,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 26 August 2015

911 RESCUE ICU


Nampak macam betul saja apa yang dikatakan sebagai 'Konspirasi Terdesak' Najib untuk mengekalkan jawatnnya sebagai Perdana Menteri ni..

Yang kritikal tentang isu 1MDB dalam Kabinetnya dikatakan bakal dicantas.. Yang menyiasat juga akan dicantas untuk lebih selamat..
PENYIASATAN POLIS TELAH BERALIH ARAH 1. PDRM lebih kepada PENYIASATAN DUKUMEN PALSU dan FOKOS sudah hilang arah 2. 3 Lagi AGENSI masih meneruskan siasatan 3. AG, Tan Sri My di berhentikan dan Zahid menjadi TPM serta Men. Dalam Negeri. 4. SPRM jumpa duit masuk akaun Najib RM 2.6 Billion 5. Awam telah tahu dan katanya ini adalah KEBOCORANDUKUMEN 6. PDRM beralih lagi FOKOS siasatan dari DUKUMEN PALSU kepada KEBOCORAN DUKUMEN. 7. Kini PDRM beralih FOKOS lagi kali ke empat dimana kini FOKOS lebih menjurus kepada KONSPIRASI MENJATUHKAN KERAJAAN DEMOKRASI yang sah.....dan 4 budak hitam telah bergaduh sesama sendiri....... DUA daripada empat agensi yang terbabit dalam Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kebocoran dokumen tertentu serta kononnya ada konspirasi atau komplot untuk menjatuhkan kerajaan, telah disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kedua-dua ialah Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai kanan kedua- dua jabatan kerajaan itu, Jessica Kaur (Pejabat Peguam Negara) dan Ahmad Sazilee Abdul Khairy (Timbalan Pendakwaraya SPRM) ditahan dan disoal siasat, 1 Ogos lalu. Seorang lagi yang ditahan bersama Jessica ialah bekas anggota Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh. Kedua-duanya dikatakan disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Siasatan PAC ke atas 1MDB disabotaj, kata timbalan pengerusi







Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw (kiri) berkata siasatan PAC terhadap 1MDB sengaja disabotaj apabila 4 ahlinya terutama pengerusi Datuk Nur Jazlan Mohamed (tengah) dinaikkan pangkat menyertai Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Ogos, 2015.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw (kiri) berkata siasatan PAC terhadap 1MDB sengaja disabotaj apabila 4 ahlinya terutama pengerusi Datuk Nur Jazlan Mohamed (tengah) dinaikkan pangkat menyertai Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Ogos, 2015.Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah menjangkakan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan "sengaja disabotaj", kata timbalan pengerusinya Dr Tan Seng Giaw selepas kehilangan tunggak utama menjelang sesi pendengaran bersama eksekutif dan bekas eksekutif syarikat sarat hutang itu.
Jawatankuasa bi-partisan itu sepatutnya menyoal siasat bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Parlimen pagi ini, sebelum diteruskan dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy esok.
Mohd Hazem Abdul Rahman yang berkhidmat sebagai CEO 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015, turut diminta memberi keterangan kepada jawatankuasa itu pada Khamis ini.

