,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 30 July 2015

TIADA PAHLAWAN BAJAU NAIK KEDARAT MELAINKAN MENGEJAR PAHLAWAN BUGIS YANG MENIKAM CURI

I LOVE PM

OLAK LEMPIT - Khamis 13 Syawal 1436H, Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh NAJIB QC, ramai dikalangan pengguna laman media sosial mula membuat spekulasi mereka masing - masing.

Ada yang menyokong, ada jugak yang mengutuk tindakan  itu. Macam - macam andaian dan persepsi mereka buat berdasarkan kepada pengamatan Politik mereka sendiri.

Rata - rata mempersoalkan, kenapa baru sekarang NAJIB QC nak buat rombakan  kabinet? Dan kenapa hanya individu tertentu sahaja yang digugurkan dari kabinet tersebut?

Salah satu persoalan yang diajukan ialah 'Kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal dan Ghani Patail'? Apakah yang telah dilakukan oleh mereka, ini sehingga mampu untuk merosakkan reputasi Kerajaan?

Kalau kita lihat, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Shafie Afdal, ternyata dia juga sependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Masing - masing tetap beristiqomah dalam perjuangan. Mereka ini juga adalah Pemimpin yang mahukan "KETELUSAN" dalam pentadbiran dan mereka ini juga mahukan 1MDB  di selesaikan secara berhemah dan jika ada yang tidak betul ianya perlu di bawa ke MUKA PENGADILAN. Kestabilan politik juga perlu di ambilkira untuk URUSTADBIR Negara. Seperti kata Tun M mengenai 1 MDB:

“Jadi saya terpaksa membawanya(1MDB) ke khalayak. Najib memusnahkan Umno dan BN. Saya tahu dia akan kalah pilihan raya akan datang. Dan kemudian seluruh negara akan menyaksikan kegawatan kerana tiada parti yang akan mempunyai majoriti untuk mentadbir negara" - Tun M.

Perdana Menteri, NAJIB QC beberapa hari sudah dalam satu sidang media mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang antara lain menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Shafie, Ghani Patai dan beberapa orang lagi turut di gugurkan. Bagi pandangan penulis, Shafie dan Mohyiddin Yassin adalah "LAMBANG PEMIMPIN" sejati. 

Menduduki kerusi Tinbalan dan Naib Presiden UMNO jelas menggambarkan mereka ini adalah "Orang Yang Berpengaruh" dan mereka juga telah  telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di beri dengan sebaik mungkin semasa memegang jawatan Kabinet.

Shafie yang berdarah Bajau TIDAK AKAN NAIK KEDARAT MELAINKAN UNTUK MENGEJAR BUGIS YANG MENIKAM CURI. 

Mohiddin yang berdarah ULAMAK sangat tenang dan Shafie juga amat tenang. Boleh di katakan mereka ini tiada ISU besar yang boleh mencemarkan REPUTASI KERAJAAN. melainkan mereka ini nampaknya tidak SEALIRAN dengan  NAJIB QC itu pun hanyalah perkara yang berkaitan dengan 1MDB.

Pemecatan Ghani Patail yang menyimpan dukumen 1MDB dan perlanjitan Nor Jazlan bagaikan ada sesuatu yang nak di SELAMATKAN oleh Nor Jazlan dan yang akan di BUKA oleh Ghani Patai. Selepas ini Ghani Patail tidak BERKUASA lagi ke atas DUKUMEN 1MDB dan jika perkara ini bibuka oleh Ghani Patail, ianya akan mengundang padah dan dalam masa yang sama Nor Jazlan yang dah TERHUTANG BUDI akan terjualan HARGA DIRI. Kita lihat Pembentangan PAC(The Public Accounts Committe) nanti. Semua ini akan berubah.
Apapun yang pasti Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka berlansung hujung tahun nanti tentu akan menjadi hangat. Nak pecat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet memang prerogatif PM. Tapi jawatan dalam parti masih kekal. Sama - sama kita nantikan!!!

1MDB TELAH MUSNAHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT DAN KUASA MELAYU

Mahathir-1MDB
TIKA TUN M MELIHAT 1MDB TELAH MUSNAHKAN UMNO, NAJIB QC MENGGUNAKAN !MDB MENYELAATKAN DIRINYA
 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau berada di belakang krisis yang melanda syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hanya kerana beliau mengetengahkan aduannya kepada pengetahuan umum. Dr Mahathir berkata, beliau memilih untuk bersuara mengenai “salah laku” 1MDB kerana orang lain tidak berani melakukan demikian, sedangkan kebisuan mereka itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum akan datang.

