,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 2 February 2014

SELOKA CHEPOR KAMPUNGKU 1


SELOKA CHEPOR KAMPUNGKU

Ada sebuah cerita Kampung  dahulu
Di seberang Sungai Perak tempat letaknya
Inilah dia Kampung Melayu
Chepor yang indah di beri nama.

Labit jadi pengkalan penambang
Untuk Tuan keseberang sana
Hati ku gundah rindukan Abang
Sunyi sepi tiada berita.

Jalan yang dulu sangatlah semak
Tidak di tebas tumbuh belukar
Jika di hulu namanya Hemok
Hendak ke sana tidaklah sukar.

Sangat sedapnya si pisang salai
Buat bekalan untuk penghulu
Selepas Hemok namanya Kasai
Jika ke bukit di sana Sira Batu

Kampung Hulu sangatlah cantik
Tempat orang menanam pisang
Hidup biar berbuat baik
Jika mati di kenang orang

Bukit Berapit tempat asalku
Dua bukit sama tingginya
Jika adek terasa rindu
Renunglah kelangit abang di sana

Cheruk Sembuk tempat berhuma
Padi pulut membunting dara
Abang pergi tidaklah lama
Semusim nanti kita berjumpa

Sungai Chepor tidaklah dalam
Pancing seluang bukannya mudah
Kita berjumpa baru semalam
Kenapa dinda rindu tak sudah

Sungai Chepor sejuk airnya
Airnya jernih tidak terkira
Jika tuan pergi kesana
Rasa nak datang kali kedua

Kais pagi makan pagi
Harap di maaf apa yang kurang
Orang baik kami berbudi
Kelak nanti di ingat orang

Sudah jauh pergi berjalan
Ke Tanah Abang nak singgah mandi
Tak tahan rindu jika berjauhan
Nak masuk meminang orang tak sudi

Gertak Tok Sahak sangatlah panjang
Tempat budak terjun mandi
Kalau tidak di pinang orang
Baikku membujang sampai kemati

Bukit Suro tidaklah tinggi
Kampung Cherok di tanam getah
Kenapa nak siksa badan sendiri
Pada bujang baik menikah.

Kampung tengah sangat damai
Terpisah dengan Kampung Paya
Masa kenduri sangatlah ramai
Jika di hitung semua saudara

Kampung Bagan belakang sekolah
Banyak dusun banyaklah keluang
Nak panjat takut di pakai galah
Jika mencuri di marah orang

Ke Bukit Perah membawa parang
Tiada akar di gunakan rotan
Jika tiada ketemukan Awang
Datang ke Chepor saya tunjukan

Sepanjang sungai boleh di temu
Buluh aur temanya tebing
Hendak ku tegor terasa malu
Baik ku cari pada yang lain

Pek Anjang Tok Bidan Kampung
Tok Yang Goleng menjadi Pawang
Senja hari jangan termenung
Fikiran tak tenang jiwa melayang

Tok Manah menjual ikan 
Ikan haruan besar kepala
Rindukan adek abang tak makan
Asyik teringat pada mu dinda

Tok Dayid sangatlah gagah
Habis di tebas mengkuang dan pandan
Kasih di tunggu rindu tak sudah
Bagaikan pungguk rindukan bulan

Tok Yaakob menjemur pandan
Hendak di bawa ke Tanah Seberang
Hendak ku pinang rasa tak padan
Kenapa takut di ambil orang

Tok Lob mengajar kitab
Hikayat Siti Zubaidah nama cerita
Rasa di hati nak masuk mengadap
Takutkan Puteri tak kenal kita

Pakngah Man membawa sampan
Di pengkalan perahu di tambat
Bukannya kita tidak bersopan
Cuma takut Abang terlambat

Chepor bukan sebarang kampung
Tempat orang memelihara gajah
Jangan tuan berlagak sombong
Yang berkuasa hanyalah Allah

Pek Tinggi dengan Mak Tua
Tempat budak menampi lenga
Kenapa di tanya pada yang tiada
Kita di sini belum berpunya
 
Kerbau Tok Jusin keweh tanduknya
Menarik pada di seberang padang
Kalu Tuan malu bertanya
Sampai ke tua terus membujang

Rumah Tok Medan jiran Tok Uda
Tempat orang tidur bermalam
Jika sudah tiada yang tua
Siapa pula penunjuk jalan

Kalau ke Paya tak payah bersampan
Sungainya cetek susah bergalah
Teman ini tidaklah tampan
Tapi teman tak mahu mengaku kalah.


Tok Aki Aji
KLIA
1hb. Jan 2014