"PAC sengaja digantung dan kami sudah menjangkakan pegawai 1MDB tidak akan hadir. "Kami sudah menjangka segala-galanya akan sengaja disabotaj," kata Dr Tan kepada The Malaysian Insider.
Dr Tan enggan mengulas lanjut mengenai siapakah yang "sengaja mensabotaj" prosiding PAC tetapi mengatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah ramai daripada 13 ahli jawatankuasanya keluar menyertai Kabinet secara serentak.
PAC kehilangan pengerusinya yang lantang, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan 3 ahli lain - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau. Minggu lepas keempat-empat mereka dinaikkan pangkat ke Kabinet.
Pelantikan mereka ke dalam Kabinet sekali gus membatalkan status mereka sebagai ahli PAC.
Terdapat percanggahan pendapat mengenai pemahaman ke atas Peraturan Mesyuarat di mana ahli jawatankuasa yang kekal dalam PAC masih boleh meneruskan sesi perbicaraan.
Biarpun Dr Tan dan ahli pembangkang lain jawatankuasa itu mengatakan ahli PAC yang kekal boleh terus menjalankan siasatan ke atas 1MDB, namun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memetik Peraturan Mesyuarat 77(3), mengumumkan semua prosiding PAC, termasuk siasatan ke atas 1MDB , terpaksa ditangguhkan sementara menunggu pelantikan seorang pengerusi baharu dan ahlinya.
Pandangan Pandikar itu dipertikaikan ahli PAC daripada pembangkang dan juga Majlis Peguam yang mengatakan jawatankuasa itu masih boleh berfungsi kerana ia mempunyai kuota mencukupi, manakala Dr Tan sebagai timbalan pengerusi boleh mengambil alih tugas pengerusi.
Dr Tan mengesahkan PAC sudah menerima surat rasmi daripada setiausaha Parlimen memaklumkan mengenai penangguhan semua prosiding siasatan, termasuk pendengaran ke atas 1MDB.
Tetapi ahli jawatankuasa daripada pembangkang akan meneruskan mesyuarat hari ini, katanya sambil berharap ahli yang kekal daripada parti pemerintah Barisan Nasional juga akan hadir.
Perkembangan terkini itu juga menandakan Shahrol dan Arul Kanda terlepas daripada PAC buat kali kedua. Mereka gagal menghadirkan diri pada sesi pendengaran yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei lalu atas urusan kerja di luar negara.
Bagaimanapun, terdapat persoalan dibangkitkan apabila Arul Kanda bertemu dengan Presiden Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad pada malam 27 Mei di sebuah hotel berhampiran KL Sentral di Kuala Lumpur, dalam satu mesyuarat yang berlangsung hingga awal pagi.
Arul Kanda kemudiannya memberitahu The Malaysian Insider bukan kesalahan bagi beliau untuk berjumpa dengan pemimpin veteran dari Johor Baru itu.
"Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tetapi itu adalah pada hari Rabu. Saya tidak dapat dihubungi ketika sesi pendengaran PAC itu kerana saya hanya kembali ke negara ini pada malam Selasa.
"Tidak ada apa yang hendak saya sembunyikan," kata Arul Kanda kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pada Mei lalu.
Shahrol, yang kini menjadi ahli lembaga pengarah 1MDB, adalah CEO pertama syarikat itu dari Februari 2009 hingga Mac 2013, manakala Arul Kanda dilantik pada Januari tahun ini.
Bersama Hazem, ketiga-tiga mereka saksi utama dalam siasatan PAC ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan yang menanggung hutang sebanyak RM42 bilion dalam masa 6 tahun operasinya.
Selain eksekutif tertingginya, bekas pengerusi lembaga pengarah 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan bekas ahli lembaga pengarahnya Tan Sri Azlan Zainol juga dijangka dipanggil PAC pada 17 Ogos ini.
Mereka berdua dikatakan meletak jawatan berikutan rasa tidak puas hati dengan pengurusan 1MDB yang didakwa menyalurkan dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan oleh 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Sesi pendengaran terdahulu
1MDB merupakan isu yang cukup sensitif kepada kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib adalah menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan syarikat itu juga merupakan cetusan idea beliau yang ditubuhkan pada 2009.
Ia menanggung hutang yang cukup besar, membeli aset kuasa yang terlalu mahal dan beberapa perjanjian jual beli lain yang didedahkan menerusi laporan dalam laman pemberi maklumat Sarawak Report, laman dan surat khabar perniagaan Malaysia di bawah Kumpulan Media The Edge, sehingga syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu diteliti secara rapat.
PAC sebelum ini sebulat suara memutuskan untuk memulakan prosiding ke atas 1MDB dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada 30 April lalu.
PAC sebelum ini berkata ia akan menunggu laporan ketua audit negara sebelum memulakan siasatan dalaman.
Bekas pengerusinya, Nur Jazlan berkata PAC tidak boleh menunggu laporan daripada ketua audit negara terhadap syarikat bermasalah itu kerana terdapat terlalu banyak spekulasi orang ramai ke atas kedudukan kewangan firma pelaburan berkenaan.
Perbicaraan pertama dijalankan pada 19 Mei lalu dan keterangan diambil daripada Ketua Penagrah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdulla dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang juga ahli lembaga penasihat 1MDB.
Wakil EPU dijemput sebagai unit menyelaras projek 1MDB, Tun Razak Exchange (TRX) dan pembangunan hartanah Bandar Malaysia.
Kedua-dua agensi itu juga memainkan peranan dalam memantau urus tadbir syarikat.
PAC juga sudah mendengar keterangan daripada bekas juruaudit 1MDB dan ketika ini, Ernst & Young, KPMG dan Deloitte.
Ketua audit negara sudah mengemukakan laporan awal kepada PAC pada 10 Julai lalu, manakala laporan lengkap akan diserahkan pada hujung tahun ini.
Agensi lain yang terbabit dalam siasatan ke atas 1MDB termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menjalankan siasatan ke atas sebuah anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Sementara itu, polis juga menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan dakwaan mengenai kebocoran maklumat firma pelaburan itu kepada Sarawak Report.
Bank Negara Malaysia bertanggungjawab ke atas siasatan kaedah kewangannya dan proses pemindahan dana.
SPRM yang dikatakan sedang menyiasat dakwaan mengenai duit berjumlah AS$700 juta yang dipindahkan ke akaun peribadi Najib daripada syarikat berkaitan 1MDB, semalam mengumumkan wang itu datang daripada sumbangan penderma dan bukan daripada 1MDB. – 4 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siasatan-pac-ke-atas-1mdb-disabotaj-kata-timbalan-pengerusi#sthash.XVbU77P0.dpuf

