,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 12 February 2014

SELANGOR TAK MAMPU URUSKAN AIR KERANA KENCING DAP DAN PKR LEBIH LAJU

 

 

KRISIS AIR SELANGOR SATU KEGAGALAN BESAR PR



Kerajaan Selangor Salah Guna Kuasa Tolak Langat 2 - Noh Omar
Noh Omar
SHAH ALAM,Selasa, 02 April 2013 -- Pendirian kerajaan negeri Selangor tidak meluluskan pembinaan projek loji rawatan air Langat 2 adalah satu penyalahgunaan kuasa yang akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi negeri ini dan lambat laun akan menjadikannya negeri yang mundur, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, berkata kerajaan Barisan Nasional sejak 16 tahun dahulu merancang projek membawa air mentah melalui terowong dari Pahang berharga RM4 bilion yang kini hampir siap dan kerajaan negeri ketika itu bersetuju kawasan di Langat digunakan untuk loji berkenaan.

"Dalam perjanjian asal, kerajaan negeri bersetuju untuk kita menggunakan tanah di kawasan Langat untuk dijadikan loji Langat 2. Itu sahaja...kuasa dia hanya membenarkan kita memulakan projek. Ini sahaja kuasa dia, tetapi dia nampaknya nak tunjuk kuasa dan dia salah guna kuasa," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Noh berkata kuasa yang sepatutnya diberi untuk pembinaan loji Langat 2 sebaliknya dinafikan dan kesannya hari ini Selangor sedang berdepan dengan krisis air yang sudah pun mengakibatkan sekurang-kurangnya 440 projek yang berupaya mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan tidak dapat dimulakan.

"Jadi, apa kesan dia? Peluang pekerjaan akan tertutup, rumah tak boleh buat, hotel tak boleh buat, kompleks beli-belah tak boleh buat dan Selangor lambat laun akan menjadi negeri mundur," katanya.
Beliau berkata syarikat-syarikat yang telah komited untuk melabur di Selangor sehingga kini masih menunggu untuk memulakan projek-projek mereka yang tidak dapat dijalankan oleh kerana tiada jaminan bekalan air yang mencukupi.

Sehubungan itu, Noh mahu semua rakyat Selangor memandang perkara itu dengan serius demi memastikan kelangsungan negeri mereka terus maju.
"Jadi untuk selesaikan masalah air ini, rakyat Selangor tak ada pilihan, kena pastikan BN memerintah negeri Selangor. Insya-Allah, selesai masalah air ini," katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Noh berkata rakyat Selangor juga harus sedar bahawa isu air hanya satu gimik politik kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang yang kerap menyatakan mereka akan menyelesaikan masalah air tetapi realitinya, keadaan semakin buruk.

"Percayalah cakap saya, mereka tidak akan dapat menyelesaikan isu air selagi mereka memerintah negeri Selangor. Kerana isu nak ambil alih air, isu Langat 2, dulu dia tuduh kita nak bagi kroni. Tetapi bila kita buat tender terbuka untuk Langat 2, dia tak masuk pun open tender itu," kata beliau.

Oleh itu, Noh berkata kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 demi masa depan rakyat Selangor sementara Peguam Negara sedang mengkaji daripada segi undang-undang demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata sekiranya loji Langat 2 tidak disiapkan, rakyat Selangor dan negeri ini yang merupakan nadi kepada pembangunan negara akan berdepan dengan krisis air.

"Betul, kuasa meluluskan development order (arahan pembangunan) kuasa kerajaan negeri tetapi daripada segi undang-undang, kita kena tengok yang mana lebih penting. Kepentingan nak menunjukkan kuasa kerajaan negeri atau pun public interest (kepentingan awam). Walau apa pun, kita telah minta Peguam Negara untuk membuat kajian dan kita akan teruskan projek itu," katanya.

Mengenai rancangan kerajaan negeri untuk mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat konsesi air melalui pengstrukturan semula industri air sebagai helah tidak meluluskan Langat 2, Noh berkata isu loji berkenaan dan pengstrukturan semula adalah dua perkara yang cukup berbeza dan tidak boleh dikaitkan.

Katanya, beliau amat harian kenapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang pernah satu masa dahulu mengetuai sebuah syarikat korporat tidak faham urusan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), yang sebahagiannya milik Puncak Niaga, yang merupakan syarikat yang disenaraikan.
"Pengstrukturan semula air ialah proses willing buyer willing seller (kesediaan pembeli dan kesediaan penjual). Macam mana kerajaan negeri nak mengambil alih SYABAS. Takkah seorang yang kononnya bekas tokoh korporat, tak faham prosedur nak mengambil alih syarikat public listed company (syarikat senaraian awam). Mesti ada proses dia," katanya.
Noh berkata terlalu banyak dolak-dalik kerajaan negeri berhubung isu air dan jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kerajaan negeri akan "menjahanamkan masa depan rakyat" - BERNAMA

Media :: Press Release

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual di Wilayah Petaling Akibat Paip Pecah di One Utama, Bandar Utama
  SIARAN MEDIA
7 FEBRUARI 2014

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH PETALING AKIBAT PAIP PECAH DI ONE UTAMA, BANDAR UTAMA

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa kejadian paip pecah telah berlaku berturutan sebanyak 4 kali semenjak 5 Februari 2014 pada jajaran paip dari jenis keluli lembut (Mild Steel) berukuran 300mm yang berada di dalam kawasan kerja-kerja pembinaan untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) Pakej V3 dan projek pembinaan longkang

Bandar Utama City Corporation (BUCC).
Dalam kejadian pertama pada 5 Februari 2014, kerja-kerja pembaikan paip telah siap dilakukan sepenuhnya dan bekalan air telah disalurkan semula ke kawasan pengguna. Walau bagaimanpun pada 6 Februari 2014, kejadian paip pecah telah berlaku lagi di jajaran paip yang sama tetapi di lokasi yang berlainan di dalam kawasan kerja-kerja pembinaan tersebut dan kerja-kerja pembaikan telah disiapkan pada hari yang sama. Pada 7 Februari 2014, jajaran paip yang sama di dalam kawasan pembinaan tersebut telah pecah semula di lokasi yang berlainan iaitu pada sekitar jam 5 pagi dan 10 pagi. Kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini telah disiapkan sepenuhnya pada jam 5 petang, 7 Februari 2014 dan bekalan air telah mula disalurkan ke kawasan yang terlibat iaitu Kampung Sungai Penchala, Kampung Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI.