“Perdana menteri kata Dr M (sayalah) di belakang krisis itu,” tulis Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya chedet.cc hari ini.
“Saya mengaku, memang saya di belakang ‘krisis’ itu. Saya di belakangnya kerana wujud iklim ketakutan di negara ini,” katanya.
Beliau mendakwa, ramai yang menyedari “kehilangan berbilion ringgit oleh 1MDB”, tetapi terlalu takut menghadapi akibatnya sekiranya mereka menyuarakan kebimbangan mereka.

“Jadi, mereka datang kepada saya. Mereka minta saya ‘lakukan sesuatu’,” tulisnya.
Beliau berkata, pada mulanya beliau tidak meneruskannya kerana tidak mahu Najib disoal, tetapi cubaan beliau menghubungi perdana menteri secara peribadi tidak mendatangkan sebarang hasil.

“Jadi saya terpaksa membawanya ke khalayak. Najib memusnahkan Umno dan BN. Saya tahu dia akan kalah pilihan raya akan datang. Dan kemudian seluruh negara akan menyaksikan kegawatan kerana tiada parti yang akan mempunyai majoriti untuk mentadbir negara.

“Pembangkang tidak boleh (mentadbir) kerana mereka akan bergaduh sesama mereka. Kerajaan Pakatan akan lemah dan tidak stabil,” kata Dr Mahathir, merujuk kepada gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata negara akan bertukar menjadi anarki tanpa kerajaan yang kuat dan krisis yang mengirinya ia akan menjadi lebih teruk.
“Jadi saya memutuskan untuk mendedahkan salah laku 1MDB di mana perdana menteri pada asasnya merupakan ketuanya,” katanya.

Najib dalam entri terbaru di blognya berkata, bekas perdana menteri itu berada di belakang “kekecohan” di negara ini kerana serangannya dan tindakannya yang mengulangi “pembohongan dan fitnah pembangkang”, lapor The Malaysian Insider.

PM Mengaku Ada RM2.6 Bilion Dalam Akaun

Bersama Mantan TPM
Nampaknya isu politk negara semakin menjadi hangat apabila sebuah video yang dimuatnaik oleh Portal KiniTV.  Menurut Malaysia kini video tersebut, memaparkan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa dia telah bersemuka dengan Perdana Menteri Dato Seri Najib.

Berdasarkan percakapan Muhyiddin dalam video, dia memberitahu bahawa terdapat "susah nak kira, a lot,a lot " di dalam akaun sebuah bank berpengkalan di Timur Tengah.

"Saya tanya kenapa masuk akaun you? kenapa masuk akaun Najib Razak? duit berapa? 700million US Dollar," beliau berkata demikian di kediamannya di hadapan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah rakaman penuh. - Siakapkeli.my


1 - MUHYIDDIN REDHA, ISTIQOMAH DALAM UMNO

Istiqamah
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

2 - PENENTANGAN NAJIB QC AKAN BERMULA DARI SABAH

Pahlawan BAJAU
Jika dilihat, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Shafie Afdal, ternyata dia juga sependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Masing - masing tetap beristiqomah dalam perjuangan.
"Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya,” demikian ujar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Berkata menerusi kenyataan pada hari ini, jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk merombak kabinet sekiranya perjuangannya tidak selari dengan pendirian pemimpin negara ini.
“Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi. Sekiranya ia dianggap tidak selari dengan pendirian, maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan,” katanya.
“Sejak memegang jawatan Kabinet, saya telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar,” katanya lagi.

3 - Tan Sri Ghani Patail Di Tamatkan Perkhidmatan

 | July 28, 2015
Menurut KSN penamatan itu dibuat atas faktor kesihatan
gani
PUTRAJAYA – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan menggantikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail. Ia berkuatkuasa sebaik Abdul Ghani ditamatkan perkhidmatan pada 27 Julai 2015. Menurut kenyataan yang dipetik daripada Bernama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamza memaklumkan, Abdul Ghani ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab kesihatan.

Abdul Ghani sebelum ini mengetuai Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB. Beliau turut dibantu dibantu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Saya tak mahu kata apa-apa”.

Demikian reaksi ringkas Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung penamatannya sebagai Peguam Negara.
Beliau juga tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai penamatan perkhidmatan itu.

“Tak apa. Saya tak mahu cakap apa-apa. Nanti saya cakap ni banyaklah,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada penamatan itu ada kena mengena dengan siasatan isu 1MDB.