Olak Lempit - Rabu11 Zulkaedah 1436H, sudah sebulan rasanya masa berlalu dengan penuh SUSPEN dan TRAJIS sekali dengan scandal PERDANA MENTERI SUAMI ISTERI. Bermula dengan rombakan KEBINET sehinggalah kepada beberapa PERTUKARAN Pegawai Kanan Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Pada pendapat penulis.....kuasa POLITIK yang lebih di kenali dengan PEMBUAT DASAR telah turun mencampuri urusan KERAJAAN dan mereka telah perhi lebih jauh ke bawah dan lebih rendah dari KETUA SETIAUSAHA NEGARA malah mungkin setaraf atau lebih rendah dari PENGARAH JPA. Ini jelas mereka telah mencampuri urusan mereka yang MENGLAKSANAKAN DASAR.

Semua ini bermula bila "CACING KEPANASAN" dan pekung yang di tutup dan di tudung telah HAMPIR TERBONGKAR. Dengan sedikit PENYALAHAN KUASA dengan KUASA yang berbaki, maka semua yang bersangkutan dengan tidak menyokong KRISIS  1MDB perlu di FREEZkan. Jika tidak nanti ada yang akan TIDUR di ICU.

Maka bertaburlah semuanya kerana PM suami isteri itu juga adalah PRESIDEN UMNO yang amat berkuasa dan PARTI KERAMAT ini kini di pimpin oleh Presiden yang juga KERAMAT.
Katanya 3 juta Ahli UMNO bersamanya dan sanggup mati kerananya. Benarkah 3 juta ini menyokong PM. Adakah 15 juta pengundi yang menolak UMNO membuatkan BN kekal di Putrajaya? 

PM akan terus kekal menerajui UMNO dengan 3 juta Ahlinya yang KUAT dan MANTAP. Cerita Pak Kadok memang benar-benar TERJADI pada UMNO. Dengan ribuan orang yang menyambut PM dengan slogan  I LOVE PM terus di jeritkan dimana jua perhimpunan UMNO. Tapi malang.....ianya hanya memimpin 3 juta Ahli dan bukan lagi 27 juta Penduduk Malaysia.....dan dia bukan lagi Penghuni Putrajaya, tapi ia hanya Ketua Pembangkang di Parlimen yang kita bena.......ayam aku menang.....ayam aku menang.....ayam aku menang...........tapi masih tidak sedar rupany.....memang jelas Melayu Mudah Lupa dan Mudah Alpa......sejarah kejatuhan Melayu yang terdahulu dengan meliputi sebahagian Indocina dan merentas Lautan hingga ke Madagaskar hanyalah nyanyian Tanah yang HILANG dan tak mampu lagi untuk kita MENEBUSNYA.....kerana kita di PIMPIN mereka yang KERAS KEPALA dan BODOH lagi SOMBONG......

