,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 2 February 2014

APAKAH API KEMARAHAN PR BOLEH MEMUSNAHKAN NEGARA DAN PEMBUNUHAN PEMIMPIN KERAJAAN?





Al-Fatihah pada Muammar Gaddafi, kematiannya merupakan tamparan hebat kepada kerajaan negara Islam. Walaupun pelbagai catatan yang melambangkan kezalimannya, namun beliau tidak layak di layan begitu. Sedih.. nampaknya kuasa US dan barat menang lagi!

Mereka begitu gemar, negara Islam di huru harakan.

Tumbangnya negara Islam selepas Iraq dan Mesir!



Tindakan Libya juga yang ingin menggunakan emas sebagai pertukaran minyak antara punca beliau sangat dimusuhi. Sama seperti negara lain yang cuba mengelak dari menggunakan dollar Amerika pasti akan dihapuskan.

Begitulah episodnya pakatan barat mengeluarkan modal besar untuk menentang pemimpin Islam yang berani menentang mereka. Lebih 1 Billion telah dibelanjakan.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Muammar Gaddafi.

 

Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya
Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Memilukan
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.- by Zulkifli Bin Noordin

Bersemangat - Adakah Kematiannya  memakmurkan Libya?
Korang semua mesti dah tahu kan pasal kematian Gaddafi ni kan?? Beginilah nasib Gaddafi yang pada awalnya pejuang tetapi berakhir hayanya sebagai seorang petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.


Kebaikan Gaddafi Yang "KEJAM" untuk rakyatnya:

1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi setiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudah pun meninggal dunia tanpa memiliki rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. Bank Libya tak pernah mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. Rakyat tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan elektrik.

6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.

7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.

8. Pasangan pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. Sistem pengairan dan saliran hebat yang dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung pada sumber asing.

11. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

13. Kadar celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.





AMUKANMELAYU - Ghadafi sangat-sangat di benci kerana "KEKEJAMANNYA".....nafsunya dfi katakan KETERLALUAN....adakah Pemimpin kita juga demikian?

Saturday, February 9, 2013


0 DS Najib - Ugutan 'Arab Spring' Anwar Tidak Demokrasi


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata ugutan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencetuskan demonstrasi ala 'Arab Spring' di negara ini adalah bukti yang menunjukkan Pakatan Rakyat tidak tulen mengamalkan demokrasi.

Menurutnya, semua pihak termasuk Umno mahu pilihan raya umum kali ini diadakan secara adil dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru katanya, adalah tidak menjadi keperluan Ketua Pembangkang itu untuk cuba mewujudkan sentimen kemarahan rakyat kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menggalakkan pilihan raya yang tidak sihat.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen bererti kita mesti terima keputusan rakyat.

"Bila dia (Anwar) kata dia percaya demokrasi dia tidak boleh mempertikaikan keputusan, kita harus menyanjung prinsip demokrasi.

"Kita harap pembangkang terima keputusan akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, semalam.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pelbagai pihak mengambil serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah dan Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.

Mahathir berkata beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara ekoran bekas timbalan perdana menteri itu telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.

Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/02/ds-najib-ugutan-arab-spring-anwar-tidak.html#00UmrZHa4H4rpH2G.99