat?
- Siapa beri RM 2.6 Billion?
- Kenapa PAC seakan di bubarkan dan Pengerusinya di lantik menjadi Ahli Kabinet?
- Zetti hilang beberapa hari....
- Tak habis lagi.....BOSS SB pulak di tukarkan ke PMO.

Kini lebih dahsyat lagi ada pihak yang nak GULING KERAJAAN. Semua pihak Berkuasa kini menumpukan kepada KES NAK GULING KERAJAAN. 

Semua siasatan yang sepatutnya menjadi perkara DASAR atau TUNJANG SIASATAN kini semuanya telah hilang.....seperti TERBAKARNYA Fail-fail Bukit Aman. 

Kalau ikut pendedahan Sarawak Report , Shahril Samad boleh RM1juta, Ahmad Maslan boleh ke dia RM2juta..... mamat ni dah dapat berapa juta agaknya?? Kuat sangat gosoknya sampai melecet ...!!! 

Terima RM1 juta daripada Najib perkara biasa, kata BNBBC





Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal. Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.
"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana. Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno.
Selain beliau, yang didakwa menerima dana daripada presiden Umno ialah Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga Ketua Pu­teri Umno.
Portal tersebut mendedahkan dana tersebut disalurkan dalam akaun Tenure Finance Corporation (BVI) di Falcon Bank di Singapura pada hari sama perdana menteri menutup akaunnya di Amprivate Bank pada 30 Ogos 2013.
Sarawak Report berkata, dana itu disalurkan daripada syarikat sama yang menyalurkan AS$681 juta ke dalam akuan peribadi Najib pada awal Mac 2013. – 17 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/terima-rm1-juta-daripada-najib-perkara-biasa-kata-bnbbc#sthash.ejJgTcMs.dpuf

Terima RM1 Juta Daripada Najib Perkara Biasa..




Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.
"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana.

Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno lapor The Malaysian Insider




Ini pula cerita RM 2 Juta MASUK Dalam Akaun ROSMAH



KUALA LUMPUR, 31 Julai: Sebuah portal berita asing, Asia Sentinel, digesa membuktikan dokumen rasmi ke atas tuduhan yang dilaporkan dalam artikel terbitan mereka baru-baru ini.
Editor portal itu, John Berthesel bertanggungjawab atas penerbitan satu artikel pada 30 Julai lalu bertajuk ‘Isteri Perdana Menteri Malaysia mahu Gabenor Bank Negara dipecat’.
 
Beliau turut digesa untuk memohon maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana laporan itu menjejaskan imej dan reputasi beliau.  Memetik kenyataan peguam yang mewakili Rosmah, Messrs Noorhajran Mohd Noor dalam kenyataannya hari ini berkata, John perlu meminta maaf di atas semua dakwaan dan salah lapor yang dibuatnya itu dalam masa 48 jam. 
“Tuduhan dalam laporan berbentuk artikel itu sangat serius dan dari sumber yang tidak tepat.
“John boleh merujuk sendiri kepada Bank Negara Malaysia mengenai kebenaran maklumat yang ditulis dalam laporan itu,” menurut kenyataan itu.
 

Dalam laporan itu, Asia Sentinel melaporkan, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang boleh menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu Noorhajran berkata, John diminta menyerahkan semua dokumen dan sumber rujukan untuk dijadikan bukti dan menguatkan tuduhannya seperti yang terdapat dalam laporan yang ditulis dalam masa 48 jam.
 

Sekiranya John gagal berbuat demikian tindakan undang-undang dan proses pendakwaan menggunakan kanun jenayah dan sivil akan diambil ke atasnya.


Cer baca berita berikut :

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".


"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.


Image result for sprm - lubang cacing
"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.

"Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star Online.


Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.


Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.


Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.



WANG MASUK AKAUN NAJIB : Pasukan SPRM, PDRM, BNM SERBU tiga syarikat terlibat

Dah la tak sah, pada  Saturday, July 4,  2015, Pihak berkuasa menyiasat pejabat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri pada Jumaat dan memperoleh sejumlah dokumen yang berkaitan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.


Menurut beliau, serbuan ke atas SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd  itu dilakukan oleh sebuah kumpulan penyiasat pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Abdul Gani juga mengesahkan bahawa pasukan khas itu telah memulakan siasatan berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyerahkan kepada beliau beberapa dokumen untuk disemak termasuk dokumen yang berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke akaun Perdana Menteri.

"Siasatan akan memfokus setiap aspek yang dibangkitkan," kata Abdul Gani dalam satu kenyataan.

Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa siasatan kerajaan terhadap 1MDB mendapati wang berjumlah berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Di dalam laporannya, WSJ mendakwa dokumen menunjukkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi perdana menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti SPRM, BNM dan PDRM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.

"Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Beliau juga menyambut baik kenyataan Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.

"Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan," tambah Muhyiddin.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semalam berkata dakwaan oleh WSJ tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Abdul Rahman Dahlan pula berkata jika mereka benar-benar serius tentang kesahihannya, laporan tersebut perlu menamakan sumbernya.

Sementara itu, Abdul Gani meminta semua pihak memberikan kerjasama terhadap proses siasatan dan "tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai."

Add caption
Bahasa

Akaun AmBank Najib ditutup lebih awal, kata pasukan petugas 1MDB









Akaun bank Datuk Seri Najib Razak di AmBank Islamic sudah ditutup sebelum The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bilion ringgit dipindahkan ke akaunnya, minggu lalu, kata pasukan petugas khas kerajaan hari ini, mengesahkan perdana menteri mempunyai dua akaun di bank berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini pasukan petugas khas berkata, dua akaun ditutup pada 30 Ogos, 2013 dan 9 Mac tahun ini.
Sehubungan itu, akaun berkenaan bukan di antara 6 yang dibekukan pasukan petugas khas pada Isnin sebagai sebahagian daripada siasatan dalam laporan WSJ.

Menurut kenyataan itu, pasukan petugas khas memperoleh dokumen bank berkaitan dengan akaun berkenaan. – 9 Julai, 2015. Ia berkata pasukan petugas khas sudah memperoleh dokumen bank berkaitan akaun berkenaan.
“Berkenaan perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai, 2015 terhadap 6 akaun bank, tiada akaun bank di AmBank Islamic dipegang perdana menteri pada tarikh ia dibekukan kerana 2 akaun bank berkenaan sudah ditutup pada 30 Ogos, 2013 dan 9 Mac, 2015.
“Pasukan petugas khas sudah memperoleh dokumen bank berkaitan akaun berkenaan,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara itu.
Ini nampaknya adalah pengesahan pertama menunjukkan Najib pemegang 2 akaun bank di AmBank, seperti dilaporkan WSJ dalam laporannya pada 2 Julai yang mengatakan ia memperoleh dokumen daripada penyiasat kerajaan.
Penutupan itu dibuat tidak lama selepas dakwaan pindahan dana berkenaan dibuat.
WSJ melaporkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) asalnya daripada Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Islands, dimasukkan ke dalam akaun Najib menerusi 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac, 2013, sebelum pilihan raya umum tahun itu pada Mei.
Pasukan petugas khas hari ini berkata salah satu daripada akaun itu ditutup pada 30 Ogos, tahun yang sama.
Sejumlah AS$11.1 juta (RM42 juta) lagi daripada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan dipindahkan dalam 2 transaksi antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.
Akaun kedua ditutup pada 9 Mac tahun ini, kata kenyataan pasukan petugas khas itu.
Pasukan petugas khas itu pada Selasa membekukan 6 akaun berkaitan siasatannya.
Susulan pengumuman itu, sumber memberitahu The Malaysian Insider, 3 daripada akaun yang dibekukan itu milik Najib, selain satu masing-masing milik SRC International dan Ihsan Perdana, syarikat tempatan yang menjadi sebahagian daripada aliran wang RM42 juta berkenaan.
Melaporkan mengenai pembekuan itu, WSJ berkata akaun yang dibekukan itu berbeza daripada akaun yang dilaporkan.
WSJ juga memuat naik dokumen yang digunakan dalam laporannya yang menunjukkan arahan pindahan telegrafik dan carta menunjukkan aliran wang itu.
Najib menafikan mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi tidak membuat kenyataan secara langsung mengenai pindahan dana ke akaunnya.
Bank Negara Malaysia dand AmBank juga tidak memberi respons terhadap tuduhan itu.
Kenyataan pasukan petugas khas hari ini berkata dokumen berkenaan yang sedang disiasat diberikan oleh kumpulan itu sendiri dan bukan daripada apa yang WSJ siarkan.
Kenyataan itu ditandatangani 4 ahli pasukan petugas khas itu; Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – 9 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akaun-ambank-najib-ditutup-lebih-awal-kata-pasukan-petugas-1mdb#sthash.gWdOqLio.dpu

Saya tertekan, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau juga tertekan dengan laporan media yang menghakis sokongan kepada BN. Beliau membangkitkan laporan media mementingkan kecepatan dan bukan ketepatan, yang menurutnya boleh membentuk tanggapan negatif kepada kerajaan.