Ini Negara demokrasi......penulis tidak pernah mengisi borang dan menjadi mana-mana Ahli Parti Politik. Penulis sama sahaja dengan penulis-penulis yang lain. Penulis adalah Orang Islamelayu yang mahukan Negara ini terus dengan nama Tanah Melayu dan di perintah oleh orang Melayu. Penulis akan berada di Barisan Hadapan jika PAS di serang DAP dan penulis akan beraa di hadapan jika MCA menyerang UMNO dan penulis rela mati jika Baginda Rasullullah di hina, penulis rela bergalang ganti jika Paduka Duli Tuanku Khalifah Islamelayu di ancam nyawa dan Keselamatannya dan penulis tiak sesekali merelakan Ulamak-Ulamak ASWJ di hina dan di cerca.........Allahhuakbar......
HANGPA DENGAQ DAK? Macamana PM kata 3 juta Ahli UMNO semua sokong dia? Adakah 15 juta pengundi yang menolak UMNO membuatkan BN kekal di Putrajaya? Maaf ini Negara Demokrasi.....pada yang sokong PM Suami Isteri jangan BELASAH Aki pulak......jauhkanlah diri dari SOKONG yang memba

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ


Macamana PM kata 3 juta Ahli UMNO semua sokong dia? Adakah 15 juta pengundi yang menolak UMNO membuatkan BN kekal di Putrajaya? Maaf ini Negara Demokrasi.....pada yang sokong PM Suami Isteri jangan BELASAH Aki pulak......jauhkanlah diri dari SOKONG yang membawa rebah.....Aki kritik bukan BANGKANG dan bukan BENGKANG......

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Saya Tidak Kesal Kritik Najib, 1MDB – Muhyiddin Yassin



Bekas TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau sedikit pun tidak menyesal mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak terutama berkaitan kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebagai pemimpin beragama Islam, beliau tidak boleh berbohong mengenai situasi (1MDB) yang berlaku pada masa ini.
“Sebagai orang lama dalam politik, setelah apa yang berlaku, saya tidak boleh berbohong. Mungkin pandangan saya agak pedas, tetapi ia harus dilaksanakan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Bukit Damansara pada Rabu.
Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri perlu diperjelaskan mengenai isu kontroversi 1MDB kerana selama ini maklumat yang diberikan tidak jelas.

“Isu besar 1MDB perlu lebih diberikan penjelasan. Sebab itu saya perlu mendapatkan maklumat lain untuk membantu siasatan,” katanya lagi.
Muhyiddin sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras menyatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya isu 1MDB tidak diselesaikan. Ditanya tentang pengumuman beliau digugurkan dalam barisan Kabinet, Muhyiddin akui hanya diberitahu mengenainya pada Selasa.
“Sewaktu dihubungi pada pukul 11.30 pagi, saya berada di Sendayan, Negeri Sembilan. Saya sedar bahawa majlis di Sendayan itu merupakan majlis terakhir saya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri selepas itu, Muhyiddin berkata, beliau ada bertanya tentang tujuannya dipanggil oleh Najib dan jika ia berkaitan rombakan Kabinet.
“Dia (Najib) hanya mengangguk. Kemudian saya bertanya adakah saya tidak disenaraikan dalam Kabinet itu, dia (Najib) hanya angguk dan selepas itu, Najib hanya mengucapkan terima kasih,” katanya.

Tamatlah riwayat kawan dan penasihat kepada PM yang jujur ini. Dan pada mereka yang sedang merongkai 1MDB yang di ketuai oleh anak Bekas Menteri Penerangan dari Johor ini amat petah bila menerangkan siasatan 1MDB yang di lantik oleh Parlimen mengetuai PAC. Tapi selepas di BERI JAWATAN TIMBALAN MENTERI........"maaf saya enggan lagi mengulas siasatan PAC, dan saya bukan lagi Ahli PAC".......


Nur Jazlan Enggan Ulas Lagi Siasatan PAC



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed enggan menjawab sebarang soalan mengenai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan alasan bahawa beliau kini merupakan anggota eksekutif. Dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beliau enggan mengulas soalan berkaitan penangguhan mesyuarat PAC yang dilontarkan oleh wartawan.

"Tidak boleh saya komen hal PAC yang terletak bawah parlimen dalam peranan saya sebagai timbalan menteri, yang terletak di bawah (badan) eksekutif.
"Saya ulang sekali lagi, saya sekarang anggota eksekutif, saya tak boleh komen pasal perkara-perkara di bawah parlimen," tegasnya apabila ditanya oleh wartawan.............

Kini kebimbangan awam ke atas hala tuju negara dan Kepimpinan yang ada tidak lagi dapat di sembunyikan. Campurtangan Politi ke atas Pegawai Kanan Kerajaan dan PDRM sangat membimbangkan. Secara jelas kita dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dan cuba di semubunyikan oleh PM keatas 1MDB. Kini Bekas Ketua Polis Negara Bimbang..! 

