,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 7 February 2014

HERBA MELAYU - TUMBUHAN PERUBATAN


Tumbuhan untuk rawatan


Nama botani: Solanum tarvum
Famili: Solanaceae
Nama tempatan : Terung pipit

Pengenalan

Pokok renek yang tumbuh tegak hingga 3 meter tinggi, banyak cabang, duri pada batang daun dan tangkai bunga. Daun ringkas bersusun selang seli.Bunga dalam jambak kecil, bercabang mempunyai 50-100 bunga.Buah jenis beri, kecil berwarna hijau dan hijau muda. Terung pipit gemarkan tanah yang lembap dan tidak terlalu basah. Pembiakan melalui biji atau diasingkan bahagian tunas berakar.

Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi,banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI. Terung pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Khasiat dan kegunaan
Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam.Seluruh bahagian ditumbuk lumat cecairnya digunakan sebagai penawar bisa ular dan gigitan serangga.Buah dimakan untuk melegakan sakit perut. 

Daun yang ditumbuk lumat cecairnya disapi pada kulit terbakar.Akar yang ditumbuk lumat disapu pada
kulit pada kaki yang retak, tempat yang bengkak untuk hilangkan sakit dan supaya darah dapat beredar dengan baik juga demam panas,pitam dan sawan.