,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 31 August 2015

LANGKAH NAJIB HANGUS BERSAMA BERAS TERBAKAR DI PADANG MAT SIRAT


Padang Mat Sirat Langkawi
Padang Matsirat merupakan sebuah bandar kecil di Pulau Langkawi.[1], Kedah, Malaysia.
Padang Mat Sirat atau juga dikenali padang beras terbakar merujuk kepada satu tempat kejadian yang dikatakan berlaku sejurus selepas Mahsuri dihukum bunuh, pada 1821, Siam telah datang menjajah Pulau Langkawi.

Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan, dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.

Baki beras terbakar itu masih boleh didapati di kawasan Padang Mat Sirat, Kampung Raha. Pada suatu masa dahulu, ramai pelancong yang mengutip beras-beras tersebut, dengan itu kawasan tersebut kini dipagar bagi menghalang baki beras terbakar yang semakin sedikit itu daripada habis dikutip para pelancong.
Beras-beras tersebut dikatakan disimpan di bawah tanah sebelum dibakar. Bagaimanapun ia dikatakan bahawa beras terbakar tersebut akan terdedah pada hari hujan.
Salah satu daya penarik kat sini.. di halaman rumah cantik nilah terdapat beras terbakar.


Kat laman rumah ni ada tapak beras terbakar yang masih bersisa.. korang google la yer untuk info sejarah beras terbakar nih.. :b ada jugak orang baling duit syiling dalam pagar tu... untuk ape tak tau ler? kepercayaan syirik barangkali.. huhuhu...

 Sawah Padi di Padang Matsirat

Keindahan yang sukar di ungkap di Padang Mat Sirat

Mengikut legenda, dalam 200 tahun dahulu, Langkawi telah diancam dengan  pencerobohan dari orang-orang Siam. Ketua kampungnya mengarahkan penduduk kampung membakar sawah padi untuk mengebulurkan musuh dan anda masih boleh menjumpai beras terbakar di sini.    

 Berbasikal ‘tua’ di sekitar Padang Matsirat

bercuti-langkawi-2

Feeling-feeling hidup di zaman dulu-dulu dengan sewa basikal tua di Kampung Bohor Cempedak sambil layan bunyi kapal terbang dari airport, pemandangan kampung dan macam-macam lagi.

Menikmati lauk pauk Kampung di Laman Padi Padang Mat Sirat

bercuti-langkawi-4

Terliurnya tengok gambar kat atas ni. Teringatkan pula kelazatannya. Lagi bertambah selera aku ‘membedal’ makanan-makanan ni bila duduk bertentangan dengan padi di Laman Padi ni. Tempat ni cantik sangat. Kalau tak nak makan, nak jenjalan saje pun boleh. Suka hati korang


Langkawi FIRST Lady

Menggemparkan ! Kerana gagal memberi penjelasan yang memuaskan mengenai sumbangan RM2.6 billion yang dimasukkan kedalam akaun persendirian beliau, seorang ahli Wanita UMNO Padang Mat Sirat, Langkawai, Pn Anina Saadudin telah memfailkan saman keatas Presiden UMNO , Najib Razak.

Keputusan beliau untuk menyaman bagi pihak UMNO telah menarik pelbagai reaksi dikalangan orang UMNO. Ramai yang menyatakan bahawa Anina tidak boleh bertindak bagi pihak UMNO kerana beliau bukan Pegawai yang diamanahkan . Ada yang menegaskan bahawa tindakan beliau menggunakan saluran perundangan dengan secara otomatik melupuskan keahlian beliau dalam UMNO


Ini perkembangan yang tidak sihat bagi Najib Razak kerana ianya menyentuh soal integriti beliau, tetapi ramai pula dikalangan ahli UMNO memberi reaksi yang berbeza didalam laman media sosial. Mereka memberi galakan dan sokongan kepada Pn Anina yang mereka anggap sebagai Srikandi sebenar yang berani melawan arus.
 

Penulis mengucapkan syabas kepada Puan Anina, ahli UMNO Cawangan Padang Mat Sirat Langkawi yang telah mengemukakan saman kepada Najib supaya mendedahkan perincian mengenai RM 2.63 bilion itu yang kononnya derma dari tok arab yang ikhlas walaupun tok arab tu bukannya ahli UMNO pun, malahan bukan warganegara Malaysia pun.

Selepas kes ini di bawa ke mahkamah, kita akan tahulah, wang RM 2.63 bilion itu wang derma untuk UMNO dari tok arab yang sangat ikhlas walaupun bukan ahli UMNO dan bukannya rakyat Malaysia atau derma dari Arab Saudi kepada Malaysia kerana mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan menentang IS atau untuk melawan Yahudi dan DAP.

Atau pun wang itu sebenarnya wang pengubahan haram dari kegiatan jenayah terancang oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Atau pun wang itu adalah rasuah dari pihak-pihak tertentu untuk Najib.

Lepas ni Najib perlu memberikan penjelasan mengenai isu tersebut, takkan nak jawab depan hakim untuk Tunggu Audit pulak kot?

