,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 14 June 2015

SIAPA YANG TERSEPIT?


KENAPA Nazri Perlu Menyalak?

 

OLAK LEMPIT - Ahaad 26 Sya'aban 1436,  Melihat kepada beberapa Menteri kebelakangan ini, nampak jelas Menteri-menteri UMNO ini lebih kepada TAKUT kehilangan Jawatan. Ianya nampak ketara selepas PM memberi peringatan "Setiapa Yang Tidak Sealiran Dengannya Sila Letak Jawatan" .

Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya lebih kehadapan menjadi WIRA 1MDB. Katanya Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan merendahkan kedudukannya sebagai perdana menteri, menampakkan yang Nazri sebenarnya meletakkan dirinya bagaikan BUDAK BARU BERMAIN POLITIK. Mencabar bloger/FBian bertanding di Padang Rengas adalah diibaratkan Ahli Politik Veteran ini menjadi Budak Hingusan Najib untuk membelasah sesiapa sahaja untuk menunjukkan dia adalah HERO yang terus menjadi Panglima kepada Pahlawan Bugis dengan tujuan supaya PM tidak melupakannya.


“Sapa dia ni yang comment pasal my dressing? Sapa budak ni ,Aku daripada dulu macam ni pun ,rakyat dah pilih Aku 5 penggal pilihanraya Tak pernah kalah. “Kalau hamlau ni rasa Dia Bagus sangat ,tak yah cakap banyak, Aku Tunggu Dia di Padang Rengas utk pilihanraya yang ke -14 ni ,kita tgk Padang Rengas nak Dia ke Aku?” soal Ahli Parlimen Padang Rengas memetik laporan dari MalaysiaKini.


Dalam KES 1MDB, dan KETIDAKHADIRAN PM di sessi dailog dengan NGO's, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu berkata, Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin negara selama 22 tahun merupakan seorang warganegara biasa dan tidak mempunyai lokus standi untuk berdebat dengan Najib.

"Bagi saya, ia (berdebat) bukan idea yang baik. Kenapa perdana menteri saya perlu rendahkan kedudukannya dengan berdebat dengan rakyat biasa?

"Jika ada perdebatan, ia sepatutnya antara pemimpin pembangkang dan Najib. Dan platform untuk itu ialah di parlimen," katanya kepada pemberita di Universiti Malaya hari ini.

Selain itu, ketika ditanya mengenai Najib yang jarang berada di parlimen, Ahli Parlimen Padang Rengas itu mempertahankan bosnya dengan berkata, perdana menteri mempunyai jadual yang sangat sibuk.

Malah, katanya, ada menteri lain yang boleh memberikan jawapan bagi pihak Najib dalam sidang parlimen.

"Tidak masuk akal apabila Najib perlu membalas dakwaan seorang individu. Sebagai perdana menteri, banyak perkara lain yang Najib perlu lakukan. Saya tidak mahu dia membuang masa," kata Nazri lagi. Sementara dalam Kes TEGURAN TMJ ke atas Najib, sekali lagi Nazri menunjukkan sifat HEROnya. Tapi apakah Najib akan menyimpan orang-orang seperti ini untuk PRU Ke 14? atau adakah  Najib sempat sampai ke PRU Ke 14? Jom kta layan aetikal di bawah ini........

TMJ : "Bagaimana nak dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?"


Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.

Pengkritik beliau pula berkata Najib “bacul” untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bagi Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lain pula telahannya.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam Nothing2Hide, dialog terus terang bersama aktivis NGO, dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Suara pertama kerabat

Beliau bagaimanapun tidak hadir setelah polis mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar.

Menulis dalam Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.

“Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” titahya.

Tengku Ismail dipercayai kerabat pertama bersuara tentang perselisihan antara Najib dan Mahathir.
Kenyataan daripada pihak istana Johor itu sedikit sebanyak dilihat memberikan tamparan kepada Najib yang pentadbirannya diasak daripada segenap penjuru dalam isu 1MDB.

