,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 25 February 2014

BR1M - PROSES KERAJAAN MENGENAL PASTI RAKYAT YANG PERLUKAN SUBSIDI

INSAF - Imam Hoslan Hussin dibebaskan Karpal masuk kedalam

OLAK LEMPIT, Selasa 25hb. Feb. 2014- Di petik dari House PK dan MegaBidaman,  Bekas penjawat awam, Imam Hoslan Hussin (imam baling selipar) penyokong tegar PAS yang telah turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina mahkamah, kini telah pun insaf dan bersyukur menerima BR1M. Setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara. Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.

BR1M merupakan satu rahmat kepada orang yang benar-benar perlukannya dan kalau korang masih tak faham macamana sistem BR1M ni, ada baiknya korang. Fahami proses BR1M .

Tahukah anda wahai penerima BR1M sekalian anda dilindungi oleh insurans melalui I-BR1M? Sekiranya berlaku kematian secara kemalangan atau cacat kekal (Personal Accident) anda dilindungi sebanyak RM30,000? Sekiranya berlaku kematian biasa anda akan mendapat RM1000.00.

Aku percaya ramai yang tak tau pasal Insurans BR1M ni, mungkin PENERANGAN yang diberi tidak mencukupi atau jabatan yang dipertanggungjawabkan tak tau nak meNERANGkan. Kesian PM! Masih ada lagi agensi yang tak tau nak jalankan tanggungjawab kan?

Anyway, kepada penerima BR1M bersyukurlah dan sekiranya anda sudah melebihi kelayakan menerima BR1M, maka jadilah seperti 17 ribu yang memulangkan semual duit BR1M tu. Kita berikan pada yang memerlukan dan bukan pada yang tak tau nak bersyukur.

Benda baik aku kena cakap. Betul tak? Kita kena belajara bersyukur, Insya'allah murah rezeki kta.

Penerima BR1M RM650 Boleh Isi Petrol Pada Kadar RM1.90 Seliter Hingga Had 3,250 Liter 

Sejak Jumaat lepas BR1M 3.0 telah diagihkan secara berperingkat kepada yang layak menerimanya . Orang bujang terima RM300 dan bagi yang berkeluarga ada yang terima RM450 dan ada juga yang terima RM650.  Ramai yang keliru tentang penerimaan jumlah bantuan RM450 dan RM650 . Sekadar untuk imbasan kembali , berikut adalah syarat2 untuk melayakkan seseorang individu itu memperoleh BR1M 3.0 .



Syarat BR1M 3

Berkeluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah RM3,000
2. Warganegara Malaysia

Berkeluarga (RM450)
1. Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM4,000
2. Warganegara Malaysia

* Tambahan RM50 untuk insuran Takaful Rakyat 1 Malaysia (i-BR1M)

Individu Bujang (RM300)
1. Jumlah pendapatan kasar RM2,000 dan ke bawah
2. Warganegara Malaysia
3. Umur 21 dan ke atas (dilahirkan tahun 1993 atau lebih awal)
4. Tidak termasuk pelajar yang terima voucar Bantuan Buku 1Malaysia  (BB1M)

Jelas tertera dalam syarat ialah pendapatan isi rumah , pendapatan isi rumah bermaksud sekiranya ada beberapa orang bekerja dalam rumah itu (guna alamat yang sama) dan jumlah pendapatan melebihi               RM 4000 ,mana-mana individu dalam alamat berkenaan sepatutnya tak layak mendapat BR1M . Jika pendapatan suami RM3000 , dan pendapatan isteri RM1000 . Pendapatan isi rumah ialah RM4000 dan hanya seorang dari isi rumah itu berhak menuntuk BR1M , jadi jumlah yang sepatutnya diperoleh ialah RM450 dan bukan RM650. Penulis yakin ramai yang masih keliru dengan syarat2 yang dinyatakan itu.

Selain dari isu yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa pihak yang memperlekehkan usaha kerajaan dalam pemberian BR1M ini , mungkin ramai yang tidak sedar sekiranya wang yang diterima ini digunakan dengan sistematik , ia mampu menampung beberapa keperluan asas dapur dalam tempoh 12 bulan . Bila penulis nyatakan keperluan asas dapur , ia berupa barangan seperti gula,garam,beras,minyak masak, kicap, dan beberapa bahan kering lain yang boleh disimpan untuk stok. Berikut adalah beberapa kira-kira ringkas untuk rujukan, senarai harga diperoleh dari laman web Tesco http://eshop.tesco.com.my/en-GB/Search/List?searchQuery=jalen&Search=Search pada 24/2/2014 ;

1. Gula Pasir Kasar (2 Kg) - RM 5.68 x 12 = RM 68.16
2. Garam Halus (450g) - RM 1.00 x 12 = RM 12.00
3. Beras Nasional Supertempatan (15% beras hancur, 10kg) - RM 16.50 x 12 = RM 198.00
4. Avena Cooking Oil (3kg) -  RM7.50 x 12 = RM 90.00
5. Kicap Jalen Lemak Manis (325ml) - RM3.39 x 12 = RM 40.68

Senarai di atas hanyalah sebagai contoh anggaran untuk tempoh setahun, jumlah keseluruhan RM 408.84 . Sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, contoh bahan-bahan yang dinyatakan di atas tak perlu dibelanjakan lagi . Subsidi gula yang ditarik kerajaan sebelum ni pun dah tak perlu lagi jadi isu kerana duit BR1M yang diterima tu boleh diperuntukkan sedikit untuk subsidi gula yang hilang tu.

Secara positifnya juga , penerima2 BR1M yang terkesan dengan kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM 0.20 (dulu RM1.90 sekarang RM2.10) mungkin boleh anggap kenaikan RM0.20 itu 'dikembalikan' kepada mereka dalam bentuk wang BR1M .  Untuk yang menerima RM650 bantuan BR1M , sebanyak 3,250 liter petrol dalam kadar RM 1.90 telah 'dikembalikan' kepada mereka .( RM450 , 2,250 liter dan RM300 , 1500 liter .)

Oleh yang demikian, penulis melihat bantuan BR1M yang diberikan ini berupaya mengimbangi kenaikan langsung beberapa barangan asas, sekurang-kurangya untuk tempoh 12 bulan . Walau bagaimanapun ia terpulang kepada kebijaksanaan mereka yang menerimanya untuk berbelanja .Apa yang pasti, kerajaan dah dah pulangkan duit2 subsidi yang dikurangkan kepada mereka yang layak menerima melalui BR1M . Tambahan pula untuk tahun ini, penerima2 BR1M mendapat manfaat dengan perlindungan insuran i-BR1M sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.


AMUKANMELAYU - Mana dia PEMANDU....ADUN dan MP dan JKKP duk lena ka......kalu aku yang duk depan laptop setiap hari pun boleh tak faham dengan BR1M ni apalagi Pak Su Awang kat Kg. Chepor nun.....turun la beri penerangan......kesian Najib...