“Saya pun depress (tertekan). Orang politik pun depress sebab kita mudah jadi sasaran.

“Orang media rugi pengedaran (akhbar). Kita rugi daripada segi undi. Sama juga depress,” kata Najib.

Beliau bercakap demikian dalam majlis berbuka puasa bersama media di ibu pejabat Sinar Harian di Shah Alam. Najib juga membangkitkan laporan pembelian tanah Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji pada hari terakhir kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sebelum ini sebagai contoh bagaimana berita mempengaruhi undi.

“Takkan kita nak guna duit rakyat untuk bailout (selamatkan) 1MDB. Itu bukan kerajaan punya tanggungjawab. Tapi cerita itu dah viral (dikongsi meluas).

“Inilah cabaran dalam persekitaran baru ni,” katanya.

Pahlawan Bugis Lari Hadiri Persidangan Anti Rasuah..... 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, Najib dinasihatkan supaya tidak menghadiri persidangan itu kerana dijangka sambutan ‘hostile’ atau tidak mesra yang bakal diterimanya.


Najib Memalukan Negara



Wednesday, September 2, 2015, Presiden Transparency International Dunia, Jose Ugaz dalam ucapan pembukaan di Persidangan ANti Rasuah IACC kali ke 16 di Putrajaya telah menempelak negara tuanrumah yakni Malaysia dengan berkata - Ada krisis Rasuah di sini ! sambil merujuk kepada kes transaksi USD700 ( RM2.6 billion ) yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib yang sehingga kini masih belum diberikan penjelasan yang menyakinkan !





Jose also bluntly criticised the recent actions of the Malaysian government — made against the backdrop of the RM2.6 billion issue —  including the sudden replacement of the Attorney-General, the dismantling of a taskforce probing the state-owned firm 1MDB and the arrests of anti-corruption investigators.


"We want to see more progress but that cannot happen while there are unanswered questions about the US$700 million that made its way into the Prime Minister's personal bank account," he said at the 16th International Anti Corruption Conference (IACC) here.


Jose stressed that promises of reform by the government are insufficient, as the pressing need now is for answers.


"That is not what is needed at this time. And promises alone will not restore confidence and trust," he said.


Jose said the two questions of who paid the money and the reason for it and where it went must instead be answered, adding that "one man" could provide these answers, he said in an apparent reference to Najib.


Until then, Jose said any remarks by Malaysia’s government against corruption will not inspire confidence. - Themalaymailonline.


Presidennya, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana berkenaan.




"Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin berlaku ketika soalan mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri belum dijawab," kata Ugaiz. - TMI.


Sebarang kenyataan atau janji dari pihak tuanrumah mengenai usaha membasmi rasuah hanya janji kosong jika isu RM2.6 billion itu tidak diselesaikan.

Siapa yang bagi ? Tujuan di berikan ? Kemana dibelanjakan ?

Kita di sini yang dari dulu secara konsisten bertanya soalan2 yang sama telah diserang dengan pelbagai kritikan hebat oleh pro Najib.

Nah, sekarang pemimpin anti rasuah dari seluruh dunia datang ke sini dan mereka juga bertanya soalan2 yang sama ....bagaimana nak meletakkan muka kita yang sawa matang ni?

Najib ..... anda telah MEMALUKAN nama negara di pentas dunia !!

Kini isu RM2.6 Billion itu bukan lagi isu Umno semata2 tapi sudah menjadi isu DUNIA. Satu dunia sedang memerhati Najib ketika ini.

Kenapa Datuk Paul Low sebagai wakil Malaysia tidak berikan penjelasan DERMA kepada 1000 perwakilan dunia yang hadir itu sepertimana pemimpin2 Umno berikan kepada ahli2 Umno ?

Jawablah yang dana itu adalah derma ikhlas dari seorang Pak Arab sebagai menghargai usaha Najib mempertahankan Islam dari ancaman IS dan pengaruh Yahudi.

Kenapa tak cakap ? Jika alasan itu tidak diberikan kepada perwakilan IACC, katakanlah kepada DUNIA itu hanyalah BOHONG BELAKA! kerana tahap pemikiran rakyat Malaysia tak kesah dengan semua itu. Kerana Ahli2 UMNO boleh menerima alasan2 dangkal sebegitu, cuma penulis duk hairan, mana Rahman Dahlan ? Mana Said Keruak ? Ayuh pertahankan bos anda di peringkat dunia dalam isu Derma RM2.6 Billion. Yes Boss.....pasti jadi MENTERI.




AMUKANMelayu - NAJIB CRISIS menjadikan Malaysia telah ROSAK hingga ke akar tunjangnya kerana "CASH IS KING".............