,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 4 February 2014

UMNO Kembang PUNGKOQ dengan Mainan Cina dan India ni



Kenyataan LWC ini banyak Orang Melayu yang kembang pungkoq
GEORGE TOWN 1 Feb. - Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang memuji dan menyokong langkah kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup dalam usaha mengurangkan beban rakyat di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Lam Wu Chong berkata, langkah itu adalah satu tindakan yang bijak untuk menangani isu peningkatan harga barang dan tepat pada waktunya.

"Pada hujung tahun 2013, harga barang mula melambung tinggi akibat inflasi. Kerajaan yang memahami kesusahan rakyat telah mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih dan elaun lain untuk mengurangkan beban rakyat.

"Kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan 11 butiran perbelanjaan awam," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff serta Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Pada 15 Januari lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan beliau sendiri bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.
Penubuhan jawatankuasa itu yang merupakan lanjutan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara Menangani Kos Sara Hidup, dan diperluas skop dan peranannya, diputuskan dalam mesyuarat Kabinet 8 Januari lepas.

Antara peranan jawatankuasa itu ialah menyelaras pelaksanaan dasar, dan program pelbagai kementerian dan agensi terlibat dalam usaha mengurangkan beban rakyat. — BERNAMA

 Kejutan demi kejutan......



Wakil Rakyat PKR dari negeri Perak, YB Kesavan secara mengumumkan dirinya bukan lagi ADUN 
PKR. ADUN N54 Hutan Melintang ini telah memberikan surat pengumuman beliau kepada Speaker DUN Negeri Perak pagi tadi. Pada surat tersebut YB Kesavan memaklumkan beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim..Sekali lagi parti PKR menggemparkan seluruh negara dengan pengumuman ADUN Hutan Melintang YB Kesavan yang mengistiharkan keluar parti dan menjadi ADUN BEBAS pro Barisan Nasional.

Apakah ini satu lagi game plan Anwar Ibrahim ?

Style yang sama KEJUTAN itu mengundang persepsi seolah-olah ianya satu permainan politik yang kini menjadi permainan para wakil rakyat dari PKR.Namun sedikit ruang perlu di berikan kepada YB Kesavan memandangkan alasan beliau amat jauh berbeza dengan tindakan rakan seangkatan dengannya di Kajang.Jika di Kajang ADUN Lee Chin Cheh meletakkan jawatan kerana mahu memberikan ruang kepada Anwar Ibrahim , YB Kesavan umum keluar parti kerana hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.

Apakah ianya kerana tindakan gopoh lagi tamak kuasa yang di tunjukkan oleh Anwar dan konco-konco terdekatnya ? Nantikan penjelasan penuh dari YB Kesavan.
-UtaraNews