,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 8 June 2015

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT - TAHALULSIASI MERACUN DIRI KINI MULA DI SEDARI



Hj Hadi: Jangan Cakap UMNO Setaraf Firaun, Kita Jangan Melampaui Ajaran Al-Quran


klia2 - Isnin 20 Sya'aban 1436. Permainan politik yang sungguh matang dapat di lihat semasa MUKTAMAR PAS di Kuala Selangor. Jelas kelihatan Pemimpin PAS yang Pro DAP terperangkap dengan kepimpinan TGHH. Dalam satu MUKTAMAR. PAS dapat membersihkan "DENDALU" yang bergayutan di pohon yang hijau merimbun. Tanpa menunggu masa yang panjang, di lihat TGHH nampat serasi dengan TPM semasa membuat lawatan ke Sabah bersama dengan Ketua Pemuda PAS. 
  
klia2 - Isnin 14 Sya'aban 1436

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
klia2 - Isnin 14 Sya'aban 1436

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
klia2 - Isnin 14 Sya'aban 1436,

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Dan sepantas itu juga  Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu tidak menjadi pendekatan parti Islam itu. 
Presiden PAS itu berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran. 
“Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.
“Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran".


"Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya,” katanya lagi.
Hadi berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.
Katanya, dalam menjalinkan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR), PAS adalah parti yang berdisiplin dan beradab berbanding parti lain yang membawa pelbagai kerenah. 
Katanya, senario itu terbukti apabila ada parti dalam PR yang cuba mempersoalkan pendirian PAS, malah ada yang cuba ‘mencuri’ wakil rakyat parti Islam itu. 
“Kita mengamalkan tahaluf ini sejak PAS ditubuhkan. Kita menghadapi liku-liku yang mencabar, tahaluf terkini dalam sejarahnya. 
“Alhamdulillah PAS menunjukkan ia parti yang berdisiplin dalam bertahaluf. PAS beradab kerana tahaluf sefahaman dalam titik persamaan. 
"Masing-masing walau berbeza ideologi tidak ganggu akidah," katanya.
Sebaliknya, katanya, rakan dalam PR ada yang menyentuh perkara yang berkaitan akidah, disiplin, pelaksanaan syariat, isu kepimpinan parti.
"Ini urusan dalam PAS, kita tak kempen pemilihan parti lain, orang tolong kempen pemilihan kita,” kata Hadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus mengadakan pertemuan dengan UMNO walaupun ada pihak yang tidak senang dengan pendekatan itu.

Menurut beliau, tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan perjumpaannya dengan UMNO adalah berdasarkan perasaan cemburu.

“Malangnya ada yang cemburu, cemburu macam isteri tak benarkan suami pergi ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan apa sahaja, nak ke pasar pun tak boleh.

“Asal jumpa dengan UMNO sahaja tak boleh, diharamkan!

“Itu bukan pendekatan kita walaupun kita berada dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam ucapan Penangguhan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan Ke-61 petang semalam.

Pada Mac lalu, DAP menyatakan rasa kesal terhadap Hadi ekoran menjalankan kerjasama dengan UMNO berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini di dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa kesal atas tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah Abdul Hadi yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggari semangat konsensus serta dasar bersama.

Susulan daripada itu, Hadi bertegas akan terus melakukan apa yang difikirkan wajar selagi mana ia tidak melanggar batas-batas dan syariat agama.
Biduk lalu kiambang bertaut.

Ini bakal menambah garam pada luka dihati Ketua Menteri Paling malang Di Pulau Pinang. Setelah gagal memperdayakan jemaah PAS. Hadi Awang hari ini bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Sabah.

Kini DAP sudah tidak ada banyak pilihan. Iktiraf kepimpinan ulama PAS dan belajar menghormati adab politik parti itu atau secara terbuka menghasung PKR supaya menyebelahinya dalam perimbangan pengaruh dalam Pakatan Rakyat.

Jika DAP masih percaya formula Pakatan Rakyat adalah strategi politik terbaik untuk menjadikan impiannya menubuhkan kerajaan Malaysia ke 14, ia perlu menghakis rasa kurang selesa dan melembutkan pandangan serongnya terhadap PAS.

