,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 10 April 2015

ULAT, KATAK, LIPAS DAN SEGALA MAK NENEK ADA DALAM WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam



WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam


DAP Punya........

WCOK - telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi. Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya  ialah:-

1.  Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

2. Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. 

(Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & 
pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages) 

3.  Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu �Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew 
Teaw Sup�. 

(Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat 
dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang.. Tetapi adakah ianya benar 
& tiada campuran lain?)

4.  Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. 
(Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat 
memanaskan anggota dalaman badan...., persoalannya � bolehkan UMAT ISLAM makan 
yang terhasil daripada KURA-KURA)

PERHATIAN - Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK 
@ �JAIPK� pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperolehi.  


Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh 
JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.


Monday, October 1, 2012 

KAKI KATAK DALAM MEE DI OLD TOWN WHITE COFFEE!! 



Masih teringat lagi cerita Old Town White Coffee di saman kerana pelanggan terjumpa kaki katak yang telah dipotong didalam pinggan mee yang dipesannya. Kes itu pernah mendapat liputan meluas dahulu sehingga pengacara tv 999, Mazidul Akmal Sidek mendedahkan dalam blog beliau. 



Itu baru kaki katak yang dijumpai belum lagi dengar dari mulut bekas pekerja premis coffee house ini. Diberitakan yang memasak makanan di Old Town White Coffee bukanlah beragama Islam dan kebersihan juga meragukan. 

Pernah katanya beliau melihat warga asing ini yang bertugas sebagai tukang masak menggunakan kuali yang sama untuk memasak makan kegemaran mereka iaitu 'fried pork' atau lebih sopan dipanggil BABI GORENG! Rasa loya tekak bila mendengar cerita yang disampaikan sebab pernah juga rasa makan kat sana, not bad. 

Tapi itulah, yang ada sijil halal hanyalah pada kopinya sahaja bukan pada makanan yang lain. Maka tidak hairanlah jika tukang masak tidak diberitahu apa yang sepatutnya menjadi larangan jika bekerja sebagai tukang masak di Malaysia. Kembang tekak sekejap. Mual pun ada sebab benda kita dah rasa dulu baru tau. Kalau dari dulu tau memang sumpah tak akan singgah malah jeling pun tak sebab totally tak halal walau white coffee dia sedap berkrim. Berhati-hatilah sebelum memilih kedai makan. Kaji dan selidik dulu siapa empunya restoran dan siapa tukang masaknya. Beringat sebelum kena.



BABI GORENG JUADAH ISTIMEWA DI OLD TOWN WHITE COFFE

Tuesday, October 2, 2012



BABI GORENG JUADAH ISTIMEWA DI OLD TOWN WHITE COFFE Parah!! Semalam baru keluarkan semula cerita kaki katak yang dijumpai dalam mee seorang pelanggan di Old Town White Coffee. Malam tadi dapat email pulak dari seorang saksi iaitu bekas pekerja coffee house tersebut yang menceritakan perkara lebih dahsyat dari kaki katak. 

Disampaikan kepada email JawaBernam tentang kisah meloyakan tekak yang mana beliau terlihat sendiri tauke coffee house itu memanaskan bekalan yang dibawanya dari rumah di dapur premis tersebut. Apa bekal yang dibawa dari rumah? Kalau dah Cina makanan apa lagi yang menjadi favourite..BABI GORENG!! 

*kembang tekak sekejap* 

Gila punya Old Town White Coffee ni. Lepas kantoi kaki katak kat dalam pinggan mee, tauke pulak panaskan lauk special dalam kuali yang sama. Mampos!! 



Untuk pengetahuan memang pekerja Old Town White Coffee semua nampak muslimah, bertudung litup bagai tapi mereka hanya ditugaskan di hadapan sebagai pelayan, atau cashier manakala di bahagian dapur pula ditugaskan pekerja yang non-muslim selalunya dari Nepal atau Bangla untuk memasak. WTF!! Geli la siot nak cerita lagi. Sebab daging babi itu dimasak sekali dalam kuali yang sama untuk pelanggan lain makan. Haram jadah punya kedai.  

  • Restoran nafi hidang sajian babiMesej yang tersebar mendakwa terdapat hidangan mengandungi babi di Oldtown.

AUTA

SEJAK beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial satu resit makanan yang dipesan di sebuah kopitiam Oldtown White Coffe.

Pada resit tersebut, tertera tulisan 'taufu pork ball' dalam sajian mee kari yang dikatakan hanya disedari oleh seorang pelanggan selepas membayar hidangan tersebut.
Mesej yang tersebar itu turut mendakwa hidangan tersebut disahkan mengandungi babi oleh pelayan di kopitiam tersebut.

Dalam mesej itu turut mempersoalkan mengenai status halal Oldtown White Coffee walaupun telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


FAKTA

OLDTOWN White Coffee dalam kenyataan di laman Facebook menafikan menghidangkan sajian babi di semua cawangan mereka.

Menurut kenyataan itu, terdapat kesilapan ejaan pada resit yang tersebar di laman sosial.

“Salah faham ini berpunca daripada kesilapan ejaan kakitangan di cawangan kami yang memasukkan pesanan secara manual ke dalam sistem.