Pagi tadi Bernama melaporkan kerajaan menamatkan perkhidmatan Abdul Gani dan digantikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. yang pernah bertugas sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa.
“Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri, meluluskan pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara berkuatkuasa 27 Julai.

“Abdul Gani akan terus berkhidmat kepada negara sebagai pegawai perkhidmatan perundangan dan undang-undang sehingga bersara wajib pada 9 Oktober 2015,” katanya.
Abdul Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara sejak 11 tahun lalu. – 28 Jul 2015.

Penamatan Tan Sri Abdul Gani Patail Sah - Shamrahayu


Penamatan perkhidmatan Peguam Negara tanpa tribunal adalah sah, kata Shamrahayu
SHAMRAHAYU: Penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah sah dari sisi Perlembagaan Persekutuan kerana jawatan itu dipegang "atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong".
KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah undang-undang berpendapat penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah sah dari sisi Perlembagaan Persekutuan kerana jawatan itu dipegang "atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong".

Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata pandangan bahawa pemecatan hanya boleh dilakukan oleh sebuah tribunal -- sama seperti cara memecat hakim -- mungkin tidak betul dari segi undang-undang.

"Pandangan yang merujuk kepada Artikel 145(6) itu tidak terpakai kerana peruntukan itu hanya dipakai kepada Peguam Negara yang memegang jawatan sebelum pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan peruntukan tersebut," katanya.

Shamrahayu menghubungi Astro AWANI malam ini untuk membetulkan pandangan awal yang beliau berikan berhubung kesahihan penamatan perkhidmatan Abdul Gani.

Pensyarah itu dalam kenyataan awalnya berpendapat bahawa penamatan perkhidmatan Peguam Negara perlu melalui sebuah tribunal.

"Selepas saya baca dan kaji semula, frasa "Tertakluk kepada Fasal (6) itu untuk Peguam Negara yang bertugas sebelum pindaan kepada Artikel 145," jelas beliau.

Pindaan itu berkuatkuasa pada 16 September 1963.

Dua peruntukan Fasal (5) dan Fasal (6) dalam Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang disebut oleh Shamrahayu adalah seperti berikut:

(5) Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(6) Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan


4 - SINETRON KABINET KAYU

 




Kabinet Najib Dari Kayu Lempung

Ehhh.......jangan PICIT TELOQ aku....



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 
 

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.
“Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.
“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.


Bisa nya tikaman ini



Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet.

“Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu,” Najib QC.

Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
“Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
“Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan. –Malaysiakini

 
  KABINET KAYU Baru Najib QC:

  1. DS Najib Tun Razak kekal Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
  2. DS Ahmad Zahid Hamidi kini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
  3. DS Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dilantik sebagai Menteri Kewangan II
  4. DS Liow Tiong Lai – Menteri Pengangkutan
  5. DS Dr S Subramaniam – Menteri Kesihatan
  6. DS Hishammuddin Tun Hussein – Menteri Pertahanan
  7. DS Mustapa Mohamed – Menteri MITI
  8. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Keruak – Menteri Komunikasi & Multimedia
  9. Datuk Mah Siew Keong – Menteri Di Pejabat Perdana Menteri
  10. DS Idris Jusoh – Menteri Pengajian Tinggi
  11. Khairy Jamaluddin – Menteri Belia dan Sukan
  12. Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  13. Datuk Amar Dauglas Uggah Embas – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
  14. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
TIBA-TIBA BUKIT AMAN PUN TERBAKAR







Kuala Lumpur: Kebakaran yang berlaku di tingkat 10 menara 2 Pejabat Polis Bukit Aman, 7.20 semalam tidak menyebabkan dokumen penting terbakar, yang terbakar hanya dokumen lama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya memaklumkan bahagian pejabat di tingkat itu, selamat.

“Hanya dokumen tidak penting di koridor tingkat 10 yang terbakar. Bahagian pejabat selamat. Tingkat 10 adalah pejabat tadbir Jabatan Siasatan Jenayah. Hentikan khabar angin,” katanya.



AMUKANMelayu - Dukumen Bukit Aman terbakar, Nor Jazlan PAC tak GAGAP lagi di sidang PAC, Said Keruak COVER Berita, Zahid boleh TENTERAMKAN Sg. Buluh, Tony Pua dan ada 3 juta dalam akaun bini dan boleh keluarkan lagi dukumen 1MDB palsu, KJ boleh COVER LINE dengan bebudak BELIA........kahkahkah.....Ayahanda TUN M?