,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 6 August 2015

Pasukan Petugas Khas Di Bubarkan - AG dan SPRM



Anda Baca dan Fikirkan........

OLAK LEMPIT - Khamis 21Syawal 1436H, Serabut, Keliru, Khosot, berkarut dan MERAPU. Skrip Asal KES IMDB melibatkan RM 42 Billion. Lepastu  Bekas Pekerja PetroSaudi Kena Tangkap

1. Xavier Andre Justo, warga Swiss yang berkerja dengan PetroSaudi International Ltd, sebagai Eksekutif IT namun telah dipecat dua tahun lalu dan melarikan diri ke Thailand telah ditangkap di negara tersebut pada Selasa.

2. Justo dikatakan telah mencuba memera- ugut bekas majikannya sehingga 2.5 juta Swiss Francs (lebih RM10juta).

3. Justo telah berurusan dengan Serawak Report dan beberapa dokumen telah ditokok- tambah oleh Sarawak Reports termasuk yang melibatkan 1MDB

PENYIASATAN POLIS TELAH BERALIH ARAH

1. PDRM lebih kepada PENYIASATAN DUKUMEN PALSU dan FOKOS sudah hilang arah
2. 3 Lagi AGENSI masih meneruskan siasatan
3. AG, Tan Sri My di berhentikan dan Zahid menjadi TPM serta Men. Dalam Negeri.
4. SPRM jumpa duit masuk akaun Najib RM 2.6 Billion
5. Awam telah tahu dan katanya ini adalah KEBOCORANDUKUMEN
6. PDRM beralih lagi FOKOS siasatan dari DUKUMEN PALSU kepada KEBOCORAN DUKUMEN. 
7. Kini PDRM beralih FOKOS lagi kali ke empat dimana kini FOKOS lebih menjurus kepada KONSPIRASI MENJATUHKAN KERAJAAN DEMOKRASI yang sah.....dan 4 budak hitam telah bergaduh sesama sendiri.......

DUA daripada empat agensi yang terbabit dalam Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kebocoran dokumen tertentu serta kononnya ada konspirasi atau komplot untuk menjatuhkan kerajaan, telah disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kedua-dua ialah Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai kanan kedua- dua jabatan kerajaan itu, Jessica Kaur (Pejabat Peguam Negara) dan Ahmad Sazilee Abdul Khairy (Timbalan Pendakwaraya SPRM) ditahan dan disoal siasat, 1 Ogos lalu. Seorang lagi yang ditahan bersama Jessica ialah bekas anggota Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh. Kedua-duanya dikatakan disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak ditahan reman. Sesetengah pihak mendakwa penangkapan dan soal siasat itu bermula sebaik saja sekeping surat yang dikatakan deraf kertas pertuduhan bagi mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan disediakan oleh Pejabat Peguam Negara menjadi viral dalam laman sosial. Bagaimanapun, Peguam Negara yang yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menafikan kewujudan kertas pertuduhan terhadap Najib yang sekali gus menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri menggunakan kesalahan jenayah.

“Kertas pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat. Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan,” kata Mohamed Apandi.

Bagaimanapun, kita yakin bahawa penangkapan dan soal siasat yang dilakukan oleh polis sebenarnya adalah hasil siasatan terperinci mereka terhadap isu-isu yang berbangkit selepas pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mengenai kes 1MDB, kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, dakwaan konspirasi menjatuhkan kerajaan serta deraf kertas pertuduhan itu.
Ada pihak yang mempertikaikan siapa sebenarnya yang membocorkan semua maklumat itu kepada WSJ dan Sarawak Report?

Jika mengikut logik, hanya empat jabatan yang menyiasat kes berkenaan dan pegawai-pegawai merekalah yang mempunyai akses kepada dokumen yang dirampas sama ada di pejabat 1MDB, SRC International, bank atau di tempat lain.

Empat jabatan itu yang menganggotai Pasukan Petugas Khas – Pejabat Peguam Negara, PDRM, SPRM dan Bank Negara. Kini, dua jabatan sudah ‘diserbu’ oleh polis dan pihak berkuasa itu dikatakan sedang menyingkirkan nama-nama suspek yang tidak relevan. Apakah selepas ini polis akan menangkap dan menyiasat pegawai Bank Negara pula? Tidak mustahil, kerana pegawai Bank Negara juga menganggotai Pasukan Petugas Khas itu.

Bagaimana pula dengan PDRM? Siapa pula yang akan siasat PDRM? Boleh jadi juga kebocoran maklumat itu datang daripadaPDRM?