DAP harus insaf walaupun pelbagai strategi digunakan untuk mempengaruhi PAS, khususnya pemimpin muda dan profesionalnya, supaya memahami pemikiran politik pragmatiknya, namun PAS tetap PAS.

Jemaah PAS memang amat cemburu dan sensitif apabila ada pihak lain cuba mengambil tempatnya sebagai autoriti mentafsir pemikiran agama Islam di negara ini. Saingan paling dekatnya ialah Umno.

Bagi ahli dan penyokong tegar PAS, wibawa menafsir dan menterjemah maksud gerakan Islam di Malaysia ialah hakmiliknya sahaja. Sebab itu, sebarang percubaan, walau dari kalangan ahli, yang cuba mengubah status quo ini, akan ditentang.

Mohamad Sabu walaupun menjadi ayam tambatan PAS untuk berhujah dan berceramah yang boleh merobek maruah dan pengaruh lawan pun tidak boleh mengubah wala’ penyokong PAS kepada ulama.

Hatta Ustaz Haji Ahmad Awang walaupun pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia dan memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden PAS pun tergamak disisihkan dari saf kepimpinan, kerana dilihat “mengancam” kedudukan ulama.

Begitu juga Salahuddin Ayub yang sudah agak sinonim dengan kepimpinan pemuda serta dua penggal menjadi Naib Presiden. Bila ada riak bahawa beliau juga mungkin terpalit dengan usaha mencabar kedudukan ulama, beliaupun diketepikan.

Persepsi yang sama diserkup ke atas peranan “panglima-panglima” PAS seperti Hanipah Maidin, Abdul Khalid Samad dan juga Husam Musa. Kesemuanya ditolak penyokong PAS keluar dari saf kepimpinan parti itu.

Sehubungan itu, walaupun ahli-ahli PAS amat memahami dan kenal pendirian pemimpin seperti Dr Hatta Ramli yang sudah sekian lama diterima baik untuk menjadi ahli parlimen di Kelantan tanpa banyak soal, beliau tetap “dihukum” kerana bersubahat dengan puak yang mahu menjatuhkan ulama.

DAP harus menerima hakikat bahawa ideologi perjuangan PAS disandarkan pada keyakinan pada isi kandungan al Quran dan Sunnah yang memberi “lesen” dan “kuasa” untuk memimpin pemikiran politik muslim di Malaysia.

“Kedaulatan” dan tempat istimewa ulama inilah sumber kekuatan dan kewujudan PAS. Kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada ulama untuk menafsir dan menghuraikan apakah sebenarnya ajaran Islam.

Tuduhlah itu sikap taksub kepada ulama, tetapi dalam kitab politik PAS itulah jalan pemikiran dan pengurusan politik yang betul. Sebab itu, mereka menerima tanpa banyak soal dan ragu menu atau syor mengundi mengikut blok.

Kini PAS sudah mengisytiharkan bahawa ia tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah cabaran langsung kepada DAP bahawa kali ini PAS bersungguh untuk “memimpin” pemikiran dan halatuju politik pakatan itu pula.


Besar padahnya jika DAP masih bertegas mahu mencabar budaya dan carahidup politik PAS ini. DAP harus insaf yang mengizinkan dan membuka ruang banyak kemenangan bagi DAP dan PKR ialah sumbangan penyokong PAS tegar ini.

Mereka taat pada pemimpin walaupun mereka terpaksa memangkah calon DAP dan PKR yang bukan sahaja tidak menyokong matlamat perjuangan mereka seperti hudud, malah ada kala mempersendakannya.

Jika pemimpin-pemimpin DAP sangat alergik atau ada alahan terhadap jatidiri PAS ini, ia harus mempertimbangkan menjauhkan diri dari PAS dan mungkin juga Pakatan Rakyat sendiri tetapi bukan sebaliknya.

Jika tidak pilihan yang ada ialah berkomplot dengan PKR untuk membuat PAS rasa tidak selesa dalam Pakatan Rakyat dan ini mungkin “menggalak dan merangsang” PAS melangkah keluar pakatan itu.

