,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 24 April 2015

APA NAK JADI DENGAN ISLAMELAYU NI...............


Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat



Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

“Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat,” katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”.

Tun M dedahkan KELICIKAN 1MDB hilangkan RM27 billion!!! (Lihat salinan akaun)


Dalam posting blog terbaru Tun M, dia mengatakan perbezaan antara pinjaman RM42 billion dan jumlah aset yang dikira hanya RM14.7 billion. Maka dikhuatiri ada RM27 billion yang hilang tidak boleh dijelaskan.

Aset yang dibeli sudah dinilai semula pada RM52 billion dan ada asas sebagaimana tertulis dalam tulisan Tun M di SINI

Turut ditimbulkan di mana pelaburan USD1 billion dalam Petrosaudi yang mana wang itu dikatakan Dato Najib berada bawah simpanan BSI SIngapura. Oleh kerana ia bukan Bank Komersial, Bank tersebut tidak ada current account dan mungkin berada dalam client account di dalam bank komersial.

Tun M pun timbulkan:

26. A certain amount was registered in the Cayman Islands. What was the money used for? What was brought back to Malaysia. What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. Why? Where was the money brought back from? Why is this money not used to pay the RM 2 billion interest. Why did Bank Negara allow the first tranche to be repatriated to Malaysia and not the second tranche. Now the Swiss bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of 1MDB. So where is the money said to be registered in the Cayman Islands and is now brought back.

Isu yang dilaporkan Sarawak report dan kami persoalkan SINI nampaknya diyakini Tun M.

Pasti Tun M tidak pernah buat tuduhan tanpa ada bukti dan sumber yang sah. Itulah kekuatan Tun M yang berjaya tarik kepercayaan dan sokongan ramai.

Baca komen FMT SINI yang kini sayang pulak dengan Tun M. 

Buat membantu Tun M, kami siarkan balance sheet bagi tahun-tahun 2011 hingga 2014 yang sepatutnya ternyata defisit aset ke pinjaman sebanyak RM27 billion.

2011-2013





2013-14





Adakah sebahagian hutang RM42 billion yang dikatakan RM27 billion di bawa lari tersorok melalui item-item dalam non current account dan current account seperti available for sale investment atau intangible asset atau banyak lagi item?

Puh!!! Licik betul 1MDB.

Hairan akaun ada lain-lain group dan company. Jumlah berbeza. Adakah itu bermaksud duit group hilang masa di hantar ke company? Dulu-dulu dilapor lain-lain tapi kini dilapor sebelah-sebelah. Inikah yang dikatakan Auditor DeLoitte cover up sesuatu yang KPMG tak mahu sahkan akaun?

Entahlah kami tak faham sebenarnya!!!! Maklumlah Unspinners dulu sekolah luar bandar. Gagal dalam subjek akaun masa SPM sebab guru pun tahap diploma perguruan.

Harap ada wartawan business atau konsultan komunikasi atau pakar akaun jelaskan untuk kami. Kalau betul Najib sibat duit, memang patut dijail. Kami bukan main-main tapi serious

hadi awang sudah beri signal tolak pkr di permatang pauh?

Drama yang panas antara pas dan pkr di prk permatang pauh sudah mencapai lurah gaung yang dalam.

Hadi awang saran pengundi di permatang pauh tolak calon yang tidak menyokong hudud, maka berdesing bak halilintar kem pkr, azmin ali sebelum ini tidak akan menarik balik apa yang pkr telah katakan sebelum ini, pkr tidak sama sekali akan menyokong enakmen hudud di kelantan.

Sebelum ini pemuda pas pulau pinang sudah menempeleng kepala takuk kem pkr supaya meminta maaf kepada hadi awang, kalau tak jangan harap orang pas nak bantu masa prk permatang pauh nanti.

Paling kelakar, dap tak nak masuk campur, sebab mereka play safe, dap memang pasti menolak hadi awang, tapi nakkan penyokong pas menyokong dap seadanya, apa punya lawak dap ni punya perangai.

Jadi kesimpulan untuk diketahui ramai, pkr dalam keadaan tertekan.
Tapi yakin permatang pauh akan dapat majoriti besar nanti kata penyokong totok ketum baru-baru ini.


 

Dicatat oleh 

PELAJAR MELAYU DI JORDAN DAN MESIR BANGGA DENGAN KEHADIRAN DAP......

Tika Pemimpin Melayu Bersengketa, LKS pula MENGKOMUNISKAN Pelajar Melayu di Mesir dan Jordan.
DAP mendakwa kebanyakan para pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir berfikiran terbuka dan menyambut baik lawatan barisan tertinggi parti itu ke negara berkenaan minggu lalu.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata reaksi positif itu diberikan ketika mereka mengadakan perjumpaan.

Katanya, hanya segelintir sahaja pelajar di sana yang berfikiran sempit.

“Syukurlah hanya segelintir sahaja pelajar yang mempunyai fikiran perkauman dan prejudis kepada agama lain seperti anggota ISMA. Kebanyakan pelajar di Mesir dan Jordan berfikiran terbuka dan mereka memberi sambutan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Katanya dalam pertemuan yang diadakan parti itu juga mengambil pendekatan terbuka dan sedia menerima sebarang soalan, termasuk kutukan termasuk daripada anggota ISMA.
Malah, Teresa turut memuji tindakan berani pelajar yang memuat naik gambar semasa sesi bersama pemimpin DAP, walaupun parti itu sendiri tidak melakukan perkara sedemikian kerana bimbang dengan tekanan yang akan dihadapi mereka.

“Mereka mungkin sedar bahawa bukan satu apa kesalahan menyertai program bertemu Ahli-Ahli Parlimen DAP,” ujarnya. - by 


AMUKANMelayu - Negara dah nak terlepas ketangan orang....kita masih lagi bersengketa.....kejatuhan Singapura ke tangan LKY adalah di sebabkan persengketaan MELAYU di Puncak Kuasa.....