,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 25 February 2014

PAS DAH KENA MAIN DENGAN PKR

PEMAIN YANG PALING MAHAL DALAM SEJARAH INI TELAH BERHIJRAH KE KAJANG FA

YDP PAS Gombak Hilang Mood Bantu Anwar Di Kajang



OLAK LEMPIT, Selasa 25/2/14 - di petik dari AIDCNews tanpa suntingan, Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir melahirkan rasa kekecewaan terhadap insiden keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin pada Ahad lalu.
TGHH tersalah tembak

Menurutnya bukan soal wang saman yang berjumlah RM2 juta, sebaliknya soal maruah Presiden PAS telah diperkotak katikkan oleh rakan daripada parti kompenan sendiri.
Ini menyebabkan beliau hilang mood untuk turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di situ.
“Masalah dua juta boleh settle insya Allah. Satu seruan jihad je dibuat melimpah duit datang.
“Tapi bukan soal wang…soal maruah tuan guru aku. Tak ada mood langsung nak ke Kajang kepas ni,” katanya dalam laman sosial peribadi, salehhuddin.mohdnasir.

Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki turut menyokong kenyataan Yang Dipertua PAS Gombak itu.
“Kami selaku pendokong jemaah yang kita cintai ini menyokong kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

“Ia bukan soal duit, tetapi soal maruah. Sekarang ini siapa yang tak setia kawan?,” katanya.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR Mohd. Shamsul ke atas Abdul Hadi boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.

Zaid melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.

Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.

“Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam, dilaporkan Utusan Malaysia



HILANG KELAYAKAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN MALAYSIA
 
Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu
hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen di Malaysia. Persoalan ini
juga terkandung di dalam perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Di antaranya ialah:

5. Disabitkan Kesalahan Di Mahkamah
Begitu juga orang yang telah disabitkan melakukan sesuatu
kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah di Persekutuan
dan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun
lamanya atau dikenakan denda tidak kurang dari dua ribu
ringgit dan beliau tidak mendapat ampun juga tidak layak
dilantik sebagai ahli Parlimen.
32
Hukuman penjara dan denda
yang dijadikan perkiraan itu hendaklah suatu keputusan yang
telah dibuat oleh sesebuah mahkamah undang-undang dalam
Persekutuan Tanah Melayu
33
Hilang kelayakan sebagaimana di
atas juga boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan
memberi keampunan kepada orang-orang yang bersalah itu.
Jika mendapat keampunan dari Yang di-Pertuan Agong, orang
yang bersalah itu masih layak untuk menganggotai Parlimen.
Sebaliknya jika orang tersebut tidak mendapat keampunan
dari Yang di-Pertuan Agong.
34
maka dia dianggap tidak layak
menganggotai Parlimen. Tempoh hilang-kelayakan tersebut
ialah selama lima tahun, dan ia hendaklah dikira mulai dari
tarikh beliau dibebaskan dari hukuman penjara atau dari tarikh
beliau dikenakan denda.
 
 
AMUKANMELAYU - Hubaya.....hubaya....dengar sini semua Orang-Orang Melayu....undang-undang Malaysia sekarang ini, barang sesiapa yang di denda lebih pada dua ribu atau penjara 1 tahun hilang kelayakan MP. Kalu dah hilang macamana TGHH nak jadi PM kalu menang PRU K 14 nanti. Jawabnya PKR dah cantas awal-awal lagi dan PAS akan terus jadi BUDAK SURUHAN PKR.........atau bahasa paling mudah....PAS dah kena MAIN.