,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 28 February 2014

Anwar,... "Jangan Berselindung Bawah Skirt Rafizi"


 anwar-rafizi-zaid2c

"Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi. Saya mahu debat dengan beliau mengenai isu integriti dan kredibiliti," - Zaid Ibrahim

Mr. Zaid Ibrahim
'Tembak menembak’ antara dua bekas sahabat karib politik yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang - Datuk Zaid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi semakin panas.

Rafizi Ramli mungkin menyesal pergi jolok bekas Naib Presiden PKR itu dakwa konon ada lobi projek untuk rakannya di Selangor semasa berada dalam PKR dulu untuk conteng arang imejnya.

Zaid bertindak balas terhadap dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR itu dalam sidang akhbar Rabu dengan memanggil satu sidang akhbar di rumahnya dekat Petaling Jaya Khamis.
Di depan ramai wartawan yang hadir Zaid melibas sakan Anwar dan Rafizi.Ini termasuk mendakwa Rafizi hanya budak suruhan Anwar untuk mencercanya.

“Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi,” kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.
Selain menafikan dakwaan Rafizi beliau ada melobi projek untuk rakannya di Selangor,Zaid pula mendakwa Anwar semasa dalam kerajaan dulu beri kontrak pada kroni-kroninya.
Beliau juga dakwa Anwar kena ‘checkmate’ oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bila Menteri Besar Selangor itu tandatangan perjanjian persefahaman mengenai air dengan Kerajaan Pusat Rabu.
Anwar semasa ditemui wartawan di Kajang petang Rabu dakwa beliau tidak tahu menahu mengenai perjanjian itu.

Zaid sendiri menilai komen Anwar itu tak masuk akal.
“Mestilah dia tahu. Dia cuma tak bersetuju. Sebab salah satu sebab Anwar mahu menjadi Menteri Besar  ada kena mengena dengan hasratnya untuk menstrukturkan semula air di Selangor dengan cara yang berbeza dengan Khalid,” dakwanya.

Menurut Zaid sekiranya Anwar menang dalam pilihanraya kecil Kajang dan menjadi Menteri Besar sekalipun beliau tidak boleh buat apa-apa tentang perjanjian air itu.

zaid-pccx
“Ia sudah terlambat kerana dia sudah kena check-mate,” kata Zaid.

Katanya langkah Khalid menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat mengenai krisis air itu wajar kerana jika tidak diselesaikan sehingga selepas PRK Kajang dan Anwar menang serta jadi Menteri Besar, sudah pasti air di Selangor akan diswastakan.
Dakwa Zaid lagi, Anwar mahu mengambilalih jawatan Khalid sebagai Menteri Besar kerana beliau tahu Selangor banyak duit dan dia boleh mengawal pengswastaan air.

“Berbillion Ringgit untuk diswastakan. Tapi mujurlah Tan Sri Khalid ini pintar orangnya. Dia dapat mempertahankan projek air itu dengan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat untuk selamatkan Selangor,” katanya lagi.
“Dalam soal ini saya rasa tindakan Khalid itu betul dan saya setuju. Saya rasa masa depan Selangor akan selamat dan pengswastaan akan berakhir. Kerajaan Negeri akan mengambilalih dan sokongan Pusat dalam hal ini mesti dialu-alukan.  Kalau Kerajaan Pusat tak bagi duit nak bayar balik kepada swasta, ia akan membebankan Kerajaan Negeri. Ini rakyat perlu alu-alukan. Ini bukan soal UMNO-PKR. Ini soal rakyat.

“Inilah isu yang akan saya bawa di Kajang, iaitu penjelasan yang betul kepada rakyat. Sebagai pemimpin kita kena berterus terang dengan rakyat. Anwar tak berterus terang. Dia kata nak bangunkan Kajang, nak jadikan bandar satelit, dan macam-macam dia janji. Saya hanya nak rakyat Kajang pilih pemimpin yang betul. Kalau pemimpin itu karut, ada 10 atau 20 rancangan pun tak ada makna,” katanya.

Menurut Khalid, rekodnya lebih baik daripada Anwar kerana sewaktu menjadi Menteri tidak pernah menyalahguna kuasa seperti Ketua Umum PKR itu.
“Semasa saya jadi Menteri saya tidak salahgunakan kuasa tetapi Anwar masuk jel kerana salahguna kuasa. Kita jangan lupa. Semasa dia jadi Menteri dia beri kontrak kepada kroni-kroni dia. Ini didedahkan oleh Tun Mahathir pada 1998. Itu semua kita ingat. Dia tulis Tun Mahathir pemimpin yang berkroni tetapi apabila senarai keluar, kroni-kroni siapa yang lebih?

“Rakyat jangan lupa tahun 1998. Kita jangan lupa apabila Umi Hafilda buat report polis siapa yang suruh polis ajar dia tarik balik kenyataan itu? Siapa? Saya tak buat kerja macam tu,” katanya.
Sementara itu mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Rafizi yang mendakwanya melobi projek di Selangor, Zaid berkata, Ahli Parlimen itu sudah dilatih begitu.