Bagaimanapun jika DAP cuba membunuh “karakter atau perwatakan” politik PAS sama ada secara bersendirian ataupun bergabung dengan PKR, ia akan menjadi pemicu kepada banyak masalah politik di negara ini.

Oleh kerana terlalu menatang sokongan masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina, bagai minyak yang penuh, DAP akan meruncingkan imbangan hubungan kaum Melayu dan umat Islam dengan bukan Islam.

Semangat muktamar yang berakhir Sabtu mempamerkan keyakinan PAS bahawa label pejuang Islam adalah miliknya. Mungkin yang boleh menyainginya ialah Umno. Tetapi banyak kalanya, Umno kurang bermaya menghadapi hujah agama yang digunakan PAS.

Umno terlalu kerap terperangkap dalam kesibukan “memerintah dan mentadbir” negara sehingga kurang memberi tumpuan kepada isu dan sensitiviti agama.

Mungkin ini kerana ia harus berhadapan bukan sahaja dengan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, malah semakin kerap terpaksa menyemak strategi menguruskan harapan dan kecenderungan bukan Islam dalam Barisan Nasional sendiri.

Muktamar ke-61 PAS bukan sahaja mengukuhkan kedudukan ulama dalam politik PAS tetapi ia semakin memarakkan pengaruh ulama dalam politik Malaysia.

Malangnya di peringkat ini DAP, terutama Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, langsung tidak mahu mengambil iktibar bagaimana pemimpin profesional PAS yang akrab dengannya “dihukum” oleh akar umbi PAS.

Sebaliknya Guan Eng bertindak penuh emosi. Beliau mahu wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang supaya berundur.

"Wakil PAS tidak mempunyai pilihan lain kecuali meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan agensinya serta ahli majlis perbandaran dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

"Walaupun saya menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS, saya faham mereka perlu meletakkan jawatan atas sebab etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung parti, apabila Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP," kata Lim dalam satu kenyataan.

Ini menyinggung perasaan mantan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengumumkan akan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya dengan mandat kerajaan negeri Pulau Pinang susulan usul Dewan Ulama itu.


“Oleh itu (untuk) memenuhi hasrat usul itu, saya memulakan terhadap diri saya. Minggu ini saya akan letak jawatan di Pulau Pinang sebagai ahli Lembaga Pengarah Air dan Lembaga Halal Hub  Pulau Pinang,” kata beliau dalam ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 61.

“…sebab saya patuh resolusi ulama, kalau tak patuh kata saya lawan ulama. Maka saya mulakan dalam diri saya, diikuti rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan Selangor. Jangan bimbang kita akan kuat bila berseorangan,” kata beliau seolah menyindir.

Namun hakikatnya ialah, walaupun usul Dewan Ulama PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima oleh muktamar tanpa bahas tetapi ia belum muktamad kerana perlu dibahas Dewan Syura Ulama terlebih dahulu.

Nampaknya rumusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ada asasnya. Bahawasanya hayat Pakatan Rakyat sudah sampai ke penghujungnya dan apa yang tinggal adalah membaca talkin untuk pakatan pembangkang itu.

Namun sandaran analisisnya amat menarik.

“Apa yang berlaku pastinya adalah kemenangan untuk ahli strategi dan perencana Umno dalam konspirasi mereka memecah dan menghancurkan PR dengan umpan kerajaan perpaduan di antara Umno serta PAS  dan pelaksanaan hudud di Kelantan.”



Cemburu kerjasama PAS-UMNO?


KERJASAMA PAS - UMNO Hadi Awang : Ada yang cemburu kerjasama UMNO & PAS.
 Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu tidak menjadi pendekatan parti Islam itu.



 Presiden PAS itu berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.

 “Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.


 “Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran.

 "Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya,” katanya. 
Hadi berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini

Jelas disini, TGHH telah melangsaikan TAHALULSIASInya dengan DAP, dan tiada dakwa-dakwi lagi selepas ini kerana jelas disini DAP adalah sebenar-benarnya MUSUH ISLAM dan tidak dapat di bendung lagi. Mereka mezahirkan apa yang ada didalam hati mereka. Penamatan tahalulsiasi ini adalah amat bertepatan dengan apa yang di syariatkan dalam Islam. Maka kini tinggalah UMNO dan MCA. Apakah UMNO akan terus menjadi "CAI" kepada MCA. Dalam keghairahan DAP membuli PAS, dapat di lihat MCA juga tumpang sekali membuli UMNO. 

