Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.

“Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

“Tetapi saya sedia abaikannya, termasuk gaya hidup dia dan isterinya,” katanya.

Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times.

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.

Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.

Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.

Tak boleh lagi biarkan Najib

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya

queencontrol
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ramai wanita bergelar 'first lady' menghancurkan karier politik suami mereka.