,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 12 February 2014

TUANKU MURKA DENGAN TERESSA KOK


Teresa dakwa orang dalam DAP fitnah salahguna dana

11 FEB: Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok menyalahkan orang dalaman partinya sebagai punca dirinya difitnah menyalahgunakan dana pilihan raya lalu.
Teresa yang sedang berdepan kontroversi klip video Tahun Baharu Cina yang dianggap menghina penduduk Sabah, menganggap laporan rasuah yang membabitkan  dirinya itu merupakan tindakan membalas dendam orang dalam parti sendiri.
teresadapPada Isnin, seorang ahli DAP, Danny Leong Eng Tiom menyerahkan dokumen kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana pilihan raya berjumlah RM186,000 yang dipercayai dilakukan Teresa.
Leong diiringi oleh bekas pembantu peribadi Teresa, Tony Tan juga turut mengemukakan bukti penyelewengan oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh itu.
Sebelum ini, Teresa sudah menghantar notis saman RM10 juta terhadap Leong kerana membuat dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Teresa dilaporkan beliau tidak mempunyai halangan SPRM melakukan siasatan terhadap akaun banknya.
“Saya tidak bimbang kerana semua akaun saya berada dalam keadaan sempurna. Sebagai wakil rakyat DAP, kami telah mengemukakan akaun masing-masing kepada firma perakaunan bertauliah untuk pengauditan ketika sebelum dan selepas pilihan raya umum,” katanya.

Menurut Teresa beliau menamatkan perkhidmatan Leong kerana kononnya pembantu tersebut  menimbulkan banyak masalah yang berkaitan dengan dana dalam parti.

“Kami juga menerima aduan daripada sebuah kuil dan sami di situ memberitahu saya mengenai penyelewengan berkenaan,” tambah Teresa lagi.

Video Tahun Baru Cina Teresa Kok: Pelakon disoal siasat hampir dua jam

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
February 11, 2014
Latest Update: February 11, 2014 08:04 pm
Lim Chin Miau (tengah) beraksi dalam video kontroversial 'Onederful Malaysia CNY 2014'.Lim Chin Miau (tengah) beraksi dalam video kontroversial 'Onederful Malaysia CNY 2014'.Pelakon Lim Chin Miau disoal siasat hampir dua jam oleh polis hari ini berhubung lakonan beliau dalam video klip kontroversi Sambutan Tahun Baru Cina Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
"Mereka mahu mengesahkan beberapa perkara dalam video klip tersebut ini termasuk lakonan parodi seorang isteri pemimpin bagaimanapun tidak disebut nama tersebut," kata peguam Lim, Aaron Lee kepada pemberita di Kuala Lumpur.‎
Dalam klip video satira politik Tahun Baru Cina bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014", Kok berlakon sebagai pengacara feng shui program bual bicara dengan membabitkan adegan lawak apabila ditanya oleh tiga panel mengenai pelbagai isu termasuk sistem pendidikan, kenaikan kos sara hidup dan keselamatan di Sabah.
Pelakon berusia 32 tahun itu ditemani oleh peguam dan rakannya menyatakan perasaan lega setelah memberi kenyataan sebagai saksi di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah hari ini.
"Saya boleh tidur dengan lena sekarang," katanya.

Peguam Lim berkata soalan yang ditanya oleh polis adalah kandungan membabitkan video klip tersebut.

"Polis menunjukkan klip itu kepada Lim, tetapi tidak meminta terjemahan, mereka hanya mahu Lim untuk melihat klip itu semula bersama mereka," katanya. Beliau berkata, Lim ditanya hampir 30 soalan di mana ia merupakan soal siasat yang sama terhadap dua lagi individu pada pagi tadi.
"Dua lagi yang berlakon bersama Lim memberi kenyataan pada pagi ini," kata Lee. Minggu lalu sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam mengadakan protes di hadapan Menara Maybank di Kuala Lumpur sebagai bantahan ke atas video Kok.


Antara lain penunjuk perasaan itu turut menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai reaksi kemarahan terhadap pemimpin DAP itu yang dikatakan menghina Melayu dan Islam. Mereka juga turut mencalitkan darah ayam tersebut keatas sepanduk tertera gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon.

Biarpun Kok membuat laporan polis berhubung tindakan kumpulan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan tawaran tampar bukanlah satu ancaman.
Ekoran kenyataannya itu, beliau dikritik hebat oleh pemimpin pembangkang termasuk Majlis Peguam Malaysia. – 11 Februari, 2014.

  



AMUKANMELAYU - Ampun Tuanku.....patek harap Tuanku bersegeralah menaikki Tahta....