Rasanya tiada bezanya antara DAP dan MCA. Mereka adalah 1 Cina......mereka tiada Bugis, Melelin, Jawa, Murut, Kadasan, Minang dll seperti Melayu. Mereka telah lama menghapuskan Manderin, Ket, Tauchu, Hakka, Hok Kien dll. Yang ada hanya Cina Malaysia. Sama ada MCA, DAP danGERAKAN, mereka adalah Cina. 

Apabila PAS sudah kembali kepada PERTIWI, pada pandangan penulis, dengan apa yang MCA telah buat kepada UMNO dan dengan sikap MCA yang langsung tidak membawa apa-apa manafaat kepada BN kini, UMNO juga seharusnya menamatkan TAHALULSIASInya bersama MCA. Inilah masa yang sebaik-baiknya. Jadikan Malaysia hanya milik MUTLAK Islamelayu dan yang menumpang tu buatlah cara menumpang.  Allahuakbar.....

MCA DURI DALAM DAGING KINI MENUMPANG TIKET DAP

KOMEN:
Cabaran Zam ini patut disambut oleh MCA dengan sikap positif,buktikan MCA tidak akan mampus tetapi berani mati untuk keluar dari kepumpong perkauman Cina,melambangkan dinamisme Malaysian seperti kesanggupan Presiden Najib menentang arus sentimen perkauman Melayu walaupun menghadapi risiko. Inilah yang tidak ada pada kepimpinan Cina yang menunjukan mereka tidak  memahami apakah itu tansformasi- ADI PUTRA  

JAWAPAN SAYA KEPADA MCA

Malaysiakini  dan  Malaysian Insider  telah menyiarkan  kecaman MCA terhadap  saya  kerana menyeru  "Pergi mampuslah MCA"  tanpa menyiarkan " Jika parti itu mahu terus menumpang tiket DAP." Inilah soal pokok yang tidak dibincangkan oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Dr. Ti Lian Ker  dan juga Naib Ketua Pemudanya Tan Chee Hiong.

Sebaik sahaja diberikan  nafas baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib , MCA dengan serta merta  meminjam nafas hanyir DAP  untuk turut mengecam menteri UMNO yang marahkan Adun DAP kerana mencelakakan UMNO.Adakah MCA tidak menghayati  UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu?.Tidak dapat memahami perasaan UMNO dan lebih simpati dengan perasaan DAP.

Saya sendiri tidak senada  dengan cara selaran Zahid itu tetapi wajarkah MCA untuk menyertai DAP dalam kecaman ini ? Untuk menunjukan UMNO perkauman dalam soal ini tanpa mengutamakan kecaman terhadap Rayer ?

Naib Ketua Pemuda MCA Tan Chee Hiong berkata saya berkelakuan  ketinggalan zaman dalam soal ini. Siapakah yang ketinggalah zaman jika sesudah diberikan nafas baru,masih mahu bernafas dalam nada DAP,masih mahu berada ditakok jumud , masih mahu menjadi pak turut DAP, menggambarkan diri sebagai  copycat of DAP dan masih mahu menjadi  musang berbulu ayam,

Tak usahlah lagi menumpang popular atas  isu isu perkauman DAP  yang menyakitkan hati orang Melayu dan mercuni fikiran rakyat ,melanggar prinsip prinsip socia; kontrak yang  membunuh keperibadian MCA. Perbuatan ini tidak  menyumbang  kepada tranfomasi MCA  sebaliknya menampakan ketidak sepaduan dan kesepakatan  BN

Dalam pada itu saya tabik hormat kepada MCA dalam usaha mempamerkan DAP sebagai berkonspirasi dengan Pas dalam hukum hudud.Teruskan.

Saya juga dengan secara ikhlas memohon Presiden  MCA yang baru  Datuk Seri Liow Tiong Lai yang saya kenal  sebagai seorang yang  moderate  supaya melihat kembali sikap akhbar MCAThe Star agar tidak terus menjadi suara parti yang menggunting dalam lipatan.