 

Bahri: Polis ganggu siasatan SPRM
Sementara itu, Bahri dalam perkembangan terbaru berkata sama ada polis menahan atau tidak anggota mereka, ia jelas melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tahan ke tak tahan ke, itu dah ganggu kerja kami. (Ia) jelas melanggar Seksyen 48 Akta SPRM.

“Apa yang mereka lakukan adalah mengganggu siasatan kami,” katanya.

 

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas tangkapan dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, individu yang ditahan termasuk orang nombor tiga dalam operasi khas SPRM, Roslan Che Amat, serta menyerbu pejabat mereka di Putrajaya, dipercayai berkaitan kertas pendakwaan bocor terhadap perdana menteri.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Selain dua ditahan hari ini, polis setakat ini menyiasat lima lagi pegawai SPRM dalam operasi yang bermula awal pagi Sabtu lalu dengan penahanan timbalan pendakwa raya suruhanjaya itu, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemua penahanan itu dibuat ketika ketua peseuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sedang bercuti.

Bahri turut disiasat pada Isnin lalu


PEGUAM NEGARA KENA KACAU

The Star melaporkan Polis telah menahan seorang bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara bagi tujuan membantu penyiasatan Pasukan Petugas Khas membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
.
Akhbar tersebut melaporkan S. Prakash, peguam salah seorang daripada yang ditahan, mengakui anak guamnya ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling sebentar tadi. Spekulasi sedang bertiup kencang sekarang bahawa mereka yang ditahan ialah bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh, dan warganegara Singapura bernama Jessica Kaur yang bertugas dalam pasukan Khas Jabatan Peguam Negara.

Isnin lalu, portal Malaysia-Today mendakwa bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh membocorkan maklumat mengenai siasatan pasukan petugas khas terhadap laman sesawang Sarawak Report. Bagaimanapun SPRM menafikan dakwaan terbabit dengan menyatakan Rashpal tidak mempunyai sebarang akses langsung kerana ketika ini beliau bukan anggota penasihat agensi antirasuah itu.
Sementara itu Malaysia-Today pernah mendakwa pejabat Peguam Negara sudah tidak selamat kerana melantik warganegara Singapura, Jessica Sidhu sebagai salah seorang pegawainya.

Jessica merupakan warganegara Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap Malaysia dan dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli politik Pakatan Rakyat.


Pasukan petugas khas siasat 1MDB kini disiasat dakwaan bocor dokumen







Polis akan siasat semua anggota pasukan petugas khas yang kini sedang menyiasat kes berkaitan 1MDB, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.Polis akan siasat semua anggota pasukan petugas khas yang kini sedang menyiasat kes berkaitan 1MDB, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat semua anggota pasukan petugas khas yang kini sedang menyiasat laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia sebahagian daripada "siasatan penuh dan bebas" PDRM selepas menerima kedua-dua laporan polis dan arahan daripada peguam negara berhubung kebocoran maklumat sulit berkaitan siasatan itu.
"Pada 8 Julai, 2015, peguam negara mengarahkan siasatan penuh dijalankan ke atas tindakan jenayah membocorkan dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit kepada warga asing.

"Material itu didakwa didapati daripada satu siasatan kerajaan Malaysia yang tidak dinamakan, terhadap 1MDB. "PDRM juga menerima laporan polis yang berkaitan dengan perkara ini. Dengan itu, kami bertanggungjawab menjalankan siasatan penuh dan bebas.
"Ini termasuk menyiasat semua anggota pasukan petugas khas, termasuk kakitangan Bank Negara Malaysia, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan terhadap sistem kewangan Malaysia," kata Khalid dalam satu kenyataan pagi ini.
Ketua polis negara berkata, objektif siasatan itu ialah mengenal pasti dalang yang membocorkan maklumat itu dan sama ada dokumen itu tulen atau dipalsukan.
Ahli berprofil tinggi menganggotai pasukan petugas itu ialah Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Khalid sendiri.
Khalid hari ini memberi amaran, kebocoran maklumat adalah kesalahan di bawah pelbagai undang-undang.

"Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.
"...dan ia boleh menjadi sabotaj ekonomi terhadap Malaysia. Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau memalsukan dokumen berkenaan akan berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang," katanya.
Khalid berkata, membocorkan atau mengubahsuai maklumat boleh jadi satu perbuatan jenayah yang serius dan menimbulkan implikasi keselamatan negara.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk menggulingkan proses demokrasi Malaysia dan menjatuhkan perdana menteri.
Pada 2 Julai, WSJ mendedahkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam 2 akaun Najib di AmBank di Kuala Lumpur, dengan bahagian terbesar daripadanya - AS$681 juta didakwa dipindahkan pada Mac 2013, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Akhbar perniagaan harian itu kemudiannya menerbitkan dalam talian, dokumen yang menunjukkan aliran wang ke dalam akaun Najib bagi menyokong laporannya.
Ia berkata, dokumen itu diperoleh daripada siasatan kerajaan Malaysia, tetapi tidak menamakan penyiasatnya.
Najib menafikan menggunakan dana rakyat untuk kepentingan peribadi, tetapi sebagai menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, beliau dianggap bertanggungjawab dalam urus niaga firma milik kerajaan itu yang tidak jelas dan hutang RM42 bilion yang diambilnya dalam masa 6 tahun beroperasi.
Kedua-dua akaun AmBank itu juga ditutup sebelum laporan WSJ itu dikeluarkan. Pasukan petugas khas turut membekukan 6 akaun sebagai sebahagian daripada siasatan dan merampas dokumen yang berkaitan dengan 17 akaun bank.
Ia juga menyerbu pejabat tempatan syarikat yang didakwa terlibat dalam pemindahan wang itu. – 13 Julai, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasukan-petugas-khas-siasat-1mdb-kini-disiasat-dakwaan-bocor-dokumen#sthash.82sUITvm.dpuf

Kenapa Polis kacau SPRM? 

ULASAN

Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengelidah ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyiasat beberapa orang pegawai tingginya berjam-jam memunculkan satu senario BARU dalam sejarah negara ini.

Tindakan PDRM itu yang dibawah kawalan menterinya Ahmad Zahid Hamidi, yang baharu dilantik menjadi TPM memberi persepsi busuk terhadap negara ini, bahawa badan bebas (SPRM) itu kini seolah-olah bukan bebas lagi atau pun cuba dimonitor mengikut pihak berkuasa.

Dalam hubungan itu juga orang melihat Zahid Hamidi telah memainkan peranan sewajarnya sesuai dengan "ghanimah" yang diperolehinya.  Zahid dianggap menjadi alat yang baik.

Sejarah ini bakal menjadi sebutan dan iktibar dimasa hadapan kerana sejak negara merdeka dan kewujudan badan berkenaan, (SPRM dulu Biro Siasatan Negara kemudian Badan Pencegah Rasuah (BPR) inilah baru ia berhadapan dengan satu keadaan tertekan, memalukan dan menyebabkan integriti badan itu sendiri rosak. Tindakan polis yang membuat serbuan dan siasatan seakan mencorengkan arang ke muka SPRM.

Ia bermula dengan penahanan bekas penasihat SPRM, Rashpal Singh yang kemudian diikuti dengan penahanan dan siasatan ke atas Pegawai Pendakwanya, Ahmad Sazalee Abdul Khairi yang dilakukan beberapa jam.

Penangkapan itu diperluaskan lagi dengan siasatan terhadap Pengarah Operasi Khas Bahrin Mohamed Zin, dimana Bahri bukan sahaja terkejut dengan penahanan beliau itu tetapi disifatkan sebagai satu perbuatan "gila".  Bahri menyalahkan ada pihak lain yang mengarah polis.

Selain Bahri, Pengarah Forensi SPRM, IG Chandra juga menerima nasib sama. Dan terbaharu timbalan pengarah Operasi Khas, Tan Kang Sai juga disiasat sama. Penahanan Kang Sai menjadikan pegawai SPRM ketujuh yang ditahan dan disisat polis.

Memang seperti kata Bahrin tindakan polis menyiasat para pegawai SPRM itu sebagai satu tindakan gila. Tindakan polis itu akan diterjemahkan umum sebagai satu tindakan terdesak oleh pihak tertentu yang menggunakan kuasa polis bagi menyelamatkan dirinya. Tindakan itu juga menyebabkan ia akan dilihat bahawa SPRM seolah-olah menjadi musuh baru kepada Perdana Menteri yang waktu ini menghadapi krisis keyakinan yang teruk.

Dalam pada itu hari ini dibayangkan pula dua orang penting SPRM termasuk Pengerusinya Abu Kassim Mohamed dan timbalannya Mohd Sukri Abdull diminta bercuti. Arahan itu sudah tentu bagi membolehkan polis terus mengelidah dan menyiasat pegawai SPRM tanpa ada had dan batasnya.

