,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 9 February 2014

KABINET NAJIB - Waytha Moorthy "HINDRAF" Letak Jawatan


KERAJAAN PERLU MENGHANTAR MEREKA INI PULANG KE TANAH ASALNYA
OLAK LEMPIT, Ahad 8Rabiulakhir 1435 -  Semalam Penulis banyak terjumpa "KEBIADABAN HINDRAF" sepanjang 2007. Banyak peristiwa DUKA yang menyelubungi PDRM dan KERAJAAN sepanjang tempoh itu. Hampir setiap hari mereka ini MENYONGSANG ARUS dan MEMALUKAN KERAJAAN MELAYU di serata dunia.Secara jelasnya, kaum India ini rasa ketinggalan adalah kerana mereka tidak mendapat habuan seperti mana Cina mendapatnya. Mereka berusaha ke arah itu, tapi gagal. Apabila SINGAPURA menjadi TANAH JAJAHAN CINA, Hindraf juga mahukan sebuah Kawasan di berikan pada mereka dan mengujudkan Negeri Jajahan India di Nusantara. Tapi dengan KOMUNITI 1.8 juta Orang dan bertabur di seluruh Malaysia, mereka gagal untuk mendapatkannya.

Keadilan Pemerintahan Melayu di ambilnya Pengerusi Hindraf ini menjadi Timbalan Menteri di JPM, tujuannya adalah untuk meningkatkan KEMAJUAN KAUM INDIA. Tapi juga mereka gagal dengan tugas yang di beri. Penjenayah tetap penjenayah, mereka tidak boleh untuk di jadikan BERLIAN walaupun di letakkan di atas Intana. Mereka lebih kepada gerakan REDIKAL dan menyokong PENJENAYAH atau melindunginya. Ini menjadikan TUGAS PDRM menjadi sukar. Dengan perletakkan Jawatan "WAY"tha Moorthy dari Kabinet Najib, duri yang tertanam di dalam daging telah di cabut keluar.

waytha
Saman Kerajaan British
  
SELURUH penyokong UMNO dan kerajaan rasanya menyambut baik keputusan bekas Timbalan Menteri, P Waytha Moorthy untuk melepaskan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator berkuatkuasa Isnin ini.
Sememangnya dari mula, ramai yang sememangnya tidak faham kenapa Pengerusi pertubuhan paling rasis dalam Malaysia ini dilantik ke dalam kabinet, tapi memandangkan perjawatan dalam kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri, maka kita anggap keputusan itu wajar.

Mungkin ada jasa dibelakang yang kita tidak tahu dalam PRU13 yang lepas, tapi apa pun dia jasa itu, jelasnya jawatan Timbalan Menteri ini tidak sesuai dengan ’jatidiri’ perkauman yang menebal dalam diri Waytha Moorthy. Penulis yakin, Waytha Moorthy pun sedar dengan keadaan tersebut dan membuat keputusan apa yang dia rasakan baik untuk dirinya.  Tak guna pegang jawatan kalau sikap dan kelakuan masih sama macam dulu. 

Sepanjang memegang jawatan tersebut, Waytha Moorthy telah beberapa kali cuba masuk campur dalam urusan pihak polis, terutama bila membabitkan insiden penjenayah berbangsa India sehingga membabitkan perasaan tidak puas hati banyak pihak. Jadi elok sangatlah dia letak jawatan kalau tidak boleh menyumbang apa-apa. Bagaimanapun, dalam masa yang sama pihak keselamatan negara perlu beri lebih perhatian kepada Hindraf mulai sekarang.  Dulu bila pemimpin mereka ada dalam kerajaan, aktiviti yang tidak baik ini mungkin sukar nak dibuat kerana pihak polis mengawal keselamatannya 24 jam.

Tapi bila dah keluar dari kerajaan sekarang, apa pun boleh berlaku. Apatah lagi dalam masa yang sama, hampir semua pemimpin-pemimpin pembangkang sedang cuba beri gambaran Malaysia ini sudah tidak selamat.  Cuba periksa kenyataan Kit Siang, Rafizi dan sebagainya, semua pun menjurus kepada perkara yang sama - Malaysia sudah tidak selamat. 

Rafizi lagi best, dia bayangkan akan berlaku satu keadaan huru hara yang membawa kepada pengisytiharan darurat di Selangor dan maka itu Anwar perlu jadi Menteri Besar supaya UMNO tidak boleh ambil alih negeri tersebut bila darurat diisytiharkan. Dari mana pandangan macam ini datang kalau bukan ada benda yang mereka sedang rancang dan kita mungkin tidak tahu apakah ia? Jadi penting untuk semua pihak berjaga-jaga.

Hindraf dan 2 Juta Orang Bakal  Jutawan India Di Malaysia

Pada 2007 Angkatan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf) mengadakan demonstrasi di depan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur. Mereka menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British meminta Ratu Elizabeth II melantik seorang penasihat diraja untuk mewakili komuniti India di dalam dakwaan bahawa Kerajaan British membawa mereka ke Tanah Melayu sebagai buruh kasar dan mengeksploitasi mereka.