Pengkhianatan yang dilakukannya  dalam pilihanraya 2008-2013  dengan mamainkan beberapa isu sensitif telah melukaparahkan  MCA dan UMNO dan BN tanpa disedari oleh pemimpin pemimpin MCA atau kerja ini dikongsi bersama?

Star sebenarnya telah lama  bermain di tangan DAP dan juga di tangan sebuah mazhab  Kristian yang melampau  dan merbahaya yang telah diharamkan di Singapore tetapi dibiarkan oleh kerajaan Malaysia yang lemah.

Saya mempunyai simpanan  keratan akhbar  tentang  "kenakalan" akhbar ini dan sikap bermuka mukanya. Maklumat sah yang saya dapat pada malam keputusan piliharaya  2013  seorang  pengarang wanitanya yang berjawatan tinggi  telahpun bersiap sedia untuk merayakan kejatuhan kerajaan BN bersama comrade dalam jabatan pengarangnya  tetapi apabila BN kembali berkuasa dia masuk ke bilek dalam wajah muram   dan malu. Tulisannnya bila  keluar negara,negara lain baik belaka dan seolah olah Malaysia ini terlalu buruk baginya.

Apapun dikatakan tentang Utusan Melayu  tetapi pendiriannya tidak bertalam dua muka,Mingguan Malaysia terbitannya kembali menjadi akhbar no 1 di Malaysia dan Utusan Malaysia adalah yang tertinggi edarannya dibandingkan dengan akhbar akhbar Melayu lain di Malaysia malah jauh mengatasi sebuah akhbar Inggeris sekalipun berbagai usaha untuk membunuhnya dilakukan oleh parti pembangkang.

Di bawah dasar transformasi Najib, MCA tidak seharusnya lagi memakai kacamata DAP yang amat merbahaya kepada masyarkat Cina sendiri.Pakatan Rakyat adalah permuafakatan  gulongan extremist dan munafik yang  cuba memakai baju BN dengan mengelirukan rakyat terhadap perlembagaan negara.Bapa bapa rasuah dalam parti ini menuding jari kepada orang lain untuk menutop diri mereka yang sebenar.

Kepada Naib Ketua Pemuda MCA yang meanggap saya mahu kembali mendapat perhatian UMNO dengan kecaman keras terhadap  MCA, saya ingin menyatakan : Saudara sebenarnya tidak mengenali saya. Politik bukan darah daging saya. Saya bahagia dengan dunia asal saya dan kembali dapat melihat politik sebagai seorang wartawan.


PENJELASANSAYA TIDAK MENERIMA SEBAGAI  WAJAR BAGI  ZAHID HAMIDI MENSIFATKAN PERBUATAN MELETAKAN KEPALA LEMBU DI RUMAH R.S.N. RAYER SEBAGAI SETIMPAL DENGAN KECELUPARANNYA TETAPI SAYA BERPANDANGAN TIDAK SEPATUTNYA  MCA  MENGIKUT RENTAK DAP DALAM HAL YANG MENYAKITKAN HATI ORANG MELAYU KHUSUSNYA UMNO.INI ADALAH DI LUAR BUDAYA BN.

BAGAIMANA KALAU MENTERI UMNO  MENYOKONG RAYER MENGATAKAN MCA PARTI CELAKA?- ZAM

PERGI MAMPUSLAH MCA JIKA MAHU MENUMPANG TIKET DAP

MCA tidak mengubah sikapnya,terus mahu mencari populariti di kalangan masyarakat bukan Melayu atas landasan DAP ,mengambil kesempatan untuk  memperlihatkan sikap anti Melayu dan anti UMNO bila sahaja kesempatan terbuka.

