,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 16 May 2015

PARASIT - "sifatnya menumpang"

OLAK LEMPIT - 27 Rejab 1436, mentelaah TIPU-DAYA politik dalam Malaysia seakan-akan menjadi perkara wajib sekarang ini. Jika tidak kita akan di hidangkan dengan cewrita-cerita firnah yang mencelarukan. Cerita "TAREK DUIT" dan cerita "ANGSA BERTELUR EMAS" kini sudah menjadi perkara benar jika anda tidak membaca SENATEREON politik kini.

Blog TANGISANMELAYU@AMUKANMelayu bukanlah blog yang terhebat. Blog ini hanya di tulis dan lebih tepat lagi Coppy Page dari mana-mana penulisan yang pernah keluar dalam blog atau surat khabar dan penulis mengambilnya jika ia BERFAEDAH untuk di baca dan penulis postkan semula di dalam blog ini.  

Blog langau ini tidaklah mendapat beribu pembaca sehari, tapi kini telah mendapat perhatian pembaca antara 100 ke 200 pembaca sehari. Ini sudah penulis kira amat baik. Penulis hanya mahu ianya sampai kepada pembaca dan berfikir dan jangan kita menelan apa saja berita yang sampai kepada kita. Jika di perhatikan antara pembaca dalam Negara dengan Luar Negara seakan-akan sama banyaknya dalam sehari.

Penulis tidak menjadi Ahli mana-mana Petubuhan atau Politik. Penulis sedar dalam Pemerintahan Islam, POLITIK hanya ada 5% sahaja di dalam pemerintahan. Semuanya ini adalah TIPUDAYA DUNIA sahaja. Yang kekal adalah Negeri Akhirat. Dalam perjalan ke sana, dunia hanyalah persinggahan sementara. Apakah bekalan yang hendak di bawa kesana?

Nyatalah kita telah TERPERANGKAP dengan permainan DAJJAL. Di meja makan, di kedai, di rumah kenduri, di Masjid, di Taskirah malah sampai kemimbar Masjib pun kita banyak melebihkan politik dan hanya tika kita MENGANGKAT TAKBIR dan sehinggalah salam dalam masa kurang lebih 5 minit.....itulah sahaja masa yang benar-benar kita bersama dengan Allah. Jangan marah saya dan fikirkanlah sendiri. 

Dan penulis pernah mendengan ayat ini: 
 "Semalam si polan-si Polan itu meninggal, sepanjang hidupnya dia banyak menghabiskan masa dan hartanya dengan PARTI.....dan semasa kami kapankan mayatnya...dia tersenyum".........apa semua ini? Tidakkah  anda merasa bersalah menghina mayat seperti ini? Kali ini sekali lagi penulis ingin ketengahkan yang sebenarnya "PERJUANGAN" kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini telah rosak. Apakah orang-orang ini akan ketawa pula bila mayatnya sedang di kapan nanti......sama-sama kita fikirkan.
OLAK LEMPIT - Jumaat 26 Rejab 1436, sedang syok membelek kesah-kesah lama...terjumpa cerita Najib anak Raja Gowa dalam blog Generasi Pejuang Bangsa yang di keluarkan pada Friday, April 6, 2012. Meremang bulu roma penulis mengenangkan begitu hebat keturunan Pemimpin-pemimpin kita ini.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Jumaat 26 Rejab 1436, sedang syok membelek kesah-kesah lama...terjumpa cerita Najib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Jumaat 26 Rejab 1436, sedang syok membelek kesah-kesah lama...terjumpa cerita Najib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Jumaat 26 Rejab 1436, sedang syok membelek kesah-kesah lama...terjumpa cerita Najib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ




Kit Siang ke Kelantan untuk bebaskan PAS daripada ulama Dengan Kerjasama "Pembelot"