SPRM diserang dan dilanggar polis ekoran badan itu menyiasat berhubung salah laku dana 1MDB yang dikaitan dengan Najib Razak.

Adalah satu yang amat aneh, pegawai SPRM dari badan bebas dan telus diberi tanggungjawab membenteras rasuah dan penyelewengan tetapi ditekan oleh polis. Tindakan untuk meminta kedua orang penting itu bercuti, tepat seperti mana disifatkan oleh sebuah portal berita ia sebagai untuk melumpukan siasatan SPRM ke atas syarikat SRC International Sdn Bhd berhubung dengan dana RM42 billion yang dikaitkan dengan Najib.

Sehingga kini sudah tujuh pegawai dan pengarah SPRM disiasat oleh polis.

SPRM sendiri tertekan dengan tindakan polis itu dimana ia boleh menjejaskan reputasi dan maruah badan berkenaan yang dianggap sebagai bebas. Tindakan kakitan badan itu yang mengadakan solat hajat menjelaskan apa yang sedang berlaku kini, bahawa kakitangan SPRM kini benar-benar dalam keadaan tertekan.

Upacara solat hajat itu bolehlah disifatkan sebagai badan itu mencari kekuatan spiritual untuk meneruskan tugas dan amanah yang dibebankan ke atas mereka selepas mereka meragui atau hilang kepercayaan kepada ketelusan kerajaan ke atas mereka. Upacara itu juga memberi gambaran mereka tidak lagi berharap kepada kerajaan membantu mereka, maka mereka terpaksa menyerahkan kebijaksanaan dan perlindungan daripada Yang Maha Esa.


BANK NEGARA KENA KACAU 

Zeti Akhtar Ada Kaitan Dengan Akaun Bank Pesisir Luar?

Sebuah blog mendedahkan akaun pesisir luar yang didakwa kepunyaan ahli keluarga Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, melibatkan pemilikan saham dalam dua syarikat iaitu Iron Rhapsoday Limited serta Glittering Snow International Ltd.

Menurut Therecounter.wordpress.com. berdasarkan pengkalan data Konsortium Antarabangsa Siasatan Wartawan (ICIJ), perbankan utama Swiss iaitu UBS AG merupakan pelanggan master untuk beberapa entiti luar pesisir yang diapungkan oleh ahli keluarga Zeti di kawasan perlindungan cukai seperti Kepulauan Virgin British (BVI).

zeti1

Suami Zeti, Datuk Dr. Tawfiq Ayman serta dua anak mereka, Alif  dan Aziz disenaraikan sebagai pemegang saham Glittering Snow International Ltd dan Iron Rhapsody Limited. Manakala alamat yang dikaitkan dengan syarikat itu termasuk kediaman Zeti di Bukit Tunku.

zeti3

Pelanggan master dalam kes ini adalah merujuk kepada orang tengah yang membantu pelanggan mereka menubuhkan entiti luar pesisir dan ia merupakan kaedah yang digunakan oleh individu kaya bagi menutup pemilikan sebenar syarikat. Ia juga digunakan untuk mengelakkan cukai, melindungi aset daripada jangkauan undang-undang dan pada masa sama mengekalkan tahap kerahsiaan.

Therecounter mendakwa dalam usaha menyembunyikan pemilikan sebenar dalam syarikat Iron Rhapsoday serta Glittering Snow, banyak lapisan telah digunakan oleh BVI.

Difahamkan juga unit UBS AG Singapura telah membantu keluarga Zeti untuk menubuhkan BVI manakala syarikat Portcullis TrustNet Group menjadi penyimpan rekod dan pendaftaran untuk syarikat pesisiran luar keluarga terbabit.

zeti2

UBS Singapore didakwa digunakan untuk menubuhkan syarikat berkenaan yang didaftarkan di bawah Porticulis TrustNet (BVI) Limited manakala entiti dikenali sebagai Sharecorp Ltd bertindak sebagai pemegang saham penama.

Ia adalah sebuah syarikat penama yang bertindak bagi pihak pemilik untuk menyediakan tahap tambahan kerahsiaan. Ia kemudiannya diikuti dengan lapisan tambahan syarikat proksi di mana Sharecorp tersenarai sebagai pemegang saham syarikat yang dikenali sebagai Excorp Limited. excorp merupakan pemegang saham Mermeden Ltd, yang disenaraikan sebagai pemegang saham dalam syarikat Iron Rhapsody serta Glittering Snow.

