,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 8 July 2015

TUN M NAK KENA TANGKAP SEBAB LUKIS GAMBAR PENCURI


OLAK LEMPIT - Rabu 22 Ramadhan 1436, Kalut....kusut.....serabut, itu yang boleh di gambarkan keadaan di dalam Negara sekarang ini. Minyak NAIK takkala minya di pasaran dunia turun, Ringgit jatuh di kala Kerajaan sedang memberi duit raya kepada rakyat. Barang naik di kala bahan mentah jatuh. Tol naik di kala kenderaan semakin bertambah.

Penulis tak ahu jelaskan, tapi cuba cari sendiri supaya akal kita menjadi cerdik dan jangan main politik mengikut orang dan menjadi HAMBA PENCACAI Pemimpin Parti. 

Ini lagi kelako.....adakah di suruhnya tangkap Tun M. Saifuddin ni dulunya wakil rakyat pastu kalah. ungkin duk cuba nak balik kekabinet kot walau pun ianya napak mesra dengan Ambiga LGBT. Penulis tak tahu kemana aeah tujuan mamat ni. Teringat penulis Cerita Film Yadoon Kibarat.....dimana 3 beradik telah terpisa kerana kedua-dua ibubapa mereka di bunuh.

SEBAB DI BUNUH:

Bapanya seorang PELUKIS dan ia telah melukis gambar PEROMPAK yang membunuh PELANGGAN lukisannya dan akhirnya dia juga di bunuh. Apakah salah Tun M nak di tangkap.....hahahaha....ini kerana Tun telah mendedahkan DUIT NEGARA yang di ROMPAK. Sebab itu Tun M perlu di tangkap. hahaha.


KPN tolak saranan Saifuddin tangkap Tun M


KHALID ABU BAKAR / WAWANCARA KHAS HARI POLIS KE 208
Polis tidak mahu melayan saranan pihak tertentu supaya menangkap Tun Dr Mahathir Mohamad, ekoran kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menyifatkan ia satu cadangan nakal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiada sebab untuk pihaknya bertindak demikian terhadap bekas Perdana Menteri itu.
“Kenapa pula nak sarankan pada saya? Kalau tiada sebab kenapa perlu saya tangkap Tun M?”
“Itu saranan yang nakal dan saya tak akan layan,” katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di KL Sentral, hari ini.
Najib sebelum ini mendakwa Dr Mahathir sebagai dalang yang berkerjasama dengan media asing membuat tuduhan RM2.64 bilion dana berkait 1MDB didepositkan ke dalam akaun miliknya, seperti didedahkan The Wall Street Journal.
Bagaimanapun, Dr Mahathir dalam temubual dengan BBC yang disiar hari ini menafikan dakwaan Najib itu.
“Saya tahu semua mengenai wang yang dipinjam. Tetapi mengenai semua tipu helah yang menyusul, itu sesuatu yang saya baca di media asing dan saya mengesahkannya dengan bertanya orang tempatan.


“Saya bukannya bekerja dengan media asing,” kata Dr Mahathir.
Cadangan supaya polis menahan Dr Mahathir dibuat bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dalam akaun Twitter kelmarin.
Beliau berkata, polis perlu bertindak cepat dan menangkap Dr Mahathir jika dakwaan Najib bahawa bekas perdana menteri itu dalang d sebalik tuduhan terhadapnya, adalah benar. Malah kini ada pendapat mengatakan Tun M bagaikan Si Kitol. 

APA BENDA WSJ KELUARKAN NI.....BETUL KE TIPU NI.......

 
 
 
 
 

Untuk makluman, Wall Street Journal telah mendedahkan dokumen-dokumen di-atas dan beberapa dokumen lain yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terus didalam skandal 1MDB. 

Antara dokumen yang dimuat-naik di-SINI ialah slip-slip bank dan pemindahan wang tunai bernilai jutaan dollar Amerika terus ke-akaun yang tertera nama Perdana Menteri Malaysia. 

Sila baca, nilai dan tafsir sendiri. 

BUKAN SAMAN - HANYA NOTIS GUAMAN DIHANTAR KEPADA WALL STREET JOURNAL!!!




Pasukan perundangan Perdana Menteri akan mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal di Amerika Syarikat walaupun mungkin berhadapan dengan pelbagai kesukaran di negara yang undang-undangnya sangat susah berpihak kepada pihak luar, terutama sekali kerajaan asing yang menentang media negara tersebut.