Walaupun telah kalah dalam persaingan serupa ini dan telah dikembalikan ke dalam kabinet atas kasihan belas Presiden UMNO, Datuk Seri  Najib tetapi sedikitpun tidak  menginsafkannya sebaliknya terus bermain dengan  stratiji lapok dan retrogresif

Contohnya untuk menunjukan kejantanannya kepada masyarakat Cina sebaik sahaja di lantik menjadi menteri kabinet,Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan akan terus mengkritik kerajaan dan kemudiannya terus  mengecam Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi kerana mengatakan  perbuatan meletakan kepala lembu di hadapan rumah ADUN Pulau Pinang R.S.N Rayer setimpal dengan mulut celuparnya mengatakan UMNO celaka.

Ini diikuti pula oleh  Ketua Biro Kehamonian Agama MCA Datuk Ti Lian Ker  yang mensifatkan Zahid dengan kenyataannya itu  besikap  arrogant dan apathetic  dan mahu menggalakan Malaysia menjadi negara tanpa undang-undang.( Star 1 Julai). Dalam pada itu  beliau menyatakan  kesedarannya  bahawa Rayer telah menyalahgunakan kekebalannya sebagai ADUN Pulau Pinang tetapi kenapa Ti tidak lebih dahulu mengecam Rayer dan kecaman itu bagitu lembut dibandingkan dengan kecaman kepada Zahid.

Ini adalah oleh kerana  kerana MCA tidak ada idea baru untuk kembali menguasai pemikiran orang Cina, sebuah parti yang tidak dinamik . Kebijaksanannya hanya  memakai topi DAP,menumpang tiket DAP .Perbuatan ini menggunting  UMNO dalam lipatan, munafik,hipokrit,lidah bercabang atau talam dua muka.

MCA seharusnya sedar bahawa ia selamanya tidak akan dapat menyaingi DAP dalam memainkan sentimen perkauman kerana  MCA terikat dengan dasar komponen dan juga beberapa persetujuan bersama  sejak sebelum merdeka untuk bersama dengan UMNO, malah dengan bermain atas landasan DAP,MCA telah meruntuhkan imejnya di kalangan masyarkat Cina.

Bukankah lebih baik bagi MCA berkecuali dan berdiam diri  dari menunjukan sikap tidak sekatanya dalam soal - soal yang diketahui menimbulkan kemarahan orang UMNO?.Biarlah DAP memainkan peranan ini kerana itulah identitnya

Jika MCA masih tidak sedar, jika MCA masih mahu mencari populariti di atas landasan DAP, jika MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang diasakan bersama dengan UMNO sejak Perikatan , jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula baru bagi stratiji  baru dan masih mahu memakai topi  DAP  dan menumpang tiket DAP , maka lebih baiklah bagi UMNO membuat keputusan" Pergi mampuslah sama MCA" dan mengambil DAP sebagai rakan.

Lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal dari musuh dalam selimut.

MCA hentam Zam kata 'pergi mampuslah MCA'
MCA hentam Zam kata 'pergi mampuslah MCA'
Pengerusi biro keharmonian agama MCA, Ti Lian Ker hari ini mengecam tindakan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilaporkan berkata 'pergi mampuslah sama MCA' dalam satu serangan terhadap parti itu semalam.
Ti berkata, pemimpin Umno seperti Zainuddin lah yang memberi "tanggapan palsu" tentang Umno dan "memusnahkan semua kerja yang baik" oleh Umno, MCA dan lain-lain parti komponen BN.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam dilaporkan berkata demikian ketika merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu yang diletakkan di pintu pagar wakil rakyat DAP, RSN Rayer.
Ti (Gambar) meminta Zam memilih keutamaan beliau - sama ada BN perlu
menerajui transformasi atau "membuang undang-undang" dengan menggalakkan intimidasi fizikal.
Menurutnya lagi, perbuatan mengutuk 'pergi mampuslah sama MCA' itu benar-benar tidak wajar dilakukan oleh seorang bekas menteri kabinet. Ti berkata, Zainuddin lah yang mencontohi DAP dengan memanggil MCA dengan nama-nama secara tidak senonoh, dan tidak sepertimana budaya halus dan adab 'Melayu Jati'. -M'kini

