,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 21 August 2012

OTHMAN WOK - TERSEDAR DI HUJUNG USIA


SETIAP IBU YANG MELAHIRKAN ANAK UNTUK MENJADI WIRA PADA UGAMABANGSANYA DAN IA TIDAK PERNAH MELAHIRKAN PENGKHIANAT MELAINKAN PENGKHIANAT ITU LAHIR DARI JIWA YANG KOTOR DAN BUSUK


Strategi British.............
FAKTA - Tahun 1963 Cina lebih ramai dari Melayu hampir 4juta. Melayu 3.5 juta. Selepas singapura keluar malaysia kaum cina Malaysia hanya tinggal tak sampai 2 juta. Agak agak kalau singapura tak keluar berapa ramai Cina Malaysia sekarang? 



by Zulhairi


Moga tidak mati hina.
Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip Anwar mahupun Nik Aziz terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.


Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita. 


Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.


Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?

Manusia Yang Bernama OTHMAN WOK


Othman Wok bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.


Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). 


Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.




Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. 

Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.





Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. 


Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh  UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. 


Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew. 



Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.


 


Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.





Biography of : Othman Wok

Birth and Growing Up Years

Born in 1924, Mr. Othman Wok describes himself as an " Orang Laut "(literally, "man of the sea"), a descendant of one of a few hundred or so Malay families who lived in Singapore when Sir Stamford Raffles landed here in 1819.

He grew up in Telok Blangah where Malays, Indian and Chinese children played together.

Information Adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
Mr. Othman's father, who was a Malay teacher, enrolled him in English-language schools, beginning in Radin Mas and then Raffles Institution. He then furthered his studies in England.
First published in The Straits Times, Jan 25, 1997


His Career:His passion was journalism, but being inclined in politics, he became an active trade unionist. Upon joining the People's Action Party in 1954, a period when Singapore was being separated by communalists and communists, and politics was a matter of life and death; he was editor of a Malay-language newspaper, Utusan Melayu.

Upon winning a Parliamentary seat on his second try, he became the Member for Pasir Panjang in the General Election of 1963. Thereafter, he was the Minister for Social Affairs, stepping down in 1977 to become Ambassador to Indonesia for the subsequent three years.
First published in: The Straits Times, Jan 25, 1997


After the Japanese occupation, he began working for Utusan Melayu in 1946 and became an editor. His political profession began when he met Mr. Lee Kuan Yew. He was convinced of the call for multi racial viewpoints in Singapore. In due course he joined the PAP. He fielded as a PAP candidate in 1959 in the Malay-majority, UMNO - controlled ward of kampong kembangan. Some Malays accused him of being a conspirator and was a target of ill treatment. However he did not lose heart. He was the Minister of Social Affairs from October 1963 to June 1977.http://mr-othmanwok.blogspot.com/

As PAP's first candidate for UMNO stronghold Kampong Kembangan in 1959, Mr. Wok lost to the UMNO candidate but so won the hearts of the citizens that in 1963 the new PAP candidate thrashed UMNO by more than 90 percent. http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html

Later Years:Following retirement from active politics in March 1981, he was Singapore's ambassador to Indonesia in addition to serving on the panel of the Singapore Tourist Promotion Board (STPB) and Sentosa Development Corporation (SDC).

Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com

One of his duties as a board member included being a special guide for VIPs by escorting them around places in Singapore. While being with SDC, he was usually involved with Malaysia or Muslim nations in promotions in Saudi Arabia and the Middle East. As a member of the Administration and Finance Committees, he interviewed candidates applying for higher-ranking posts in the STPB. While serving with STPB, he was also a director of Overseas Investment Pte Ltd. Now, he is a director of a few private organizations, namely Lion AsiaPac Ltd, Mindsets Pte Ltd and Utasan Melayu (Singapore) Pte Ltd.Information adapted from biography book: Never In My Wildest Dreams
Call Number in Library: 324.25


The Singapore President recognized his political, economic and community contributions to the state development of Singapore, by awarding him with the Order of Nila Utama (2nd Class) in 1983.

Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
He still lives life energetically nowadays and is in the midst of writing his third volume of Malayan horror stories.

Information adapted 

His first volume, Malayan horror, was the bestseller in Singapore and Malaysia when it was first sold in 1991. His second book, Cerita-cerita Seram was published in 1995.

Information adapted 

Done by: Gloria Tay,Heng Hui Yun and Sheryl Kiang
Class: 2 Faith



Pengkhianat Islamelayu atau Mangsa Penipuan Kafirun Cina

Mingguan: Bagaimana Tun melihat kenyataan Lee Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura melonggarkan pegangan terhadap agama Islam?

Dr. Mahathir Mohamad: Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam. Bagi dia seperti kata mat salleh the end justify the means, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu. Itulah sikap Kuan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

Mingguan: Tapi ada yang berkata kita terlalu memandang sempit pemikiran Kuan Yew itu yang kononnya mahu orang Islam di Singapura progresif?

