Beliau berkata, mereka perlu kembali kepada UMNO dan bersama-sama dengan yang lain memperkukuh, sekali gus memperkuatkan parti dalam memastikan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu akan terus kekal relevan.
“Jangan buat keputusan ketika sedang marah atau semasa kita sedang sedih kerana sesungguhnya semua keputusan yang kita buat pada waktu itu adalah tidak rasional.
“Jadi, kepada mereka yang sudah tidak ada jawatan baliklah kepada UMNO dan jangan rosakkan UMNO,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Felda Lok Heng Timur di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md. Jais Sarday dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahman. - UTUSAN ONLINE