,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 11 February 2014

Bamboo River - Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah Sedang Ubahsuai BAMBOO INN

Bamboo River


Mahkamah tolak permohonan Anwar gugur Shafee

PUTRAJAYA 11 Feb. - Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya.
Panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian atas alasan akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Mat Zain Ibrahim adalah keterangan yang tidak dapat dibuktikan. - UTUSAN ONLINE

Anwar Kesal Rayuan Gugur Shafee Gagal

rakyatnews
 
PUTRAJAYA 11 Feb - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita beliau apabila gagal dalam permohonan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.
 
Menurut Anwar, keputusan sedemikian pasti tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah.
 
"Mahkamah persekutuan telah membuat keputusan walaupun saya berdukacita dengan keputusan itu kerana ini bermakna sukar untuk kita mencabar peguam UMNO,"
 
"Seandainya kita Pakatan Rakyat (PR) berkuasa, apakah munasabah kita lantik Karpal Singh untuk mengetuai pendakwaan terhadap Tun Dr Mahathir, kita tidak akan lakukankanya kerana kesan dan implikasinya adalah seperti ini," katanya kepada pemberita selepas mendengar keputusan permohonan rayuannya di Istana Kehakiman di sini hari ini.
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menerusi lima panel hakim membuat keputusan diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha sebulat suara menolak permohonan rayuan kali kedua Anwar itu. 
 
Sebelum itu Muhammad Shafee menjelaskan bahawa beliau bersikap profesional dalam urusan kerjaya sekaligus menafikan dirinya mempunyai hubungkait dengan kerajaan pemerintah sebagaimana dakwaan peguambela Anwar, R. Sivarasa.
 
"Seperti yang saya sebut, bila saya bawa kes UMNO, saya cakap atas kepentingan kes tersebut, tapi apabila kes itu habis, habislah...Saya tiada kepentingan UMNO, saya sudah buat kes untuk MCA, Gerakan malah pernah mewakili PAS.
 
"Saya sangat profesional, dalam kes ini tiada konflik kehendak yang berkepentingan macam mana yang mereka katakan," tegas beliau.
 
Sehubungan itu prosiding mahkamah akan diteruskan dengan permohonan rayuan pihak pendakwaan dalam kes sama pada hari esok jam 9 pagi.
 
Pendakwaan itu adalah bagi membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

APAKAH BAKAL BERLAKU JIKA ANWAR DISABITKAN KESALAHAN MELIWAT?

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah

20 Disember 2013, di Mahkamah Rayuan, usaha Ketua Umum Parti Pembangkang itu untuk mengenepikan Shafee, gagal. Di Malaysia, pesalah disabitkan kesalahan meliwat mengikut Seksyen 377B, boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan disebat. Hakikatnya, Anwar bakal mendepani Shafee dalam sesi perbicaraan bakal disambung kelak. Keputusan mahkamah akan menjadi penentu kepada kerjaya politik Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. 

Apakah bakal berlaku SEKIRANYA Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil, PRK Kajang dan kemudian disabitkan kesalahan meliwat? 

Penduduk Kajang akan kehilangan wakil rakyat. Bagaimanakah pula andai tatkala itu dia memegang jawatan Menteri Besar Selangor?

Rakyat Selangor bakal kehilangan pemimpin utama. Justeru pegundi PRK Kajang dan rakyat Selangor semestinya perlu mengambil kira kebarangkalian itu. 

Khalid Ibrahim Lega MB Tetap Miliknya

Menteri Besar Selangor hari ini tampil menafikan lagi bahawa beliau akan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim selepas PRK DUN Kajang 23 Mac nanti.

Malaysiakini.com memetik kenyataan Khalid bahawa tiada perjanjian bertulis antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan PKR bahawa beliau akan mengosongkan jawatannya apabila diminta oleh pihak parti.
Sambil menyangkal spekulasi mengenai perkara itu, Khalid berkata: “Perjanjian? Tak ada perjanjian seumpama itu.”

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau menandatangani perjanjian dengan pihak parti untuk berundur apabila diminta, sebagai sebahagian daripada “Serampang Kajang”.
Khalid juga menafikan laporan dalam akhbar The Star bahawa beliau mahu kerusi DUN Antarabangsa dikosongkan, dan bukan Kajang, bagi memastikan pesaingnya, Azmin Ali meninggalkan Dewan Undangan Negeri.

The Star memetik sumber dalaman yang tidak dinamakan sebagai mendakwa bahawa Khalid tidak akan berganjak sebagai menteri besar kerana beliau mahu pesaingnya, Azmin, dan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya.

Soalnya jika Khalid kata tiada persetujuan bahawa Anwar akan menjadi Menteri Besar mengapa diadakan PRK Dun Kajang ini? Untuk apa? Mengapa pula Anwar ke sana-ke sini bercakap soal bahawa beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor?


AMUKANMELAYU - Lawan tetap Lawan.....berani kerana benar, takut kerana salah.