Mereka telah memfailkan saman US$4 trilion (RM13.5 trilion) di Mahkamah Keadilan Diraja di London dan mendakwa pihak British patut dipersalahkan terhadap 'penindasan' kaum India di Malaysia. Saman itu adalah US$1 juta (RM3.4 juta) untuk setiap orang India di Malaysia.

Peristiwa robohnya sebuah kuil Hindu berusia seratus tahun di Shah Alam telah memuncakkan tuntutan Hindraf ini setelah tunjuk perasaan di depan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dulu.

Kuil Hindu di Malaysia sebenarnya terlalu banyak dengan ratio penduduk Hindu sendiri. Dulu setiap rumah ada kuil tersendiri. Hari ini pembangunan tidak memungkinkan terlalu banyak kuil Hindu. Kuil-kuil harus dialihkan dan digabungkan menjadi satu kuil yang lebih besar. Orang Islam sendiri, sebagai majoriti penduduk negara ini, tidak boleh sewenang-wenangnya membina masjid. Pembinaan masjid terlalu banyak yang lari daripada ratio sebenarnya tidak menggambarkan suasana jemaah dan sebagai punca berpecah-belah. Sembahyang Jumaat pun minimum 40 orang.

Sungguhpun golongan Hindu berhak menyuarakan hak-hak mereka, jika ada ditindas, namun apabila dilihat pada nilai saman itu, rasanya tidak masuk akal. Adakah golongan Hindu yang kurang pengetahuan mereka dieksploitasi dengan habuan sedemikian rupa? Adakah Ratu Elizabeth bakal menerima petisyen itu dan membiarkan kerajaannya disaman dengan jumlah yang mungkin menyebabkan negara Britain muflis?

Tadi semasa di lebuhraya beberapa halangan jalan raya dibuat oleh pihak polis. Kelihatan beberapa keluarga India ditahan. Antaranya orang tua yang siap berpakaian sari dan bersanggul bunga Melur di kepala mereka. Mereka nampak naif. Apabila diminta polis untuk menunjukkan kad pengenalan mereka, mereka akur. Tidak seperti pembangkang Melayu yang boleh bertikam lidah dengan pihak polis yang menghalang laluan mereka. Jikalau mereka bakal menyertai perhimpunan itu, macam kasihan pula dengan mereka.

Pelik juga pihak Hindraf menggunakan kerajaan British. Di dalam petisyen mereka, mereka juga menghantar salinan kepada Setiausaha Agung PBB, Senat Amerika Syarikat, Perdana Menteri India dan juga Menteri dari negeri Tamil Nadu di India. Atas asas apa mereka mahu mendakwa kerajaan British? Kalau hendak menyaman, nenek moyang mereka yang dibawa British yang patut menfailkan saman. Bukankah mereka golongan seterusnya yang lahir dan dibesarkan di Malaysia dan tidak merasai kesusahan nenek moyang mereka? Mereka rakyat Malaysia sekarang ini dan kenapa pula mahu mengadu kepada British? Adakah British masih menjajah Malaysia?

Rasanya masih ada orang Malaysia yang masih berangan berada di bawah kekuasaan Inggeris dan berjiwa Inggeris. Inilah golongan comprador yang perasan diri mereka berkulit putih padahal penuh dengan pigmen Asia dan mengagungkan apa saja dibuat orang kulit putih. Mat Salleh berlari pakai baju kerja di Taman KLCC pun dia nak ikut. Mat Salleh makan donat J.Co, dia pun nak ikut sama sampai beratur panjang mengalahkan cop pasport di imigresen Woodlands, Singapura...

Orang Hindu dari India berhijrah ke Tanah Melayu kerana salah satu alasannya mahu lari daripada sistem kasta di India yang amat diskriminasi. Rasanya orang India di Malaysia lebih baik taraf kehidupan mereka jika dibandingkan dengan di India. Kalau dikatakan dieksploitasi, atas dasar apa?

Mereka berhak menyuarakan pendapat mereka, namun caranya biarlah kena. Buat demonstrasi di depan pejabat Perdana Menteri ketika Perdana Menteri berada di luar negara. Demonstrasi besok di depan Suruhanjaya Tinggi British pun ketika hari pegawai tidak bekerja di situ.

Kesian orang estet atau kampung sanggup datang ke KL bersanggulkan bunga Melur melalui beberapa sekatan jalan dengan hajat mendapat duit yang belum tentu dapatnya. Harapnya mereka orang kampung yang kurang pengetahuan tidak dieksploitasi dan dengan niat mempertahankan hak-hak mereka. pada


AMUKANMELAYU - Hindraf dalam KERAJAAN, Ada tak menambah dan sedikit tidak mengurang. Alhamdullillah.........."KEMBALI KEPADA KERAJAAN BERKHALIFAH.