,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 5 April 2015

NEGARA HAMPIR MUSNAH TIKA NAJIB TERLALU KUKUH DALAM UMNO


Seingat aku selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir tak ada segala bana "badan penasihat" yang perlu memberi nasihat untuk pembangunan dan kesejahteraan negara. Kita ada Economic Planning Unit (EPU) dan badan badan lain dalam kerajaan yang mengawalselia segala aspek mengenai pentadbiran negara. Ada masaalah...??? 

Tak ada kan? 

Bahkan kehidupan waktu itu lebih makmur, tenteram dan aman jika nak dibandingkan dengan hari ini diera dua PERDANA MENTERI DENGAN PUNAHSIHAT,CON-SULTAN DAN CON-SETAN mereka. 



Jadi suka aku menasihatkan Najib Razak, baliklah semula kepangkal jalan bila anda telah disesatkan oleh PEMANDU yang anda percayai selama ini. Rampas balik steering bas itu agar PEMANDU tak bawa kita semua masuk gaung macam Tragedi Genting Highland yang dah beberapa kali berlaku. 



ANDA MOHD NAJIB, WARIS KEPADA ALMARHUM TUN ABDUL RAZAK SILA PANDU BAS KAMI INI SENDIRI. 


"I LOVE PM". IT IS DISGUSTING

NAJIB JADI LUAR BIASA

Masyarakat Cina telah  yang memukau Datuk Seri Najib 
dengan banner I Love PM
Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe  di kedai mamak dan sebagainya. Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.

Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin,  Anwar Ibrahim adalahclown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.

IT LOOKS AWFUL
Memang hal ini sudah lama terasa di hati, terfikir di kepala, tertusuk di mata tetapi tidak terkata.

Seorang kawan dalam dunia korporat mengirim pesanan ringkas menepati cita rasa zamkata:

Katanya, On Daim's remark I agree fully. Najib dosen't need to compete with Anwar and try to imitate his style. It looks awful. Please tell them to stop showig the banner "I Love PM" It is disgusting. Najib Should present himself as a serious statesman not as a student  leader style.

UMNO DALAM KEADAAN PANIK

Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam olehcommunist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju  hitam cemarkan pilihan raya yang  sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam, The Star dramatised berita light got out during black 505 rally in Tapah  selama 10 minit seolah-olah baru berlaku dan benar-benar berlaku, cuma atas dakwaan pembangkang tanpa pengesahan sesiapapun. Hebat sekali Journalisme The Star.

Blackout di kawasan sekolah di Sedim Kedah pada hari yang sama juga 10 minit. Semakin banyak laporan sama dibuat semakin ramai orang percaya. Ini strategi mereka.

Dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dari raja lawak dan kepala cauvanisme Cina, tiba-tiba muncul pula cerita hendak jadikan BN sebagai satu parti tunggal pelbagai kaum dengan membubarkan semua parti komponen.

Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

Nak test the ground pun bukanlah masa sekarang ini.


PESAWAT BARU, SIRUL DAN 1MDB MENGHANTUI NAJIB

Mahathir Tidak Memerlukan Sebarang Pesawat Mewah Sewaktu Pimpinan Beliau,.........



Saya tak perlu jet mewah, Putrajaya kini banyak duit untuk dibelanjakan, kata Dr Mahathir [gambar fail] Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut. 

Dr Mahathir berkata, sewaktu pimpinannya selama 22 tahun beliau telah mengurangkan kos pesawat pada awal pimpinannya iaitu sewaktu krisis ekonomi melanda. "Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 daripada perdana menteri yang lepas, Mereka beritahu saya, kerajaan memerlukan RM2 bilion setahun untuknya. Jadi kami jual kapal terbang itu kerana kami perlukan hanya sebuah kapal terbang kecil. 

Jadi kami beli Challenger," katanya kepada media ketika diwawancara sempena 10 tahun persaraan beliau. Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing. Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28. 

Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu parlimen, Putrajaya membelanjakan RM14.95 juta untuk petrol dan RM160.08 juta untuk pengendalian semua jet itu. Bagi Dr Mahathir, memiliki sebuah jet kecil sekarang ini sepatutnya tidak menjadi isu. "Kerajaan sekarang lebih kaya berbanding masa saya dahulu, Mungkin sebab itu mereka membuat penambahbaikan," katanya sinis. 

Jet-jet Putrajaya mendapat perhatian blogger Umno dua minggu lalu yang mendesak kebenaran adakah Najib mempunyai dua jet mewah kerana Airbus ACJ320 dilaporkan telah disewakan kepada kerajaan. Putrajaya menjawab, penyewaan  Airbus ACJ320 yang bermula 1 Februari 2013 berakhir 31 Disember tahun lalu. Mereka memaklumkan, penyewaan itu perlu kerana Putrajaya kekurangan jet. - The Malaysian Insider


SIRUL DATANG LAGI........




IGP kata Sirul terdesak, cabarnya dedahkan semua Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu. 

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya. Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati. 

Dalam satu kenyataan malam ini, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu. Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut. Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya. 


Sirul, dalam panggilan telefon dari Sydney dengan Malaysiakini awal pagi ini, menuduh Khalid berbohong selepas ketua polis itu berkata pegawai telah dihantar ke Australia untuk menemubualnya tetapi tiada petunjuk baru ditemui. Sirul kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia. Sirul memberitahu Malaysiakini bahawa tidak ada pegawai polis Malaysia yang pernah menemuinya sejak dia melarikan diri dari negara ini. - by RAKYAT MARHAEN

1MDB Antara Alasan Tun Mahathir Tidak Sokong Najib




SEKALI LAGI Tun Mahathir mengingatkan kita yang beliau secara terbuka tidak menyokong Najib ! Antara sebab utamanya adalah kerana 1MDB.

Disebalik beberapa isu panas akhir2 ini yang seolah menenggelamkan isu 1MDB, Tun Mahathir menghangatkannya kembali dengan satu artikel yang bagi kita MUDAH DIFAHAMI dan mewakili suara rakyat teramai.

Saya copy dan terjemahkan di bawah -

Saya adalah penyokong Umno dan saya masih ahli Umno. Tapi mana2 yang tidak betul dilakukan oleh sesiapapun termasuk Umno akan saya kritik. Bagaimanapun, saya telah menyatakan secara terbuka yang saya tidak menyokong Najib.
5. I am a supporter of UMNO. I am still a member of UMNO. But I believe in criticising any wrong thing done by anyone, UMNO included. However, I have openly stated I do not support Dato Seri Najib.

Antara BANYAK alasan kenapa saya tidak sokong ( Najib ) adalah kerana kewujudan 1MDB. Hutang tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. BANYAK HAL MENGENAI WANG 1MDB YANG TIDAK BETUL. Salah satunya adalah kerajaan tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti jualbeli saham untuk mencari keuntungan.

6. And one of the many reasons why I don’t support is the creation of 1MDB. Borrowed money cannot be regarded as wealth. And there are many things done with 1MDB money that are just plain wrong. Government should not be indulging in buying and selling shares to make money for itself.

Saya tidak setuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritiknya termasuk apa juga yang saya fikir memudaratkan negara.

7. I disagree with the 1MDB and I will continue to criticise it and anything that I think is detrimental to the good governance of this country.

Tindakan memburukkan saya oleh bloggers adalah berniat politik. Tujuannya untuk memperlekehkan kredibiliti saya. Tapi saya akan terus bertanya DI MANAKAH WANG YANG DIKATAKAN TELAH DIBAWA BALIK DARI CAYMAN ? Kenapa perlu meminjam lagi untuk bayar hutang jika kita ada RM8 Billion ? Selagi tidak dijawab, persoalan2 ini akan terus ditanya.