Image result for lim kit siang
Lim Kit Siang
BANGI, Sabtu – Tindakan pemimpin parti rasis DAP, Lim Kit Siang, berceramah ‘menghentam’ pelaksanaan hudud di negeri yang meluluskan rang enakmen jenayah syariah itu dilihat sebagai usaha untuk membebaskan PAS daripada cengkaman golongan ulama.
Malah, serangan di dalam kubu PAS paling kebal di Malaysia itu juga dilihat sebagai usaha untuk memastikan kemenangan barisan kepemimpinan modenis Islam.
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin, berkata kepemimpinan modenis Islam adalah ‘The Force Of Moderation’ dalam PAS kerana menang atau kalah mereka akan menentukan nasib masa depan DAP di negara ini.
“Serangan dalam kubu PAS paling kebal di Malaysia itu juga suatu provokasi paling berani Kit Siang untuk memulihkan keyakinan kalangan masyarakat Cina yang tergugat dengan kerjasama DAP, PAS,” katanya dalam tulisan terbaru blog beliau, malam tadi.
Beliau berkata, sokongan kaum Cina kepada UMNO sebelum PAS menyertai pakatan rakyat (PR) adalah disebabkan takut kepada pendekatan PAS yang keras dan tidak berdiplomasi untuk melaksanakan undang-undang Islam.
Katanya, PAS menyekutukan identitinya dengan kebangkitan Iran yang membenihkan gerakan militan Islam dalam pelbagai bentuk di negara ini, termasuk menyusup di kalangan pelajar universiti untuk membenci kerajaan.
“Imej ini bertukar dengan drastik apabila PAS membenamkan Negara Islam dan memeluk Negara Kebajikan yang meyakinkan bukan Islam terutamanya orang Cina bahawa PAS telah menerima realiti masyarakat majmuk Malaysia sehingga mereka memberikan undi bagi kemenangan PAS dalam pilihan raya.
“PAS seterusnya bertolak ansur dalam soal perjudian, penjualan arak dan menunjukan simpati kepada bukan Islam dalam isu-isu yang dilihat sebagai menekan bukan Islam walaupun berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin-pemimpin PAS yang mahu berkeras dalam soal ini disingkir.
“Permainan politik Pas ini sehingga menampakkan UMNO yang dari awal kemerdekaan mengorbankan cauvanisme Melayu dan menentang fanatisme agama sebagai parti rasis dan tidak adil kepada bukan Islam,” katanya.
KEJAM - Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton Cina keluar dari panggung dan mereka membunuh Orang Melayu yang terperangkap di dalam panggung
Kini, kata Zainuddin, kepemimpinan ulama sudah berasa perlu untuk kembali kepada identiti asal setelah mendapati bukan saja pengikutnya semakin hanyut, malah maruah ulama PAS telah dipijak.
“Lebih dahsyat lagi mereka dicabar oleh golongan sekular dan sederhana dalam PAS yang realis melihat survival PAS bergantung kepada penerimaan nilai-nilai kebebasan dan penyesuaian dengan proses globalisasi,” katanya.
“Lebih menggemparkan lagi seorang dari pimpinan ulama PAS, Ahmad Awang yang dikenali lebih keras dan lebih ekstrem dari Haji Hadi Awang telah menyertai gulongan voice of moderation untuk mengetuai tentangan terhadap Haji Hadi dan bagi menggulingkan kepimpinan ulama. Ini merupakan pertarungan terbesar dalam sejarah pertandingan merebut pucuk pimpinan PAS,” katanya.
Zainuddin berkata, disebabkan tertekan dengan keadaan itu, pimpinan ulama PAS kini amat menghargai sokongan UMNO bagi menghidupkan semula langkah perjuangan menegakkan hudud.
“Inilah isu yang paling popular dan paling berkesan bagi mengekalkan kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden PAs sekalipun implimentasinya besar kemungkinan sekadarkan di peringkat negeri Kelantan. Pertanyaan timbul bagaimana kalau BN kembali berkuasa di negeri Kelantan?,” katanya.

Panasss!!! Golongan 'mabuk kuasa' bersekongkol dengan Kit Siang 

Image result for kit tolak hudud

Pemimpin PAS yang membiarkan Penasihat DAP Lim Kit Siang menggunakan pentas ceramah parti itu untuk menyangkal hukum hudud disifatkan mabuk kuasa oleh  Exco Pemuda UMNO Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Menurutnya walaupun Lim secara terang bersikap biadap di hadapan lebih 1,000 penyokong PAS namun malangnya penganjur tidak bertindak tegas sebaliknya membutakan mata hanya demi kepentingan peribadi mereka.


"Paling menyedihkan ada segelintir pemimpin PAS yang bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan sewajarnya golongan 'mabuk kuasa' itu boleh melantik Kit Siang sebagai 'Mursyidul Am' mereka.
"Tindakan tidak beradab Kit Siang itu tidak akan berlaku sekiranya pemimpin atau ahli PAS di kawasan itu tidak membenarkan pemimpin veteran itu memperlekehkan undang-undang Islam di hadapan umum," katanya dalam satu kenyataan media Khamis.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga hadir ketika ceramah turut dianggap sebagai petualang agama kerana hanya berdiam diri sahaja tanpa tampil menegakkan hudud yang perjuangkan parti itu.
"Mohamad Sabu juga sanggup menjadi pak pacak apabila hanya berdiam diri ketika Kit Siang menyanggah pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan dan beliau sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana menjadi petualang agama.


"Apakah seperti ini yang diharapkan dapat menegakkan syiar Islam kerana beliau sendiri takut atau tunduk dengan kehendak pemimpin DAP yang jelas menentang hukum hudud," tegasnya.
Pergerakan Pemuda Umno memberi amaran kepada Lim agar tidak bersuara tentang hukum Islam itu.
"Kami mengecam sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pemimpin bukan Islam yang tidak tahu menghormati agama ini dan member amaran kepada Lim Kit Siang agar tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud," ujarnya.


Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana baru-baru ini, Lim menggunakan ruang pentas itu untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.