(NAZRI WARNING TMJ) Jangan campuri politik atau kena 'belasah'


Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

 

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagaimengulas kenyataan Tunku Ismailawal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.-MK

(LEPAS NAZRI WARNING) TMJ Upload Video Dengan Isyarat "Marilah" Berlatar Ngauman Harimau

Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik pada akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Hanya beberapa jam selepas ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar.

Dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers, beliau dilihat sedang berehat di atas bangku dan menoleh ketika kamera berada di kirinya.

Menggunakan tangan kiri, Tunku Ismail membuat isyarat memanggil.

Klip video sepanjang 17 saat itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Tunku Ismail adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberi amaran supaya Tunku Ismail tidak mencampuri politik.

Kata Nazri, tindakan Tunku Ismail boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika kerajaan memberi reaksi kepada komennya.

Pos berkenaan juga pantas mendapat reaksi daripada pengguna Facebook.

Sehingga jam 8.15 malam ini lebih 2,000 orang menekan butang Like dan sekurang-kurangnya 541 akaun lain berkongsi pautan berkenaan.- by celahgelegar

Kenapa memBERIkan CADANGan kepada 'PAHLAWAN BUGIS' daripada mengKRITIKnya ialah perBUATan BODOH..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada seorang pengKOMEN dalam BLOG kita semalam MARAHkan 'POSTING' yang kita TULIS dan menyatakan kenapa kena KRITIK DS Najib sebaliknya TIDAKkah boleh diBERIkan CADANGan dan SARANan kepada dia? OKlah.. Kita HARGAilah PANDANGan sedemikian.. Namun demikian, kita ingin TANYA kepada orang yang jadik pengKOMEN itu - Apakah DS Najib itu menerima CADANGan orang?


HE!HE!HE! DS Najib bukan sehari dua aje menjadik PM.. Sejak April 2009 lagi.. Sudah 6 TAHUN dah..Bolehkah pengKOMEN tadi memBERITAHU sejak bilalah DS Najib pernah menDENGAR CADANGan atau pun BANTAHan orang RAMAI?

1) PERNAHkah DS Najib ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI apabila dia meLIBERALISASIkan beBERAPA SEKTOR perKHIDMATan dengan meMANSUHkan EKUITI 30% untuk KAUM Melayu/BUMIPUTRA?

2) PERNAHkah DS Najib ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI apabila dia meMANSUHkan KUOTA keMASUKkan ke IPTA dan KUOTA BIASISWA JPA untuk KAUM Melayu/BUMIPUTRA?

3) PERNAHkah DS Najib ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI apabila dia meMANSUHkan ORDINAN DARURAT, AKTA Mesin CETAK, ISA dan BANYAK lagi?

4) PERNAHkah DS Najib ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI apabila menarik SUBSIDI daripada RAKYAT dan mengGANTIkannya dengan pemBERIan BR1M hanya untuk orang-orang tertentu?

5) PERNAHkah DS Najib ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI apabila dia begitu berlebih-lebihan menarik SOKONGan KAUM 'AH-Beng' dulu dan akhirnya MENYESAL tak sudah apabila hanya 3% aje KAUM 'AH-Beng' yang mengUNDI UMNO/BN semasa PRU-13?

6) PERNAHkah DS Najib ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI apabila dia menubuhkan 1MDB yang akhirnya berHUTANG sehingga RM42 BILION hanya untuk meMILIKki ASET-ASET yang mereka sendiri TIDAK mampu untuk URUSkan OPERASInya?

7) PERNAHkah DS Najib ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI apabila dia memutuskan KADAR GST adalah 6% lalu menyebabkan HARGA BARANG terus meningkat kerana nak SAMAkan dengan HARGA BARANG di NEGARA MAJU lain?