Berdasarkan kepada maklumat semasa, pasukan peguam tersebut dikatakan sedang mempersiapkan fakta untuk menfailkan kes di Amerika Syarikat dan telah pun mendapatkan bantuan pakar-pakar perundangan membabitkan kes-kes fitnah di New York.

Kerja-kerja perundangan sedang dilakukan sebelum surat-surat berkaitan dihantar kepada Dow Jones, menurut sumber tersebut. Dow Jones adalah merujuk kepada penerbit Wall Street Journal.

Dalam pendedahan yang dibuat ke atas 1MDB Jumaat lepas, akhbar yang telah berjaya menghancurkan Iraq dengan laporan-laporan palsu membabitkan senjata-senjata pemusnah dunia yang kononnya dimiliki oleh Saddam Hussein itu, mendakwa, Najib telah menerima wang berjumlah hampir USD700 juta atau lebih kurang RM2.6 bilion menerusi akaun peribadinya.

Akhbar niaga antarabangsa tersebut turut mendakwa mereka memperolehi dokumen-dokumen kerajaan yang menunjukkan aliran wang dari akaun 1MDB menerusi beberapa agensi dan syarikat kerajaan sebelum didepositkan ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Najib Abdul Razak.

Najib telah menafikan mengambil sebarang wang untuk kepentingan peribadinya dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'sabotaj politik'.

Sebuah taskforce yang mengandungi empat agensi Kerajaan Persekutuan sedang menyiasat dakwaan WSJ dan semalam, telah membekukan enam akaun bank tetapi tidak menyebut sebarang nama yang memiliki akaun-akaun tersebut.

Petugas Khas Serbu Perjabat 1MDB

1. Petugas khas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis, Bank Negara dan SPRM telah menyerbu pejabat 1MDB pagi tadi.

2. Serbuan tersebut timbul berikutan mudahnya Wall Street Journal mendapat dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan syarikat milik kementerian kewangan tersebut.

3. Pada 3 Julai Wall Street Journal mendedahkan satu dakwaan bahawa RM2.6 bilion kononnya dana daripada 1MDB dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Satu dakwaan sabotaj menurut Perdana Menteri.

4. Dalam perkembangan yang sama pasukan peguam Najib telah mula bertindak. Langkah pertama telah menghantar surat demand kepada Dow Jones, pemilik WSJ untuk meminta kepastian berkaitan dakwaan tersebut. Jawapan perlu diberikan dalam tempoh 14 hari.

5. Lporan WSJ merupakan satu dakwaan atas talian, yang sukar dibuktikan, kerana dakwaan tersebut hanya bersifat dakwaan berlatar belakangkan dokumen nampak betul, tetapi tidak pasti kesahihannya.

6. 1MDB menjadi sorotan kerana sedang diperikasa berikutan dakwaan-dakwaan liar berhubung hutang GLC tersebut mencecah RM42bilion walaupun hanya beroprasi 6 tahun.

7. 1MDB adalah GLC milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia di mana Penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan.

Adik Najib Terkenangkan Bapanya


Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak hari ini memuat naik gambar bapanya, Tun Abdul Razak memimpin sekumpulan individu termasuk anggota polis meniti jambatan sempit di kawasan petempatan peneroka Felda suatu ketika dahulu.

Nazir melalui laman Instagram miliknya, nazir.razak berkata, bapanya itu gemar melawat kawasan peneroka Felda.

"Tun Razak gemar melawat petempatan peneroka Felda, ada jambatan sempit, dan anggota rombongan (termasuk polis) ikut dari belakang.

"Begitulah mereka pada masa itu," katanya dalam kapsyen mengiringi gambar itu.

Kiriman itu mengundang beberapa respons pengguna laman media sosial itu, antaranya "wanarvee" yang berkata, "pemimpin yang memimpin, pemegang amanah. Alfatihah", dan pengguna dengan nama "sukrihusin", yang berkata, "bapa anda seorang pemimpin".

Abang Nazir, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan krisis apabila didakwa menerima hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) melalui akaun peribdainya beberapa bulan menjelang pilihan raya umum pada 2013.

Dakwaan itu dikeluarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu. Semalam, WSJ turut mendedahkan aliran wang berkenaan bagi menyokong dakwaan mereka walaupun Najib sebelum ini menafikan perkara itu lapor The Malaysian Insider.





AMUKANMelayu - Ram-ram pisang, pisang masak layu, jatuh dalam kubang di sambar Bapak Yu, Adek oh adek rumah kita nak runtuh....rak...rak....rum......