“Enam tahun saya kenal Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak pernah buat permohonan untuk saya, keluarga dan kawan. Tanyalah Exco-Exco Selangor, Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan pejabat Menteri Besar. Satu inci tanah Selangor saya tak minta sebab saya bukan nak jadi Menteri Besar.
“Rafizi budak Anwar. Anwar sendiri tak boleh kawal Khalid. Tak kanlah saya nak lobi budak dia. Tak masuk akal. Tan Sri Khalid dia strict. Dia profesional. Dia tak kira Anwar ke, siapa ke. Pentadbiran negeri  dan parti diasingkan. Itu yang Khalid pertahankan dan itu yang saya pertahankan. Jadi saya pertahankan Khalid bukan sebab saya lobi projek atau sebab dia sudah bagi banyak kat saya.

“Saya tak perlu lobi. Saya tak perlu jadi Menteri Besar. Saya tak perlu kaya macam Anwar ni. Dia nak duit banyak sebab dia ada cita-cita nak pergi Putrajaya. Saya tak ada. Jadi sebab itu dalam soal ini saya nak beritahu Anwar Ibrahim - tak usah berselindung di belakang Rafizi. Suruh budak itu cerca saya. Kita berdepan mengenai soal kepimpinan dan integriti pemimpin. Itu yang perlu kita bincang,” katanya.

Zaid berkata semasa di dalam UMNO beliau juga tidak pernah melobi Perdana Menteri minta projek untuk kawan atau kroni.
“Saya tak pernah lobi Najib untuk apa-apa. Itu rekod saya dalam UMNO. Lain dengan rekod Anwar dalam UMNO. Rekod saya dalam UMNO tak ada minta projek untuk kawan atau kroni. Tak kanlah bila saya masuk PKR saya nak tukar bulu. Tapi Rafizi nak mainkan. Dalam kenyataan dia, dia kata ini budaya UMNO. Zaid bawa budaya UMNO dalam PKR. Tidak. Anwar yang bawa budaya itu,” katanya.

Zaid berkata tindakan Rafizi memburuk-burukkannya adalah atas suruhan Anwar yang bimbang kalah di Kajang.

“Anwar kata MCA cabarannya yang utama tetapi peluru berpandu diasah kepada saya. Jadi saya harap orang Kajang faham benda tu. Orang MCA tak tahu Anwar sebab mereka tak masuk UMNO. Saya ni tahulah. Saya sinipun sudah masuk dan sana pun saya ada. Jadi saya tahu.
“Politik Rafizi ini kotor. Semata-mata kerana dia berjaya memalukan Shahrizat dan NFC dan menang di Kampung Pandan dia rasa dah jadi hero besar. Saya nak ingatkan budak ini...dalam politik ini bila pemimpin bohong, fitnah orang, rakyat akan tahu,  kalau tidak sekarang, kemudian,” kata Zaid lagi.
Menurut Zaid ada kemungkinan Rafizi  berhenti jadi Penasihat Ekonomi Selangor kerana tidak mendapat sesuatu dari Menteri Besar.

Maka dakwanya tidak hairan kalau selepas ini Rafizi akan spin cerita kononnya Khalid akan masuk UMNO hanya kerana menandatangani perjanjian air dengan Kerajaan Pusat.
Pada sidang akhbar itu juga mengedarkan kenyataan media untuk menjawab isu dakwaan Rafizi terhadapnya.

BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA BERKENAAN:

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam, yang mendedahkan kepada umum, dua e-mel saya kepada beliau pada tahun 2010, yang mana di dalam e-mel
tersebut, saya meminta beliau memajukan kepada Menteri Besar Selangor agar dapat mempertimbangkan permohonan syarikat tersebut.

Salah sebuah syarikat mempunyai masalah kelulusan untuk memajukan tanah mereka seluas 26 ekar kerana Kerajaan Negeri Selangor memberikan Sebuah lagi syarikat mahu membuat Joint Venture dengan anak syarikat
PKNS untuk terbabit dalam sektor pembinaan perumahan.

Sukacita untuk saya maklumkan hari ini bahawa kedua-dua syarikat ini tidak ada kena-mengena dengan saya atau keluarga saya. Malah mereka juga bukan kawan. Mereka adalah orang business yang datang meminta
pertolongan kerana mereka fikir saya boleh menolong.

Amalan orang business meminta pertolongan atau sokongan daripada ahli politik adalah amalan biasa dalam sistem kita dan ia diamalkan oleh UMNO, PAS, DAP dan lebih-lebih lagi PKR.

Mungkin Rafizi berfikir dia seorang yang bersih, tetapi dia lupa fakta di mana ada kalangan pegawai tertinggi dalam pejabat Menteri Besar (ahli PKR) sendiri yang terbabit sehingga tersingkir daripada jawatan. Saya tidak mahu
mengulas panjang kerana kes ini sedang dibicarakan di mahkamah.

Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi.

Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus berjumpa dengan MB atau Exco, bukan dengan budak pejabat Anwar.
Sebagai orang politik, bagi saya, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak saya kenali, tidak menjejaskan integriti saya. Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?

Suka saya tegaskan bahawa saya langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kedua-dua kes itu. Jelas, Rafizi seorang yang busuk hati dan cuba mereka-reka cerita kononnya saya cuba mempengaruhi kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi.

Kalaulah Rafizi hendak memusnahkan integriti saya sekalipun, mengapa tidak membuat sidang akhbar bersama Menteri Besar, Exco atau PegawaiTinggi Kerajaan dan kemukakan bukti yang saya terbabit atau ada kepentingan tertentu di dalam urus niaga berkenaan?

Apakah Rafizi tidak sedar bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi dan Rafizi sendiri bukan tempat `yang kondusif’ untuk melobi? Apakah Rafizi tidak sedar bahawa di Selangor ini, beliau, sebagai Penasihat Ekonomi Anwar,tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek atau JV?

Kalaulah Anwar sendiri akur bahawa beliau, selaku Penasihat Ekonomi Selangor, tidak punya kuasa, lantas membawa kepada PRK Kajang, apatah lagi budak pejabat seperti Rafizi!

Sebagai bekas Menteri dan pengamal undang-undang, saya tahu peraturan.

Saya tahu semuanya itu adalah di dalam bidang kuasa MB dan Exco.

Yang harus Rafizi jawab: mengapa beliau lari atau meletak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sama ada kerana saya melobi untuk mendapatkan projek atau kerana Anwar dan Rafizi 'dibakulsampahkan' oleh  Pejabat Menteri Besar?

Oleh kerana saya tiada berkepentingan di dalam urus niaga berkenaan,sampai hari ini saya tidak mengetahui status permohonan syarikat yang didakwa saya melobi untuk mereka.
Saya ingin nasihatkan Rafizi, lain kali rujuklah kepada MB atau Exco sebelum membuat tohmahan melulu. Semak dulu betul atau tidak yang saya melobi.

Maka saya harap, janganlah kerana hendak mempertahankan Anwar secara membabi buta, Rafizi menjadi budak jahat yang mengamalkan politik fitnah dan kotor. Jangan menjadi anak didik reformasi yang kononnya mendewa-dewakan perubahan, lantas membuat fitnah melulu.
Sebagai budak yang baru bertatih dalam politik, Rafizi jangan ingat berbohong boleh menjadi satu cara yang dapat memajukan karier politik beliau. Hanya kerana dia dapat menyentap Shahrizat Jalil dalam kes NFC tidak bermakna dia akan berjaya menabur fitnah terhadap saya.

Saya merasakan tujuan Anwar membuat tuduhan terhadap saya, melalui Rafizi, yang kononnya saya melobi Kerajaan Negeri untuk kawan-kawan saya, hanya hendak menggambarkan saya ini baik dengan MB Selangor.

Saya ingin tegaskan, sejak Khalid menjadi MB, saya tidak pernah membuat sebarang permohonan, sama ada tanah atau projek untuk saya dan keluarga. Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada Khalid.

Semasa dalam PKR, saya membela Khalid kerana menentang kerakusan Anwar dan konco-konconya.

Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi. Saya mahu debat dengan beliau mengenai isu integriti dan kredibiliti.

Saya mahu bercakap, semasa jadi menteri apa Anwar buat dan apa saya buat. Siapa yang banyak salah guna kuasa dan siapa yang menggunakan pengaruh untuk bagi projek kepada kawan-kawan.

Dan saya juga meminta Anwar supaya ingat, bahawa beliau masih belum memberikan jawapan dengan jelas mengapa beliau mahu jadi MB? Mengapa PRK DUN Kajang perlu diadakan? Tidak usahlah cuba mereka-cipta isu yang tidak wujud semata-mata mahu memburuk-burukkan saya di mata rakyat.

Bagi saya, Anwar bimbang dengan cabaran sebenar di Kajang, yang bukannya MCA atau BN. Kalau sungguh tidak wujud kebimbangan besar yang beliau mungkin tewas, masakan fitnah sanggup dilemparkan terhadap saya.

Akhir kata, saya juga hairan mengapa Anwar sering membuat kenyataan bahawa beliau tidak dirujuk oleh Khalid dalam soal air di Selangor.

Apakah niat sebenar Anwar hendak menjadi MB itu yang diragukan.

Apakah beliau menjadi MB supaya penswastaan air boleh berada di bawah kawalannya supaya akhirnya kekayaan Selangor boleh diagihkan kepada PKR dan konco-konconya seperti yang dilakukan dalam UMNO dahulu?

Bagi pihak rakyat, saya pohon penjelasan dan ketelusan daripada beliau.
Calon PRK N 25 Kajang - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL



AMUKANMELAYU - Nampak macam semua tak kene jer....apahal ngan Kem PR ni?