Benda pelik memang menarik perhatian..! maknanya semuanya serba tak kena..! kenapa?

Keadaan menyelubungi perpindahan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador “amat membimbangkan”, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Rahim berkata sudah ada kebimbangan apabila Ketua Cawangan Khas, Datuk Akhil Bulat yang digantikan pada Julai, seminggu sebelum kontraknya tamat.

“Orang No.1 sudah tiada lagi di sana dan kini No.2 dipindahkan.

“Orang yang waras akan berfikir adalah lebih baik untuk tidak menukar dua individu tersebut serentak,” katanya.

Rahim berkata beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi merasakan terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara perpindahan itu dibuat. Abdul Hamid bekerja di bawah Rahim semasa beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas selama hampir empat tahun (dari Januari 1986 hingga Disember 1989).

“Dia sangat bijak dan berdedikasi. Beliau adalah seorang pegawai perisikan seratus peratus. Ia ada di dalam darahnya.
“Sebagai bos, saya tidak pernah meragui beliau dan keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaannya.
“Beliau amat dedikasi dengan unit Cawangan Khas. Beliau akan melakukan apa sahaja untuk melindungi integriti, imej dan maruah Cawangan Khas,” katanya apabila merujuk kepada perpindahan Abdul Hamid dari Bukit Aman ke Jabatan Perdana Menteri, Khamis lalu.

Pada sidang media Ahad lalu, Abdul Hamid mendakwa terdapat ‘tangan ghaib’ yang tidak senang dengan beliau sebagai orang No.2 dalam unit tersebut. Beliau mendakwa ia mungkin ada kaitan dengan tindakannya yang ingin menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara telus. Pada masa sama, Rahim turut bersimpati terhadap Abdul Hamid.

“Ia seolah-olah usaha untuk menutup mulut sesiapa yang menentang kepentingan pihak tertentu dalam isu 1MDB,” kata Rahim.

Beliau juga memuji tindakan Abdul Hamid yang menyatakan rasa tidak puas hati mengenai perpindahan tersebut. Ayahanda Sanusi Juned juga tidak dapat menyebunyikan keresahannya dengan keadaan politik sekarang......dengan nada sinis katanya, Kabinet sekarang adalah Kabinet 1MDB.
Tan Sri Sanusi Junid menggelar Kabinet bahar dipilih sebagai ‘Kabinet 1MDB’, terdiri daripada mereka yang sering menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengkritik 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2015.

Veteran Umno berkata Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri kini dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya “Kabinet 1MDB”.

Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu dalam video yang dimuat naik di YouTube.

“Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir.
“Seolah-olah, Kabinet ini Kabinet 1MDB. Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk memperkecilkan atau menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB.

“Jadi, masalah dia masih belum selesai. Bunga pinjaman bank jalan terus, pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus dan modal bank terpaksa jalan terus,” kata Sanusi yang merupakan bekas setiausaha agung Umno dan naib presiden pada zaman Dr Mahathir.

“Jadi, bagi kita, apa nak jadi kepada negara ini,” kata bekas menteri pembangunan luar bandar dan pertanian tersebut pada satu temu bual Jumaat lalu.
Minggu lepas, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kerajaan dalam rombakan Kabinet yang menyaksikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), badan Parlimen yang menyiasat 1MDB, dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.

Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik 1MDB yang mengumpul RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi. Sanusi, yang merupakan menteri besar Kedah dari 1996 hingga 1999, merasakan pemecatan Muhyiddin bukan kerana ucapan kerasnya mengkritik 1MDB pada mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Cheras, 26 Julai lalu.

“Saya tak fikir dia dipecat kerana ucapan itu. Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana, nak siapkan senarai nak lantik Kabinet baru ni, dia makan masa.

“Kita dulu pun pernah tukar Kabinet juga. Nak tukar kabinet, kena kaji,” katanya sambil menambah Muhyiddin hanya membangkitkan isu biasa yang menjadi kebimbangan dan diperkatakan rakyat.