8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and other questions are answered the questions will keep coming.

Saya syak oleh kerana soalan2 itu tidak mampu dijawab, maka usaha dilakukan untuk memburukkan sipenyoal. Tindakan itu hanya menambahkan syakwasangka bahawa banyak yang tidak kena dengan 1MDB.

9. I suspect that because questions cannot be answered, resort is made to demonise the questioner. Doing this simply add to the suspicion that all is not well with 1MDB.

Mereka yang mengikuti blog DT pastinya ingat yang apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir baru saja saya nukilkan beberapa hari lalu. SAMA. Ini salah satu bukti yang menunjukkan Tun Mahathir bukan menghasut rakyat ( atau rakyat yang mengikut kata2 Tun ) tapi Tun sekadar menyuarakan apa yang sememangnya menjadi persoalan rakyat.

Makanya saya pernah tanya sebelum ini, apakah yang mahu didamaikan antara Tun Mahathir dengan Najib ? Apakah sekiranya Tun berjaya dipujuk dari bersuara, maka rakyat pun akan turut diam sama ?

Nak 'damaikan' Tun senang saja - Jawab persoalan mengenai 1MDB dan lain2 persoalan yang pernah Tun timbulkan. Dengan cara itu bukan saja Tun berjaya didamaikan, malahan rakyat Malaysia pun akan terasa damai.

Oya, tertinggal pulak bahagian awal artikel Chedet - DEMONISING itu... Tun ada komen mengenai bloggers yang menyerang pengkritik 1MDB. Tun tak heran pun dengan perangai mereka kerana beliau sentiasa mengikuti akan aktiviti para bloggers.

Para bloggers ini merupakan pengkritik kerajaan satu masa dulu. Tapi atas sebab yang AMAT TIDAK DIKETAHUI, mereka telah berubah. Saya nampak perubahan mereka ini.

2. These bloggers were once the critics of the Government. But for some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this change.

Namun Tun terima hak mereka untuk kritik beliau. Makanya Tun tidak terkejut dengan perubahan arah mereka ini.

Cuma Tun terkejut dengan laporan oleh The Star kerana biasanya akhbar perdana deperti The Star tidak akan menulis apajua yang memberi gambaran negatif terhadap pihak berkuasa. Tapi The Star telah lakukannya waima secara tidak langsung.

                                       ***********************************

Dari TMI pula, Tun Mahathir komen mengenai isu ahTong si spekulator matawang yang banyak dimainkan media akhir2 ini.

"Ini pasal dia tegur berkenaan 1MDB, maka kita tuduh dia jatuh mata wang. Kalau dia tak tegur 1MDB, kalau dia bagi jatuh mata wang pun takpalah... Jangan tegur 1MDB," 

Mengenai dakwaan yang Tong mensabotaj ekonomi Malaysia melalui spekulasi mata wang, Dr Mahathir berkata tuduhan itu masih belum disahkan.

"Buat kajianlah, betulkah tidak betul. The Edge ini tegur banyak 1MDB, balasannya dialah yang (dituduh) menjatuhkan nilai mata wang.

"Dulu nilai mata wang jatuh pasal peniaga antarabangsa. Lepas itu, kita buat kajian betulkah dia ada hubungan baik dengan Soros," kata Dr Mahathir, merujuk kepada hartawan George Soros yang menyerang ringgit ketika krisis kewangan Asia 1997. - TMI.

ORANG MELAYU MASIH SAYANGKAN TUN MAHATHIR


Tun Mahathir sekali lagi membuka mulut mengenai Najib Razak. Kali ini lebih pedas dan makan dalam. Tetapi seperti biasa, Najib hanya senyap je. Yang menyalak kuat adalah macai disekeliling beliau. Dan aku pasti ramai rakyat khususnya orang Melayu yang berminat dengan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir ini. Apatahlagi dengan pelaksanaan GST yang sedikit sebanyak kucar kacir serta kelemahan penguatkuasaan Kerajaan memantau kenaikan harga barang.

