,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 5 July 2015

NASIB NAJIB - TURUN ATAU DI HALAU?


AMUKANMelayu :
RAGIM Najib ni dah semakin mengarut dan merapu..........kalu dah tak boleh.....turunlah......jangan sampai orang HALAU.....
Tok Aki Aji's photo.

Saya Sama Sekali Tidak Berasa Keseorangan, Kata Najib

Saya Sama Sekali Tidak Berasa Keseorangan, Kata Najib
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak berasa keseorangan, tambahan pula begitu banyak badan antarabangsa, individu dan institusi yang mengesahkan keyakinan mereka terhadap kejayaan Malaysia.
Kesemua badan ini juga menyanjung Malaysia dengan memberi penarafan yang sangat tinggi.
“Saya sama sekali tidak berasa keseorangan. Hakikatnya, saya berasa dikelilingi teman yang menyenangkan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2015 di sini Khamis.
“Sejak akhir-akhir ini kedengaran perbualan di Malaysia tentang betapa seseorang itu berasa keseorangan untuk menyatakan kebenaran. Jadi, saya boleh beritahu anda bahawa saya tidak berasa keseorangan berdiri di hadapan anda semua hari ini,” kata Najib, yang menerima tepukan sambil berdiri, oleh para perwakilan
KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Datuk Seri Najib Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB. 

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan.

Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib.

Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran. Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Datuk Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian.

Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Allah SWT akan memberikan kita segala taufiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.


 Tan Sri Muhyiddin Yassin
 Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 4 Julai 2015



KENYATAAN NAIB PRESIDEN UMNO SHAFIE APDAL


Image result for shafie apdal
DATO' SERI  MOHD SHAFIE APDAL

ISU - PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN WALL STREET JOURNAL TERHADAP YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI

1) SAYA TURUT MENYATAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN OLEH WALL STREET JOURNAL (WSJ) KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI YANG JUGA MENTERI KEWANGAN.

2) PERKARA INI PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS KERANA IA MELIBATKAN IMEJ DAN JUGA KREDIBILITI DATO' SRI MOHD NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI, SELARI DENGAN DASAR KETERBUKAAN DAN AKAUNTABILITI KERAJAAN DALAM MENTADBIR URUS NEGARA.

3 DATO' SRI MOHD NAJIB PERLU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEKIRANYA TUDUHAN DAN DAKWAAN TERSEBUT TIDAK BENAR SUPAYA KEPIMPINAN KERAJAAN BEBAS DARIPADA PANDANGAN KURANG BAIK BUKAN HANYA DIKALANGAN MASYARAKAT DALAM NEGARA BAHKAN MASYARAKAT ANTARABANGSA
 
4) SAYA YAKIN PENDEKATAN SIASATAN SECARA MENYELURUH OLEH BADAN-BADAN BERWAJIB DAN BEBAS PASTI DAPAT MEMBUKTIKAN KEBENARAN DAN DALAM MASA YANG SAMA DAPAT MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA KEWIBAWAAN KERAJAAN.

5) SAYA JUGA TURUT MEMINTA RAKYAT SUPAYA BERTENANG DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.


DATO' SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

4 JULAI 2015‎

PERDANA MENTERI KENA SEGERA BUAT LAPORAN POLIS KEATAS SARAWAK REPORT DAN WALL STREET JOURNAL UNTUK BERSIHKAN NAMA BELIAU


KHAIRUDDIN DENGAN PEMILIK SARAWAK REPORT

Saya ingin cabar YAB Dato Sri Najib Tun Razak agar buat laporan polis secara rasmi ke atas Sarawak Report serta Wall Street Journal untuk membersihkan namanya dari tuduhan tersebut.

Dalam masa yang sama saya nak nasihatkan 1mdb agar duduk diam-diam dan tak perlu membuat sebarang kenyataan untuk menafikan bagi pihak Dato Sri Najib Tun Razak. Syarikat 1mdb dah lama hilang kredibilitinya kerana mereka amat gemar menipu serta gagal memberi kenyataan yang ilmiah secara konsisten. Selama ini banyak kenyataan-kenyataan dari 1mdb hanya berbaur penipuan serta pembohongan saja. Hari ini keseluruhan rakyat Malaysia sudah tidak percaya lagi dengan sebarang kenyataan dari 1mdb.