Bekas menteri yang pernah berkhidmat di zaman Dr Mahathir, Sanusi juga memberi pandangannya berhubung pelantikan 4 anggota PAC sebagai menteri dan timbalan menteri, mengatakan ia melumpuhkan panel bipartisan itu. Beliau berkata prosiding PAC yang sedang berjalan sekarang, termasuk inkuiri terhadap 1MDB, lebih penting daripada tugasan seorang timbalan menteri.

“Orang yang tengah buat kerja secara aktif dalam PAC, 4 orang daripada yang paling aktif sudah naik pangkat jadi timbalan menteri, lumpuhlah PAC,” katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai pasukan petugas khas yang ketika ini menyiasat 1MDB, menyatakan kehairanannya apabila “seorang (daripada mereka) sudah kena berhenti kerana sakit”.

Beliau dipercayai merujuk kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Patutnya, orang yang sakit minta berhenti, yang ini tak. Orang yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak selesaikan tugas dia, tiba-tiba dia diberhentikan. Itu kan menjadi tanda tanya,” katanya.

“Dan kita tengok, hasil daripada penyelidikan ini, sudah ada tangkapan. Dan ada yang nak ditangkap, dah lari. Jadi, rakyat bertanya-tanya, dunia pun dah tanya-tanya.
“Kawan-kawan saya dari luar negeri, dia tahu, dia ikut semua ini. Jadi, bila dia ikut, dia hairan… Kerana, sudah ada tindakan daripada pasukan petugas ini, tiba-tiba ada pemecatan.”

Beliau juga mempertahankan bekas ketuanya Dr Mahathir, yang dikecam beberapa menteri Umno kerana membangkitkan isu 1MDB. Sanusi berkata, berbeza dengan pemimpin pembangkang yang membawa isu itu kerana hendak mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya, Dr Mahathir menimbulkannya kerana menjangkakan ia boleh menjadi isu yang akan menjatuhkan BN.

“Dr Mahathir nampak, cara ini memang boleh mengalahkan kita, kecuali kita sendiri ambil masalah ini dan selesaikan,” katanya

Peguam Negara Sahkan Lihat Dokumen Yang Dimaksudkan WSJ

Fakta PM menyembunyikan rahsia 1MDB seakan menjadi benar bila pada Sunday, July 5, 2015 keluar pula cerita ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini, secara tidak langsung telah memberi wibawa kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) berbanding penafian mengenainya oleh Datuk Seri Najib Razak.

Apakah Peguam Negara akan dituduh menyiasat 1MDB berdasarkan 'info-info palsu' yang didedahkan seorang bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo?.

"Jika ya, apakah Kementerian Dalam Negeri akan memberikan surat tunjuk sebab kepada Peguam Negara?"

Disebabkan Gani sendiri mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap kes penyaluran dana 1MDB yang menggemparkan itu, ramai yang mendesak Najib perlu bercuti serta-merta agar siasatan dapat dijalankan secara telus dan bebas......tapi PM tidak berbuat demikian. Dia ingin terus memantau dan MENGAWAL BADAN PENYIASAT........
Peguam Negara lihat dokumen siasatan 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

"Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.

"Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

"Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Gani tidak menjelaskan butiran lanjut dokumen yang dimaksudkan.

Katanya, siasatan akan ditumpukan kepada setiap aspek yang dibangkitkan

Semalam Wall Street Journal membuat laporan mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta ke akaun persendirian "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".

Selepas Najib memberikan penjelasan mengenainya hari ini timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menggesa perdana menteri membuat pengesahan atau penafian meyakinkan berhubung kewujudan akaun berkenaan lapor Malaysiakini
Dan akhirnya.....orang yang i lantik untuk menyiasat telah di PECAT atas faktos kesihatan. Sedangkan ianya masih sihat dan bertenaga lagi......


Abdul Gani dipecat kerana mahu dakwa Najib?


Oleh Azri El

pertuduhan
Dokumen yang kononnya untuk menakwa Najib
Tindakan tergesa-gesa Putrajaya memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menimbulkan persoalan sama ada ia sebahagian perancangan untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak yang sedang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Persoalan itu dibangkitkan beberapa pemimpin pembangkang hari ini, yang menyifatkan pemecatan itu tidak sah, dan melanggar Perlembagaan.
Mereka merujuk kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, bahawa jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan dan hanya boleh dipecat dengan saranan sebuah tribunal khas yang ditubuhkan.
“Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri?
“Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah?” tindakan gopoh PMO Putrajaya itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
“Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?
“Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal,.
Gani adalah salah seorang anggota pasukan petugas khas yang sedang menjalankan siasatan terhadap Najib berhubung isu 1MDB. Selain Gani, tiga lagi anggota pasukan itu adalah Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Gani ditamatkan perkhidmatannya bermula semalam dan diganti bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Penamatan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan malam tadi. Menurut Ali, perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan. Peguam Negara yang lebih tua dari Ghani dan masih sihat itu pun mulalah menjalankan Tanggung Jawabnya setelah di naikkan Pangkat....