Dr. Mahathir Mohamad: Pada saya kita terlalu terbawa-bawa dengan ajaran imam-imam tertentu sehingga kita berpecah-belah. Islam itu sendiri sudah cukup progresif. Yang menjadi masalah ialah tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia biasa walaupun mereka terdiri daripada ulama yang cukup mendalam pengetahuan mengenai Islam. Dalam Islam disebutkan tidak boleh berbunuh sesama Islam, tetapi ketika ini pun terdapat orang Islam yang membunuh orang Islam lain. 

Banyak tafsiran yang kita terima juga bercanggah antara satu sama lain. Bercanggah sehinggakan orang Islam itu bermusuh dengan orang Islam sendiri. Sebenarnya itu bukan datang daripada ajaran Islam. Sekiranya kita merujuk kepada ajaran Islam dan hadis-hadis sahih, tidak ada fahaman sunni, syiah atau wahabi. Ini adalah hasil daripada tafsiran manusia yang bukannya Nabi. Mereka adalah orang biasa walaupun mungkin mempunyai latarbelakang dan pendidikan yang baik. 

Sebab itu tafsiran mereka telah memecah-belahkan umat Islam. Kerana itu kita harus tentukan supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang asal, benar dan berasaskan kepada apa yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Tapi itu bukan bermakna kita melonggarkan Islam. Sebenarnya agama Islam itu sempurna untuk mana-mana zaman sekali pun. Apabila orang Islam itu dilihat lemah dan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang dipersoalkan, itu bukan kerana agama Islam. 

Tetapi kerana pendapat sesetengah orang yang ada kepentingan. Umpamanya dengan menjadi pengebom berani mati dan membunuh orang lain yang tidak berdosa. Itu tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam tidak pernah membenarkan kita meletupkan diri dalam keadaan-keadaan tertentu. Tidak ada dalam al-Quran perkara seperti itu. Kita kena jelas dengan perkara-perkara seperti ini. Tapi jangan dalam soal halal dan haram juga patut kita longgarkan. Misalnya tidak mengapa kalau mabuk sedikit atau makan makanan haram sedikit.

Dulu beliau (Kuan Yew) marah apabila Osman Wok duduk semeja dengan dia tetapi diberi makanan halal. Dia tanya mengapa Osman Wok tidak boleh makan makanan yang dia makan sebab makanan itu tidak ada babi. Betul tidak ada babi, tapi kita tidak tahu macam mana dia masak dan jika ada daging di dalamnya sama ada disembelih atau tidak. Sebab itu Osman Wok pilih makanan halal sebab dalam Islam tidak boleh kata tak apalah sikit-sikit. 

Dalam Islam tidak boleh begitu. Memang kalau dalam keadaan terdesak itu dibenarkan tapi kita bukan berada dalam keadaan terdesak. Makan malam bukan terdesak.


CERITA POLITIK OTHMAN WOK YANG MENJAHANAMKAN ORANG MELAYU


Othman Wok
Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjaya nya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu, kemudian dia menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.


Dia ni menyertai PAP selepas beberapa sahaja penubuhannya pada tahun 1954 ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (macam ape yang PKR perjuangkan sekarang ini. 


Ketika itu dia banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP, lebih kurang sama macam harakah jugak la. 


Selepas itu dia dipilih menjadi sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang melayu dan setiap kali dia berceramah.

Setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistemewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan sebenarnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang melayu di singapura. Dia juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah di plan oleh UMNO dan Tunku lah dalangnya. dia amat gembira tentang berita tentang pemisahan Singapura daripada Malaysia. 


Dan ada juga yang mengatakan yang dia ni lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Lee Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya singapura dari malaysia, yang mana ketika itu Lee Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya singapura dari malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang melayu berasa simpati dengan Lee Kuan Yew dan membenci Tunku.
MENGHANCURKAN MELAYU - Bersama Lee Kuan Yu

Sehingga sekarang ini dia masih di anggap sebagai pengkhianat melayu oleh kebanyakan orang melayu singapura, kerana hasutan dia lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap melayu dam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung melayu menghasut orang melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.

Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu bengang dengan kekalahan itu dia menuduh yang UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia, apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita tu maka seluruh penduduk di situ berkumpul di hadapan pejabat dia di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabat dia dan memaki hamun dia sebagai pengkhianat bangsa melayu. dan dia sekali lagi bertanding di parlimen pasir panjang dan kali ini dia menang atas bantuan dan sokongan dana dari kuan yew.

Selepas singapura berpisah dari malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh kuan yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana kuan yew telah melantik seorang cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan cina ini di letakkan di bawah jabatan perdana menteri. selepas 14 tahun dia menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet kuan yew.


Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama othman wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa melayu yang terhebat dalam sejarah melayu moden, cara jalan cerita othman wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Adakah kita orang melayu di sini ingin jadi seperti orang melayu di singapura?, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. jangan sampai petualang melayu seperti othman wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara k
ita.


AMUKANMELAYU - Kini beratus-ratus Osman Wok di lahirkan semula di Tanah Melayu untuk kita melihat KEMUSNAHAN ISLAMELAYU di hadapan mata kita dan mereka juga sama seperti Osman Wok dari seorang Menteri dengan Lee Kwan Yu, Osman Wok kini menjadi penulis cerita seram sebaris dengan PENULIS SKRIP TANAH KUBUR.