Ada ke DS Najib nih ambil KIRA PANDANGan orang RAMAI? Mana ada.. DS Najib seBENARnya memandang HINA kepada RAKYAT MARHAEN disebabkan dia ini TIDAK pernah HIDUP seperti mana ALLAHYARHAM BAPAnya dahulu.. DS Najib yang berpenDIDIKan BARAT pulak SUKA dengan AYAT 'CASH is KING'..


BerBEZA dengan ALLAHYARHAM BAPAnya dan TUN DR. Mahathir, mereka lebih CENDERUNG untuk memPELAJARi bagaimana NEGARA-NEGARA TIMUR seperti Jepun dan Korea menjadik NEGARA MAJU daripada keHANCURan.. Sedangkan MENTALITI DS Najib yang bepenDIDIKan BARAT mananya pernah nak BELAJAR sedemikian kerana SEMUAnya perlu sedia terHIDANG untuk dia BUAT PILIHan dengan MAIN TUNJUK aje.. Sebab itulah DS Najib KAGUM dengan BUKU berikut!


KeCEDERUNGan DS Najib mengikut GAYA HIDUP BARAT dalam mengURUSkan kerajaan dan NEGARA seBENARnya sangat menJELEKkan.. Anda boleh LIHAT sendiri bagaimana DS Najib begitu TERUJA dengan para 'PUNAH-Sihat' yang berOTAK LIBERAL, pengANUT KRISTIAN 'EVANGELIST' dan 'MAT SALLEH' yang AKTIF berPARTI SOSIAL ala-ala PARTI 'HARDCORE'.. Itulah yang DS Najib ambil sebagai 'PUNAH-Sihat' dan segala KELENTONG mereka ini diPUJAnya dengan sePENUH HATI seolah-olah ANAK-ANAK TEMPATAN ini SEMUAnya tak SEKOLAH!


Ya.. Kita tak NAFIkan ada jugak DS Najib ambil beBERAPA WARGA TEMPATAN untuk menjadik TUKANG SORAK kepadanya.. Namun begitu, mereka ini jugak terdiri daripada ANAK-ANAK TAN SRI, DATUK dan pelbagai VIP lagi.. Kalau anda hanya ANAK KAMPUNG yang BELAJAR TINGGI di luar NEGARA, jangan HARAPlah anda dapat menyumbang kepada NEGARA di bawah kePIMPINan DS Najib nih.. ANAK-ANAK VVIP yang tak tentu apa keLULUSan itu jugaklah yang diPILIHnya..

TEGURan siapakah yang diambil PEDULI oleh DS Najib nih? Sedangkan MANTAN PM seperti TUN DR. Mahathir jugak pernah beBERAPA kali meNASIHATkan dia?


"3. Lots of people know about the loss of billions of Ringgit by 1MDB. These people are in a position to know because they have seen evidence of this loss. But they are afraid because of actions which the Government can take against them. They may lose their jobs, or contracts or expectations of titles etc.

4. So they come to tell me. And they ask me to "do something". For a long time I desisted because I know if I reveal the wrong doings of 1MDB, it will lead to the Prime Minister being questioned.

5. I had tried to do it privately. But there was no result. I told the Prime Minister I no longer supported him. No result.

6. So I had to go public. Najib has destroyed UMNO and BN. I know he would lose the next election. And then the whole country will see turmoil as no party, would have the majority to run the country."->KING<-

Malah, kita jugak CUKUP YAKIN bahawa BARISan KABINET yang ada sekarang jugak diPILIH bukan kerana mereka LAYAK pun sebaliknya kerana DS Najib tak MAHU jika ada yang meRAJUK, UMNO/BN akan HILANG keLAYAKkan menjadik kerajaan.. NAMPAK tak betapa LEMAHnya kePIMPINan DS Najib pada HARI ini?

Wallahualam.


AMUKANMelayu - Bodoh sombong adalah satu ungkapan yang membawa erti, BODOH tak boleh di ajar dan CERDIK tak boleh di ikut........