“Apa yang kakitangan kami maksudkan ialah tau fu pok (taufu goreng), bahan berasaskan soya yang terdapat dalam mee kari. Tiada dalam menu kami hidangan yang dikenali sebagai taufu pork (babi),” kata kenyataan itu.

Oldtown White Coffee turut memaklumkan mereka sedang berusaha menghubungi pelanggan yang memiliki resit itu bagi mengenal pasti cawangan terlibat seterusnya mengelakkan peristiwa sama berulang.

Dalam pada itu, Oldtown White Coffee juga memberi jaminan akan terus bekerja rapat dengan Jakim dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal dan prosedur pembersihan terus memenuhi keperluan halal oleh jabatan itu


Mee Ulat Di Old Town White Coffee???


29 Dec 2010


Kalau sebelum ini kita mendengar cerita yang ada pelanggan jumpa kaki katak dalam mee yang dipesan, tetapi kali ini lebih menjijikan bila pelanggan jumpa ulat dalam mee di Old Town White Coffee Kopitiam.

Tak penah lekang nampaknya kes Old Town ini dari perkara yang menjijikkan. Dengan masalah HALAL nya, masalah pekerja dan macam  macam. Tidak kurang pula masalah pemiliknya yang memang cukup bermasalah.

Untuk mengtahui cerita yang lebih lanjut mengenai ULAT dalam mee ini klik pautan di sini .

TQ : PDTM

Jumaat, 10 April 2015

APA AGAKNYA ALASAN OLD TOWN BILA TIMBALAN MENTERI INI TERLALU MARAH KERANA ADA LIPAS DIDALAM....


Sejak awal penubuhannya sudah diberitahu, old town memang jenis perniagaan kiasu yang hanya mementingkan keuntungan berganda, baru-baru ini berkenaan gst, mereka membuat paparan grafik yang nampak sangat ada niat jahat terhadap kerajaan, mujurlah dikalangan rakyat malaysia cerdik dalam menilai, dibelasah habis old town white coffee dalam facebook milik mereka.

terbaru, bila timbalan menteri datuk saravanan amat marah kerana selepas menikmati prawn mee, beliau terperasan ada lipas, jadi adakah ini perisa tambahan dari old town?

kadang-kadang banyak yang telah dibongkar syarikat kiasu biadab ini, tetapi ramai juga tak sedar, orang kita juga berbondong-bondong makan dan minum dekat situ, harga dahlah mahal, patutnya kita sedar, tiada gunanya memberi keuntungan untuk old town white coffe tu.


ps: baik bantu orang kita berniaga, lagi bagus.


GAMBAR MENARIK DI KEDAI MILIK DAP -PEMUDA UMNO PERAK BERSANTAI DI KEDAI KOPI NGA DAN NGEH


PEMUDA UMNO PERAK BERSANTAI DI KEDAI KOPI NGA DAN NGEH

Sambil cerita PERJUANGAN ekonomi orang Melayu, PEMUDA UMNO Perak menghirup kopi panas di White Coffe milik DAP

Kemana Perjuangan kita?

Kita bagai nak rak kempen kepada semua orang Melayu supaya jangan masuk restoran Oldtown White Coffee yang dikatakan dimiliki oleh Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming tetapi pemuda umno di Perak dengan bangga dan 'slambernya' duduk santai sambil bergambar. 

Apa nak dikata lagi..............................


Kenapa kita boikot Old Town White Coffee

1. Pemilik OldTown White Coffee iaitu Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata Air Kopi secara asalnya tidak memerlukan Halal kerana tuhan tidak pernah berkata demikian dan tuhan tidak pernah meletakkan syarat sehingga susah payah bahawa air Kopi perlukan Halal. Persoalannya adakah tuhan Ngeh Koo Kham sama dengan tuhan orang Islam?

2. Rakan kongsi syarikat Oldtown yang lain pula Nga Kor Ming ahli parlimen DAP Taiping, Perak dan ahli dun DAP Kepayang,Perak pernah membaca ayat Al-Quran surah "Aura" yang tidak ada didalam Al-Quran pada kempen pilihanraya yang lalu. Surah Aura tidak ada di dalam Al-quran dan nama surah yang sebetulnya adalah dari surah Al-Nahl.

3. Terjermahan yang dibaca nya adalah benar dari surah Al-Nahl iaitu "Allah menyuruh kita berlaku dengan adil" dan penuh belas kasihan tetapi apa yang dibaca nya tidak pernah Nga Kor Ming mempraktikkannya kerana Nga Kor Ming ini sendiri tidak pernah berlaku adil dengan tidak memberi peluang kepada bangsa Melayu untuk membuka francais Old Town White Coffee.

4. Ngeh Koo ham dan Nga Kor Ming telah meletakkan syarat bahawa untuk membuka francais Old Town White Coffee perlulah berbangsa Cina dan tidak boleh diberi diberi peluang langsung kepada bangsa Melayu. Jadi adakah Nga Kor Ming ini layak untuk membaca ayat Al-Quran serta penterjamahannya? Sudah lah salah memberi nama surah yang dibaca, ditambah pula maksud terjermahan ayat itu jauh sekali dipraktikkan. Jadi apakah niat dan tujuan utama dia membaca ayat Al-Quran ini sewaktu kempen pilihanraya? - 
by Cool Download Rox 


AMUKANMelayu - Emmmmmm.............sedapnya MENTEDARAH di OLD TOWN COFFEE