Peguam Negara nafi surat dakwaan terhadap Najib


ag
Kewujudan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri menggunakan kesalahan jenayah, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
 
Beliau yang baru dilantik menafikan laporan portal Sarawak Report mengenai pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’.
“Kertas pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat.
“Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan,” katanya.
Melalui pendedahan Sarawak Report, Tan Sri Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya secara tiba-tiba adalah kerana beliau sedang merangka kertas pertuduhan terhadap Najib dan Shamsul. Sarawak Report mendakwa pihaknya telah menerima beberapa bukti salinan dokumen yang menunjukkan Gani sedang merangka pendakwaan ke atas Najib atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.
pertuduhan

Bagaimanapun salinan tersebut masih berstatus deraf kerana Gani ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan. Tegas Apandi, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak pernah sampai kepada Jabatan Peguam Negara, malah format dokumen berkenaan tidak betul sebagaimana yang ditulis jabatan berkenaan.
“Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah,” katanya.
Selain itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuat naik tweet bersama Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datyk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menafikan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu.
“Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum.” kata Tun Abdul Majid menerusi twitternya. Susulan itu mereka mengingatkan orang ramai tidak untuk menyebarkan kertas pertuduhan dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti itu.

Tidak adil tukar 2 pegawai SPRM ke JPM, kata Khairy







Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Putrajaya memindahkan 2 pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Putrajaya memindahkan 2 pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.
Tindakan Putrajaya memindahkan 2 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) tanpa sebarang alasan dilihat sebagai perbuatan tidak adil, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Menurut portal Maljlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), ketua pemuda Umno itu berkata 2 pegawai SPRM tersebut hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.
“Saya melihat pemindahan pegawai itu sungguh pelik dan sangat mengecewakan. Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan atau gangguan daripada mana-mana pihak,” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Khairy berkata, keadaan seperti itu tidak sewajarnya berlaku kerana institusi seperti SPRM yang mesti dipertahankan untuk sentiasa bebas dan dapat menjalankan tugas dengan telus. Katanya, tindakan Putrajaya memindahkan 2 pegawai kanan SPRM hanya akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat.
"Saya harap perkara ini ditangani dengan segera. Malah, saya difahamkan ada seorang pegawai SPRM dipindahkan hanya kerana kesalahan menerima kunjungan wakil rakyat pembangkang ke SPRM,” katanya.
“Rakyat akan beranggapan setiap kali SPRM mahu menjalankan tugas, macam-macam berlaku kepada mereka, termasuk pegawainya dipindahkan dan sebagainya,” katanya.
Menurut Khairy, semua pihak perlu menghentikan serangan, sekatan dan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM yang terbabit dengan siasatan kes syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana akan mengundang lebih banyak prasangka negatif terhadap kerajaan dan institusi terbabit.
Semalam Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.
Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas 7 pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu 2 kali dan 2 daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.
SPRM sedang menyiasat SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1MDB. – 8 Ogos, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-adil-tukar-2-pegawai-sprm-ke-jpm-kata-khairy#sthash.ktPXmwN4.dpuf

Respon KJ Terhadap Isu Perpindahan 2 Pegawai SPRM ke JPM

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ meminta agar serangan, sekatan dan intimidasi terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dihentikan serta merta.

Menurut beliau tindakan itu akan mengundang lebih banyak perasaan prasangka negatif terhadap kerajaan dan institusi terbabit serta juga menggambarkan ada pihak yang mahu menyembuyikan fakta dalam siasatan kes 1MDB.

"Apa saja intimidasi (tindakan menakutkan pegawai SPRM) yang seolah-olah terancang, mestilah dihentikan serta-merta. Tindakan seperti ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Rakyat akan beranggapan setiap kali SPRM mahu menjalankan tugas, macam-macam berlaku kepada mereka, termasuk pegawainya dipindahkan dan sebagainya.