Malahan Tengku Adnan perlu dipanggil untuk dijadikan saksi kerana dia yang kata wang RM 2.63 bilion itu sebagai wang derma untuk UMNO dan kononnya dia dan Bendahari UMNO Ahmad Husni tahu pasal wang itu, maka dia perlu jelaskan apakah wang RM 2.63 bilion itu diserahkan kepada UMNO dan dicatatkan sebagai aset UMNO serta dinyatakan di dalam Penyata Kewangan UMNO yang dihantar bersama-sama Minit Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2013 dan Penyata Jawatankuasa UMNO 2013-2016 yang dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan itu.

Malahan Ahmad Zahid Hamidi, TPM baharu yang mengatakan wang itu derma untuk negara dari Arab Saudi kononnya untuk digunakan bagi menentang IS dan kerana Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah, malahan dia siap kata dia dah jumpa dengan ‘penderma’ berkenaan dan telah ‘melihat’ semua dokumen ‘derma’ berkenaan. Dia perlu jelaskan mengapakah kenyataanya bertentangan dengan kenyataan dari Tengku Adnan.

Malahan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan bin Wan Mamat pun perlu dipanggil sebagai saksi kerana dia yang mula-mula sekali mendedahkan bahawa Najib memberitahunya dan 145 Ketua UMNO Bahagian dalam suatu perjumpaan pada hari rabu beberapa minggu yang lau mengenai RM 2.63 bilion itu adalah wang derma untuk negara dan bukannya wang derma untuk UMNO. Dia perlu memberikan penjelasan mengapakah kenyataanya bercanggah dengan kenyataan Tengku Adnan.

Lagi satu, yang perlu dipanggila adalah Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan yang menyatakan bahawa wang RM 2.63 bilion itu adalah wang derma untuk UMNO untuk melawan Yahudi dan DAP. Dia perlu jelaskan mengapakah kenyataanya bercanggah dengan kenyataan dari Tengku Adnan dan Zahid Hamidi.

Di harap peguam Puan Anina dapat mensapina keempat-empat mereka ini untuk memberikan penjelasan mengenai kenyataan mereka tersebut kerana melibatkan itu RM 2.63 bilion tu. Lepas ni kita lihatlah macam mana Najib nak jawab dan di harap janganlah sampai melarikan diri pula.

Rakyat pun nak tahu juga apakah sebenarnya RM 2.63 bilion itu derma ke atau pengubahan wang haram ke, rasuah ke? Najib perlu memberikan penjelasan.


Berilah pencerahan......






Anina Bukan Lagi Ahli UMNO Kata Bung Mokhtar
Bung Mokhtar
Serikandi Bersemangat Mahsuri....


Kuala Lumpur – Keahlian Anina Saadudin sebagai ahli UMNO gugur secara automatik selepas dia memfailkan saman terhadap Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, tindakan Anina itu mengheret Presiden dan UMNO ke mahkamah melanggar Perlembagaan parti.

Anina yang memfailkan saman terhadap Najib berkaitan dana RM2.6 bilion merupakan Ahli UMNO cawangan Padang Mat Sirat, Langkawi.

“Tidak perlu dipecat, keahlian dia (Anina) akan tergugur secara automatik.

“Dia membawa ke mahkamah maka dia akan kehilangan hak, sebab Perlembagaan kita jelas, mana-mana ahli tidak boleh membawa isu UMNO ke mahkamah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, tindakan Anina itu juga telah membuka peluang kepada parti pembangkang untuk menyerang UMNO.

“Tidak elok isu parti disuarakan secara terbuka, apabila dibuat secara terbuka ia memberi peluang kepada musuh politik menjahanamkan parti kita sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli UMNO supaya menggunakan saluran yang betul untuk mengkritik parti bukannya menyerang secara terbuka.

“Nasihat saya gunalah saluran yang betul untuk mengkritik parti, apa yang dilakukan (Anina) tidak dapat menyelesaikan isu yang dibangkitkan bahkan akan menambahkan lagi kemelut yang berlaku.

“(Dan) .. itu boleh membantu mengurangkan keraguan kepada penyokong UMNO, bukan ahli yang berada di atas pagar,” katanya.

FASAL 20 PERLEMBAGAAN UMNO

DISIPLIN


 20.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan 
peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar 
peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam 
Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.

  20.2 Ahli-ahli Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi 
yang terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak 
mempunyai kepentingan dalam pemilihan.

  20.3 Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana 
Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.

  20.4 Tanpa menyentuh hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat 
Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati 
terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, 
bolehlah mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh
Majlis Tertinggi.

  20.5 Tiap-tiap peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin 
mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin parti 
untuk tindakan selanjutnya.

  20.6 Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan 
disiplin yang dikenakan keatasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.

  20.7 Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak 
keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan 
parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

  20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

     (a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;


Penulis - Jika di lihat kepada PERLEMBAGAAN UMNO, Perkara 20.5 perlu di lakukan terlebih dahulu diamabil tindakan. Ini kerana Presiden Parti yang terlebih dahulu melakukan kesalahan sebelum Perkara 20.7 kesalahan yang di lakukan Ahli Parti.



AMUKANMelayu - Bung yang TERSENARAI dalam 20 orang yang nak GULING NAJIB  kini terpaksa mencari tempat di hati Najib........