Untuk makluman, gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan tersebut semenjak 5 Februari 2014 yang lalu adalah disebabkan oleh beberapa siri kejadian paip pecah yang berulang dijajaran paip yang sama walaupun pembaikan telah dilakukan. Justeru itu, pihak SYABAS pada hari ini telah berbincang dengan pihak-pihak ketiga tersebut supaya mengambil langkah dan tindakan lebih

berhati-hati semasa melakukan kerja-kerja pembinaan di kawasan yang melibatkan jajaran paip bekalan air bagi mengelakkan berlakunya kejadian paip pecah seperti ini berulang lagi.
Kepada semua pengguna yang terlibat dengan gangguan ini, SYABAS mengharapkan agar mereka memahami situasi yang berlaku dan menggunakan air secara berjimat cermat sepanjang gangguan ini.
- tamat -

PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar,
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

RONNIE LIU TUNJUK EMPANGAN - EXCO YANG TAK FAHAM ANTARA AIR BERSIH DENGAN AIR BELUM DI RAWAT

Semalam portal Malaysia kini menyiarkan laporan mengenai 7 empangan air di Selangor penuh dengan air sambil menunjukkan ke arah empangan


Suatu Ketika Bersama Bekas Exco Ronie Liew - Air manyak maa...?
                                       

Apa benda la exco Selangor ni merapu ni. Nak suruh orang selangor minum air empangan ker tak payah rawat.

Sepatutnya Exco Selangor ni bawa media pernah ke 34 loji penapisan air di Selangor kalau betul Syabas menipu bagi mengesahkan dua perkara tersebut

1. Adakah benar loji rawatan air Syabas beroperasi pada kapasiti 110%

2. Level air terawat di reservoir sebelum disalur ke paip utama yang seterusnya ke pengguna.

                                                            Contoh Loji Rawatan Air

Kenyataan Exco Selangor yang paling tak boleh blah

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.

Nak merawat air ni ingat pakai penapis teh ker. Sila rujuk disini proses penapisan dan rawatan air KLIK SINI

P/S: Mampu ker kerajaan negeri nak tanggung kos rawatan air sedangkan banyak lagi isu lain di Selangor yang tak mampu diselesaikan




** Sementara itu, pihak SYABAS ingin menyarankan orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.



KL, Selangor Sudah Mula Tak Ada Air - Kerajaan Negeri Wajib Bertanggung Jawab


TAHAP IQ WAKIL RAKYAT SEKARANG INI - Ronie Liew..... Tu air banyak....
Siapa hari tu kata negeri Selangor ni banyak air walau musim kemarau berlaku? Kalau lah projek Langat 2 dibuka awal dulu, tak adalah masalah tak cukup air ini terjadi di Selangor dan Kuala Lumpur apabila musim kemarau melanda.
Sekarang ni banyak tempat disekitar Selangor dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur sudah tidak ada air. Nak buat macam mana sekarang! Tak payah mandi, tak payah cuci najis lah macam ni.
Ini lah akibat jika terlalu layan sangat dengan karenah orang politik, akhir sekali sendiri yang merana. Padan muka!
KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap bekalan air yang tinggi oleh pengguna ekoran cuaca panas yang dialami kini, menyebabkan berlaku masalah kekurangan air di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat mendadak.
Katanya kawasan terlibat ialah Angsana Hilir, Taman Pertama, Taman Bukit Pandan, Kampung Pandan Luar, Kampung Pandan Dalam, Taman Koperasi Polis, Taman Desa Baiduri, Bandar Damai Perdana, Taman Damai Perdana, Taman Desa Cahaya, Taman Sri Bahagia, Taman Bukit Anggerik, Taman SPPK Bukit Cheras dan Taman Orkid Desa.
Turut terjejas, Taman Segar, Taman Billion, Taman Supreme, Taman Cheras Utama, Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar Jaya, Bandar Baru Segar Utama, Taman Damai Indah, Taman Minang Ria, Taman Bukit Angsana, Taman Suria Jaya, Taman Len Seng, Taman Desa Cheras dan Taman Alam Damai.
Selain itu, sebahagian kawasan Damansara iaitu Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
Menurut kenyataan itu, penyaluran bekalan air sokongan ke kawasan terjejas tidak dapat dilakukan disebabkan ketiadaan lebihan bekalan air daripada kawasan lain berikutan kapasiti bekalan air terawat tidak mencukupi pada masa ini.
Katanya, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau telah diaktifkan bagi memantau dan mengurus bantuan air sementara melalui lori tangki dan tangki statik.
Syabas juga mengingatkan pengguna di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan supaya menggunakan air secara berhemah dan menggelakkan pembaziran. BERNAMA


AMUKANMELAYU - Pergaduhan dalam PKR telah membuatkan pengundi terinaya....tapi hampir semua AHLI PAS suke, ini kerana menguji keimanan kita. DAP dan PKR pun suke kerana INI NEGERI KOMUNIS, rakyat yang membantah ia akan di "BUNUH".......