Apabila tiba di tanahair dari London pada hujung minggu ini, saya akan terus ke balai polis untuk membuat laporan polis keatas Dato Sri Najib Tun Razak dalam semua pertuduhan yang telah dilaporkan oleh Sarawak Report serta juga Wall Street Journal.

Oleh yang demikian, saya ingin sarankan kepada Dato Sri Najib untuk buat perkara yang sama secara secepat yang mungkin untuk beliau menafikan semua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal bukan saja mencemarkan imej Dato Sri Najib secara peribadi tetapi juga bakal memberi imej buruk terhadap negara kita di kacamata dunia luar.

Tuduhan ini juga bakal merosakkan reputasi negara dan kemungkinan akan menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia kerana keperibadian Perdana Menteri Malaysia telah dipalitkan dengan pelbagai skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah negara ini.

Sekarang majoriti dari rakyat Malaysia pun sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Dato Sri Najib dan tidak mustahil dengan pendedahan skandal kewangan terbaru ini akan turut membuatkan dunia luar akan hilang hormat mahupun terhakis keyakinan keatas negara Malaysia.

Dato Sri Najib tak boleh berlengah lagi dan jangan hanya buat penafian melalui laman tweeternya saja. Perdana Menteri kena ambil tindakan undang-undang secara rasmi keatas Sarawak Report dan Wall Street Journal secepat yang mungkin bagi membuktikan tuduhan ini tiada asasnya sama sekali!

Pembongkaran fakta dalam laporan Sarawak Report serta Wall Street Journal kelihatan amat meyakinkan kerana laporan tersebut disandarkan dengan bukti-bukti nama bank, nombor akaun bank, salinan SSM, jumlah dana serta tarikh-tarikh duit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Sri Najib.

Dato Sri Najib kena jadi pahlawan bugis yang berani demi kebenaran. Dato Sri Najib jangan jadi pahlawan bugis yang bacul!!

Sekiranya Dato Sri Najib tunjuk sikap bacul takut untuk buat laporan polis dalam isu ini, saya takut nanti kemungkinannya keseluruhan rakyat di tanahair kita akan menggelarkan Dato Sri Najib sebagai 'lanun bugis' pulak!!

Secara peribadi saya amat kasihan dengan Dato Sri Najib yang ditohmah dengan pelbagai skandal kewangan yang terburuk di negara kita. 

Oleh yang demikian, kaedah terbaik untuk bersihkan segala imej kotor yang dilemparkan keatas Dato Sri Najib ialah dengan membuat laporan polis secara segera, ambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report serta Wall Street Journal dan serahkan polemik peribadi beliau yang tercemar teruk pada 'the rule of laws'.

Biarlah proses undang-undang saja yang bersihkan nama Dato Sri Najib. Kalau Dato Sri Najib gagal membersihkan tohmahan dan imejnya melalui proses undang-undang, yakinilah beliau akan turut mengheret Umno serta juga BN ke lembah kehancuran pada PRU 14 kelak buat selama-lamanya!!

Kenyataan PEGUAM NEGARA


PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT DAKWAAN DANA DISALUR KE AKAUN PERDANA MENTERI
Add caption

Sebuah Pasukan Petugas Khas, dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, telah pun memulakan siasatan berhubung isu 1MDB.

Pasukan ini telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.

Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada Pasukan Petugas Khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit. Susulan semakan dan analisis yang dibuat ke atas dokumen-dokumen yang diperoleh hasil serbuan itu, saya juga telah memberi nasihat dan panduan susulan kepada Pasukan Petugas Khas.

Siasatan akan memfokus setiap aspek yang dibangkitkan. Saya yakin keanggotaan pelbagai agensi akan membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih profesional dan terperinci. Saya juga berharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan Pasukan Petugas Khas ini menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
PEGUAM NEGARA
4 JULAI 2015

AMUKANMelayu - Jika turun mungkin TERHORMAT. Jika di halau tentu ada PENDAKWAAN......adakah akan ke Sungai Buluh atau lari atau terlepas kerana semua ini adalah FITNAH POLITIK semata-mata......semua ini perancangan Allah.....