"Saya harap perkara ini ditangani dengan segera. Malah, saya difahamkan ada seorang pegawai SPRM dipindahkan hanya kerana kesalahan menerima kunjungan wakil rakyat pembangkang ke SPRM," katanya memetik laporan dari Berita Harian Online.


KJ berkata sedemikian mengulas isu dua orang pegawai kanak SPRM yang diarahkan berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta-merta.

Tambah Khairy lagi, tindakan itu tidak adil kerana pegawai-pegawai itu hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Saya melihat pemindahan pegawai sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi terancang terhadap SPRM yang akan melemahkan institusi kerajaan dan pihak berkuasa kita. 

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan atau gangguan dari mana-mana pihak. Jangan kerana kita ada agenda tertentu, kita sanggup meruntuhkan institusi ada dalam negara ini.

"Saya tidak sanggup membenarkan keadaan seperti itu berlaku. Institusi seperti SPRM mestilah kita pertahankan untuk menjadi sentiasa bebas dan dapat menjalankan tugas dengan telus," katanya. - Siakapkeli.my 
Bantahan Keras SPRM Perpindahan Dua Pegawai Kanan Ke JPM Di Batalkan.
Setelah bantahan keras daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perpindahan dua pegawai kanannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu, dibatalkan hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan perkara itu.

Ali berkata beliau telah bertemu sendiri denagn Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM.
“Kedua-dua pegawai telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.

Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing berkuat kuasata pada 10 Ogos 2015 (hari ini),” katanya 

Bukit Aman TERBAKAR, APAKAH FAIL JSJ TURUT TERBAKAR?.

Menteri yang melawan dan kena pecat. Peguam Negara dah kena singkir. Pengerusi PAC dah diangkat jadi menteri. Ketua Siasatan Jenayah dah hilang jawatan. Apakah KEBAKARAN ini ada kaitan dengan apa yang sedang di PERKATAKAN RAKYAT? Apakah ini semua adalah misi untuk hapuskan segala fail polis dan bahan BUKTI?. Nampak perancangan memang hebat dan menjurus kearah apa yang sedang di SIASAT PDRM. Sebenarnya inilah yang sedang di perhati dan di perkatakan rakyat.

Bila rakyat  hilang kepercayaan kepaa kerajaan.....yang musnah adalah masa depan Negara kita. Oleh sebab itulah PDRM, SPRM dan PENGUATKUASA yang lain jangan di ganggu dan perlu di beri kebebasan untuk MEREKA BEKERJA......apa nak takut jika kita di jalan yang benar......

ROSMAH MANSOR : " SAYA TIDAK AKAN BENARKAN NAJIB RAZAK BERUNDUR "


Umumnya ramai yang tahu bahawa Rosmah adalah satu-satunya isteri Perdana Menteri yang aktif dalam pelbagai persatuan dan juga program tidak seperti isteri perdana menteri yang sebelum ini . Namun , disebalik kelincahan beliau ,ramai yang tidak suka akannya .

terbaru , seorang Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin menolak cadangan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar seseorang perdana menteri dipilih secara terus oleh pengundi. Kadir berkata, perlembagaan negara tidak membenarkan perdana menteri dipilih dengan cara itu dan itu bukanlah satu masalah.

"Masalah kita bukan dengan perlembagaan, (masalah itu) bukan mengenai jawatan PM.

"Masalahnya, kita ada (Datuk Seri) Najib Razak sebagai PM kita, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih dapat sokongan majoriti...

“Beliau tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan oleh orang di sekelilingnya, terutama isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor),” kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir juga menjelaskan bahawa Tengku Razaleigh tidak bermaksud bahawa pemilihan perdana menteri itu mengikut cara sebuah negara republik. Beliau juga memberi peringatan kepada pihak yang mengulas isu tersebut supaya berhati-hati kerana ia boleh menyentuh ruang hasutan. Mengikut konvensyen, perdana menteri Malaysia dilantik dari kalangan MP yang mendapat kepercayaan ahli Dewan.

Pelantikan itu dibuat oleh ketua negara, Yang di-Pertuan Agong  Perdana Menteri Malaysia atas perkenan baginda. Apapun, kami rakyat mengharapkan Malaysiakekal aman dibawah pimpinan PM.



AMUKANMelayu - Jika padi katakan padi.....tidak saya tertampi-tampi.....jika suci katakan suci, jika di simpan menyiksa diri........