Pemuda MCA Bidas Zam

Jangan Tunjuk Samseng, Kesabaran Kami Pun Ada Hadnya

KUALA LUMPUR, Julai 2: Sejak dari  dulu sampai sekarang, MCA tidak pernah bersikap anti-Melayu atau anti-UMNO.  Namun Pemuda MCA yakin bahawa akan ada nanti orang yang akan memusuhi UMNO ini kerana adanya orang-orang seperti Tan Sri Zainuddin Maidin disebabkan tajuk dan kandungan blog beliau yang menyebut “Pergi Mampuslah MCA.”
Naib Ketuanya Tan Chee Hiong dalam satu kenyataan media berkata   Pemuda MCA juga akan anti orang atau pemimpin termasuk bekas pemimpin UMNO yang suka memainkan isu perkauman.
“Zainuddin sebagai salah satu bekas pemimpin Barisan Nasional seharusnya tidak patut menjejaskan keharmonian serta hubungan antara Parti Komponen dan UMNO dalam Barisan Nasional.
“Sebagai bekas Menteri Kabinet, beliau sepatut memberi kenyataan yang lebih rasional tetapi bukan bersikap samseng atau minta MCA pergi mampuslah”. katanya.
Tan berkata kenyataan Zainuddin Maidin akan menjejaskan hubungan antara MCA dan UMNO. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut, sebab kenyataan tersebut tiada kebaikan dan sebaliknya akan menyebabkan kehilangan sokongan daripada rakyat kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang.
“Berlanjutan daripada kenyataan Zainuddin, kemungkinan  besar motif atau tujuan beliau adalah kerana beliau ingin cuba menunjukan kejantanannya supaya dapat menaikan reputasinya dalam UMNO.
“Zainuddin perlu sedar bahawa zaman sekarang sudah berubah. Dalam bidang politik di Malaysia, kelakuan seperti samseng ataupun sikap cari gaduh sudah disimpandi  dalam Muzium.
“Saya berpandangan, beliau perlu sentiasa mengikuti langkah transformasi Presiden UMNO, Datuk Seri  Najib Tun Razak  dan perlu sedar diri. Saya berpandangan kelakuan Zainuddin sudah ketinggalan zaman”. ujarnya lagi.
MCA KENA SEDAR DIRI
Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai MCA baru-baru ini perlu dilihat oleh parti itu sebagai teguran seorang wartawan atau seorang Melayu yang melihat pemimpin parti itu yang bersikap seperti melepaskan anjing tersepit. Selepas dilepaskan anjing itu akan menggigit mereka yang membantunya.

Hakikat ini ternyata selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri, Presiden MCA begitu lantang mengecam Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi yang bercakap sebagai seorang Naib Presiden Kanan UMNO, kecewa kerana ada ahli dewan undangan negeri DAP yang bersikap kurang ajar mengatakan UMNO Celaka.

Maka itu, tidak hairanlah orang Melayu begitu marah dengan Adun itu dengan melemparkan kepala lembu ke rumahnya. Moralnya, jangan buat orang lain marah dan jangan marah orang lain bertindak.

Apakah beliau tidak sedar bahawa tindakan itu dilihat oleh orang Melayu sebagai golongan tidak berterima kasih yang sebelum ini menjadi pengkhianat tidak mahu masuk Kabinet tetapi kini beria-ia mahu menjadi Menteri atas alasan untuk membantu kaum Cina.

Jika MCA mahu bantu kaum Cina perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kerja kuat untuk menarik lebih ramai orang Cina menyokong parti itu. Bukan menjerit atau melalak membelasah pemimpin UMNO seperti nada yang dibuat oleh pemimpin DAP untuk menarik perhatian.

Pemimpin MCA perlu ingat bahawa macam mana mereka lakukan termasuk mengecam atau menghina pemimpin UMNO atau Melayu mereka tidak dianggap sebagai parti DAP kerana orang Cina kini mungkin menganggap parti itu sudah tiada taring lagi.

Tidak tahu apa yang MCA ada sekarang dan apa yang akan di berikan pada UMNO/BN ........


AMUKAMelayu - Sultan perlu memainkan peranan di mana Negeri-Negeri yang BERSULTAN wajib melaksanakan HUDUD dan dengan PERLAKSANAAN HUDUD.......PAS dan UMNO akan BERTAUT kembali dan ianya akan menyelamatkan kita dari PERSENGKETAAN Parti.........