Menurut blog itu lagi, Sharecorp merupakan penama pemegang saham bagi sekurang-kurangnya 100 syarikat Asia melibatkan individu kaya dan turut memegang saham dalam beratus-ratus entiti pesisir luar.
Pendedahan itu merupakan satu kejutan kerana sebagai seorang yang bertanggungjawab mengekalkan polisi kewangan dan kestabilan sistem kewangan di Malaysia, blog berkenaan mempersoalkan kenapa Zeti tidak mengekalkan kekayaan keluarganya dalam negara.

Adakah ada alasan tersembunyi kenapa keluarga terbabit perlu menyimpan aset mereka di luar negara? Mungkin Zeti dan keluarganya boleh menjelaskan kenapa dana disimpan dalam dua syarikat BVI,  sama seperti BVI yang turut dibuka untuk Imelda Marcos dan Suharto.

Bank Negara Malaysia merupakan satu-satunya pihak berkuasa yang mengeluarkan mata wang negara dan bertanggungjawab menguruskan rizab antarabangsa negara. Manakala Zeti pula diamanahkan untuk melindungi dan mengukuhkan pasaran pertukaran asing. Kewujudan akaun BVI dikaitkan dengan keluarga Zeti, sekali gus membawa kepada soalan-soalan penting mengenai kestabilan fiskal Malaysia.

Bagi mengekalkan kredibiliti Bank Negara Malaysia dan sebagai Gabenor, blog itu menggesa agar  Zeti mendedahkan butiran lengkap akaun bank yang dikaitkan dengan keluarganya. Laporan ICIJ sehingga kini telah mendedahkan perjanjian pesisir luar ahli politik, negara-negara yang dikatakan penyangak dan pemimpin agama.......

SPRM KENA KACAU

Apakah SPRM selepas ini akan diam daripada terus melaksnakaan tugas dan tanggungjawabnya? Inilah yang merisaukan rakyat. Sekiranya SPRM mengambil sikap menarik brek dan membiarkan apa yang berlaku mengikut kehendak individu tertentu dalam kerajaan badan itu akan hilang kreadibiliti dan wajar kalau Najib berfikir untuk membubarkannya. Tidak ada guna lagi SPRM wujud kalau ia sekadar untuk dijadikan lambang ketelusan dan keberanian.

Tidak ada guna badan itu wujud sedang tugas dan tanggungjawab yang diserahkan kepada mereka yang dibentuk oleh kuasa rakyat (Parlimen), tidak dapat berfungsi dengan baik dan "diceduk" tengah jalan. Kita percaya kakitangan SPRM juga tertekan dan malu dengan apa yang menimpa agensi berkenaan.

Bagaiman pun sekiranya kakitangan SPRM, bermula dari Pengerusi, timbalan pengerusi dan pengarah serta pegawainya tetap berpegang kepada piagam perkhidmatan mereka, akur kepada sumpah dan janji perkhdimatan, mungkin negara akan dapat menyaksikan atau mencatat sejarah bagaimana SPRM mencatat rekod sebagai sebuah badan yang menyelamatkan Malaysia dari musnah kerana kerakusan kuasa pemerintah.

Dan atas ketegasan dan keberanian itu kelak sudah pasti SPRM akan disanjung sebagai sebuah badan penyelamat nasib negara ia dianggap lebih berjasa daripada polis. 

Justeru adalah wajar dirasakan kalau semua rakyat Malaysia memberi sokongan moral kepada SPRM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.  Jika perlu mungkin satu perarakan rakyat diadakan sebagai menyokong atas keberanian dan kebertanggungjawsab SPRM tanpa mengira bulu.

Tepat sekali saranan dan pertegasan MB Selangor Azmin Ali, tindakan polis menahan dan menyiasat pegawai SPRM itu sebagai menganggu tugas SPRM seperti mana disebut dibawah  Sekeyen 48 Akta SPRM. [wm.kl. 5:52 05/08/15]

Pasukan Petugas Khas Di Bubarkan - AG dan SPRM


PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi wujud.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM petang Rabu bagi menjelaskan pengumuman suruhanjaya itu pada 3 Ogos lalu yang dibuat tanpa melibatkan dua agensi lain yang menganggotai Pasukan Petugas Khas itu.
"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.
"Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," menurut kenyataan itu.
Susulan arahan terbaharu ini, kata SPRM, tiga agensi berkenaan yang mempunyai pasukan petugas khas dalaman akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Pihak Peguam Negara akan membuat keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya," katanya.
DAN...
Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail .
"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. 
"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu. - by