Orang Melayu sebenarnya sayangkan UMNO. Sebab tanpa UMNO, nasib orang Melayu boleh menjadi lebih buruk. Tetapi jika para Pemimpin UMNO syok sendiri, apakah nasib orang Melayu akan terbela ? Untuk PRU akan datang, aku tak pastilah bagaimana nasib UMNO BN. BN sudah kehilangan pengundi cina. Jika Najib masih mendiamkan diri dan membuat keputusan yang tidak betul, tak mustahil UMNO juga akan kehilangan sokongan orang Melayu.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.


Apakah Najib, Seperti Selalu, Hanya Mampu Diam Dan Bisu Juga?


Jika dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk "1MDB" adalah yang paling tepat kepada sasarannya.

Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga membangkitkan mengenai kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang diperkatakan ramai berkawan rapat dengan Jho Low, individu paling dicurigai dalam segala masalah berkaitan 1MDB.

Bagi mereka yang mengikuti siri serangan dan kecaman Mahathir, terutama sejak beliau menarik balik sokongannya daripada Najib, inilah pertama kali sasaran kritikannya ditujukan kepada ahli keluarga Najib.

Sebelum ini, Mahathir hanya menumpukan serangannya kepada pelbagai aspek kelemahan kepimpinan Najib semata-mata dan beliau tidak pernah menyentuh sesiapa selainnya walaupun perkara mengenai isteri dan anak tiri Perdana Menteri itu sudah menjadi percakapan umum yang kian merata di mana-mana.

Dengan membangkitkan mengenai 1MDB tetapi dalam masa yang sama mengaitkannya dengan kekayaan anak tiri Najib serta harta peninggalan Tun Razak, serangan Mahathir ini jika difahami tidak lain ialah ditujukan kepada Rosmah Mansor yang sudah sekian lama dianggap beban paling berat kepada Najib, UMNO dan kerajaan.

Ini juga menunjukkan bahawa Mahathir "sudah berkerat rotan berpatah arang" dengan Najib dan akan terus menekannya sehingga terasak ke dinding. 

Perkiraan Mahathir ialah Najib yang dibebani isu 1MDB dan pelbagai perkara yang berkait dengan Rosmah adalah halangan utama untuk UMNO meraih sokongan rakyat dan seterusnya menipiskan peluang memenangi pilihanraya umum akan datang.

Kritikan Mahathir yang terbaru ini seharusnya mendapat reaksi segera daripada Najib. Beliau tidak boleh lagi seperti selalu dengan mengambil sikap berdiam diri, senyap dan membisu saja.

Sudah sampai masa sebenarnya Najib mengambil tanggungjawab penuh  terhadap kritikan Mahathir kali ini kerana ianya ditujukan secara tepat kepada diri dan keluarganya. Menyerahkan 1MDB kepada pengauditan semata-mata barangkali tidak memadai kerana aspek kekayaan anak tiri Najib yang diragui itu tentunya tidak akan ditemui dalam siasatan terhadap syarikat itu.

Lebih penting, sekurang-kurangnya untuk melegakan kesangsian rakyat, ialah Najib semestinya berani berdiri menyatakan kebenaran atas semua keraguan mengenai kekayaan keluarga dan anak tirinya yang ditimbulkan oleh Mahathir itu.

Berdiam diri, senyap dan bisu tetapi dalam masa yang sama mengalihkan kepada topik "jemuan" dan penghasut dalam parti yang didakwa bakal melemahkan sokongan rakyat tidak akan membantu memperbaiki keadaan.

Sebaliknya berdiam diri, senyap dan bisu seorang Jenderal itulah sifat selemah-lemah pemimpin yang lebih mudah menyebabkan terhakisnya sokongan rakyat. (SH 14/03/2015)