Ceramah tersebut turut dihadiri Mat Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Risalah ‘Siapakah Perosak Sebenar PAS ?’ Tersebar

AIDCNews – Menjelang Muktamar PAS Jun ini, satu risalah bertajuk “Siapakah Perosak Sebenar PAS ?” mula dikesan tersebar sejak semalam.
“Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang,namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai,” kenyataan yang dipetik daripada kulit depan risalah berkenaan.
Risalah ini mensasarkan beberapa individu dalam PAS, antaranya, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pengarah Pilihan PAS Pusat; Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat; Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Hanipa Maidin serta Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Menurut facebooker Mohd Fauzi Mohd Azmi atau ‘Topeng Perak Unmasked II’ risalah ini telah dikesan di Batu Caves, Selangor.
Mohd Fauzi turut melampirkan sedutan isi kandungan daripada risalah berkenaan.
Namun, tiada nama dan gambar Datuk Husam Musa, sedangkan Naib Presiden PAS itu seringkali disebut-sebut antara mastermind kumpulan yang sealiran dengan penama-penama di atas.





Add caption



























 






















 



"PKR dan DAP tersenyum SINIS melihat PAS yang begitu mudah sekali tewas dalam permainan politik dalaman Pakatan Rakyat dan tidak perlu bersusah payah mengutuk dan menghina PAS, hari ini PAS sendiri yang menghina Ugama, PARTI, Orang Melayu, Ulamak dan diri sendiri"


Fitnah - Apa Yang Ketua DPP Pulau Pinang Dapat

Ahli PAS atau PKR ke yang fitnah Ketua DPP negeri?!
Sebelum ini, Mohd. Yusni Mat Piah bertegas untuk tidak berganjak mendesak AMK memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengkritik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dan ini membuatkan penyokong PAS berapi api menyokong beliau.
Tapi malangnya hanya dalam satu malam, ke­tegasan beliau dalam mempertahankan ma­ruah diri dan presiden parti diletakkan di bawah tapak kaki kerana beliau melakukan "U-Turn" setelah mendapat arahan khusus dari "seseorang" yang didakwa oleh Khalid didalam twitternya hari ini yang bertulis..


"Arahan Pusat Tidak Pakai, Arahan Ketua Pemuda Pusat Tidak Pakai, Akhirnya Patuh Arahan Lain!Buat U-Turn. Ini Baru Jemaah Dalam Jemaah!Atau bagaimana?"

Dari ayat tersebut jelas belaku ketidakpuasan hati Khalid kerana perbuatan Ketua DPP Negeri tersebut membuat "U-Turn" dan itu mendapat respond dari pembaca beliau yang mempertikaikan perbuatan Khalid selama ini yang tidak mengunapakai arahan dari Presiden PAS (TG Hadi Awang), Arahan Majlis Syura Ulama dan dihentam mengikut telunjuk arahan ketua parti lain lalu Khalid dilabelkan "Pengkianat"?

Selepas pertelingkahan ini tersebarlah sekeping gambar cek yang bertulis nama Ketua DPP negeri Pulau Pinang dengan jumlah RM2.5Juta (rujuk gambar dibawah)

Gambar (Edit)



Setelah menelaah akan kesahihan gambar yang DSR terima dari aplikasi Whatsapp ini. Rupanya ianya adalah cek palsu yang barang kali dikeluarkan oleh segelintir penyokong PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan tindakkan Mohd. Yusni Mat Piah.

Atau mungkin ini adalah reflek pertembungan PKR dan PAS yang saling tidak berpuas hati sesama mereka yang akhirnya melibatkan (cek gaji?) Mat Sabu yang dilihat sedang giat berkempen untuk menduduki kerusi Presiden PAS pada Muktamar PAS Ke-61 Jun hadapan? 

Gambar (ASAL)

*Perhatikan serial nombor dibawah cek (sama dengan diatas)
U-TURN bernilai RM 2.5 juta nampaknya boleh diterima akal apabila nilai sebegini boleh jadikan penerima cekal hati dan pekak kan telinga janji yg dapat atau hasilnya memang lumayan sehingga jutaan ringgit nilainya sebuah U-TURN, makin kecoh bila dilaman FB Terengganu Daily dengan berani memaparkan sekeping cek tertera nama Yusni Mohd Piah yg kecoh buat kenyataan tidak menyokong PKR utk jentera pakarton roket di P044 Permatang Pauh. Kalau nilai sebesar begini memang boleh hilang segala larangan Agama, bukan senang nak dapat! Boleh taubat balik nanti utk tutup dosa kot! Persoalannya adakah benar nilai sebegini yg merupakan laba bagi sesebuah u-turn. Bukan susah mana pun buat pengakuan dalam masa 20 minit dah boleh jadi jutawan, cerdik bawak untung la katakan, sampai mampos pun tk kan dapat kalau setakat meniaga ditepi jalan atau warung-warung,

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ







AMUKANMelayu - Fitnah dan tipudaya DAJJAl nampak jelas dengan apa yang penulis kutip sepanjang jalan PULANG ini......